Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan sahabat baik ku, Fitriah sibuk menghabiskan masa membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan TAR. Walaupun di saat dan ketika itu, gaji masih belum menjengah di akaun Maybank ku, aku kuatkan semangat untuk mengeluarkan wang simpanan yang ada untuk membeli baju pertunangan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Disebabkan aku ni kaya dengan kawan-kawan baik, maka bermacam-macam nasihat dan pedoman yang diberikan di antaranya "Nad, carik baju cepat2, takut tak ada saiz dan kena tempah. Kalau dah lambat sangat hantar tempah, orang dah tak nak terima. Lagi satu, badan kau memang susah nak carik baju yang dah siap. Kecik dan pendek." < Kau main kasar!
Maka aku kuatkan semangat untuk mencarik baju tunang di SEMUA house. Ekspedisi bermula sekitar 4.00 petang. Destinasi PERTAMA kami adalah NANDOS yang terletak di lower ground SOGO. Mestilah makan menjadi agenda utama. PErut stoking harus diisi sebelum berjalan.
Fitriah memilih Grilled Chicken Strips, Fresco salad and Rice manakala aku pulak memilih Espetada with 2 sideline - Mediterranean rice and Grilled Vegetable.
Aku suka menu book yang menarik
Nandos juga menyediakan dessert yang enak...wehoooo
Sementara menunggu makanan, haruslah posing di depan kamera..
Ceklik ceklik (bunyi kamera)
Aku bangga kerana mempunyai gambar yang agak PROPER & senonoh
Kembali tak senonoh, biasalah tu!
Espetada with 2 sideline - Mediterranean rice and Griiled Vegetable.
So yummy and sedap
Nandos di SOGO. Since when nie? Tak tahu pon
Chunky of lavish meaty chicken
Sos NANDOS jer aku tak boleh bla.
Sos McD jugak sedap=)
Mari membeli barang untuk merisik..macam2 lah
Advise untuk bride-to-be: Aku rase Poh Kong menawarkan
jewellery yang sangat murah selain daripada kedai emas Raju dan Ah Moi
Aktiviti mencarik baju bermula pada pukul 6 petang di mana kebanyakkan kedai sudah bersiap sedia untuk menutup operasi pada pukul 7.30 petang..aduyyyyyyyyy. Puas aku berjalan ke serata alam, tapi memang tak dinafikan, amatlah payah nak carik baju tunang YANG LAWA dan MURAH. Semuanya menjangkau RM1000. Ada jugak kedai yang menawarkan harga pakaian yang murah, tapi design baju dah macam zaman2 mak dengan ayah aku kawen. So not up-to-date.
Akhirnya aku telah JATUH HATI pada sepasang baju kurung moden off-white pada harga yang sangat berpatutan. Me, super loike. Puas lah aku menTESTing baju tue bersama veil. Bila aku sarungkan je baju nan indah itu ke tubuh badanku, aku terus aku memuji diri sendiri. "Cantik jugak aku nie". Tak cukup dengan tue, Fitriah dan pekerja-pekerja kedai turut memuji kejelitaan ku. Uhuk-uhuk uhuk (kasi chance lah). Aku pon sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan sebagai kenangan. Setelah berpuas hati dengan design dan harga yang ditawarkan, aku terus membayar dengan perasaan yang bebunga-bunga.
Lepas tue, Fitriah mengajak aku ke sebuah tempat membeli tudung yang SANGAT murah. Harga bermula sekitar RM2.80 hinggalah RM20++. APa ke hal murah sangat nie? Kalau mak aku tengok, konpem dia rambang mata dan gatal-gatal tangan. Lokasi kejadian ialah MUAZ Trading.
Pehhhhhhhh..murah betol songket nya
Keesokkan harinya, aku disuruh oleh Nadia untuk mencuba baju tunang yang dibeli semalam. Aku pon dengan bangganya mencuba baju tersebut. Setelah mengadjust punggung dan perut, aku pon terus melihat cermin. What the JEbon!. Apahal nampak macam penyanyi 60an nie. Apahal kembang semacam jer nie..APa..apa...apa dan terus apa. Aku buntu. Nadia dan mak tepuk dahi beramai-ramai sambil menari INANG. Nak mengalir ayer ketiak aku. Sedih lah weh. Membazir jer. Terus aku melihat kembali gambar yang diambil dari camera handphone semalam. Memang cantik TP sangat tak sama dengan apa yang dilihat di depan mata.
Rupa-rupanya baru aku sedar. Semalam aku mengambil gambar dan mencuba baju dibawah cahaya lampu kuning. Dekat rumah pakai lampu putih cerah. Memang terserlah kebenarannya. Tambahan lagi, aku dan Fitriah super duper RABUN..hahhahha...kecow mak enon.
Terus aku perembat seisi keluarga untuk menemankan aku membeli baju baru. Kali nie lagi murah, dan memang just nice fit aku TAPI sedikit sexy. Ahh, malas nak pikir lagi.
AKu sangat takot untuk mencubanya di ruMAhhhhhhhhhhhhhhhh..wahhhhhhhhhhhhhh..kena mandi bunga nie..aduyyyyyyyyyyyyyy
Apa, korang nak tengok gambar? Tak kuasa aku nak membuka KURAP di Betis..pfttsss
Moral of the story : Sila cuba pakaian di bawah pencahayaan lampu yang mencukupi dan jangan terpengaruh dengan kata-kata juru jual yang hanya nak melakukan barang.
nak tengokk!! nak tumpang gelakk!!
ReplyDeleteyeke? siot.. bkan nak tunjuk kat aku.. ahahaha...
ReplyDelete-azharTHEgreat-
Peanut: jangan ko bermimpi di siang hari
ReplyDeletezahar: hahahha..nanti haku tunjuk