Ad

Thursday, December 25, 2014

Rainbow in My Life

 
She comes in color, She's everywhere, She's like a rainbow ^_^
 

 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
What would you feel if you see this
little munchkin in front of your door
waiting for you?
 
Heaven before you ^_^
 
 
 
 


Friday, December 19, 2014

Saya Nak Pakai 2 Piece -__-"

Kecik kecik nak pakai bikini, mak cakap "aahhh bidaah kamu. Dosa. Mati masuk neraka"

Bila muda belia, nak pakai bikini, boyfwen cakap "u nak bagi lelaki lain tengok badan u ke?" Bila dah sah jadi isteri, nak pakai bikini masa honeymoon, suami merangkap boyfwen ketika muda cakap "ok, kejap..I penuhkan tub mandi dulu"... Wow kinky..akhirnya impian jadi kenyataan. Lepas setengah jam tunggu tub penu...
h, haku pon mengajak suami "jomlah pegi swimming pool". Suami "buat apa nak pergi swimming pool? "

Haku "lah kata nak pergi swimming lepas tub penuh...I dah pakai bikini"

Suami "nampak tub mandi tue, hah pergi je berenang dlm.tue..xpakai apa-apa pon tak per...tue pon pool jugak!" Eehh ehhh ehhh ehhh kau -____-" punah harapan haku

Mama belikan Mya je lah
#mamanaktakdapat #myasaramohdmahadi

 


Tuesday, December 2, 2014

Ibu MUSA

Biler musibah datang menimpa, itu tidak bermakna Allah lupakan kita, tapi Allah nak kita kembali rapat denganNya.

Setiap yang terjadi, ada hikmahnya.
Percayalah pada Allah.
Apa yang ditetapkan, adalah yang terbaik untuk kita.

Suatu masa dahulu, haku umat yang kufur dan derhaka kepadaNYA.
Haku selalu menyalahkan Allah di atas segala musibah yang menimpa.

Kenapa haku tak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya?
Kenapa haku dilahirkan pendek?
Kenapa muka haku banyak jerawat?
Kenapa taxi lambat? -____-" duhhhh

Hinggalah haku terbaca akan satu kisah"

Allah telah mengarahkan ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya di Sungai Nil.

Whatttt???
Kenapa nak hanyutkan baby kecik dekat sungai?
Matilah buaya makan Musa.
Mesti Musa kelaparan.
Macam-macam idea jahat berligar seantero kepala hotak haku!
Kalau haku konpem tak buat! Berdosanya lah hai.

Emak mana yang tak sayangkan anak -___-"
Ibu Musa sangat berat hati untuk menghanyutkan anaknya tapi atas dasar keimanan yang tinggi, ibu Musa akur menghanyutkan Musa di Sungai Nil.


Atas kepercayaan yang tinggi terhadap ALLAH, ALLAH telah mempertemukan Musa dengan ibunya apabila Firaun mencari ibu susuan bagi Musa (Musa diambil sebagai anak angkat oleh Firaun).

Hahhhhhh betapa besarnya nikmat Allah. Kesabaran dan percaya kunci utama.

Ada a few cases yang menunjukkan kebesaran ALLAH dan ALLAH berpegang pada janji.

Kawan baik haku sedih murung akibat clash dengan boyfwen. Tapi ALLAH terlah mempertemukan beliau dengan suami yang 10 kali ganda lebih baik dari boyfwen lamanya yang huduh lagi serabut -__-" Another hikmah ALLAH pada umatNYA yang sabar.

Maka apa yang menimpa pada diri haku ketika ini ada hikmahnya dan haku percaya bahawa ALLAH rindu padaku dan mahukan haku sujud sembah kepadaNYA.

Kalau haku pulang keje sorang-sorang diwaktu malam, haku tahu ALLAH sentiasa bersamaku, menemani haku dan mengawasi haku di atas sana ^_^

Ya ALLAH, haku juga rindu kepada MU!
#moodfefelingdipetanghari