Ad

Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku Di PWTC


Aku tak pasti sama ada korang sedar atau pun tidak bahawa sesungguhnya PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra atau Putra World Trade Centre atau lebih pendek lagi dipanggil PWTC?

Pesta buku ini diadakan bermula 22 April, Jumaat sampailah 1 May 2011,Ahad. Aku tak ingat bila kali terakhir aku ke pesta buku, maybe masa sekolah kot! One and only. Setiap kali aku mengajak emak ke Pesta Buku, mesti mak cakap "Buat apa buku banyak-banyak! Buat sarang nyamuk jer!". Aduyyy lah bonda. Memang dasar tahik idung masin lah. Aku pon memang dilahirkan tak suka ke tempat yang sesak dan penuh dengan orang mahupon babun. Jadi, aku kurang heran untuk ke pesta buku.

Kerana aku memang kawan yang baik lagi chuymel sikit daripada tapir, aku sanggup menemankan kawan baik ku, Fitriah untuk memborong novel-novel kegemarannya.

Maka hari Jumaat terbabit, tumpuan ku bukan lagi di tempat kerja tapi melayang entah ke mana. Aku sibok menggoogle buku-buku innit yang boleh aku carik di sana nanti. *Apa kes ayat SKEMAruddin? Tapi memandangkan gaji belom masuk dan banyak lagi benda lain yang harus dibeli, ku lupakan saja angan-angan mat jenin ku.







Maaflah, KL kan jerebu sekarang=)
Ke handphone yang berkabus sebab sejuk sangat?


Ini antara komik kegemaran aku dan ayien


Muka mak cik sa'odah yang gembira mendapat novel kegemarannya


Penulis kegemaran Fitriah, Aidilah turut hadir untuk bertemu peminat
***Kurang tahulah nama betol dier





Sessi tandatangan bersama peminaT
*Sorang jer pon aku nampak peminat dia...Fitriah


Ain Maisarah salah seorang famous blogger
Kiosk dier pon so da pinky uolsss
Kelas kau mAria *Pinjam tagline kawan baru aku





Dah perangai macam kartun, pasti lah otak kartun.
Aku merembat 3 buah komik kesukaan ku yang diperkenalkan oleh NURAINI SAYED
Hasil lakaran KAORU dan BEN
Cartoon dalam buku nie super chuymel dan style

Kelas kau MAria!


Ini pulak Norhayati ____. Owh tak ingat nama penuh.
Fit kata, Norhayati ni dah buka penerbitan buku sendiri
TAPI hasil tulisan Norhayati ni, belum lagi berada di Popular > in waiting queue kot


NB Kara


Gambar2 sekitar pesta buku


saya suka wall feature


hah..ini antara komik yang menjadi kesukaan ku
INNOCENT from BEN



Lepas bershopping buku, Fitriah berhasrat untuk membelanja aku makan malam. Waktu dan ketika itu, otak ku keras dan buntu. Hurmmm, nak makan apa yer? Habislah semua nama kedai disebut oleh Fitriah untuk menolong aku membuat keputusan : Kenny Rogers, Delifrance, Setarbak, Mcd. Apa ke heyyy semua makanan omputih nie yong? Awok nie tekak Melayu. Awok raser nak makan nasik tapi macam berat sangat. Akhirnya..................

Aku terus menarik Fitriah untuk ke kedai faveret ku. Wehooooooooo. Tak sabar rasanya untuk memenuhkan tembolok ku dengan makanan yang enak2.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..Inilah kedai yang menyajikan BAKSO dan SATAY MINANG terbaekkkkkkk dari seberang. Ini warung biasa jer TAPI bila makan sekali, pasti korang KETAGIH.


Kedai ni terletak berhadapan dengan Sekolah Rendah Cina Selayang Baru.


Aku hanya mampu mengahbiskan semangkok bakso dan sepinggan satay Minang.

Pada mereka yang tak pernah makan satay MInang, satay nie agak berlainan sikit daripada satay kuah kacang kita di Malaysia. Kuah satay minang agak pedas dan tak menggunakan kacang di mana penyumbang kepada masalah jerawat dan jagat.

Aku pernah bawak family dan kawan2 ku yang lain kat sinie. Ada yang boleh terima, dan ada yang tidak kerana kepelikkan rasanya. "Alah-alah mula-mula jer tak sedap, lama-lama sedap lah tue"..Ohohoohohh

Tolong, jangan pikir yang bukan-bukan!

Sepinggan satay minang berharga RM3.00 dan bakso pulak berharga RM3.50. Kalau korang nak order satay, ader 2 pilihan, sama ada penuh atau separuh. Penuh maksudnya ader 5 cucuk satay ngan nasi impit manakala kalau separuh, kurang sikitlah cucuk sataynya. Kenapa aku tak ingat? Bukan sebab aku banyak makan semut tapi sebab KITORANG TAK PERNAH ORDER SEPARUH..hohohooh.

Kalau aku order satay minang, aku mesti custom mengikut kegemaran aku sendiri. Satay penuh tak nak nasik impit...hohohoh...maka aku akan diberi sebanyak 7 batang satay daging. Bakso pulak,1st round order macam biasa. 2nd round aku order 4 ketul bebola daging dan soup jer......yahooooo...raksasa grodod menjelma..chom..chom..chomp

Quote mak "Kau nie, lebih MINANG DARI MINANG!"

 

4 comments:

  1. komik Ben tu taon biler nyer terbitan tu, Nad? hahaha... zaman aku dok menulis tuhhh... 5 years back... huhuhu... tp, aku akui aku amat suka komik ben - fatal chaos & alam angker... hohoho! oh sunggoh kenangannnn...

    ReplyDelete
  2. James: haku dh baca since dr diploma tp entah mana haku campakkan buku2 tue. tue yang beli balik....alam angker tue ngeri la dod

    ReplyDelete
  3. weh.. mana gambar satay minang nye.. aku dengar dh banyak kali dh.. xpenah nak ajak aku try makan satay tu.. ceh!

    ReplyDelete
  4. dh kater tekak kome idok boleh makanan org asia..koma tue tekak omputih....aduyyy...koma kena cuba lg 2 kali..baru OK

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT