Ad

Wednesday, April 13, 2011

Our Never Ending StoRy

Perkara yang paling indah dalam hidup apabila kita dapat menghabiskan saki baki hidup bersama orang-orang tersayang seperti mak + abah + nadia + ayien + mahadi dan kawan-kawan. Weekday akan menjadi hari yang paling sibuk pada aku dan rakan-rakan di Telaga Minyak Jaafar bermula dari jam 7 pagi sampai lah ke pukul 4 petang. Tapi sebab aku sayangkan company, aku sanggup membanting tulang hingga ke pukul 7 malam. Ini juga berlaku pada kawan-kawan aku yang lain seperti Adeeb dan Lee Fong.

Maka hujung minggu, merupakan waktu yang ditunggu-tunggu dengan hati yang berbunga-bunga=) Recently aku suka bertandang ke Penang atas sebab musabab yang tak dapat di elakkan. Penang dah jadi rumah kelima haku selepas rumah mak, Telaga Minyak, Kedai Satay Minang Selayang dan Warung Nasi Lemak Sri Rampai. Tempat-tempat yang diperkatakan di atas, menyajikan makanan-makanan super hebat, sedap dan murah.

Minggu tet (harus dirahsiakan), aku telah bertandang ke Penang untuk menyibuk ke function Mahadi. Sorry sebab tak ada gambar yang boleh dikongsi bersama. Tempat kejadian somewhere dekat Kelab Golf tettttttt.. Tak ingat!!!



Kalau korang berkunjung ke Penang, JANGAN LUPA singgah ke KEDAI IKAN BAKAR DIN menjamah HARIMAU NANGIS. Setiap kali aku datang Penang, ini lah tempat idaman dan igauan aku sepanjang masa.

Bau tempoyak yang kekal sampai ke malam




Mahadi + Nadia + Ayien + Fitriah merupakan food crime terbaek aku. Puak-puak ni tak pernah mengatakan "TIDAK" pada makanan dan kami saling bersaing secara sihat di antara satu sama lain. Requirement nak jadi ahli, mesti mempunyai perut stoking yang boleh disumbat dengan pelbagai jenis makanan. 


Aku jugak berkesempatan untuk singgah membeli-belah di WS Shop dekat-dekat dengan shopping mall Sunway Carnival, Penang. Barang-barang yang ditawarkan cantik sangatttttttt dan pada aku agak murah. Nasib baik Mahadi tak banyak bunyi dan supportive dalam menemankan aku bershopping.



Pilih bakul buah


Sila jangan pikir bukan-bukan. Aku hanya menanyakan harga barang.

Mahadi juga bertindak sebagai QA haku.
Leceh jugaklah lelaki ni





Base Mahadi memang best sebab pemandangan yang hijau, udara yang nyaman dan terletak di hadapan laut. Jeles!

Mintak maaf lah yer pada sesiapa yang perasan gambar kami sama jer.
Kami ni pemalu nak suruh orang lain amikkan gambar.



Aku suka sangat gambar-gambar di bawah. Cool giler.
Dah macam tinggal kat negara-negara Barat yang beriklim sejuk(*_*)






Aku suka gambar nie=)












Sabtu petang, aku meneruskan dating di Jusco tettttttttt. Wah luper lagi!!! Serius aku dah setua tettttt. Hurm, macam maner boleh lupa nie.

Kami menghabiskan masa menonton ... DALAM BOTOL. Jangan lah gelak. Kami ni menyokong industri tempatan. Yang aku tak puas hati, prop hanya berkisar di lorong bilik yang sempit dan teladan yang nak disampaikan pon macam tak berapa sampai. Tapi aku tabik spring pada Raja Azmi yang berani mengINVENT cerita ni dan aku benci pada wartawan yang sibuk nak bertelagah akan kutipan sebenar filem ni.

Ada pihak yang cakap RM600,000 merupakan antara filem MELAYU yang gagal. Bila kita pikir secara kasar dan dengan otak yang bijaksana RM600,000 dibahagi dengan RM12 bersamaan 50,000 orang telah pergi ke pawagam menonton cerita ni. Ok lah tue. Dulu filem Melayu nak menyampaikan amgka RM100K pun susah. Memang typical Melayu. Suka menjatuh-jatuhkan bangsa sendiri.


7 comments:

  1. sila masukkan nama aku jadi ahli geng perut stokin ko tu.berat aku sudah jadi angka 4 di hadapan.sila jgn terkejut.hahahah...

    macam dah lama je x jumpa kan.jom kita g mkn nasi ayam kat kedai sepupu aku nak?untung2 boleh makan free.huhuhu...

    ReplyDelete
  2. gambo ko yg satu tu mmg GEMPAK gila lawa sey!
    mcm Jamy yg amik..

    tu ah aku pun respect jugak Raja Azmi boleh buat filem mcm tu.. kutipan tinggi tak bermakna filem tu baqgus.. (sila rujuk Anak Mami The Movie)

    ReplyDelete
  3. kedai WS tu best..ko dh g kedai A tu Z? taraf kilang dh kedai tu..

    ReplyDelete
  4. adlyn : hahahha..ok..in the list

    af : maseh...bilerlah nak ader rezeki beli micro 4 third nie?

    btw, ko respect sebab Raja azmi berani buat scene atas katil kot

    peanut: kedai A to Z tue kat maner weh? roger sikit

    ReplyDelete
  5. b4 ni dia area WS tu..pastu diorg pindah..
    bgnan dia tepi jln ..main road..bgnan kale biru..dekat kilang BENQ kot..sok aku try cr map dia..kalo aku xbuang pamplet dia lg..aku tag ang kt fb ok..

    ReplyDelete
  6. nah aku dh jumpa web depa..
    dekat je ngn sunway carnival tu..slamt membeli belah..=)

    http://www.atuz.com.my/

    ReplyDelete
  7. Peanut :tq bangat..anthing kalau haku nak shopping kat Penang, haku roger hang jerlah.

    weh, no phone tak tukar kan?

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT