Ad

Tuesday, August 19, 2014

Between DeaTh and Life


Mya Sara Mohd Mahadi turun ke bumi tanggal 29 April 2014, Selasa bersamaan 29 Jamadil Akhir 1435H, 9:22am dengan berat 2.95kg dan 46cm tinggi bertempat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.





Haku admitted pada 28 April, Isnin dan mendaftar masuk pada pukul 8 pagi tapi disebabkan perasaan takut yang terlampau, haku slumber reggae mendaftar pada pukul 12 tengah hari. Hohoho. Penakot -_______-"



Haku diberikan sepasang baju berwarna merah jambu dan ditempatkan di wad obstetik SORANG diri! Apahal sorang? Mana yang lain? Tak akan haku je yang nak meletop? Owhh man? Cam mana nak tidor memalam nie? Kot cik ponti datang boleh terberanak macam nie -___-"
 
Selepas memeriksa berat, darah dan gula, haku dikehendaki menjalani CTG selama 30 minit. Pelatih jururawat mengarahkan haku untuk makan seperti biasa kerana kekurangan gula dalam badan. Phehhhhhhhhhh low sugar level? Sepanjang mengandung, COKE dan PEPSI menjadi air masak. Boleh dia kata sugar level haku low! Pelik nie! (Sebenarnya haku nak berlagak ni! Hohoho)



Most of the procedures telah dibantu oleh seorang trainee berbangsa India (tak hingat pulak nama dia) dari Universiti Selangor. Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dijaga oleh jururawat yang baik hati.


Nadia telah menjaga haku sepanjang malam semasa di Hospital Mizan. Mekasih cik!!! Memang pada mulanya doktor tidak membenarkan sesiapa menjaga haku tapi setelah dipujuk, akhirnya mereka bersetuju

Mari haku ceritakan pengalaman haku di bilik bedah.


28 April 2014, Isnin

Setelah menjalani CTG, haku hanya bersembang bersama ahli keluarga (nie apahal ayat haku skema nie) sambil minum petang dan makan malam.







Makan malam merupakan perkara yang haku nanti-nantikan setiap hari. Bosan babe duduk dalam hospital. Tak tahu nak buat apa, haku asyik mentedarah je.  Ramai orang cakap makanan hospital tak sedap, gelil dan kembang tekak tapi tidak pada haku. Semua haku sental. Hohohoho. Raksasa grodod ke mari kau!










Akibat sejuk tahap gaban, haku meminta Sang Suami membelikan sebungkus nasik goreng kampung, maggi goreng dan teh ais. Fuhhh layan baq hang. Dasar tak sedar diri kena puasa!


Bila semua orang dah balik, itue jamlah perassan kecut perot menjelma. Masa tuelah ayer mata haku turun berderai. Takot mati, sedih dan gembira semua bercampur baur.



Dalam proses nak lari balik
Mak: Wehhh pergi balik biliklah
Haku: Ehh mak nie..shuhhhh

Takot mati sebab masih banyak lagi dosa-dosa haku pada Tuhan, sedih sebab tinggal sorang (bilik besar babe, haku sorang je dalam tue...dah macam kena attack dengan zombie) dan gembira...finally anak haku dengan Sang Suami akan muncul tiba tak lama lagi. Bidadari kecil dari syurga yang kami nantikan saban hari.


Selepas mandi, haku sembahyang Isyak dan baca Yassin berharap agar dipermudahkan segala urusan. Owhhh dan tidak lupa juga selfie sambil meng"update" Instagram.


Sang Suami, Nadia dan AYien sibuk memasang katil baby dengan gembiranya sambil selfie beramai-ramai. Pftsssss.



Wahhh suka ^_^









Haku dihiburkan dengan kedatangan doktor dan para trainee yang ramai. Masa haku nak berehat lah korang nak belajar. Tapi yang pasti setiap daripada budak-budak nie impress dengan perot haku yang tiada strech mark. Hohohoho. Baru kau tahu! Hebat kan? Kau belom tengok punggung haku yang terok pecah-pecah! Nasib baik korang tak nak check situ.


Haku cuba lelapkan mata sebab esok seawal 5 pagi haku dah kena bangun, bersihkan diri dan bersedia untuk masuk ke "operation room". Rupanya tak payah cuba lelapkan mata, haku terus pengsan sampai pukul 5 pagi. Siyesss tak reti takot.



29 April 2014, Selasa

Haku bangun dan terus ke bilik mandi. Masa nie perasaan takot yang amat dah membuak-buak. Owhh man!

Selepas haku semayang Subuh, hajat dan taubat, menyarungkan baju operation (warna hijau ke putih, haku pon tak hingat), doktor menyuruh haku menandatangani surat perjanjian sekiranya terjadi apa-apa, pihak hospital tidak bertanggungjawab dan procedure adalah atas kerelaan diri sendiri. Choyyyy haper benda lah perjanjian macam nie.

Nak bantah haku dah tak larat maka haku tanda tangan je lah dengan harapan tak ada benda buruk yang terjadi.


Jam bergerak laju ke pukul 7pagi! Jururawat menyuruh haku baring di atas stroller dan bertanya "Mana ahli keluarga? Kita dah nak masuk operation room nie?" 


Walahhh wehhhhhhhhh mana lah Sang Suami dan family haku nie? Boleh kome datang lambat! Haku dah antara hidup dengan mati nie? Chisss! *Nadia bagitahu suami haku bangun lambat! Haku tak ada ayat -____-"


Tapi haku kuatkan semangat sambil berkata "Let's go Mya. We can do this. Just the two of us!" Takutnya, Allah saja yang tahu!


"Semalam doktor cakap pukul 8, tue dorang tak datang lagi". Sedapkan hati sendiri. Pelatih India tue terus beri kata-kata semangat untuk haku "Kakak mesti ok punya". Sejuk sikit hati haku!


Perasaan takot bertambah kuat disaat haku ditolak ke transit room. Dahlah takot, sejuk nak mampos pulak tue! ALLAH, sumpah takot.


Selepas haku dipindahkan ke katil operation, haku dimasukkan ke sebuah bilik yang lebih sejuk. Soalan cepu cemas jururawat "Puan nak tanya sikit yea. Puan dah cukor?" Pftsss soklan haper nie. Nasib baik sempat tebas apa-apa yang patot. "Maaf ye puan saya tengok kejap yea"! Haduyyyy, tak payahlah bukak tudung saji.


Setelah 5 ke 10 minit di dalam bilik transit, katil mula di tolak ke "operation room". Tetiba haku terdengar dari pembesar suara, doa pagi dibacakan dan kami berhenti untuk menadah tangan.


"Ya Allah, KAU selamatkan segala urusan, permudahkan urusan kami dan kami berharap agar segala pembedahan dijalankan dengan jayanya". Walah weehhhh ada doa pagi. Lagi bertambah kecut lah perot haku! #lebih kurang macam tuelah doanya


Haku pon ditolak ke operation room yang lebih kecil dari transit room. Bukak je pintu masuk, nahhhhh berduyun-duyun orang dalam operation room. Nie nak tengok wayang ke haper? Tue mesti trainee! Wehhhh orang antara hidup dan mati, korang sebok nak belajar. Lain kali tak boleh ke? Pftsss


Sessi memberi ubat bius. Procedure nie pada haku lebih tak selesa dan mengambil masa yang lama. Haku tak dibenarkan bergerak dan kena relax. Ubat akan disuntik di tulang belakang mengikut dos yang telah ditetapkan sehari sebelumnya. "Miss relax, bahu kiri jangan angkat". Doktor, you tak tahu ke bahu kanan I memang jatuh...PFtsss.. Haku dipaksa memeluk sebijik bantal dan tunduk ke hadapan. Siyes tak selesa. Sebab ketakotan yang amat sangat haku telah memegang tangan seorang trainee (ke jururawat). Seperti memahami ketakotan yang haku alami, dia membalas peganganku.


Akhirnya haku dibenarkan baring. Kedua-dua belah kakiku mula berasa kebas hingga menjadi tak selesa macam segerombolan semut mengharungi kaki. "Miss angkat kaki". Haku cuba tapi tak berasa apa "Tak boleh lah doktor". Maka di situlah bermulanya pengembaraan Mya Sara ke dunia barunya.


Haku separa bius. Sebahagian badan ku kebas tapi haku masih dapat melihat dan mendengar persekitaranku. Haku hanya dipisahkan dengan sehelai kain tinggi dihadapanku. Tanganku pulak didepangkan.


"Pot pet pot pet...EH..Pot pet..." Tak ada satu pon percakapan dorang nie yang masuk ke kepala hotak haku. Mulot haku tak henti-henti baca 3 kul dan ayat kursi agar dipermudahkan segala urusan.


Haishhhh, apa ke lama sangat nie? Orang kata kejap je! Bosan dah haku berbaring! Tetiba haku merasa senak di bahagian perot. Haper pulak yang korang picit tue? Haishhh macam mana haku boleh rasa senak nie? Ehh bukan bius patotnya tak rasa ke? Aisehhh kesan bius dah hilang ke? Janganlah macam-macam. Mungkin dari riak muka ku yang agak aneh, seorang pelatih bertanya padaku" Akak ok?". Apa soklan ko nie dik? "Senak sikit!" "AKak tahan sikit yea".


Dan haku dapat merasakan seperti perot ku kosong dan kempis tapi tidak selesa. Eh Mya, kome dah kuar ke? Apa ke diam? Kome tak nangis ke nak?


Dan sejurus selepas itu, haku terdengar tangisan kecil memecah sunyi. Tangisan yang tidak terlalu nyaring tetapi husky. UNIK! YA ALLAH...Bunyi anak kecil yang keluar dari rahimku. Besarnya kuasa MU YA ALLAH. (Masa tulis nie pon haku nak nangis)




Kemudian, haku ditemukan dengan bidadari syurga. Menitik ayer mata haku! Makhluk kecil nan suci, jari-jari halus menari-nari, mata sepet saling tak tumpah wajah suami ku, bibir merah seperti pintaku dalam setiap doa dan kulit putih mulus menghilangkan segala kesakitan yang ada. Tak akan haku sia-siakan kamu dimuka bumi ini. Itu janji mamamu.




Haku perdengarkan dia khalimah ALLAH "ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR" agar kau kenal Pencipta mu, tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH.




Jururawat cuba membantu Mya menyusu tapi Mya masih belum reti akan susu ibu. Tak apa. Kita belajar perlahan-lahan ye nak! (Wahhhhh sedih..)




Setelah itu, Mya dipisahkan dariku untuk procedure seterusnya. Haku kekang ayer mata dari terus mengalir laju. OKehhh part berikotnya sangat lah tak best dan lama.




"Ehhh apa benda kuning banyak-banyak macam pasir nie?" Godek-godek sikit "Ehhh jangan buang benda nie takot bleeding"...Pot pet pot pet "Kita amik satu yang besar bawak ke makmal untuk pemeriksaan lanjut"


Wehhhhhhhhhhhh haper ke bendanya tue???? Ulat ke? Dalam perot haku ada ulat ke? Bialah benar doktor! Tak lama selepas itu:


"Ehhh tiub fallopio dia tak bersambung dengan ovari" Hahhhhhhhhhhh...korang nie biarlah betol sikit (haku tak hingat belah mana)


Wehhhh boleh cepat skit tak? Takot dah haku nie. Lama betol... Jahit je lah dulue...Kejap lagi baru sembang! Haishhhh. Bertambah laju mulot haku membaca 3 kul dan ayat kursi.


............................
Apa yang lebih menarik, Sang Suami begitu terharu dengan tindak tanduk Mya Sara. Unik! Di saat Sang Suami hendak mengazankan Mya, si kecil kami berkalih ke arah kanan. Mungkin satu kebetulan. Tapi disaat Sang Suami hendak iqamat di telinga kiri, Mya berkalih ke arah kiri. Wahhhhhhhhhhh....nangis lagi. Perkara pertama yang dilakukan suami tatkala Mya Sara di dalam dakapan ialah mengira bilangan jarinya. PFttsss...Typical parents nie :p



 

Menurut cerita family, setelah menunggu dengan begitu lama di bilik menunggu, lalu di depan mereka seorang bidadari kecil yang sangat comel. "Ehhh anak saper tue?" "Ehhh coymel nya". Terdetik di dalam hati Sang Suami yang itu adalah darah keturunannya. Tapi hanya berbisik di dalam hati. Dan bisikan itu menjadi kenyataan apabila doktor memberitahu familyku "Yup, itu baby of Nadira". Semua pon terharu bercampur gembira. Wehhhh korang tak nak tanya haku okeh ke tak ke???




Pftsss..oklah saMbung lain kali...penat haku mengarang:p

Nanti akan haku kongsi ke"UNIK'kan Mya Sara yang lain. Stay tuned...






Thursday, March 20, 2014

Parents vs Baby Madness

Dulu masa tak ada baby, tengok kawan-kawan shopping baju anak, "I'm not going to be like them. Never!" 

Pftsss...hamik kau. Pantang nampak rompers belang dan wording coymel, habis haku borong satu kedai -__-" "Sorry Suami, i terembat duit fund^_-. Nanti dapat gaji, I ganti ok!" Hohohoho.


Antara faveret shopping spot kami ialah H&M dan MotherCare KLCC sebab dekat dengan Telaga Minyak Jaafar. Recent baby fair (apparently macam one and only je -__-" ) yang diadakan di Convention Centre KLCC sangat meriah dan menawarkan pelbagai barangan baby dengan harga yang berpatutan.



Wahhh sukalah ^_^


Tolong be more like mummy ok -___-"
pftsss, ada ke daddy!


Konon-kononnya bawak suami dapat mengawal nafsu serakah isteri TAPI hampehhhh -__-"



"Yangggg, nie ada stroller murah nie". Padahal stroller plan nak beli 3 bulan lepas deliver. Ye lah awal-awal mana nak bawak baby keluar rumah. 

"Yanggg, I rasa baik kita beli car seat sekali.."! Walah wehhhhhhh

Isteri: "U tak nak tengok brand lain dulue ker?"


"Ok jap I pikir". He could not think straight.



Tetiba muka happy lepas dapat stroller and car seat without second doubt.

An euphoria and overspent daddy at baby fair. He managed to persuade his in-house finance minister aka wifey and the sales promoter for a stroller and car seat -__-"


Model sambilan -__-"


Proses membasuh baju little M ^_^
Yee, dah tukar nama angkara bapak yang KUKU BESI! pftssss



Nampak tak baju warna kuning bertenun tue, hahhhh tue pilihan nenek Selayang-___-"
So jemah taw....Tapi terima je lah dengan hati dan tangan yang terbuka, karang sentap hati pulak :p


Kandungan haku dah berumur 32 minggu, 4 weeks to go!!!
WIeee akuttt.
Moga-moga Little M sihat, dijauhkan dari segala bahaya, penyakit dan kecacatan.
Dilahirkan sebagai hamba yang taat kepada ALLAH dan Rasul.
We lufyuuu little M^_^


Sayur apa je lah nie -__-"
Choyyy


Selfie ala-ala gedik selepas penat bershopping!
Dah lama tak dating ^_^
Nie lah masanya nak gentel-gentel BCG!



Tuesday, March 11, 2014

Alhamdulillah



Alhamdulillah Ya ALLAH di atas rezeki yang telah ENGKAU kurniakan ♥ Rezeki yang tidak pernah putus tiba walaupun kami sering alpa dan lalai untuk berterima kasih kepada MU.

KAU uji kami dengan harta, pangkat dan kesenangan dan umat MU terus hanyut menyulam dosa. Tapi Kau tidak pernah berlaku kejam ke atas kami sehingga kami sendiri yang tersalah langkah mengurus hidup.

Dan barulah kami tersedar akan kewujudan MU, sumber penyelesaian masalah dan KAU MAHA PENDENGAR LAGI MAHA MENYAYANGI.

Aku bersyukur menganuti Islam dan terpilih menjadi umat MU. Janganlah KAU tarik nikmat itu sehingga haku menutupkan mata. 

Amin Ya Rabbal Alamin ♥

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

(Draft 2 bulan lepas -__-") Di malam sunyi nan sepi ini, terhambur seribu satu penyesalan memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya yang lepas -__-" 

Saban hari, kita disogok dengan kenaikkan harga barang yang tiada penghujungnya! Dan yang menambahkan garam diluka, kenyataan para menteri yang menyakitkan hati!

"Kalau tak nak bayar tol (tol mahal), lalu jalan dalam"!
"Kalau tak suka dengan sistem pendidikan Malaysia, hantar anak belajar luar negara"!
"Kita naikkan harga gula untuk mengurangkan kadar diabetis di Malaysia"!

Cuba kita tarik subsidi minyak dan kurangkan gaji kome, pandai kome marah yea! Kalau tak suka, jangan jadi ................ Jangan cakap! Tetahu nanti, haku dah masuk lokap. 

Maybe betul, harga barangan dunia melambung tinggi TAPI janganlah keluarkan kenyataan seperti melepaskan batuk di tangga. Berikan kami fakta, analisis, graf dan options! At least sejuk sikit hati!

Tapi tak per! Mujur Malaysia masih aman. Ye ke Malaysia semakin aman pak menteri?
Macam semakin mencanak-canak je kes jenayah setiap hari!

Mujur kerajaan pusat bagi BRIM dan bonus setengah bulan.
There's no such thing as FREE lunch people!!!

Sebab kami dah bagi BRIM dan BONUS, maka mari naikkan harga minyak, harga gula, tarif elektrik, tambang LRT dan komuter. 

Sepanjang duduk kat Malaysia, tak pernah lagi kerajaan turunkan harga barang kecuali minyak. Yang naik, akan terus menerus naik. Harga emas pon boleh jatuh pak menteri!

Oklah. Penat dah haku membebel pasal Malaysia tanah tumpahnya daraku :p

Kali nie, haku nak share pengalaman bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Satu malam hanya RM394 (through Agoda) dan perjalanan dari KL ke Colmar hanya mengambil masa satu jam. 


Yang menarik di Colmar Tropicale adalah bangunannya yang direka menyerupai kota-kota lama Eropah dan cuacanya yang sejuk dipagari pohon-pohon nan hijau. Bagus untuk membuat anak!


Colmar Tropicale mempunyai 9 buah restoran, spa, swimming pool, golf course, taman mini Jepun, Botanical Garden, taman haiwan, equestrian park dan taman lasak. 

Swimming pool, taman mini Jepun, Botanical Garden dan taman haiwan - masuk adalah PERCUMA. 

Haku ada sedikit komen berkenaan Taman Mini Jepun. Taman Mini Jepun terletak 3500 kaki dari paras laut. Yang sedihnya, setiap pengunjung pasti mengimpikan the REAL ambient of Japan, tettttttttttttttttt...Hanya ada beberapa buah rumah Jepun yg sangat minimal dan basic -___-" Boleh kata, tak puas lah nak menikmati suasana jepun.


Haku perasan, pembangunan rekreasi di Malaysia memang tak kekal lama. Contohnya Rumah Salji Bukit Cahaya ALam Cerakah, Shah ALam (Betul ke namanya?), Rumah Salji The Mines dan baru-baru ni haku banyak baca review pasal rumah salji ICT yang mahal tapi service yang tak memuaskan.


Harap-harap Sunway Lagoon (nie memang otai yang mampu bertahan lama), Legoland dan Genting mampu bertahan serta memperbaiki kualiti perkhidmatan dari hari ke sehari!




       
Memang sejuk baq hang :)






Calzon Malaysia aka Samosa -__-"







Breakfast di pagi hari bersama boypren tercinta ^_^





































Saya mencadangkan agar Berjaya Group membina rumah-rumah fesyen seperti Gucci, Prada, Burberry dan esetra esetra agar lebih berunsurkan Eropah ^_^

Yang penting harga yang ditawarkan haruslah murah, barulah orang-orang Asia berebut-rebut nak shopping di Colmar. Ironinya, orang kita berebut-rebut ke Eropah semata-mata untuk membeli sebijik PRADA kerana harga yang jauh lebih murah dari butik-butik di Malaysia.