Ad

Showing posts with label WedDing. Show all posts
Showing posts with label WedDing. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

A Picture Is Worth A Thousand Words





CelebraTion Of Lust. Ehh!

Gambar-gambar yang cool nie telah disnap oleh Ahmad Fadzli anak lelaki Encik Jantan. Afjanta merupakan member satu opis. Haku tak ada lah nak kawan sangat dengan dia nie, dia jer yang suka kawan dengan haku:p Hohohoho...Jangan marah, nanti kena jual!

Kami upah afjanta sebab idea gambar yang menarik, perspektif gambar yang unik dan yang paling PENTING harga yang MURAH. Hohohoho. Kata member kan..hah..an.

Ehhh tak da lah murah sampai 500 hinggit. Giler ker? Ni bukan album mak-cik mak-cik Jemah di zaman dahulu kala. Tak lepas duit lunch afjanta seminggu kat Sukhumvit :p Uhuk uhuk uhuk...Kalau makan murah-murah, tekak dia gatal-gatal!

Haku baru bayar RM1000, tue pon bulan lepas..ekekkeke...Final amount tak sure lagi -____-" Kau jangan memahal afjanta! Kau dah lah nak gi diving, nanti haku doakan bontot kau kena gigit jerung :p

Album pre-wed dan nikah almost nak siap. Tinggal nak touch-up sikit-sikit lagi.

Untuk album, haku dah beli 3 kupon PHOTOBOOK. Customer boleh custome/design photo album mengikut napsu serakah masing-masing either nak leather cover ke, image wrap ke and esetra esetra esetra. Cubalah korang yahoo yahoo website dia :)




MCTraveLodge Home Stay

Salam perpaduan dari saya, Si Kecil all the way from Bagan Ajam, Penang ^_^ Okeh okeh...All the way from "BUTTERWORTH"! Duhhh -___-" (sebok je suara-suara kecil dibelakang nie) Dah duduk Bagan Ajam, tak MENGAKU PULAK! Pftsss

Bersempena dengan cuti sekolah pada kali ni, konpem korang sebok dengan undangan majlis perkahwinan. Makan free...SAVE BUDGET! (Rusyaidi mesti suka ^_-)

Bagi yang masih solo, mesti berdarah telinga dengan soklan-soklan cepu cemas "Biler nak kahwennn nie??? Kau mandi bunga lagi bagus" atau "Mak Cik ada kawan taww, anak dara dia cantikkk macam Khatijah Tan, berseluar Yankee Jambul di depan"!!! 

Bagi yang dah kahwen tapi tak BERANAK pasti tersedu-sedan dengan kelancangan mulut jiran sebelah "Ehhh kome nie tak ada apa-apa lagi ke?? Biler nak dapat anak nie?" Seboklah kau Jemahhhh!

Kami sekeluarga pon agak busy dengan A FEW RECEPTIONS dan ENGAGEMENT:

1) Majlis pertunangan Azhar di Jitra Kedah pada bulan Mac yang lalu
- Majlis berjimak akan diadakan pada bulan 8, seminggu selepas raya! Naper lepas raya woiiii??? Mana ada duit lagi! -___-" Owhhhemmgieee

2) Majlis pernikahan dan persandingan Reen di Johor Bahru

3) Majlis pertunangan Sopi, my brother-in-law -__-" Ko pon nak jugak ker?

Maka kami sekeluarga almost kojol dan bankrupt:p Tapi takper, benda baik pasti akan mendapat balasan baik dari ALLAH S.W.T :)


So mari haku story pasal majlis pertunangan Azhar. Azhar merupakan kezen sebelah mak dan kami memang rapat sejak dari kecik! Mana tak rapat kalau dah tinggal sebelah rumah-___-" Azhar berumor 27 tahun dan merupakan seorang pensyarah si sebuah kolej arrrr...ermm..Ok tak hingat mana -__-" Sila makan ikan Si Kecil! 


Akhirnya Azhar berjaya menambat hati ADIK MANIS yang berasal nun jauh di Kedah!!! Jauh baq hang! Maka berangkatlah kami sekeluarga ke Jitra Kedah pada bulan March yang lalu.

Haku dan Sang Suami telah dipertanggungjawabkan untuk mencari sebuah rumah tumpangan.

So carik punya carik, kami telah dijodohkan dengan MCTraveLodge yang ditempah menerusi Agoda.com. Murah, luxury dan spacious baq hang! RM200++ per night.

Signboard pon dah sangat impressive

 
Masuk je rumah, kami dah terkesima dengan kecanggihan teknologi. Ada security alarm, free WIFI, fully equip dengan kipas, air-cond, TV Plasma dan mini fridge di setiap bilik,  washing machine, iron, dry and wet kitchen, 3 toilet plus ada garden and gazebo. Sumpah COOL people!


Adik tuan rumah menginap di sebelah rumah je!
 Maka jangan haraplah korang nak buat party-party liar!


Tengok gambar lah erk. Malas haku nak explain pepanjang:p

 









Nadia pemungkas telah dilantik sebagai penggubah hantaran yang bertemakan warna maroon! Macam banyak warna HITAM je dik NON!




 


Haku memang suka semua gubahan, design dan decoration Nadia pemungkas! Nampak simple tapi elegant ^_^ Me loike!

Tadaaaa inilah hasilnya ^_^
Ada di antara barang-barang hiasan merupakan barang-barang
yang digunapakai ketika majlis pertunangan dan pernikahan
haku. Cool kan? ^_^ Tak yah membazir! Inilah bagusnya hidup
berkeluarga. Hehehh.
.
.
.
.
.
.
.
.

And for the finale...Gambar haku mengeleset-lesot^_-




Friday, December 28, 2012

KL Wedding Ministry

PELAMIN merupakan antara entiti yang paling PENTING dalam sebuah majlis perlahwinan. Maka bukan suatu perkara yang pelik kalau ada pasangan yang sanggup berhabisan duit beribu-ribu hinggittt hanya untuk SEHARI! Kahwin sekali seumor hidup jer dik non. Masa nie lah nak pulun. Jarang orang buat majlis gah kalau kahwin untuk kali ke 2, ke 3 dan ke 4. Nak mampos!!!
 
Cop cop cop, haku bukanlah nak propa yang pelamin haku MAHAL lagi INDAH. Karang orang cakap “Poyo jer budak nie”. Banyak lagi pelamin yang super hebat dan mantop. Tapi haku dengan Mahadi suka dengan apa yang kami pilih dan sepadan dengan KEMAMPUAN kami. Bak kata mak “Ukur baju dibadan sendiri,”. Chehhhh, tak boleh bawak bincang mak nie.

And pelamin kami memang MURAHHHHHH ^_^ Tapi maybe jugak MURAH sebab tak include baju, meja makan beradab dan catering! Hurmm, tue pasal murah kot.

PELAMIN kami telah ditatarias oleh KL Wedding Ministry :) Wippieee! Kalau korang nak tahu, one of the manpower in KL Wedding Ministry merupakan kawan Nadia semasa di UITM Sri Iskandar & Shah ALam. Orang panggil dia Faiz. Dulu budak nie hamik course Building Management dan merupakan TOP STUDENT dekat UITM Sri Iskandar. Kelassssssss kau maria! Apsal sekarang dah bertukar profesion? Nadia selalu citer yang mamat nie super creative dan teliti. Kalau dier buat model rumah, bumbung, dinding siap berpusing-pusing plus dihias indah dengan pokok-pokok mini. Kelasss kau dik!
And biler kami tahu ader Wedding Expo dekat PWTC, kitorang terus bergegas carik booth KL Wedding Ministry. Nak dijadikan cerita, puas kitorang merayap satu PWTC, TAPI tak JUMPA pon KL Wedding Ministry. Apahal -__-“
Tak puas hati, kitorang repeat “PELAMIN HUNT” the next day. Carik-carik pon tak jumpa jugak -__-“ Malas pikir, kitorang terus tanya reception. SUBHANALLAH, booth KL Wedding Ministry tue betol-betol tepi kitorang!!!
Memang ramai gilerlah orang and haku tak jumpa sample pelamin yang haku minat. So, we decided to meet up a month before the BIG DAY. Along the way, haku turut google sample-sample pelamin dan draft a few pelamin impian. Maka di sinilah korang akan sedar betapa perlunya sketch book ^_^

We met up at Starbuck KLCC . Brainstorming pon bermula. Kitorang mix and match background, alter with varieties of arch, walkways, flowers, chandelier, carpets and estra esetra esetra untuk menghasilkan PELAMIN IMPIAN DORA dan MAHADI ^_^

Maybe sebab haku nie tak banyak songeh dan cerewet, Pogy dan Faiz telah bermurah hati untuk menambah backdrop gamelan, carpet atas pelamin, tambah walkways dan chandelier TANPA ADDITIONAL COST. Mekasih korang ^_^

.
.
.
.
.
.
.
.

 Mekasih Nadia and Hazlina for the pictures ^_^


Tips to be shared:

1)      Rajin-rajin google internet, baca buku Pengantin, surfing blog dan tanya pendapat orang tua

2)      Rerajin pergi Expo Pengantin. Korang akan terperanjat dengan harga-harga yang ditawarkan. Harga pelamin bermula daripada RM2k hinggalah ke semahal-mahal nak mampos! Sila improve negotiation skill anda!!! Jangan cepat puas hati, cuba mintak harga yang lebih murah atau tambah lagi aksesori-aksesori lain. Kalau korang rasa MAHAL, try walk in butik-butik di tepi-tepi jalan.

3)      Biler korang pergi EXPO PENGANTIN, sila survey a few promotion. Jangan cepat tepengaruh dengan pujukan sales associates pastue korang terus SETUJU tanpa sempat membuat perbandingan with other promotions.

4)     And once korang dah decide, bayar DEPOSIT, JANGAN GATAL-GATAL LAGI NAK SURVEY PROMOTION-PROMOTION lain. Menangis ayer mata darah kejap lagi. Inilah petua unggul haku semasa membeli-belah!

5)      Jangan pening-pening kepala pasal perkara-perkara kecik! Buat sakit kepala jer!

6)      Last but not least, sila REDHA/PUAS HATI dengan segala susah-payah anda. Tak ada benda yang SEMPURNA. Imperfect is Perfect! Maybe kurang di mata kita, tapi SEMPURNA di mata orang.

**Haku tak suka pagola -__-" Perangkap nyamuk! Eh suka hati dorang lah nak pelamin macam mana -_-"

**Haku nak pelamin yang berlatar belakangkan ayer pancut -__-“ Duhhh, memang tak dapatlah dik non! Tapi tak apa, haku dah bagi idea giler nie dekat KL Wedding Ministry





Wahhhhhhhhhh suka!

Wednesday, December 19, 2012

Kesakaian Di Malam Nikah

Alhamdulillah akhirnya haku selamat diijab kabulkan dengan Mohd Mahadi pada 30 Nov 2012, Jumaat selepas Isyak bertempat di rumah pusaka atok - Selayang Baru.

pelamin anganku ^_^

Dan Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan ^_^ Tapi tipu lah kalau langsung tak ada dugaan dan rintangan kan? kan? kan?

Rintangan sebelum malam nikah:

1.  Handphone yang diorder, tak kunjung tiba -____-" Celaka siak! Haku sanggup berlari ke kedai hanphone, 4 jam sebelum majlis! Disebabkan service yang super FAKTAB, haku terus BATALKAN tempahan 2 bijik tepon! Kitorang order almost a week TAPI tetap lembap. Macam siput babi hilang telor! Ok memang tak ada kena mengena. Lupakan..

2.  Mak andam lambat tiba akibat tersangkut di dalam jam -___-" Nasib baik haku nie super cool weyhhhh, kalau tak dah banjir satu Selayang. Dan nasib baik ada adinda Nadia tersayang yang agak berbakat dalam bidang andaman.

Dan nasib baik makeup kit Nadia masih penuh dan TAK EXPIRED. Haku percaya yang Nadia mampu melakar dan mencantikkan muka haku yang berlubang macam bulan nie.

Masa nie, sikit pon haku tak menggelabah dan nervous. Haku percaya bahawa setiap musibah pasti ada hikmahnya. Bak kata Mahadi "Don't put unnecessary pressure"! Mekasih yer dik. Akhirnya mak andam tiba half an hour (kot!) before the ceremony. Tima kasih yer Mak Andam. Kesian kau penat and terkejar-kejar. 

3.  Baju nikah rosak!!! Style kan? Basically haku memang susah nak dapat baju yang can fit me well without undergo any alteration.

Kitorang beli baju nikah 3 weeks (ke a month ek -__-") before nikah!!! STyle tak? Style kan. Baju nikah haku dan Mahadi agak besar. Semua tailor dah TAK NAK alter baju kitorang -___-" And luckily (tak lucky sangat lah) ader sorang mamat nie (kedai repair jeans) sanggup adjust baju kitorang. Memang carik pasal lah kan -___-"

Ok satu masalah dah settle TAPI itu membuka pintu masalah yang lain! Baju nikah haku rosak terokkkk!!! Benang sulaman putus dan terkeluar segala manik-manik/labuci dan menampakkan benang berwarna EMAS! APAKAH!!! Nak nangis, TAK GUNA. Bukan boleh selesaikan masalah pon! Nak beli baju lain, lari BUDGET (baju tue murah jer pon...drama!)

And nasib baik Allah hantar Nadia dan Mak Tam sebagai penyelamat. Kitorang beli GREY marker pen dekat POPULAR and warnakan semua benang yang berwarna KUNING tue. Sumpah haku sangat RELIEF ^_- Memang haku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana diberikan sifat yang sempoi dan tak cerewet ^_^ Kalau tak, mahu menangis sepanjang hidup. Pfttsss..Sakai sakai!

4.  Ikan guppy untuk hiasan pelamin MAMPOS!!! Aduyyyy lah, apsal lah kau mati di waktu-waktu genting??? Kenapaaaa??? *Haku suspect, ini mesti angkara kezen kecik haku, Armizi!!! Nasib baik mak kau ader, kalau tak, haku picit-picit tengkok ko bagi putus. Dah satu hal nak carik ikan guppy baru -___-" Sakai sakai! (Ke haku lupa nak bagi makan -_-")

  

5.  Sarung bantal bilik tidor ilang!!! Boleh tak? -___-" Haku memang tak pernah bukak lagi bedsheet dari Isetan tue. BIler haku pasang cadar, comforter and sarung bantal, haku tak jumpa lagi sehelai -___-" Mana perginya??? And haku tak jumpa sampai sekarang. Sakai! Terpaksa haku rembat sarung bantal harian yang berlainan corak dan warna yang dipenuhi dengan air liur basi -__-" Lantaklah!

6.  Last-last minute, mak and makcik-makcik haku decide nak berarak, bersanding and berinai lepas NIKAH! Ewah ewah ewah...Sesuka hati korang  jer erk. Siap nak berkompang pelbagai! Woiii orang nak tidor lah memalam. Dibantainya HUJAN, dah basah kuyup pengantin macam KUCING HANYUT -__-" IDea konventional mereka telah ditentang hebat oleh haku dan NAdia! Sorry lah yer mak and makcik-makcik. Tak ada masa lah. Lepas nikah dah nak kena berlari ke dewan, nak check pelamin. SOrry bebanyak jika terkasar bahasa dan perilaku.

7.  Printer dah tak ada INK -___-" Maka tak adalah lah centrepiece untuk dining table. Crappp!


Gambar ikhsan dari Daniel Zain



Ada yang tanya pasal kos pelamin pada malam nikah, so dekat sini haku share serba sedikit TIPS AND TRICKS ^_^

1) Kain backdrop : KAIN JERSEY yang berharga RM2.20 semeter dekat NAGOYA.

2) Lampu IKEA : Pinjam dari Mak Lang. Harga IKEA RM19.90 to RM29.90.

3) Platform pelamin : Cik Gayah kasi sewa FREE sebab Cik Gayah dah taubat tak nak mengandam lagi. Huhuhuh, rezeki-rezeki. Nasib baik mak baik ngan Cik Gayah. Korang tak kenal Cik Gayah kan, so lupakan!

4) Sofa dan cover sofa : Sofa mak. Sofa yang sama masa bertunang. Cover sofa beli dekat IKEA dengan harga RM9.90. Function utama ialah SELIMUT! Nak buat cover sofa baru, LARI BUDGET.

5) Carpet putih : Beli masa bertunang dekat Jalan TAR dengan harga RM49.90/satu.

6) Carpet kuning : Pinjam carpet Mak Tam ^_^

7) Spotlight : Nadia sponsor. RM49.90 sebuah

8) Bunga putih pelamin : RM18 sejambak tapi dapat discount TERHEBAT RM16/sejambak (sebab dah selalu menjemah ke kedai yang sama)

9) Pasu bunga putih : Sponsored by mak. RMbelas-belas...Sorry tak hingat

10) Balang kaca ikan guppy : Mak Lang bagi pinjam. Beli dari IKEA RM29.90 to RM39.90 sebalang

11) Bantal putih untuk pengantin lelaki : Ikhsan mak dan Mak Tam

12) Bantal biru : Bantal rumah! Murah jer. Kalau kat IKEA, seketol bawah RM10

13) Lantern : RM3.90 yang paling kecik hingga RM5.90 yang paling besar. Haku rasa korang boleh dapat lagi MURAH tapi kena rajin google dan jenjalan.

14)  Langsir putih : Langsir Mak Tam untuk Raya

15) Bling-bling back drop : RM4.90 seutas

*hantaran entry lain kali ^_^

Di sini haku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seisi keluarga di atas segala sponsorship ^_^ Tak ada ikhsan korang, tak menjadi lah majlis nie. Mekasih yer semua. Terharu...sob sob sober..Eh

Pengajaran:

1) Redha and terima segala cabaran dengan TENANG. Setiap kejadian ada hikmahnya. Instead of kita menangis dan berduka bagai nak rak, cuba cari option lain.

2) Mempergunakan barang-barang di sekeliling dengan sebaik mungkin Contohnya langsir, sofa, perabot, carpet dan esetra estra esetra yang boleh menjimatkan KOS. Banyakkan membaca buku PENGANTIN (sumpah MEMBANTU), rajin-rajin google wedding website, blogspot dan forum.

Haku suggestkan korang satu wedding website : GREEN WEDDING SHOES. Sumpah bagus dan sangat banyak idea-idea menarik.

3) Beli sikit-sikit - setahun or dua tahun sebelum majlis. Maka tak adalah kita rasa terbeban. And benda-benda nie korang boleh sewakan atau pakai balik untuk adik-beradik or sanak sedara. Investment di kemudian hari ^_^

4) Don't think/put unnecessary pressure! Come out with contingency plan

5) Plan dari...uhuk uhuk...AWAL...uhuk. Haku bukan orang yang terbaik untuk memberi nasihat berkenaan masa dan punctuality -__-"

6) Beli sketch book untuk draft pelamin nikah, reception, meja makan, list of guest, hantaran and plus korang boleh tengok balik di hari tua ^_^ Syahdu seyhhh! Korang jugak boleh lekat segala receipt, a few pre wed pictures dan esetra esetra estera

7) Pastikan family dan teman rapat tahu flow of event! Pengantin dah tak boleh coordinate. Masa nielah kita perlukan pertolongan family dan teman. Tunggak utama OK!

8) KUATKAN SEMANGAT!!!! Nie sangat penting jemah -__-"

9) Last but not least, selalulah semayang hajat, sunat dan taubat dan berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan ^_^


*Thanks to Nadia for all the great pictures ^_^

Friday, November 16, 2012

VirGin MaRy


Doa qunut - hafal! Istghfar - hingat! Rukun semayang - 11!
Doa Junub - Weehoo (bukak toyol)

Tok Kadi "Sign nie, ok da. Boleh balik" -____-"