Ad

Showing posts with label chit-chat. Show all posts
Showing posts with label chit-chat. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 2012

Thursday, February 9, 2012

Aku Pengantin RebeL : RupaKu Yang Hodoh

Sepanjang menuju ke alam perkahwinan, haku hanya terpikir pasal pelamin, baju, photographer dan duit TAPI tak pernah sekali pon terdetik di kepala hotak haku akan KEHUDUHAN DIRI yang bakal menjelma di depan Mahadi -__-“
Siyes, haku sangat comot dan sakai < Apon selalu cakap macam nie. Apon + Ando + Erin tak heran kalau haku comot momot tapi akan menjadi satu KEAJAIBAN kalau haku kemas for the whole day -__-“ Korang super Sakai!

1)   Haku tak boleh bayangkan kalau Mahadi nampak haku tidor super lasak sambil mendendangkan dengkuran2 liar bak harimau jantan disertai dengan tendangan gaban -__-“ Malu siyak! Tak cukop dengan itu, haku turut mengeluarkan ayer liur basi yang masam dan kusam berwarna HUJAU -___- SUMPAH MALU!

2)   Hilang KEKETATAN punggung akibat usia yang semakin tua. Bukanlan nak main belakang TAPI akan terjadinya peristiwa KENTOT merata2. Bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang padu TAPI turut menyelitkan aroma “GAS BERANI MATI” yang bisa membuatkan muka Mahadi BIRU. SUMPAH MALU! Haku sanggup bunuh diri.

3)   Rambut menggerbang selepas bangun pagi!!!! Wahhhhhhhh, sumpah haku percaya Mahadi tak boleh bezakan mana SI KECIL dan HANTU KUBUR. Damn it.

4)   Lipatan-lipatan comel di perot beserta selulit yang bermaharajalela. ADuyyyyy lah, dah macam oink2. Disertai kedutan-kedutan manis di muka, tangan dan kaki! Sedihhh lah -__-

5)   Kerana kesibukkan melampau mengalahkan Perdana Menteri, aku tak sedar terpakai spenda dan sarung nangka yang berlainan warna contohnya Atas warna hijau dan bawah warna merah ATAU spenda yang seperti roti kirai. Simpang malaikat 44 -__-“ Ini macam tak tahu jaga diri jer! Suami tengok pon MATI selera! Damn it.

6)   Taik hidung yang nak melihat dunia tak sempat2 -__-“ Yerlah, tak setiap masa kita boleh mengawal taik hidung, taik mata dan taik telinga hendak melihat dunia. Baju dah lawa, bau dah wangi TAPI sekali ader cebisan taik hidung di atas bibir. Tak jadi nak comolot -__-
Ok cukuplah setakat ini perkara huduh yang haku kongsikan. Apa yang mampu haku cakap, kita sebagai seorang perempuan, harus sedaya upaya mencantikkan diri. Yerlah, sekarang nie pompuan cantik dah bersepah2. Sesenang jer lelaki kita nak MENGGATAL! Wasalam (Eh pembuka citer tak der salam pon, tetiba penutup jer bagi Wasalam -__-“)

Friday, January 13, 2012

Yahooo, terima kasih NUFFNANG!!! Kami KaYA! Pftss

Lepas Ando cakap, NuffNang dah reward “Stick & Stone May Break My Bone” sebanyak RM0.50, haku terus macam WOW, ader jugak imbuhan rupa2nya. Kalau blog dia hanya dapat LIMA PULOH SEN, blog haku mesti lagi terok sebab follower dia lagi ramai daripada haku -__- Yerlah blog haku biasa jer dan tak ada apa2 yang menarik selain cerita merapu dan haku yang choymel -__-“ Ok jangan marah!
So, haku pon memberanikan diri membuka NuffNang -_- Sumpah scary. Macam dah nak hamik result PMR! Haku expect memang KOSONG sen lah!!

Sekali, hahhhhhhhhhhh! Dengan tidak disangka-sangka, haku BERJAYA memperolehi RM1.50 ^_^ Amacam, kecow tak? Wieeeee, lagi banyak dari Ando. Hohohooh. Ok, haku tahu SECIPUT, tapi untuk amatur blogger macam haku, haku rasa bangga sebab ada jugak orang nak baca blog nie. Mekasih yer korang.
Haku nak belanja pon tak boleh, sebab hanya dapat RM1.50. Nak beli nan cheese kat Pelita pon tak lepas. Kita kongsi lah yea -__-“

Plus, NuffNang hanya akan cashin ke dalam account blogger setelah mencecah LIMA PULOH HINGGIT! Jauh lagi perjalanan hidup nie -__-“
Untuk semua pembaca, blog boleh menambah sumber pendapatan seperti: Vivy Proudduck, dan Hanis Zalkiha, Inie Belog Saya.
Haku dengar ada suara asing berbunyi “ALahhhhhh, tue pon dulue haku delete NuffNang dan amik Google, kalau tak haku mesti lagi banyak dari kau” -__-" Pftsss!
Dan yang sedihnya biler dier assume NuffNang hanya bagi haku ENAM PULOH SEN!!! APAHAL???? Ko ingat kalau kau lima posen, haku pon posen2 jugaklah -__- Chisiiingggg nale!

   Hah tengok, haku dapat sEHINGGIT SETENGAH tau! Di bahagian kiri merupakan cara-cara kami, 
   (blogger) mendapat mata ganjaran dari NuffNang.

Wednesday, January 11, 2012

Entry Separa Lucah - Adat Perkahwinan Orang meLAYU

1)     Ibubapa & sedara mara yang berkeras hati nak buat majlis perkahwinan di rumah/rumah pusaka atok dan nenek
Memang ader ibubapa yang seboleh-bolehnya nak mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka di rumah sendiri. Alasannya : sedara mara ramai, kalau buat kat dewan, susah nak gerak, susah nak lepak dan agak terbatas.

Kalau rumah tue besar tak per tapi kalau kangkang kera lagi besar, tak ke dah macam tin sardin??? Kat situ lah korang nak bergolek, kat situlah korang nak mengumpat “Eihhh tak suka lah haku anak si Jenab tue, berkawan dengan budak2 rempit”, kat situlah anak korang nak menjerit melalak. INI PENGALAMAN RAKAN bukan pengalaman penulis -__-“

Bukan sahaja rumah kecik, jalan nak masuk rumah pon sempit. Dah la jalan sempit, kawasan khemah pon sempit dan padat. Kalau berjalan tue, konpem bergesel punggung. Worr -__-“ Haku rasa tetamu akan sangat tak selesa dan rimas.

Nak menambahkan azab, majlis perkahwinan diadakan di bawah panas terik mentari. Biar ler sepuluh kipas industry menghala muka, tapi kalau dah ramai sesak dan panas, konpem ketiak kau becak, makeup ala2 Ifa Raziah pon cair dan hilang vogue!!

2)     Ibubapa & sedara mara yang yang keras kepala nak bagi telur untuk door gift
Masa zaman2 mak bapak kita, telur merupakan doorgift wajibul ghunnah. Kalau tak der telur, umpama majlis perkahwinan korang tak lengkap dan berseri - ibarat pengantin lelaki bersanding tanpa telor sendiri -__-

Payahlah nak bagi telor, nak kena cuci telorlah (kang ader chicken shit pulak), kena rebuslah, lepas tue kena tunggu telur sejuk baru boleh masuk dalam sarung. EH sarung? Apahal! Lebih kepada bekas telor.
And haku tak suka rupa telor, burok dan kengkadang ader bau yang kurang menyenangkan. Telor saya pangkah!!! Mak cik haku ader cakap, telor tue wajib diberi kepada para tetamu sebagai lambang kesuburan. Apahal? Itu telor ayam, tak  ada kena mengena dengan telor lelaki subur -__-“
3)     Ibubapa & sedara mara yang gembira untuk menjemput seluruh kampong/bandar
Ini lagi satu masalah semasa. Haku tengok omputih kawen cool jer. Jemputan terdiri daripada keluarga2 terdekat, kawan-kawan baik dan VVIP. Dan haku pasti kos perkahwinan dorang jauh lebih murah berbanding orang-orang kita. Kalau mahal pon mungkin disebabkan enhancement pada menu, decoration yang lebih grand dan liquor.

Orang Melayu, kalau boleh, satu Selayang nak dijemputnya -__-“ Eh kenapa Selayang pulak nie? Ini bukan cerita haku -__-“ Damn!

Macam lah mak cik kat hujung kampong tue tahu nama haku, kerja kat mana. Entah2 dia tak tahu pon mak haku dah kawen -__-“
Alasannya, harus dihebahkan satu kampong yang kita dah berkahwin dan bukan kena tangkap basah. ALLAHHUAKHBAR, ini yang dihiraukannnya. Memang mulot orang tak boleh ditutup. Biar ler dorang mengutuk tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Kalau mulot dah macam mak cik2 kat opis mak haku (nasib baik mak haku berhaluan kiri), memang tak akan boleh lari dari caci mencaci dan umpat mengumpat nie. Ada ker dia kata mak haku ader affair ngan pengetua -__-" Eihhh, bapak haku lagi hensem cam Jeffery Din taw!! Eh, betol ke mak ader affair -__-"

Sunday, November 27, 2011

N for Nadira NOT November lah!

Okies, sebenarnya dah lama haku pendam akan kebodohan dan kelemahan diri. Haku biarkan ia tersemat rapi jauh dilubuk sanubari TETAPI bila dipikir2kan kan baLik, ada baiknya haku berkongsi pengalaman PAHIT nie bersama sahabat2 handai yang mungkin akan bekerja di Telaga Minyak Jaafar.

Kalau korang bekerja di Telaga Minyak Jaafar, setiap kali menelefon HelpDesk untuk mendapatkan sebarang pertolongan, korang akan diminta memberikan initial's name. Setiap orang akan diberikan initial id. Macam nama haku Nadira Jaafar maka inital's name haku ialah NJA bla bla bla.

Telaga Minyak Jaafar sangat mementingkan security. Nak masuk main building kena screen id, nak masuk lift another revolver door yang kena screen id dan nak log in computer pon kena masukkan pin dan screen id. Banyak weh security control!

Lepas haku diberikan id, haku kena call Helpdesk untuk mengACTIVE kan id sebelum log in ke komputer. Ok, sila ikuti perbualan di bawah.

HelpDesk: Hello, Can I have your id please?
Si Kecil : My id is NJA bla bla bla.
HelpDesk: Ok, I repeat again. N for November , J for Juliet, A for Alpha
Si Kecil: (Dalam hati: Eh, apahal November pulak. Nadira lah..Biyol lah Helpdesk nie). Hello, N for Nadira not Novermber.
HelpDesk: Yup, I know. N for Novermber, J for Juliet and bla bla

Si Kecil: (Eihhhhh bangang nya HelpDesk niee. Salahlah woiiii) N for NADIRA, J for JAAFAR and A for urm urm urm (halamak, A for apa yer..KER DORANG GUNA PHONETIC APLAHABET -_____-") wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! - Haku tahu mesti dorang record coversation haku pastue buat Quality check, and GELAK RERAMAI..Damn you!!!


U dont want know the rest -___-" Serve you right!!!! Shame on YOU, SI kECIL.





Tuesday, August 2, 2011

Alleviating at Ben's


Appetizer at Ben's which is mind soothing and fun.
Weepiiieee.


Stack of cards


Saya potong kain batik emak semasa dia tidur petang. Hohoh.
Saper suruh paksa tidur petang. Orang tak nak lah.




DURIAN, kena kepala hotak, konpem bengong seminggu.




Wearing HAREM pants. Serius macam HARAM.
Aku pendek. Bila pakai dah macam jubah -___-



Aiseh. Lost count.
Mak : "Mana kau nie yong? Malam2 buta tak balik lagi?"
Si Kecil : "Rumah Ereneo lah mak"
Padahal tengah miang-miang keladi dengan Captain Mahadi.
weeee




 Petai, jering, kerdas, durian.
Masa puasa pon, lepas buka jer boleh borak.
Sebelum buka, mulut busuk.




Ada orang boleh garu belakang sebelum tidur.
Ayien dan Nadia dah fed up nak menggaru aku sepanjang malam.

Ada jadual waktu:
Weekday > Ayien
Weekend > Nadia.
Huhuhuhu. Style



Kalau tak ada orang dalam lift, saya akan _________ spenda.
Pikir sendiri lah.
Aku tahu semua orang pon buat, cuma nak mengaku dengan tidak jer.




Worrrr. Mestilah sausage.
Tolong jangan otak kuning -__-



 CILI PADI sebab lepas makan, kepedasan konpem
bibir terjuih macam ANgelina Jolie.
Sexy!




The food is OK BUT the customer service is SUCK.
Ben's at KLCC.
Will tell more soon.




Aku yang suka memalukan diri

Situasi 1:


Di pagi Sabtu yang mamai


Backup Team: Hello saya Raja dari backup Team
Si Kecil: Morning. I'm Nadira from Server Ops.
Backup Team: Tell Zharif that backup is completed


Dalam chat room


Si Kecil: Zharif, Tadi Raja dari backup team call
Zharif: Thanks Nad. Tapi kan macam tak ada orang nama Raja dalam Backup Team
Si Kecil: Ntah, dah dia cakap Raja.
ZHarif: Devaraj kot
Si Kecil: Hah, yer lah tue! -__-
Chat room: (gelak beramai-ramai)
Si Kecil: I telinga tak multitasking, mata jer -__-


Situasi 2:


Ticket mula berlambak-lambak masuk dalam queue

Mizah: I, amik server tainbk1
Si Kecil: (Si Kecil nampak, sebaliknya!)
Si Kecil: (Baca..aiseh. Pe ke pelik nama server nie)
Si Kecil: (Baca lagi..betul ke nama server nie?)
Si Kecil: Eh apa nama server nie? TAIKBN1?

Chat room: (Sunyi)

Si Kecil: (Apahal semua diam? Tak ada sesaper bagi penjelesan pon? Mesti salah nie)
Si Kecil: (Baca balik)
Si Kecil: Lahhhhhhhhhh. ingatkan TAIK. Rupa-rupanya TAINBK1 -__-
Chat room: (Gelak lah...apalagi -__- )


*Nampak sangat lah mata pon tak multitasking..kecow


Situasi 3


User dengan nama Roslina.  bt ??? Dari team ??? (Tak dengar sangat -__-)  Call hotline Telaga Minyak. 
Apparently, team kitorang pon ader Team Lead nama Roslina Ramli. Single and available. Weeehooo.


User: Hello. I Roslina. I ader change bla bla bla...Boleh cakap dengan Azwan. (Background meriah giler dengan suara budak2)
Si Kecil: Hah Ros! Nak apa? Apa nombor ticket Ros? Tak dengar lah.


*Dalam hati, aku nak jer cakap "Weh Ros, ko nie kawen belom, tapi bising mengalahkan orang dh kaweN". Tapi ALLAH tue Maha Penyayang, ayat tu tak sempat terhambur dari mulot haku.


Aku meneruskan perjalanan berjumpa Azwan: "Azwan, kakak tiri kau call!"
Lepas memberikan hotline kepada Azwan, aku terus menuju ke wokstation.


Beberapa minit kemudian, Azwan datang ke tempat aku

Azwan: "Si Kecil, saper call I tadi?"
Si Kecil: (soklan apa nie) "Roslina lah"
Azwan: Roslina mana? Kakak tiri kau yang maner nie?
Si Kecil: (Yesssssssss, aku tahu haku dah salah orang LAGI..damn!!!)

Gelak beramai2 lagi.

Situasi 4

Basically dalam chat room ada Si Kecil, Adibah, Aard, Tee, Azwan, Mizah dan Syidah. Kumpulan kami dicukupkan dengan seorang lagi ahli petang.

shaMUNdeswary : Hello everybody
Si Kecil: Hello MUNa
shaMUNdeswary: Eh, nie Sham lah bukan Muna.

Dekat Telaga Minyak Jaafar, ader sorang nama yaMUNa dan lagi sorang shaMUNdeswary.

shaMUNdeswary: Jauh giler kot S dengan Y.

Memang masalah mata lah -__-


Situasi 5

Sebelum shift pagi pulang, case yang tak boleh diresolve oleh team pagi, akan di handover ke team petang.

Si Kecil: Cepat2 hantar handover. Nak balik dah nie.
Team: Tungggu..jap2
Si Kecil: Cepat. Tangan bertukar service.
Syidah: Service bertukar tangan lah
Azwan: hahhahah. salah lagi

Situasi 6

Ini bukan chat room during weekend shift. Di waktu petang, semua ahli dalam chat room menjadi lebih berperibahasa. Di Sebabkan semua nak bermadah, aku pon tumpang sekali.

Si Kecil: Padang pak malau, padang melipat. (Naper cam lain jer peribahasa nie?)
afjanta: padang? (bukan main besar lagi font kau)
Uzi aka jose: padang pak malau..hahhaha
afjanta: padang boleh lipat ker?
Si Kecil: (Damn..salah pulak. Tue lah, orang nak berperibahasa, kau nak sebok2) Ah ha..Tadi real estate kata harga tanah dah murah. Tue yang pak malau beli padang..

***Damn -___-



Cantik tak? CAntik kan..huhuuh
Giler

Saturday, July 23, 2011

M.O.N.E.Y


M.O.N.E.Y

can't

BUY

us

HAPPINESS

Money can't buy BANANA
scary lah those time..damn
Aku yang suka memalukan diri sendiri -__-

Tuesday, June 28, 2011

Sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Kengkawan, sorry tak dapat reply chant-chant from the heart aka comment korang. Ada Problem with my blog account. ADehhh -_-



Friday, March 25, 2011

PanTang Larang

Hello pada semua kaum keluarga di Selayang Baru dan sahabat handai yang jauh di mata tapi dekat di hati...hohoho..mesti korang terpikir-pikir, "manalah budak kecik sekor nie?". Si Kecil sekarang sedang berpoya-poya di sebuah pulau sambil menenangkan pikiran dan badan=).

Kali nie aku nak cerita pasal pantang larang di Malaysia. Pantang bermaksud "TAK BOLEH". Contoh ayat yang sesuai : "Pantang tok nenek aku kalu masak tak letak belacan". Larang bermaksud "Jangan". Contoh ayat : "Anda di LARANG berak berlari".

Malaysia kaya dengan pantang larang dan sejak kecil aku dah biasa dengan pantang larang nie. Tapi nasib baik Mak Ndok (mak aku), tak percaya sangat. Contoh pantang larang yang fames kat Selayang

1) Jangan menyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Apsal kawin dengan orang tua? Agaknya, orang2 tua jer suker duduk dapur sambil stalk anak dara orang? Hah, mesti Siti Nurhaliza selalu nyanyi kat dapur. Tue yang kawen dengan Dato K.


2) Jangan lalu bawah ampaian, nanti lambat kawen.
Yang nie paling tak munasabah. Kalau lah kita ada banyak line ampain, dan untuk sampai ke ampain nombor 2, bukan kena lalu bawah ampaian pertama ker? Orang putih kata "shortcut". Kalau aku Si Kecil nie, tak payah tunduk pale, dah boleh lintas ke ampain nombor 2.

Tapi pantang larang nie macam ada betol nya jugak. Sampai sekarang aku tak kawen-kawen lagi. Hurmmm.



3) The day on our wedding, campak baju atas rumah
Orang kata, ini bertujuan utuk mengelakkan hujan lebat semasa hari perkahwinan. Naper tak campak spendar jer, baru lah mantap sikit. Campak spenda lembap yang dah tak basuh seminggu. Baru lah panas berdeting sepanjang zaman.

Tapi senario nie pon macam betul jugak, Aku ada 2/3 orang kawan yang kawen dan tak campak baju atas bumbung. Memang hujan lebat giler. Siap petir lagi. Perghhhhh

4) Jangan makan dan minum menggunakan pinggan mangkuk sumbing
Kalau korang berdegil jugak, nanti mulut anak korang sumbing. Korang yang minum, anak pulak yang sumbing! Tak relevan lah. Mesti anak korang boleh scan dari dalam perot. Perot hi-tech

Kalau anak kuar muka cam nie? uihhh pengsan
damn!!
Asek kena samak jer lah=p

5) Jangan tengok movie atau gambar yang pelik2, nanti anak korang keluar, macam muka tak siap
Arwah nenek dulu selalu pesan kat auntie2 aku, Kalau mengandung, jangan tengok cerita pelik, nanti KENAN. Kena aper? Kenan dengan benda yang korang tengok tue. Nanti baby korang, muka macam benda yang pelik tue. Simpang malaikat 44!

Nie antara cerita yang diban oleh nenek
Keluar anak muka macam nie, aku yang pengsan


6) Jangan bawak nasik ke tempat tidor
Selepas makan, dengan tak disangka-sangka, ader 2 butir nasik melekat kat baju. Maka malam karang, ader hantu melawat korang. HOHOHOH, Nie kategori hantu lapar.

Nie pon tak relevan sebabnya dalam perot Mahadi pon ader banyak nasik. Tak da pon hantu nak melawat dier? Ker Mahadi HANTU tu? hohohoho. gurau jer. jangan tak jadi kawen yer:p

Ataupun jangan bawak gigi patah korang ke tempat tidur. Konon nak buat kenangan lah. Kalau korang bawak tidur jugak, nanti hantu gigi datang.

eihhhhh
speechless


Sebenarnya, pantang larang nie untuk mengelakkan daripada berlakunya pelbagai benda tak baik atau kecederaan seperti JANGAN MAKAN DENGAN PINGGAN MANGKUK SUMBING.