Ad

Showing posts with label fuNnY. Show all posts
Showing posts with label fuNnY. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Saitan Kembali


Saitan kembali -__-"

Dibulan puasa yang lapar dan kering
Dora: Okehhh..Haku ada teka-teki! Kenapa binatang nampak tarzan, dorang gelak??? (grin ^_-)
Jawa: Sebab telor dia tersepit celah spenda!

Owhhhhh mannnnnn...you are so not respecting me -____-" Hadoiiii

Sunday, August 12, 2012

Hantu Kum Kum Yang CoyMeL

Haku pon tak paham kenapa makin TUA, haku makin nakal dan tak senonoh -__-“ Ini diakui oleh keluarga dan kawan-kawan baik!! Damn.
Kisah KEJI nie terjadi pada minggu lepas sewaktu sessi berbuka puasa bersama teman-teman. Sebab dah lama tak jumpa, maka yang nak dibincang kan pon banyak dan panjang. Mula-mula kitorang berbuka dekat kedai steamboat, Gombak. Lepas tue beralih arah pulak dekat kedai mamak.
Tetiba dalam kepala hotak haku “Jom Genting!!” haku hingat dorang akan MEMBANTAH sekeras-kerasnya tapi semua pon “JOMMMM”!!!!..Owh korang memang RARE tue pasal KITA BOLEH KAWAN LAMA ^_^
Apalagi, kitorang pon bergerak ke GENTING dengan pakai baju kerja, peluh2 dan heels ^_^ Dang gurl!!! Sesampai di Genting, MASYA ALLAH, sejuk betullah Malaysia. Kitorang pon melepak di OLD TOWN KOPITIAM. Borak-borak dan makan-makan. Haku makan mengalahkan orang puasa!! Kecow Si Kecil. Tapi memang best lah hangaroo sama-sama lepas bertahun-tahun tak jumpa. Dari topic menteri2, anak ikan (uhuk uhuk uhuk), family, hal kawen hinggalah isu-isu lucah -___-“ Kenapalah kawan-kawan haku macam nie ???
Around 3++am baru kitorang bergerak ke Genting Sepah untuk bersahur. Memang perot stoking lah korang nie!!!! Lepas tue bergegas balik ke rumah masing-masing.

Haku sampai rumah lebih kurang pukul 5++ am. Family haku memang tak mengamalkan dasar PULANG ke rumah LARUT2 MALAM. Memang nak kena terajang lah dengan mak dan abah. Nak dijadikan cerita, battery phone pulak mATI….Dammmmnnn!!!! Tak sempat haku nak inform mak dan Mahadi -__-“ Matilah woii!!! Semua ayat haku dah baca, dari 3 kul sampailah ke doa makan. Takootttttttttt wehhh!!!
Lepas haku panjat pagar umah (tertinggal kunci pulak -__-), haku pon BERTELEKU depan pintu rumah. Haperlah haku nak conggggggggg mak haku nie.

Tetiba idea INDAH pun muncol. Haku pon terus sauk TELEKUNG!!!!! Nasib baik ada TELEKUNG dalam bagpack TAPI kalau haku pakai macam nie, mahu kejung mak bapak haku nanti.. TEPERANJAT!!!!! Tengah haku sebok2 nak pakai telekung, tetiba mak keluar!!!!!
DAmnnn!!! Apahal awal sangat dier kuar nie!!!! Mak DIAM and pandang haku tak berkelip-kelip. Haku dah kata, DIER MESTI TERPERANJAT PUNYA!!!!! Janganlah pengsan. Haku pon terus tergur mak “Makkk”.
Mak haku pon terus bertempik “Kau gi mana malam2 nie DIRA?”
Tanpa banyak berpikir haku terus jawab “Gi QIAMULAI MAK”! Daaaaaaaaaa..
Apalagi terus mak haku mengamuk “QIAMULAI KEPALA HOTAK KOOO!!! KO KAN PERIOD” Bukkkkk, kena sedas!!!
HHahhahah, haku lupa haku period..Sakai Sakai!!! Bodohh.. Haku harap-harap anak haku tak macam nie nanti!!!!


Thursday, August 2, 2012

Ropocopy


Robust File Copy", is a command-line directory replication command.

  • Ability to copy file data and attributes correctly, and to preserve original timestamps, as well as NTFS ACLs, owner information, and audit information using command line switches


  • Ability to copy file and folder names exceeding 256 characters — up to a theoretical limit of 32,000 characters — without errors.


  • Multithreaded copying. (Windows 7 and Windows Server 2008 R2)



  • Even yang teror buat script pon boleh buat typo error! Fariz Fariz!!!! Ropocopy haper??? Ropol ropol??? ROBOCOPY ok..

    Script dekat atas nie dah powerful giler tapi boleh TYPO pulak -__-" Heh

    Babi dan Tahi adalah SEDARA

    Hurmmm haku nak citer pon malu tapi haku tetap nak cite jugak. Eventhough haku bekerja dalam IT industry, tapi sumpah haku BUTA IT -__-“ Ini memang diakui oleh kawan-kawan baik haku sendiri.
    Sampai sekarang, haku masih lagi menaip kena tengok keyboard -__- Dah 13 tahun haku menggunakan computer TAPI haku masih tak mampu menaip tanpa melihat keyboard. pftsss

    Kesannya...
         

          Si Kecil : Oklah gang, nak balik…
    Chatroom: Bye Kecik
    Si Kecil : babi guys
    Chatroom: Woiiiiiiiiiii cakap member sendiri babi!

    Sebenarnya nak cakap BABAI, tapi tertinggal A pulak -__-.
    Tak kanlah nak ckp kawan sendiri BABI…Double damn lah! -__-"
    Tuelah padahnya kalau berebut2 perkataan nak keluar



    Kes kedua
               
    Si Kecil :: Eh apa nama lagu nie?        
    Chatroom FM : John Legend. Ko kenal ker? (sambil menyindir)        
    Si Kecil :: Eh haku TAHI ok!!
    Hurm, instead nak cakap TAHU tertekan TAHI pulak…bongokkkk!!!

    Monday, July 30, 2012

    Kau Yang Suka MemaLukan Diri

    Aku dan perkara yang memalukan, memang tak mampu dipisahkan. Ibarat irama dan lagu, ibarat spenda dengan pad.
    Tanggal 30 Julai 2012, Isnin bertempat di Kem Askar 91 Depot Jalan Kuching telah menyaksikan perangai sebenar haku.
    Encik tunang telah pulang ke kampong halaman atau kembali ke pangkal jalan setelah 5 BULAN bertempur di medan perang melindungi negara tercinta -___-“ *Ye ker kau busy??? Ke kau mengelinjang dekat Penang??? Pftsss…
    Ok2..Kembali kepada cerita utama. Mak Encik Tunang telah menjemput haku untuk berbuka puasa di tempat kerja beliau bersempena dengan “Majlis Berbuka Puasa bersama Pemerintahan Logistik Tentera Darat”. Satu family TENTERA lah pulak -__-“
    Suka memanglah suka sebab pada masa inilah haku boleh menjual diri. Mesti terdetik dalam diri Mak Encik Tunang “Alah sopan santunnya, lawa pulak tue, lemah lembut…Bertuah aku dapat menantu macam nie”..OK jangan comment!
    Encik tunang telah mengambil haku di rumah pada pukul 7 petang yang disambut oleh mak dengan hanya bertelekung tapi tidak berkain -___-“ Kau memang RARE lah mak!
    Perjalan dari rumah ke dewan hanya mengambil masa 15 ke 20 minit. Sesudah parking, haku melangkah dengan bergayanya keluar dari keter…”Mesti haku paling bergaya..Heh”
    Kami disambut oleh Pegawai Pemerintah Pangkalan dan pegawai-pegawai yang lain.  Apparently, kehadiran kami hadir ke majlis yang berbahagia ni bukan sahaja untuk berbuka puasa tetapi untuk menSURVEY dewan kawen kami.
    Setelah masuk ke dewan, kami berpuas hati dengan kondisi dewan terbabit..Mahu tak puas hati, dah ler FREE, aircond sejuk dan bersebelahan dengan surau…SURAU pon dah sangat gorgeous okehh!!!!
    Selepas jer meneguk ayer sirap selasip yang enak, seraya Mak Encik Tunang bersuara “Lepas kita minum air and makan kuih2 skit, kita pergi semayang yer” Lahhhhhhhhhhhhhh, bukan makan terus ker!!! Haku dah lah super lapar nie -___-“ Tapi disebabkan haku masih lagi menjaga tata susila seorang wanita, haku pon akur dan tersenyum setuju.
    Haku pon jalan beriringan bersama Mak Encik Tunang menuju ke surau. Memang sumpah ayu haku masa nie -___-“ Damn!!!
    Lepas mengerjakan solat, kami pon terus makan malam dan menuju ke GUARDIAN sebab Mak Cik Tunang nak beli Sandoz…Nie ubat kuatkan tulang okehhh, jangan pikir bukan2. Haku yang terus nak berlagak ayu, seraya mengeluarkan wallet untuk membayar ubat tersebut TETAPI….
    Ehhhhhhh mana perginya wallet haku nie??? Eh mana??? Ku selak kanan – TIADA, ku selak kiri pon TIADA. Habis satu kereta haku punggah. Habis kain2 Mak Encik Tunang pon haku hangkat TAPI TIADA BERHASIL…Damnnn, haku memang CUAIIIIIIIII 
    Kami pon berpatah balik ke pangkalan tentera, habis satu dewn dan surau haku punggah, juga TIADA BERHASIL…Akhirnya Mak Encik Tunang telah memberitahu COMMANDER OFFICER PANGKALAN dan AJUTAN PANGKALAN. Dorang nie dah kira 2 taiko besar BASE.
    Seraya dengan itu, semua pintu pagar diarahkan TUTUP dan selepas semayang terawih, semua handbag akan diperiksa -____-“ Damn…Kes besar lah pulak..

    Mak Encik Tunang pon bertanya “Entah2 tinggal dekat umah kot Nad?”
    Aku pon bersuara “Tak der auntie, ader ngan saya tadi”..Tapi sebab masih mahu mengekalkan keayuan, haku pon call rumah “Eh Ayien, ader tak wallet haku tinggal kat umah?”

    Ayien “Tak der pon!!”..Masa nie haku memang dh pasrah dan rebah…TAK DER DUIT???? Kami menyambung pencarian di car park TAPI masih tidak berhasil….
    Encik Tunang “Entah2 kat rumah kot…Tak kan nak mencurik dalam base askar..SURAU pulak tue?” AKu pon cakap “Manaaaaaaaaaa ada”sambil membuat muka -___-“ tapi aku pon akur dan terus call Ayien “Ayien ko cariklah bawah2 bantal ker?”

    Ayien – “Ah ha..ader bawah baju kau nie!”
    Aku cam…….ALAMAK…cam mana nak cakap dengan Mak ENcik Tunang dan Bapak Encik Tunang -___-“ Sumpah malu dowh…. AKhirnya haku pon “Hehehehhe..auntie..wallet ader kat umah”
    HAHHAHAHHA….famous weh satu base askar….nanti nak bersanding mesti org cakap “HAHHHHHHHH tuelah pengantin kontroversi tue”…Haku amat PASTI, hari nie Mak Encik Tunang sangat femes…hahahha..Kami terpaksa bohong sunat pada KOMANDER PANGKALAN yang wallet telah dijumpai di parking kereta -___-..Tinggal kereta kebal jer TAK KELUAR -___-"

    Malu dowhhhh… Sebab haku muka TAK TAHU MALU, malam tadi merupakan salam perkenalan kepada Mak Encik Tunang.

    Mak Encik Tunang siap berpesan agar mengamalkan pemakanan KISMIS TERANCANG -__-


    Sunday, November 27, 2011

    N for Nadira NOT November lah!

    Okies, sebenarnya dah lama haku pendam akan kebodohan dan kelemahan diri. Haku biarkan ia tersemat rapi jauh dilubuk sanubari TETAPI bila dipikir2kan kan baLik, ada baiknya haku berkongsi pengalaman PAHIT nie bersama sahabat2 handai yang mungkin akan bekerja di Telaga Minyak Jaafar.

    Kalau korang bekerja di Telaga Minyak Jaafar, setiap kali menelefon HelpDesk untuk mendapatkan sebarang pertolongan, korang akan diminta memberikan initial's name. Setiap orang akan diberikan initial id. Macam nama haku Nadira Jaafar maka inital's name haku ialah NJA bla bla bla.

    Telaga Minyak Jaafar sangat mementingkan security. Nak masuk main building kena screen id, nak masuk lift another revolver door yang kena screen id dan nak log in computer pon kena masukkan pin dan screen id. Banyak weh security control!

    Lepas haku diberikan id, haku kena call Helpdesk untuk mengACTIVE kan id sebelum log in ke komputer. Ok, sila ikuti perbualan di bawah.

    HelpDesk: Hello, Can I have your id please?
    Si Kecil : My id is NJA bla bla bla.
    HelpDesk: Ok, I repeat again. N for November , J for Juliet, A for Alpha
    Si Kecil: (Dalam hati: Eh, apahal November pulak. Nadira lah..Biyol lah Helpdesk nie). Hello, N for Nadira not Novermber.
    HelpDesk: Yup, I know. N for Novermber, J for Juliet and bla bla

    Si Kecil: (Eihhhhh bangang nya HelpDesk niee. Salahlah woiiii) N for NADIRA, J for JAAFAR and A for urm urm urm (halamak, A for apa yer..KER DORANG GUNA PHONETIC APLAHABET -_____-") wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! - Haku tahu mesti dorang record coversation haku pastue buat Quality check, and GELAK RERAMAI..Damn you!!!


    U dont want know the rest -___-" Serve you right!!!! Shame on YOU, SI kECIL.



    

    Monday, September 19, 2011

    Budak Sekolah Terlampau

    Lepas aku membaca entry di blog : Jawapan Kertas Biologi Paling WIN , teringat aku akan kisah seorang budak sekolah yang berumur 7 tahun yang bergelar "Sepol". Sepol merupakan pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan ehem ehem. Mak selalu cerita pasal budak nie. Mula-mula aku malas nak dengar tapi ada satu kes yang membuat kan aku mula mengikuti kisah Si Sepol nie.

    Sepol nie orang nya kecik jer, hitam manis dan botak (haku mula merasakan orang botak memang bermasalah -__- ). Setiap hari, nama budak kecik nie akan menjadi buah mulot makcik2 opis dan para guru.

    Kes pertama

    Murid: Cikgu2, Sepol kan dia xpakai spenda -___-
    Guru Besar: Hah, mana awak tahu dia tak pakai sependa? -____-
    Murid: Sebab tadi dia cakap, Saper nak hisap K _ _TE, bagi seringgit -____-. Budak perempuan semua menjerit cikgu.

    Seraya Guru Besar memanggil Sepol ke opis

    Guru Besar: Sepol, betol ke awak xpakai spenda ?
    Sepol: Betol cikgu!
    Guru Besar: Apsal awak tak pakai spenda?
    Sepol: Spenda saya tak ada cikgu -____-

    Seraya Guru Besar memanggil mak kepada Sepol.

    Guru Besar: Sepol cakap dia tak ada sependa. Betul ker puan?
    Mak Sepol: Dia tipu cikgu -____-. Saya ada belikan dia sependa kat rumah -____-


    Kes kedua

     Murid: Cikgu, Sepol bawak CD pompuan seksi

    Seraya Guru Besar memanggil Sepol ke opis

    Guru Besar: Sepol, mana awak dapat CD nie?
    Sepol: Saya jumpa dalam tong sampah dekat tepi jalan, cikgu! -____-

    Kes ketiga

    Sepol berjalan2 di tepi corridor, sambil memetik pokok bunga

    Cikgu: Sepol, kenapa awak petik bunga tue?
    Sepol: Ntah lah cikgu. Saya suka-suka jer cikgu -___-

    Kes keempat

    Cikgu: Kak Ani, peneng saya dengan Sepol nie
    Mak: Kenapa?
    Cikgu: Dia pegang anjing pulak -____- Pening saya

    Mak dan cikgu pon pergi berjumpa Sepol

    Cikgu: Meh samak
    Sepol: Tak Mau (Sambil mencebik muka)
    Mak: Sepol, jom, mak cik samakkan. (maka dengan naifnya, Sepol pon mengikut mak) *Pheehhh, dier tak tahu mak haku lagi garang macam singa -___-
    Mak: Meh kita samak. Bukak ayer
    Sepol: (Bukak pili air, lantas menjirus kedua-dua belah kasut lalu basah kuyup)

    Cikgu: Aduyyyyy Kak Ani, pengsan lah saya -____-

    Saturday, December 18, 2010

    Akhirnya.PONDAN dibenarkan kaWen di Malaysia

    Akhirnya Apon dibenarkan kawen!!! yipieeeeeeee...We are zillon happy for Apon and super pretty Farlina...another beshfwen ended his bachelorhood.


    Bachelor Party for Apon=)


    Apon kawen di Dewan Felda,Jln SEmarak Kuala Lumpur...

    Dah malam, so xlarat nak update..sempat upload a few pictures for eye's craving...

    we-love-camera-so-much

    me and my besh fwen-fitriah

     bridegroom-to-be
    besh of luck guys=)

    owh luper nak letak gambar pengantin
    hahahhah


    pictures are stolen from azmi and ainul and erin and andaq
    wow..ramai!!!

    nie sejarah gelap Apon sebagai PONDAN dekat Telaga Minyak Jaafar
    serius horror





    dan yang ini paling horror (byk jer sebenarnya)
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    ..
    .

    .
    .
    .
    .
    ..
    .
    .

    ..
    .

    .


    dan lagi


    he was having a great time

    speechless





    even tough ko dh kawen, fwenship will nevar fall apart

    *** I know, not a few pictures.. truckload ...so,WHAT???


    Thursday, December 9, 2010

    AZAN tak kenal, Apa kes?

    Haku jugak ader kawan baik dekat Telaga Minyak Jaafar. Ada tua, ada giler, ader hamsap...semua pon ader..dari kecik sampai lah ke besar..dari ader rambut sampai lah ke botak..dari kurus macam plywood sampai lah perot jauh ke depan...dari muda macam hobbit sampai lah ker tua bangka...Sehari, haku pasti akan terhibur dengan gelagat dorang..Kalau korang tak percaya, sila tatap gambar di bawah.

    korang boleh teka, maner boss dier? pfftsss
    Kejadian berlaku semasa opis hour...


    Haku raser dorang jadi macam nie, sebab ada kena mengena dengan nama department tue sendiri Jabatan Operasi Setia yang mengendalikan KAD SENYUM (seyum merangkap giler) untuk Telaga Minyak Jaafar.

    So biler lunch, kitorang akan keluar makan beramai-ramai. Maser muda-muda dulu, kitorang selalu makan tengah hari dekat IKAN BAKAR The Zone. Sedap dan murah tapi SUMPAH panas berdenting. Sebab buhsan dekat opis, kami berpakat untuk makan ikan bakar sambil kami turut terbakar...

    Ikan Bakar The Zone nie terletak berhampiran dengan Menara Maluri Celcom dan sebuah tokong Cina. Tokong Cina nie ader jual semua jenis vegetarian foods yang murah-murah.

    Kami pon makan ler beramai-ramai, sembang-sembang, umpat mengata dan menggelakkan pakaian orang lain. Nie perkara biasa bagi typcal Melayu macam kami. Panas berdeting dah tak menjadi isu. Lepas selesai menjamah makanan, kami pon mula bergerak balik tapi kali nie, ikot jalan lain. Kami ikot KLCC plak.

    Sedang kami berjalan kaki, tiba-tiba Zul (bukan nama sebenar) pon berkata "Eh, azan lah..diam-diam...Awalnya azan masuk"

    Kami semua lihat jam tangan masing-masing.Eh baru pukul 12.45...Azan aper plak nie? Kami turut mengamati azan yang diperkatakan Zul tadi.. Naper ader macam orang nyanyi-nyanyi sambil ketok-ketok kayu.. Eh per ker pelik bunyi azan nie..

    Kami pon cuba mengamati bunyi tersebut..Eh ader orang azan ramai-ramailah..Eh macam menyanyi..Eh ader bunyi ketok-ketok kayu..EH..Eh..EH..eh..eh..eh..ehah ehah..

    SEBENARNYA lah kan, kami yang patot azan kat telinga si ZUL nie..AZAN pon dah tak kenal...memang lahanat..SETIAWANGSA tak pernah ada orang azan ker? AZAN dengan bunyi Buddha chant-chant from the heart pon kau TAK KENAL!!! KAU dah Kenaper? AZAN kat KUALA LUMPUR pukul 1.20pm bukan pukul 12pm...HHAHAHAH...Kau memang bongok

    Hurm
    Gambar pon dah menggambarkan segalanya
    Soory gua dah lacurkan gamba lu


    Wednesday, December 8, 2010

    RED menodai Ku

    Kejadian yang memalukan ini telah berlaku sekitar 2006 atau 2007 (serius tak ingat) ketika menuntut ilmu di UTM SKudai, dimana haku diwajibkan untuk menyertai aktiviti Ko Kurikulum atau KO-Q. Dengan sifat haku yang aktif lagi lasak dan tak boleh duduk diam, maka haku memberanikan diri untuk menyertai EQUESTRIAN atau nama kampungnya sukan BERKUDA....yeeeeehaaaaaaaa (bunyi kuda)




    Haku pernah bermimpi untuk menjadi seperti Qabil Ambak, tapi mimpi tetaplah mimpi. Nak pasang sadle pon takot, ader hati nak jadi macam Ambak..embak boleh lah..cheh....owhhh sadle ialah benda yang korang pasang atas kuda..Nak naik kuda nie, bukanlah semudah yang korang sangkakan....Jangan beranganlah kalau korang baru-baru belajar, nak meloncat naik kuda mcm Legolas dalam citer Lord Of the Ring..mahu diheretnya... Penipu dowh..kuda tak boleh terperanjat ok!!!



    Untuk dapat A dalam subjek nie, ader banyak petua dan pantang larang kena lalui. Antaranya :

    1) Korang kena rapat atau jadi kawan baik kuda. Kalau kuda tak kenal bau ketiak korang, maka kuda akan menjadi kurang rapat dengan korang dan susah untuk dikawal.

    2) Kena selalu mandikan kuda, bagi makan dan groom kuda..Hingat korang jer nak cantik, kuda pon nak melawa dan wangi jugak.

    3) Jangan buat kuda terperanjat..Kalau kuda terperanjat, maka dengan meriahnya kuda akan menyepak korang. Tendangan kuda khabarnya boleh membawa maut. Kalau dier pijak kaki korang plak, bolehlah tercabut kuku kaki bercagu.





    Sebab haku nak dapatkan A dalam subjek nie dan dengki kepada kawan-kawan baik ku yang lain : IELA + WANIE + SHA, yang konpem dapat A dalam GAMELAN, maka haku gagahi diri untuk berkuda...Tak kira panas, hujan, ribut atau petir, sanggup haku redahi...DANG!!!

    Kejadian hina nie berlaku di bulan Ramadhan. Pagi-pagi lagi haku dah bangun. Kebiasaanya haku ngan Iela akan bangun pukul 11pagi..biasalah..anak dara sekarang..Setelah mandi, haku pon bergegas ke stable.

    Sesampai di sana, aku terus meng groom RED. RED merupakan kuda yang garang dan agak agresif. RED boleh tahu korang newbie ke tak... RED akan sekonyong-konyongnya membuli newbie...Haku tak suker RED..Selalunya haku naik kuda lain, tapi haku tak hingat nama dier (boleh tak)...


    RED membuli newbie


    Haku pon belajarlah trot, gallop bersama RED di bawah sinaran mentari yang terik..Dahlah panas + penat + DAHAGA pulak tu...biler kuda berlari, korang turut berlari..Kita bukan duduk jer atas kuda tue.. Punggung hendaklah dihangkat seiringan dengan langkah kuda...ko cuba kira, berapa kali kuda tue melangkah, PENAT dan KEMATU punggung!!!...

    Setelah selesai menyiksa kuda, haku pon mandikan RED.Lepas tue masuk kan balik dalam kandang. PHewwwww.....Penat giler ...Haku lepak tepi RED...dan tolak seTONG air untuk RED..RED pon datang rapat pada ku dan terus minum air yang disediakan...

    Haku tengok, sedap plak air yg RED minum tue..siap glup glup gulp lagi bunyinya..DAMN kau RED....selalunya nak lepak lelamer dekat tepi kandang adalah mustahil sebab BUSUK, tapi sebab bulan puasa, air KUDA pon nampak sedap...RED mendengus enak...RED minum lagi GULP GLUP gLUP...damn kau RED..

    Kerana tak dapat menahan nafu serakah, haku pulang dengan hati yang tak leh blah dengan sifat RED yang tak tahu malu pada orang yang berpuasa..tahulah kau..MASUK NERAKALAH kau sebab tak hormat orang puasa...



    Sesampai di bilik, kosong dan lengang!!!...Eh, mane perginya IELANOUR Nie? Setelah diamati katil yang kemas (jarang mcm nie), baru haku sedar IELA pulang ke kampung halamannya di Jalan Pawang, Keramat...Banyak pawang di kawasan rumah dia nie.

    Haku pon terus baring di atas katil, tutup mata sambil terkenang dan kesal dengan perangai RED...Haku cuba ingat betapa sejuk dan enaknya air tue..TAK BOLEH..TAK BOLEH..haku puasa..sabar NADIRA..tak kan kau kalah dengan KUDA..haku kalih ke kanan, muka RED dalam ingatan....sambil meneguk air ..GULP..GULP..GULP..

    Haku pon zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaazssssssssssssss..MINUM SEBOTOL AIR MINERAL yang ditinggalkan IELA..konpem IELA punya, sebab haku jarang minum air masak yang tawar dan TIADA RASA..Ini semua salah KUDA..salah RED..kerana telah menodai haku..damn kau RED..haku benci semua kuda yang bernama RED....kau tak layak untuk hidup di dunia nie..kau memang BINATANG!!!

    Haku kesal tapi apa nak buat..Haku mandi dan terus bersiap-siap untuk pulang ke rumah...Kan dah nak raya...Tak kan nak dok asrama jer....kalau haku balik kampung awal, mesti selamat puasa haku..

    Sesampai di rumah, haku lihat banyak sungguh kuih raya yang enak-enak dan lazat-lazat..Ada cookies, ader semperit emprit, conrnflakes dan macam-macam lagi...Tetiber haku terpandang ALMOND LONDON...wow!!! my favourite.dulu haku pikir, kalau makan kuih yang bunyik macam omputih-omputih sikit, baru lah style..kiter pon cool macam omputih jugak..Cool tonggong ko...tapi tak kan ku ulangi lagi..biarlah sejarah di utm menjadi kenangan...

    ALMOND LONDON tue melambai-lambai sambil menari-nari inul daratista pada ku...APA SALAH haku pada korang? JANGAN BUAT LAGI NADIRA!!!! YA ALLAH..kau sabar kanlah umat mu yang lemah nie..Memang tak boleh sabar... ZASSSSSSSSS haku telan dua ketol ALMOND LONDON..kali nie salah ALMOND LONDON plak...

    Yer..mak dan abah tiada di rumah..hohoho..tapi akan menjadi isu kalau ALMOND LONDON yang baru ditempah hilang ber bijik-bijik...Tetiber ayah ku pulang ke rumah...Haku membatukan diri di dalam bilik...

    Selang beberapa minit, haku terdengar pekikan mak...

    "ABAHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!! KAU TAK PUASA YER?"

    Abah terkebil-kebil kucing " EH, apsal saya tak puasa pulak?"

    Emak " NIe!! (sambil menunjukkan bekas almond london yang dah hilang separuh)..Saper makan? Saper? Awak nie, dah tua-tua bangka pon buat perangai lah..BErdosa TAU..Buat malu kat budak-budak jer"

    HAHHAHAH..yesssssss..dah ader orang jadi KAMBING HITAM..HOHOHOHO..selamat haku....yes!!!...selamat haku dari leteran dan bebelan mak...haku hanya berani keluar bilik selepas Nadia pulang...


    Kepada abah, di kesempatan ini, anakanda memohon maaf jika ada silap dan salah..HOOHOHO

    Thursday, November 25, 2010

    MENGIGAU di PETANG hari samBil Memegang GAYUNG


    Zaman belajar di UTM Skudai, merupakan zaman belajar yang paling best. Kenaper? sebab jauh dari mak dan abah..hohohoho..dah tak ada orang nak tarik rambut haku lagi..boohooo pada mak (sekarang kau berani lah)

    Mungkin faktor yang kedua, adalah disebabkan berjumpa kawan-kawan yang satu kepala dan agak kurang normal. Antaranya iela + wanie + sha (bukan nama sebenar) :p

    Ada satu kejadian di mana sampai mampos pon kami tak kan luper ialah :

    Di satu petang yang indah, kami ber4 baru pulang dari aktiviti ko kurikulum. Wanie + Sha + Iela mimilih untuk mendalami seni muzik. Mereka telah menceburkan diri dalam aktiviti gamelan. Ayu budak-budak nie. Takot gelap lah lah tue:P

    Haku pula memilih KUDA..yer saya memasuki EQUESTRIAN..bukan sebab haku suka kuda, tapi sebab haku suker kan keindahan petang dan pemandangan di UTM SKudai (cisss..bau taik kuda aderlah)

    OK...selalunya aktiviti ko kurikulum bermula pada pukul 4 smpai 6 petang...selama dua jam haku pon belajarlah pasal kuda + taik kuda + makanan kuda + menunggang kuda......yeaaahaaaaaaa (buat bunyik kuda skit).

    Selesai jer aktiviti riadah, haku pulang ke bilik. Haku dengan iela satu bilik. Wanie dengan Sha satu bilik.

    Setibanya haku di pintu, kulihat kawan2 ku sudah beradu di atas katil..
    Setelah mandi, haku pon naik ke atas katil untuk memulakan sessi membuat tahik mata...Belom sempat haku menarik selimut, tetiber ader org berlari kelam kelibut menerjah ke bilik. Apahal plak nie. Haku dengan IELA super terkejut. Tak jadi tidur...Tetiber ORANG SEBELAH berkata "Eh NAd, ko tak gi kelas ker SE (SOftware Engineering)?..Dh lambat dah nie".

    Aku terkedu dan terkesima..Eh..Kelas haper plak malam-malam nie. Aku ker yang tak dapat info..yer haku selalu bersikap endah tak endah pasal pelajaran haku. Nasib IELA + WANIE + SHA baik, sebab bertemu dengan orang mcam haku..

    Ok...sambung balik..ORANG SEBELAH masih lagi memakai baju kurung gamelannya sambil memegang gayung dan peralatan mandi..

    PERALATAN mandi????? Ini lagi musykil..Sebab ORANG SEBELAH nie sangat takot air dan mandi pon hurmmmm..tak payahlah haku citer kat sinie..nak tahu pm yer..HOHOOHO

    ORANG SEBELAH pon bergegas ke bilik air dan mandi....haku dengan IELA semakin konpius...ehhh..nak ke maner ORANG SEBELAH malam-malam nie? Selepas mandi celup-celup, ORANG SEBELAH pon masuk ke dalam bilik dan sebok memilih baju untuk dipakai ke kelas..

    Dengan TETIBA..haku dan iela mendengar ledakan ketawa maha kuat..YERRRRRRRRRRR...kami tahu..ORANG SEBELAH dh mengingau terok di petang hari..siap mandi pelbagai...Masalahnya kawan ORANG SEBELAH lagi lah JAHAT..dibiarkan kawan dier MANDI..HAHHAHA..siyes tak boleh blah

    Tuelah ORANG SEBELAH ..Orang kata, jangan tidor lepas AsAR..Nanti giler..ko almost Giler lah tue..

    siyes..macam haku nak tempeleng je muker haku maser nie

    Dapatkah anda Spot "ORANG SEBELAH" di dalam kedua-dua gambar
    hohohoho

    

    Tuesday, November 23, 2010

    TAPIR Meningkatkan STAMINA di Sekolah Menengah DaruL EhSAn

    Subjek Bahasa Melayu memang bukan subjek feveret haku, sebabnya susah dan berbelit-belit. Tetapi selamatlah cikgu Bahasa Melayu kami so called Puan Raabah seorang cikgu yg happy go lucky.
    

    Orangnya medium height (pendek - pendek macam Solihah), bercermin mata dan senantiasa mengenakan lipstick berwarna MERAH SAGA. glamer uols. Cikgu nie nak kata garang, tak jugak tapi kengkadang memang garang. Pada pelajar pompuan, cubitan di perot adalah balasan kalau tak siapkan kerja rumah. Yang lelaki...denda nya lebih crucial. CUBITAN MAUT RAABAH akan hinggap di dada dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. nak ko main-main ? tercabut kang.

    So setiap hari cikgu akan berbuih mulot menyuruh menyiapkan karangan yang super melambak-lambak dan MEMBINA AYAT.

    sorry..gambar di ambil dari handphone
    nie bukan nak belajar nie..lebih kepada posing
    

    Sessi membina ayat merupakan kelas yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar 5 Sains 1. Ini kerana kami sangat kreatif membina ayat. Korang tak caya ? Sila baca ayat-ayat di bawah (Puan Rabaah akan bacakan pada kami setiap hari)

    nielah gang-gang bahasa melayu yang memeningkan cikgu haku
    dari kiri : Halim + Mahadi + Khairil + Fakaruzi
    MENINGKATKAN
    Fakaruzi (ntah mana perginya budak nie) : "TAPIR itu berlari-lari di tepi pantai untuk meningkatkan staminanya."

    APAKAH? Kenapa TAPIR yang kena tingkatkan stamina ? bukannya KAU?

    SELAK
    "Abang, janganlah SELAK kain saya" kata isteri kepada suaminya

    Apsal LUCAH sangat ayat ko nie..aduuuyyy


    MENURUN
    Mahadi (aka boyfwen ku) : " Bomoh itu MENURUN hingga termuntah DARAH" ok ayat dh cam semenggah sikit. sambung .. " hingga terkeluar NASI dan IKAN GORENG"..

    terok sangat ke bomoh tu menurun ? smpai nak keluar nasi dan ikan goreng pelbagai..dah tahu nak mengubatkan orang..clearkan lah perot..

    WAHANA bererti penyambungan
    Mahadi (bf haku lg) : "WAH!! ANA sedang menaiki motor"..

    Bolehlah plak ko pecahkan jadi dua ayat..Kemusykilannya, kenapa ANA menaiki motor ? rempit?

    OK..Ader lagi satu sessi sastera - di mana kami sekelas dikehendaki membaca buku TERUNG PIPIT. Ini bukan nama sayur ataupun burung. Ini nama orang yang sangat terror di purba kala. Terung Pipit ini perempuan.

    Tak silap haku lah, Terung Pipitnie super duper jahat. So soklan cepu cemas pon bermula .

    Puan Raabah : "Kelas, macam maner kita nak bunuh Terung Pipit ?".

    Maka, satu kelas pon berdiri menjawab soklan yang dilontarkan..Disebabkan memang semua tak membaca naskhah Terung Pipit nie, maka pelbagai jawapan pon terhambur keluar.

    Ada yang kata cucuk di perotnya, cucuk di telapak kakinya guna buluh runcing (korang hingat ini citer P. Ramlee, nak bunuh Jensen King) dan tumbuk di mukanya

    Puan Raabah pon berkata " Salah...Terung Pipit tidak boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Apalagas manusia..Baik, HALIM, apa jawapan kamu pulak ? "

    Halim nie kecik dan pendek-pendek jer orangnya. ALIM ulamak dan Pengerusi Persatuan Pelajar ISlam di Sekolah Menengah Darul Ehsan. Kalau pertandingan mengaji dan menghafal al-Quran, memang muka dia lah. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya juga sentiasa berbau SYURGA (wahh..apahal gua nak up lu plak)

    So, Halim pon bangunlah dengan sopan santun dan lemah gemalainya, sambil mata yang berkelip-kelip (nox, ko hingat cikgu nak bagi belas ihsan ker? pfftsss). Halim pon bersuara

    "MENENDANG kemaluannya cikgu "

    hah!!! wtf!! ape ke hey nak sepak kemaluan Terung Pipit plak?
    Kau biar lah rasional dan bermaruah skit jawabnya..
    Jawapan ko serius cm hampeh dan tak bertamadun sebabnya

    1) tak kan lah buku sukatan pelajaran dekat sekolah nak cerita pasal tendang kemaluan musuh...
    2) kan cikgu dh ckp, tak boleh bunuh sewenang-wenangnya. ko tak dengar ke haper?
    3) haku cam tak sangka, Pengerusi Persatuan Pelajar Islam boleh berfikir sedemikian rupa..ko lagi RARE dari haku
    4) apsal dekat situ yang kau target ? kalau betollah ader lelaki yang sepak kemaluan pompuan, siyes DAYUS

    pftssss..Akhirnya..sebab terlalu kreatif imiginasinya, satu sekolah tak dapat A1 nor A2 untuk subjek bahasa Melayu. tuelah..memain lagi.....

    Monday, November 22, 2010

    Sequel from "SERAI Membangangkan DiriKu" - Ke"RARE"an KU Part 2

    Mahadi dan kengkawan baik aku, selalu cakap aku UNIK dan pernah di'adopt' oleh ALIEN giler (ini specifically from Mahadi), sebabnya haku acapkali membuat perkara-perkara bodoh. TAK SENGAJA lah.


    Contohnya gunting KAIN batik mak (yang dia pakai) maser dia tidor + goreng anak kucing (YE..saya goreng anak kucing dalam kuali panas...tinggal tak da minyak jer lagi) + potong bulu mata Nadia ngan Azhar..rasanya orang tak pernah cantas bulu mata..trim kening ade lah+ tersilap masuk kereta + tergolek dekat tangga utama fakulti..maser nie haku baru mendaftar kat UTM Skudai sambil menggayakan baju kurung dan heels..siyes..TANGGA tue yang bodoh...
    Ader lagi satu nostalgia bersama mak...

    Sekali dalam sebulan, kami akan sama-sama bershopping membeli barang keperluan rumah. Tempat kejadian selalu berkisar di Giant Batu Caves atau NSK Selayang atau MYDIN Selayang Mall (Selayang maju ok..dh ader KFC plak sekarang..saya bangga)...Dulu jerlah kami bershopping bersama-sama. Sekarang, mak pergilah sendiri dengan abah dan mak long. Sebabnya, kalau ikot mak cik-mak cik bershopping ader lah membawak 3 ke 4 jam..Becak ketiak..

    So, kami pon memilih roti, air kencing manis aka COKE + Pepsi, garam, kunyit dan bla..bla..bla..Haku setia menjadi pembantu mak...Nadia membawa troli sambil posing2 ayu mengorat BANGLA di kaunter (ketiak busuk jugak ko suker)..Abah dengan ayien bergembira mencampakkan barang-barang ke dalam troli..

    Tetiba suara mak memecah kesunyian "DIRA gi amik fries..esok kiter goreng maser sarapan"
    Aku pon terus ke frozen section...macam-macam jenama ader..SUNNY lah..RAMLY lah...Ayamas lah..tp sebagai anak mak yang dah mengenalinya lama, aku memilih fries yang paling murah...mak kata, makan mahal-mahal pon, jadi TAIK jugak..pftsss..cheapo lah mak



    Selepas memilih fries yang sesuai, haku bergegas mendapatkan mereka. Tanpa berfikir panjang, abah terus membayar barangan terbabit lalu pulang ke rumah...

    Sesampai di rumah, kami sebok meng"UNLOADING" barang. Tetiber muker mak berkerut seribu menambahkan lagi kerut di wajah nya..

    MAK : "Lonnggggggggg..apa yang ko amik nie longgggggggg..kan mak suruh amik fries..KENAPA yang ko amik UBI KAYU"

    aku cuak dan cemas..ehh..bukan fries ke tue....bentuk dan warnanya sama

    MAK : " Nie UBI KAYU long.........ko tak boleh beza ker kentang dengan UBI KAYU"

    NADIA : "aduiiiiiiii ko nie long....UBI KENTANG TAK KENAL.." ..ewah2 kau...bukan main jadi fire stone...


    tak ke sama bentuk dan warnya ??


    Moral Of The Story : Sila Baca Label...Yang Maner UBI KENTANG, yang maner UBI KAYU..pftsss..mengAIBkan sungguh...

    SERAI Membangangkan DiRiKU

    Kejadian ini berlaku 16 tahun yang lalu. Aku dan Nadia membantu emak di dapur, untuk menyiapkan makanan tengah hari. Ini dah menjadi lumrah dan kemestian pada setiap hujung minggu. Ini kes PAKSA RELA. Kalau tak tolong, maka TIDAK dibenarkan makan.

    Pada satu AHAD yang 'messy' dan panas, mak bercadang untuk memasak AYAM MASAK MERAH (ker gulai?? pftss tak hingat). Mak menyuruh haku dan Nadia memotong bawang, petik cili padi, masak nasi dan segala macam mak nenek.

    Setelah semuanya siap, bahan-bahan tadi dihumbankan ke dalam kuali. Sedang mak sebok memasak, mak pon berkata

    MAK : " Yong, gi amik SERAI "..aiseh, cam mane pulak rupa SERAI nie.

    AKU : " Kat maner SERAI mak? "

    MAK : " Kat tepi jalan. AMik 2 - 3 batang yer. Pakai pisau "

    Aku pon terus menuju ke destinasi tanpa banyak soal. Sesampai di tempat kejadian, YEY!!! haku melihat banyak SERAI. Selamat gua jack!!!

    Dengan hati yang berbunga, haku pon mencantas serumpun SERAI lalu menyerahkan kepada mak dengan 'STYLE'nya.

    Tiba-tiba, mak berkerut seribu..Aiseh..In malapetaka nie

    " Lonnnnnnnnngggggggggggg. Apa yang ko amik nie ?!!!" jeritnya hampa "Ini daun SERAI. SERAInya maner?  Orang masak pakai batangnya..DAUN nya nak buat aper? Bagi kambing mkn?"

    AKU : (dalam hati : LAh td kata SERAI, haku tebas ler SERAI")

    MAK : " Ko cantas daun, batangnya maner? Apa yang ko (kau) sengal sangat nie long? Tuelah, orang suruh belajar masak, ko TAK NAK...Tengok per dh jadi...SERAI pon tak kenal.(mak main kasar nampak)

    Aku hanya terkulat-kulat memegang daun serai...
    Moral of the story : Pastikan anda mendengar arahan dengan betol. Dan pada yang memBeri arahan, sila berI arahan dengan betol.

    Ini yang orang guna untuk masak


    yang ini hanya layak untuk kambing dan spesis-spesis yang sewaktu dengannya
    

    Selamat malam.

    RIMAU BERANTAI DI Selayang

    


    Family haku memang Terkenal dengan panggilan "RIMAU BERANTAI". Semua garang-garang belaka. Bakat ini diwarisi daripada nenda dan atok kesayangan kami. Ini bukan garang main-main uols.

    Trilogy kegarangan family haku :

    1) mak long aka mak zahar
     mak long merupakan guru mengaji dan guru tuisyen. Korang jangan salah mengaji yer!! Dijeritnya, satu Selayang dengar..

    2) mak ngah aka mak kami
    Ini sumpah garang. Tak tipunya. Kitorang masa kecik, kalau tak kenal ABC dan 123, makan pelempang lah jawabnya. Cubit tue dh jd makanan diwaktu sekolah. Peksa kena 1 smpai 10. tak boleh masuk kelas B. !!! pftsss

    Maser zaman sekolah, mak pernah kunci haku dlm stor yang gelap gelita (ader hantu weh!!! tp hantu kalau dengar suara mak pon, konpem dier blah ). mak tak bagi mkn tgh hari, sebab tak kenal ABC. mak memang tak kan boleh di compare dgn Adolf Hitler.

    masa diploma, mak pernah tarik rambut haku, sebab balik universiti lambat. tercabut rambut saya!!! mak kejam

    Nadia kurang sikit kena penangan mak. Kalau mak jerit, dia dh terkencing. aiseh!!! Sebab mak tak sanggup membersihkan air kencing nadia, maka mak diamkan sajer.

    AYien lagi banyak makan penangan keramat mak. Sebab dier anak last dan lelaki, maka mak cakap Ayien Perlu belajar betol-betol, dan dapat kerja yang baik-baik. Nanti nak tanggung anak dara orang. Paling terok mak pernah hentam dia dgn pensil case yang berat. Per lagi, menggelitat lah dia mcm sotong (buat gaya sotong skit).

    3) mak lang
    Ini lagi dahsyat. Sepupu haku, Bedong (nickname Sebenar) pernah kena denda berdiri dlm ujan dalam keadaan bogel di bulan puasa uols...Alasan, balik sekolah hujan-hujan, Tak tunggu mak dier...Nasib ler ngko Bedong..siyan

    4) Mak Teh
    Ini pon garang tahap dewa. Tp sebab dier duduk jauh, edisi keganasan dier, kurang diketahui. Mak teh memang terkenal dengan cubitan mautnya.

    5) Mak tam dan Pak su
    mereka ini lah umat yang kurang garang. Ader jugak yg baik-baik. Nasib kami terbela..hhohohoho

    Ini lah serba sedikit salah silah keluarga ku yang garang cm naga berapi.

    kegarangan hanya diaplikasi pada sessi pembelajran di rumah
    

    IBU ku mendapat LAILATUL QADAR

    haku tahu, sepatotnya topic nie di'publish'kan semasa Hari raya Aidil Fitri pada bulan September yang lepas. tapi maser tue haku xder blog lg...so haku baru update sebab tetiber dpt idea...

    The story begins with...

    Di satu Ramadhan yg panas, mak pulang ke rumah seperti biasa. Balik kerja sekitar 4.00 petang. Disebabkan panas yang terlampau dan ingin bersiap sedia menunaikan solat, mak pon mandi. Untuk pengetahuan semua, Rumah kami masih lagi menggunakan kolam mandi instead of air pancuran...yerlah..rumah style lama kat Selayang kan..

    

    Basically, kalau cuaca panas, air kolam pon akan turut sedikit panas, sebab tangki utama terletak atas bumbung...tapi air kolam pada petang itu, cukup sejuk dan dingin...wahhhh..ini sungguh luar biasa...

    tanpa banyak bicara, mak pon terus mandi dengan gembira dan terdetik dihati bahawa dia telah berjumpa dengan salah satu nikmat LAILATUL QADAR...maka segala mcm doa pon dibaca dan diminta

    mungkin ini lah rahmatnya di atas amalan yang dikerjakan pada bulan Ramadhan..mak sungguh gembira

    Pada malam hari, di masa kami sekeluarga berbuka puasa, mak pon menceritakan kejadian petang tadi dengan bangganya.

    MAK : "mak rasa doa mak dh termakbul pada thn nie. ALHAMDULILLAH. ALLAH dh memberkati amalan mak "

    kami diam membisu...(dh muler tazkirah agama)

    MAK : "petang td mak mandi, alangkah sejuknya air kolam...mesti LAILATUL QADAR..ALHAMDULILLAH"

    tetiber abah dan ayien gelak terbahak2..ehhh apa hal nie..xder yg lawaK pon citer mak nie...xinsaf ker haper? xtakot dipanah petir ker?

    AYIEN : "Mak, yg sejuk tue air batu...abah campak dlm kolam..sebab air kolam panas sgt...bukannya LAILATUL QADAR... abah campak dua bongkah besar" (ko kejam yien..patotnya ko diam jer lah)

    

    MAK : terkesima (mesti sedih giler)

    Pada mak tersayang, mungkin tahun depan lah yer kiter berjumpa LAILATUL QADAR but not this year..huhuhuuh..malu mak nox

    Friday, November 19, 2010

    Dr. does not stand for D.O.C.T.O.R !!!

    This tale begins with a SIMULATION CLASS around June or July 2005. The lecturer was Dr. AB and he was pretty religious. Female students were not allowed to wear JEANS + PANTS and so forth which similar to boy's attire. So there would no further objection among the fellow students as lecturer determine their grade and destiny..hurm

    For this one girl so called "Not To Be Named", wearing a hijab was not a big deal. She would try very hard to look proper and sweet.

    Most of the classes were conducted during night time and for "Not To Be Named", this was another obstacle. Why must Night ? Night only for OWL and FOX..not human..please

    "Not To Be Named" did not pay full attention and she gain nothing for the whole month. She kept dreaming and web browsing...

    Finally, TEST was just around the corner. There would NO tranquility to "Not To Be Named". She studied hard, sleep hard. played hard and eat truck load...None SIMULATION in her tiny head.

    I can tell...this SIMULATION must be darn hard...I can feel behalf of "Not To Be Named".

    The disaster day came, she answered steadily and TIBAI macholy. I really adore this girl. Sweats were streaming down her HIJAB and who would care more. Thats were tough questions. No one smiling...

    After 3 hours ( I guess so), the test end. "Not To Be Named" was in euphoria that no words can buy. She was having the most serenity pace in her life..HOHOOHOH.

    

    2 or 3 weeks passed and the result shall reveal momentarily. Dr AB came into the lab cheerfully and started his speech " I know this paper was extremly hard for you...I can tell"

    "Not To Be Named" : U shuld know..daaaaa

    Dr AB : There was one among all of you...wrote my name as D.O.K.T.O.R  AB. My dear students, my DR does not stand for D.O.C.T.O.R. I'm not related to any human or animal. I am doctorate in IT, Simulation and bla..bla..bla

    "Not To Be Named" numb and became ice cold..it was not happening. "Not To Be Named" laughed silently that no one could trace ONLY Desk shaking tremendously. Her best friend "ELEANOUR" felt the vibrant and asked "Not To Be Named" : " DON'T TELL ME IT WAS U"..couldn't say more, they laughed together. The news spread to their another best friend "WANIE" and "SHA"...They laughed happily together...thats whats friend for..thanks guys


    I believe, "Not To Be Named" willl never ever forget this lesson learnt that DR does not entitle for DO.C.T.O.R

    geng2 doktor
    hahahahaha

    but where "Not To Be Named"
    
    Can u spot her in the above picture?


    

    Monday, November 15, 2010

    Coconut makes me SHORTER

    Coconut is a staple ingredient in Malaysian foods, from curry, rendang, kuih and so forth. 

    
    Mine, COCONUT brings different mode and memory which I will NOT FORGET until now. It was back in 1994 when I was in Standard 5, 11 years young. I was a fragile, petite and sweet little girl.

    One morning, I had breakfast all alone by myself.
    There was NO ONE around. WOW!!! this was unusual but I was totally FREE.

    My mom was darn fierce even ADOLF HITLER can't compare to her. She was THE LADY of the LAST words. So everything during my toddler moment, will be in proper manner. don't play2 hah....

    Back to my coconut story, in front of my kitchen, there was a PETITE coconut tree (just like me) with a few coconut up there...As I enjoyed my nasi goreng, me heard a cried from the coconut tree.

    

    Aisehh..It can't be ghost during this day light. It kept crying till I knew IT was a KITTEN...an orange and white cute kitten. The KITTEN stucked in the middle of the trunks.

    As I was exquisite scared of my mom, I just stared and hoped THE kitten will able to overcome the obstacle. Lets give this kitty 3 chances..more to 3 meeeeeeeowwwwww..

    1st cry, still stuck..(damn)
    2nd cry, almost tremble on the ground with nail still stucked in the trunks (must be painful)....
    3rd cry...ok2 i will help u


    can u resist this look ????...u r mean creature...
    taking an advantage on a weak person

    monitoring surrounding, hoping mom was not around....
    tapping slowly, I managed to go out from the kitchen..yippie...I was the savier of the day

    So, I pull the kitty out from the trunks....but it stucked...
    2nd time stucked again (why lah kuku panjang, thats why u stuck up there)
    3rd time ..............DOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMM

    felt extremely paint on my head...dizzy....my view blank..

    must be my mom....

    she must mad to death...looking the left foods on the dinning table...

    no words pop out....the best thing, just asked an apology

    as I looked around..there was NO ONE...uikssssssssssssss

    was my mom running away?

    she not that coward...then what was that?

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    this was the PREDATOR which hit my tiny HEAD
    damn u COCONUT
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    end up as a tiny and small girl