Ad

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013

It's been ages haku tak merapu lagi meraban (Okehh ini term mak pakai tatkala sentap dengan kebisingan haku tiga-beradik)! Hidup haku dipenuhi dengan keje-keje opis, sanak sedara yang sibuk nak "pop the cherry" dan memberi nafkah batin untuk Sang Suami. Okeh jangan merapu Dora!

2013 merupakan tahun pertama haku beraya sebagai ISTERI ^_^ Ohh la la la. Sedih? Tak sedih sangat sebab haku suka adventure. Beraya di kampung di tengah-tengah halaman nan hijau, burung-burung berkicauan, fajar menyinsing di ufuk Timur dan bau buah-buahan segar dari ladang amat mendamaikan jiwa. Pftsss -__-" Pembohong punya budak!

Pada tahun ini, haku dan Sang Suami beraya di Mersing! Kenapa Mersing? Bapak mertua teman masuk hospital akibat jangkitan paru-paru berulat. Isk isk isk. Sian kome uncle  Sunny Side Up!

Perjalanan dari Selayang ke Mersing pada malam raya sangat mencabar! Uncle  Sunny Side Up telah dimasukkan ke Hospital Mersing. Maka berlarilah haku, Sang Suami dan Chopi menaiki susuki taylor swift dengan bergayanya. Berbuka posa di McDonald merupakan pengalaman RARE dan agak sedih. Mesti masa ni, family haku tengah berkumpul ramai-ramai di meja makan melahap ketupat, rendang daging, kari ayam dan lemang!


Rupa-rupanya ramai Melayu berbuka puasa dan beraya di McD weyyyhhh. Tak adalah pelik bin ajaib! Makan burger dan sekrim cornetto di malam raya memang besh. sob sob sob sretttt hingus hijau. Ehhh ^_- Tapi siyes, haku memang suka benda-benda baru plus beraya bersama suami adalah satu anugerah Allah. HOHOOHO. Siap ko malam karang!


Pada yang tak pernah pergi Mersing, haku nasihatkan agar korang bertolak di siang hari, well prep dan guna WAZE! Mersing tak ada highway baq hang -___-" Jauh dan maha gelap. Sesat masuk ke kilang kelapa sawit, merentas jalan merah dan rumah kosong di malam raya selepas setan terlepas memang mencabar minda :(


Jalan baru atau yang tidak didaftarkan tidak akan muncul di WAZE. Maka instead of belok kanan, WAZE akan tunjuk jalan terus sebab JALAN TERUS tak didaftarkan -___-"

Dalam pikiran haku dah muncul macam-macam entiti seram. Haku terbayang sekor pontianak bertenggek di pokok kelapa sambil menghisap candu ataupun hantu tetek melintas sambil menggayakan 2 piece swimming suit berwarna PINK -__-" Kau memainkan, sekarang bolehlah kau berlagak! Pftsss.

Mulut haku dan Sang Suami tak putus-putus membaca 3 kul dan ayat kursi. Akhirnya kami memilih untuk mengikut signboard Felda Nitar instead of WAZE.

Kerana Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah telah membimbing kami ke Hospital Mersing dengan selamatnya. Safe and sound. Melihat Uncle Sunny Side Up terlantar di atas katil sangat menghibakan hati. Kami berdoa agar Uncle Sunny cepat-cepat sembuh dapat pulang beraya.




Satu perasaan sebak, gembira dan bersyukur tatkala mencium tangan suami di pagi raya. Haku berjanji untuk menjadi seorang isteri yang baik dan mengikut perintah Allah. AMinnnn...

Dalam pada gembira mencium tangan suami, muka dan ehem ehem, haku teringat-ingat bandar halaman. Apa lah korang tengah buat kan? Tengah ramai-ramai pergi semayang raya ke? Tengah bekpes ke? Banyak ke duit raya kome dapat? Hingat tak haku kat sini? sretttttttttttttttttttttt hingus terselet masuk mulot

Muahahahha haku dikhabarkan deme takde gambar raya beramai-ramai akibat tetamu berkunjung tidak putus-putus dari pagi hingga ke malam. YESSSSSSSSSSSSSSS!!! HOHOHOOHO!

  

  


         


                                  
PFTsss glamer je lebih :p

Dan di bawah merupakan bingkisan-bingkisan raya dari pecelele untuk santapan mata ^_^ Selamat Hari Raya korang dan semoga Raya pada tahun ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan.

Rudy dan isteri Rudy

Ayu dan suami Ayu dan anak Ayu

Rusy dan isteri Rusy dan anak Rusy

Nizar dan isteri Nizar dan anak Nizar

Hans dan Suami Hans dan anak Hans

Jawa dan isteri Jawa

Adele dan suami Adele dan anak Adele dan anak Adele -__-"

Anis dan suami Anis dan Anak ANis

Izwani


Dan last but not least
Pariz, isteri Pariz, anak Pariz dan anak Pariz lagi ^_^


Wednesday, August 29, 2012

Mari BerKeLah Di PuSaRa - Eidul Fitri 2012



Activity every year, melawat pusara nenek dan onyang di Kampung Nakhoda



posing tue penting ^_^



Dulu memang kitorang sangat FOBIA and PARTICULAR nak ke kubur. Tak boleh bawak budak kecik, jangan pergi petang-petang or senja-senja, jangan bising-bising (nie memang sepatotnya lah kan), lepas balik kena terus mandi dan pakai baju lain.

Tapi sekarang, segala perasaan takot dah dibuang ke tepi. Hehhhh. Takotlah pada ALLAH bukan pada momok! Segala taboo dah dilempar jejauh. Bukanlah nak cakap besar tapi selagi kita ingat pada ALLAH, Insya ALLAH tak ada apa-apa yang jadi. Sebelum melangkah masuk baca Al Fatihah, 3 Kul dan ayat Kursi.

Tinggal ais krim jer tak jual, kalau tak....dah berkelah dah nie!


Hahahha...Kecik-kecik dah sakai!


Yang sekor tue memang tak reti takot -___-"
Next trip, kitorang melawat pusara di Batu 3 Jalan Ipoh.

Barisan askar-askar
.
.
.
.
.
.
.

.

Picture that made my day ^_^
Relax jer budak sendoroi nie merayap satu kubur -____-"
Hehhh

Thursday, August 23, 2012

The craziest Kin di Hari Raya (2012)

Kitorang memang dah dididik dari kecik untuk saling tolong-menolong, sayang-menyayangi, backup-membackup (kata ganda berirama haper nie -__-“) dan hormat-menghormati di antara adik beradik. Haku dengan Nadia dan Ayien memang rapat! Boleh jer kitorang bergurau sambil bergolek-golek satu katil. Nadia suka merapu dan kuat melatah, Ayien pulak senang kena hangkot -_______-“ Hurm, baguslah tue!

Haku hingat lagi masa kecik-kecik, kitorang balik Kampung Tarun (janganlah tanya dekat mana!!!!), haku dapat kawan baru, haku DITCH Nadia. Hohohoho, PADAN MUKA KO DIK. Mak pon tegor “Jangan tinggalkan adik, kesian dia main sorang-sorang”. Maka benda tue melekat dekat kepala kitorang sampai sekarang.

Ader satu incident, Ayien tak buat kerja sekolah. Masa nie Ayien kecik jer. Mak libas Ayien dengan HANGER. Mengelitat member. Hakulah yang halang mak dan protect dia. Haku pon NANGIS (padahal bukan haku yang kena rembat -___- ). Drama betol!! Owh, Nadia pon pernah backup haku masa mak tarik rambut SEBAB balik rumah lambat. EMo lah mak nie!!! Hehhhhhh…Termakan lipan bara ker haper  -_________-“
 




Malah haku, Nadia dengan Ayien pon rapat dengan kezen-kezen kitorang dekat Selayang ie. Zahar, Bedong, Siti Tonjet, Iela Giler, Anis Keding, Amin Bam Bam, Mirzi Si Buah dan Qimie Si Penyu. Hohohohh. Semua ada GELARAN OK ^_^

Kitorang dari kecik selalu main sama-sama, gurau sesame, pergi bercuti sesame, makan sama-sama and bergolek satu katil sesame. Rapat weh kitorang. Kawan dorang, kawan kitorang jugak. Kawan kitorang kawan dorang jugak.

Tapi tipulah kalau kitorang tak pernah bertekak, bergaduh or berselisihan faham . Sedangkan lidah lagi tergigit. Nie semua salah GIGI. Dah lah tumbuh lambat, nak kena belikan UBAT lah, kena berus lah lepas TUE pergi GIGIT LIDAH. Kurang ajar GIGI nie. Hehhhhhhhh.


Walaupun umor dah lanjut TAPI sumpah perangai macam sakai -______________-“ Ibu keladinya haku, second command Nadia, hurm memang TAK JADI MANUSIA lah semuanya +___+


Semaklah kau!!!! Orang nak hamik gambar!!! Tepi sikit!!! Sendoroi punya budak         -________-“




Jom budak-budak, kita buat ulat Gendon Flash Mob ^_^

Wednesday, August 22, 2012

KomuTer Di Hari Raya (2012)

Haku memang tak prepare apa-apa pon untuk raya tahun nie -___________-“ Selalunya haku lah di antara orang yang sibuk nak beli baju, langsir, carpet dan segala macam mak nenek. Tahun nie semuanya relax dan tak terurus.



Jakun dowh -___-“ Bergaya memang bergaya tapi super KEKURA!!!

Haku dengan Nadia sibuk mencari baju raya sehari sebelum Aidilfitri -____-“ Kitorang super busy mencarik rezeki or dating bersama Hamidi. Haku dan Nadia menaiki komuter dari Batu Caves dan turun di Shah Alam. Mana tempat shopping kitorang tahun nie? Plaza Alam Centrallllllll, PKNS dan Shah Alam City Centre ^_^ Hehehe.




Mesti korang tertanya-tanya kan? Apahal JAUH SEPELAUNG? Haku taubat NASUHA tak akan jejakkan kaki lagi ke Jalan TAR dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya -________-“ Kenangan di Jalan TAR pada tahun lepas, tak kan haku lupa sampai bila-bila! Nak jalan pon berasak-asak. Nak nafas pon SESAK! Gilerlah. Dahlah mahal, tak cantik sangat pulak tue.


sakai
 

Nadia setiap tahun akan shopping baju raya dekat Shah Alam. Baju Nadia memang GLAMER dan harga pon masuk akal. Plus, ader diversity of styles from well-known designer macam INNAI, DeRias, SaidatulNisa  dan ramai lagilah. Sumpah lawa, vibrant dan sangat trendy !!! Haku memang berbangga dengan perkembangan industry fesyen kita walaupun haku tak
berfesyen sangat -_____-

Tapi biler pikir balik, memang kitorang nie agak sakai. Orang sebok-sebok lap tingkap, mop rumah, anyam ketupat, masak rendang, kitorang sibok-sibok pergi bershopping. Yerlah, TAK GRAND lah kalau tak der baju raya -____- Dah lah panas, haus, jauh pulak tue. Sakai-sakai!


Sebenarnya Nadia Jebon dah ada baju raya, so sessi membeli-belah kali nie lebih tertumpu kepada agenda haku -_____-“ Nasib ler Nadia tue baik. Nadia siap sponsor RM100 untuk beli baju raya. Semoga ALLAH membalas semua kebaikan kau yer dik ^_^ Amiinnnnnnnnnn.

Tak cukop dengan azab diri sendiri, tiba-tiba kami dikejutkan dengan azab makcik sendiri -___________-"

Mak Lang: Kak Yong, kau dekat mana?

Si Kecil: Shah Alam lah..mana lagi -____- *pura-pura tanya pulak

Mak Lang: Long, kau tolong belikan mak lang baju melayu Bedong, baju melayu atok, baju melayu pak tam, baju kurung mak tam dan baju kurung Siti!!

Si Kecil: WOIIIIIIII, apsal sekarang baru nak cakap??? -____-

Memang tak menang tanganlah kitorang. Dah lah sampai Shah Alam pukul 4, budget semua RM50. Kontol tol -____- In the end of the day, kitorang manage jugak dapat semua baju KECUALI MAK TAM DENGAN SITI. Mana ada bawah RM50 woiiii yang glamer2!!!!




Haku dan Nadia telah mengHIJACK BEDONG untuk ke IKEA. Kitorang berbuka di STEAMBOAT The Curve. Dekat IKEA kitorang sambung carik curtain, throw dan CUSHION COVER. Cushion COVER MAHAL macam ANJING!!!!








.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



My faveret picture of the day. Member dah tak larat nak jalan^_^ Hehehe…Sorry ye Bedong.