Ad

Showing posts with label ShoPpInG. Show all posts
Showing posts with label ShoPpInG. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Go GREEN with SephoRA

*versi tak ada idea

Haku memang tak der preference DrugStore. Haku selesa membeli facial kit/wash, cosmetic dan medicine dekat Guardian KLCC. Kenapa KLCC? Sebab dekat dengan opis dan MURAH. Siyes murah! * Dah jangan comment!

Tapi sekarang haku ada favourite cosmetic store ^_^.............SEPHORA...Mula-mula sumpah malu dan takot nak masuk SEPHORA sebab haku assume harga yang super MAHAL dan tak suka too much attention from the sales assistant.





Tapi sekarang tak lagi ^_^ Haku terpaksa memberanikan diri mencemar duli ke SEPHORA bila nak carik Lip Gloss. Memang critical nak carik Lip Gloss -___- Akan ada tendency mulot haku kering + lebam dan meggelupas.


Tapi dekat Sephora ada satu Lip Gloss yang super Kinky + luscious dan sedap! Sumpah sedap  -__- Dan haku ada tendency nak jilat bibir sendiri sebab keJUICYan lip gloss tue. Plus Sephora turut menjual Lip Treatment yang cantik dan SEDAP, lagi -__- Konpem haku boleh mati keracunan makanan. Huhuhh..





Sekarang ader BAG SHOPPING Sendiri. 
We Go GREEN wif Telaga Minyak bag ^_^ Diiktiraf menjadi bag shopping sebab LAWA!!
Kalau tak, jangan harap haku nak pakai -__- Yer saya memilih!!


2nd phase of shopping


Haku ader satu lagi addiction ^_^ Body lotion from Sephora!. Packaging yang kecik yang senang nak sumbat dalam handbag dan VARIATION OF COLOR & SUMPAH WANGI.

Ada PELBAGAi warna and Flavour!!! 
Serius haku SUKA^_^
Haku suka benda yang colourful & wangi!

Dan ini lah pilihan CINTA hati SAya..
Orange GUAVA ^_^
Owhh stim kejap..OK haku GILER -___-

Dan ini merupakan supplement terbaru saya.
Dah tua kan katanya. Semua pon KENDUR -___-

Tadaaa..Owhhh ini bukan untuk saya. Tak ada apa yang nak ditegakkan.
Ini AYen punya. Kedekot punya adik...
Duit belanja banyak, tue pon nak poww kakak -__-


Sunday, January 1, 2012

Our 1st JourNey of EveryThing

Wahhhhhhhhh kita sudah pon menginjak ke tahun 2012 dan meninggalkan segala suka-duka pada tahun 2011. Semoga kita belajar daripada segala kesilapan dan mengambil ikhtibar di atas segala kesalahan ^_^ Yang lepas biarkan lepas dan kita cuba menjadi insan yang lebih baik pada tahun ini ^_^ Aminnnn.

Tahun baru juga menjadi petanda akan penambahan umur dan kedut-kedut di muka. Scary -__-“ Tahun ni genaplah haku 29 tahun (Sept nanti ok). Maka harus dan wajiblah haku menutup lembaran sebagai seorang gadis sunti dan mula memikirkan untuk berumah tangga.

Sebenarnya bukanlah kami saja nak melambat-lambatkan perkahwinan, tetapi dugaan ALLAH itu datang silih berganti dan kami terus mencuba dan tidak berputus asa untuk mendirikan rumah tangga.


Menganalisa bedsheet dengan tekun.
Ye ker tekun?

Mahadi bercuti selama seminggu dan cuti kami terisi dengan segala macam aktiviti untuk mengejar hari perkahwinan yang akan menjelang tak lama lagi -___-" 

Dulu Fitirah merupakan antara tulang belakang dalam menjayakan pertunangan haku dan Mahadi (Selain Nadia, keluarga, sedara-mara dan kawan2) tapi sejak Fitirah sebok dengan pelbagai aktiviti di luar pejabat, jarang benar haku dapat hangaroo dengan dia -__-"

1st wedding hunting haku ialah mencari bedsheet ^_^ Tempat pertama yang dituju ialah Selayang Mall. Selalunya Parkson Selayang Mall mempunyai pelbagai jenis bedsheet daripada pelbagai brand dan yang pastinya MURAH ^_^


Sila dapatkan Mahadi dengan potongan harga sebanyak 60%.

So Selayang Mall memang tak menghampakan ^_^ Korang jangan kutuk Selayang ok! Tapi haku dan Mahadi bercadang untuk melihat-lihat bedsheet, quilt, pillow dan segala mak nenek di IKEA + OU + Isetan dan etc.

Steamboat at IKEA

Hari ke2 kami bergegas ke IKEA. Haku balik kerja 7 petang maka haku sampai di IKEA agak lambat (disebabkan hujan dan jam teruk). Sebab perot dah lapar, kami memenuhkan tembolok di steamboat restaurant at basement level. Nie memang kedai feveret haku dan Mahadi.


Dengan tak disangka-sangka, kami melantak hingga ke pukul  930 malam. Nak shopping haper nya? IKEA pon dah tutup kedai -__-" Kecow puak-puak nie. 

Maka tanggal 1st January 2012, haku dan Mahadi telah gatal-gatal kaki untuk ke IKEA membeli barang-barang perkahwinan kami. Bermula seawal 130 petang hingga lah ke pukul 730 petang. Haku siyes memang tak sedar dah 6 jam haku merayap dalam IKEA.

 Awal perjalanan ke alam perkahwinan

Haku memang tak akan bergerak balik dari IKEA sekiranya Mahadi tak membebel penat + mengantok +haus -__-" Hahaha..Siyan kan kau Mahadi. he's a great company during the whole wedding hunting. Mekasih laling ^_^

Muka masih bertenaga lagi ^_^

Bukan senang nak mendirikan rumah tangga buat kami berdua, selain faktor ekonomi, kami juga akan kekal sebagai pasangan kelamin yang tinggal berjauhan. Sorang dekat Penang dan sorang lagi dekat KL. *Ehem-ehem, Selayang tue KL lah ok -__-". Maka kami dalam proses mencari rumah sewa sebelum haku membeli a proper house within KLang Valley.

Mahadi dah beli rumah tapi dekat Port DIckson -__-" Apa ke heyyyyyyy jauh sangat yop -__-" ADehhhh memang tidaklah kitorang nak bermaustatin di sana.

Maka dikesempatan ini kami survey harga2 perabot di IKEA untuk diisi di rumah sewa nanti. Mahal katak! Yerlah kami kan golongan sederhana! Dulue Erineo dan emak ada cakap Carvenzi atau kedai2 perabot tepi jalan selalunya menawarkan harga yang lebih MURAH TAPI design yang lawa dan up-to-date yang kita sendiri tak sangka ^_^ Maka lupakan IKEA and welcome kedai perabot Weng Heng ^_^

OK, nie dah torture skit lepas berjalan berjam2 di IKEA.


Hahahah..Akhirnya kami berhenti di Teh Tarik ^_^ Mahadi dah complaint haus. Siyan dan sumpah haku rasa bersalah. Akibat kepenatan melampau, Mahadi dah order 2 gelas air dan habis dalam beberapa minit. Siyes penat.

Apa yang penting we share laughter, joy and fun together. We really did ^_^ We so much laid-back dan sangat happy ^_^ Kalau nak muntah, sila tutup hidung atau telan balik. Yewwww!!


Kami meneruskan perjalanan dengan melawat showroom2 yang ada. Bukan carik reference pon tapi lebih kepada cam-whoring. Ngeh-ngeh-ngeh ^_^

Malu lah saya

Secure and warm

ARSENAL die-hard-fan



We LOVE ARsenaL


Ok dalam mencarik katil, comforter dan quilt cover, korang mesti decide either nak Queen atau King size bed frame.

Queen size ialah 160cm lebar dan 200cm panjang manakala King pulak 180cm lebar dan 200cm panjang. Panjang katil untuk orang Malaysia adalah FIX 200cm. Orang Malaysia kan kemetot2.

Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian, kalau korang beli katil KING maka TILAM, comforter, quilt cover dan bedspread jugak perlu bersaiz OLIMPIK. Kalau saiz OLIMPIK, harga pon MAHAL. 

Kalau korang pilih Queen bed frame, korang masih berpeluang untuk membeli comforter, quilt cover dan bedspread bersaiz KING, besar sikit dari bed frame. Jadi korang masih mampu mempumyai selimut sebesar alam walaupun katil sedikit kecik. Maka sila pilih mengikut kemampuan masing ^_^


Masa memilih barang-barang perkahwinan, haku dah rambang mata -__-" Mula2 haku hangkot bedsheet, pastue comforter, pastue quilt cover dan pastue cushion cover hinggalah Mahadi mempelentong (memukul) haku dengan comforter, "Tak kanlah nak habiskan semua duit bulan nie". Heh, garang lah pulak -__-" Hohohohoh..

Rambang mata tahap maksima


Barang lagi besar dari tuan -__-"

Decoration di malam pernikahan, frame yang hanya bernilai RM4.90 sekeping.

Wishing tree ^_^ 

Boxes of photo frame 



 white dustbin

Ini lebih kepada personal preference Mahadi dan kawan-kawannya

roller for our dress, jacket and carpet

comforter yang sangat murah di IKEA.
Less than RM100 for KING size
We are still hunting for the right bedsheet, quilt cover and esetra la la la.

mini cushion

the on-going shopping spree

We will share more later peeps ^_^

Thursday, December 29, 2011

ZARA Man

Pada entry yang lepas, haku ader cakap :


Ok, haku bohong…sikit. ZARA mempunyai diversity of awesome collection untuk lelaki ie. trench coat, shirts, knitwear, blazer and so forth.
**********************
A week sebelum haku mengelinjang ke Penang, Mahadi ada pesan “Tolong tapau Garret, Mark & Spencer biscuit dan hurmm itu jerlah” -__-

“Itu jer ker? Red Velvet Cheese cake tak mahu?”
“Boleh ker?” -__- Aku ajak2 ayam, sekali dier betol2 lah pulak -__-

Sebab haku tunang yang coymel dan penuh kasih sayang, haku pon beratur lah dengan sabarnya di Garret. Sorry to say but your service suck!!! Booohoooo. Orang queue super panjang, sampai turn haku “Miss you have to wait about 45 mins for Almond Caramel” Ehhhhhhh, wataf la.
Haku dah beratur pepanjang dengan bag laptop yang berat, kau boleh kata TAK ADA. Lain kali letaklah signage, inform semua orang. Ngok tol ah. Maka  Mahadi hanya dapat merasa ordinary caramel dan cheese popcorn. Siyan you laling. Len kali erk.
Kerana haku tak nak balik during peak hour, haku pon berjalan-jalan ke sekitar alam mencari ilham atau lebih kepada window shopping -__- Akhirnya haku menjengah sekali lagi ke ZARA Man.
*Haku memang palang kemeja bunga ala2 GAY atau jarang2. Apahal?? Itu pompuan punyalah. Kecow!
Akhirnya mata ku tertacap pada sehelai checked shirt berwarna biru. WAHHHHHHHHHH, haku terus jatuh CINTA. Naper hari tue haku tak Nampak erk? Hari tue macam baju tidur -__-


Navy


Blue
Red
ZARA mencadangkan agar kemeja ini digayakan bersama tas kerja dan ankle boot.

***SALE now cost RM179.00
Wahhhhhhhhhhhhh, naper sekarang baru SALE-___-

.
.
.
.
.
.

Dan hasilnya adalah tadaaaaaaaaaaa…Stim kejap -__-“ Ok haku giler.





Dan haku gembira kerana Mahadi seorang yang menghargai ^_^


Aku jatuh cinta sekali lagi. Ok, kalau nak muntah sila bergegas ke sinki yang berdekatan. Haku pon tak tahu naper haku jiwang tapi haku suka tengok Mahadi berkemeja biru kekotak ^_^ Kinky, grrrrr.

Wednesday, December 28, 2011

The On-going Shopping SpluRge


NEON Wedges from Vincci


Jurulatih


ESPRIT, batu-batu tue tak der!

Sunday, August 28, 2011

Orang Melayu Beraya Sakan - Aidil Fitri 2011

Melayu kalau raya, memang tak hingat dunia. Semua benda nak dibelinya. Nak beli baju melayu lah, songket lah, kuih-muih lah, langsir lah, perempuan lah (eh silap pulak:p), capal lah dan segala macam mak nenek. Pendek kata, selagi ada duit dalam kocek, segala barang nak beli. Tambahan lagi, kaki tangan kerajaan telah diberikan bonus setengah bulan. Ini lah masanya nak beli gelang barang 7, 8 urat, rantai berutas2. Barulah raya glamer lagi bergaya -___-

Last week, aku, nadia dan siti dojet telah menemankan emak untuk bershoppping langsir di jalan TAR -___- (cakap orang, mak sendiri pon sama). Kami bertolak lebih kurang jam 2 petang dan telah dihantar oleh abah dan ayien. Abah dan Ayien tak nak follow sebab tak suka nak berlaga-laga punggung sambil bergelumang dengan peluhan ketiak yang masam -__-


Inilah bukti nyata bahawa ramainya umat manusia yang nak menyambut AidilFitri. Kejadian berlaku di SOGO. Nak naik escalator pon kena beratur serta dikawal ketat oleh security guard. Haku sangat impress.


Ini pemandangan di ground floor where having super mark down sale. Biler diteliti balik, tak ada lah murah pon barang-barangmya. Sama jer macam hari biasa -___- And kalau murah pon, design macam pheh! Sanggup ker kita nak berasak beramai-ramai membeli baju dan seluar? Nak mencuba, memang TIDAKLAH kan. Tetiba aku terdengar mak bercakap "JOM KITA G BAWAH, NAK BELI BAJU AYIEN"..Wehhhhh ramai orang lah -___-


Each and every floor sangat ramai.


Potongan harga yang menjangkau 80%. Manalah orang tak berebut2 nak shopping -___-


Sessi pemilihan langsir. Harga langsir dekat SOGO, basically sama jer dengan tempat-tempat lain seperti Parkson, Isetan dan ader satu kedai warna oren dekat tepi ikea (tepi PADINI). Aku tahu sebab lepas jer haku bekerja, aku yang rajin membeli langsir. Tahun nie mak pulak take over...Yahooo. Selamat pulus gua ^_^



Nadia with her new haircut.


Aku yang dah penat menunggu mak memilih langsir, lebih kurang 2 jam. APAKAH?


Sessi perdebatan bermula. Langsir jer lah, apa yang nak dianalisa pelbagai? Percanggahan warna dan material. Lain orang, lain minatnya. Haku minat purple, mak minat warna cemeduk macam kelabu, gold...Aduyyyy lah


Sales person yang sangat helpful. Kami suka. Ade satu ahso nie, bila tanya, muka ketat. Nak marah jer. Hello, ko pulak ker yang posa? Damnit.



Setelah 2 jam menganalisa langsir, akhirnya, mereka berjaya membuat pilihan separa setuju -___-



Aku memang tertaik dengan warna purple.
Eh apa tertaik pulak? Tertarik lah -__-



Next journey, kami bergerak ke Wisma Yakin untuk memilih baju melayu abah dan ayien.


Range harga di sini ialah around RM99 hingga beratus2 lah kan. Kalah ISetan KLCC. Mahal gilerlah.



Selepas membuat pilihan, kami bergerak pulak ke Jalan TAR. Nadia sebok membeli shawl. Aku sangat suka LEGO di atas sebabnya, LEGO nie boleh bergerak2. Style. Nak beli, takot mak marah.


Sedang bershopping2, tetiba haku terasa, macam ada benda tertinggal dibelakang. Wah mana perginya VINcci sandal haku -____- Tercabut sudah. Aduyyyy. Masuk nie dah 2 Vincci sandal haku tercabut. Sekali masa mkn dekat Yuen steamboat dekat Sunway. Nasib baik ada Fadzli bagi pinjam selipar ala2 Ronald Mcdonald. Maha besar lah weh. Per lah selipar vincci nie. Mahal jer lebih.



Akhirnya, aku telah merembat sepasang selipar yang comel macam aku yang berharga hanya RM10. Anger bird. Suka2 ^_^


Akhirnya, kami pulang around 6++pm dan berlari balik ke Selayang. Untuk mengelakkan jam, kami berbuka di Selayang di kedai Uncle Tom. 













Lawa tak haku? Lawa kan? Macam orang gila sepere -___-

Maka dapat disimpulkan di sini, sila bershopping awal2 untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas sama ada orang mahupun kereta. Harga tak semurah mana pon dan yang penting kita mempunyai banyak masa untuk memilih dan membeli. Shopping sebelum raya pon, tak adalah lapar dan dahaga. Siap boleh chill2 lagi lepas shopping.