Ad

Showing posts with label LoVe. Show all posts
Showing posts with label LoVe. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

Jaundice, O- dan Dia Anakku

Setelah keluar dari "operation" room, haku tidak dibenarkan makan dan minum sehingga KENTUT. pftsss -___-" Haku lapar, mana boleh tunggu kentot! Kebiasaannya, pesakit normal mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk kentut! Gelap duniaku! Kebabommm (bunyi kilat sabung-menyabung berkabung di atas kesedihanku)


Pembedahan telah mengambil masa selama 4 jam dan haku terus dihantar ke wad obstetik selepas pembedahan.Sayu dan murung pemandangan di depan mata. Mana si dompot nie Hurmmm rindunya mama dekat kamu.


Beberapa minit kemudian, seluruh ahli keluarga muncul di depan mata. Haku tersenyum syukur kerana masih mampu menatap wajah Sang Suami, mak, Nadia, Ayien dan Iela. Alhamdulillah Ya ALLAH kerana haku berpeluang membuka mata dan bertaubat kepada MU. 


Sedang kami rancak berborak, suasana sunyi digemparkan dengan bunyi sayup-sayup dari kejauhan. Puuttttttttttttttttt. Bunyi kecil yang panjang lagi halus! "Hahahhaha, tak senonoh lah kau long". Fuiyooooo tak sampai satu jam, haku dah kentut. Serius HEBAT! 

Tak per cik perot, haku paham kau lapar. Begitu juga tuanmu. Tapi nasib baik Sang Suami tiada di kawasan berdekatan. Musnah ke"diva"an haku. 

Sepanjang haku couple dan kahwin dengan Sang Suami, tak penah lagi haku kentut merata-rata. Dan setiap kali gas-gas sengit terlepas keluar, pasti ada pelbagai alasan diberi. "Ehhh mana ada I kentut! Itu bunyi kerusi okehhh!". Pftsss...Kerusi sangattt -___-"

Sessi kentut kali nie agak pelik kerana haku hilang deria rasa dan tidak mampu untuk mengawal atau mengepit bontot. Damnn. Mungkin ini yang dikatakan urat putus setelah beranak dan petanda bahawa wanita perlu mengambil jamu dan melakukan senaman menguatkan rahim dan pelvis. Haku sangat "concern".



Setelah haku kentut dengan bergayanya, Sang Suami terus menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang. Wahhhh terharu dan sebak rasanya. Baiknya kamu. Tunggu saya sihat dan kurus ye. Jangan tinggalkan saya sebab kekurangan saya. Srettttttttt hingus hijau keluar -____-"


Haku masih lagi gagah membuka mata dan duduk menjamah makanan hospital, nasi putih dan sup ayam. Sedap worrr. Ye tekak haku boleh diibaratkan sebagai tong sampah. Haku makan apa yang ada di depan mata, kecuali babi, batu dan kayu :p

Pada ketika ini, haku sangat bersyukur dianugerahkan suami yang penyabar, baik hati dan penyayang. Mahadi bukan sahaja menjaga haku di siang hari, malah sabar menghantar keluarga haku pergi dan pulang hospital. Tiada sedikit rungutan pon terpacul keluar dari mulutnya. Terima kasih Ya ALLAH. 

Begitu juga Nadia yang menjaga haku dan Mya di hospital saban hari tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kepenatan terjelepok di atas kerusi tetamu, menemankan haku ke tandas serta mendodoikan dan menukarkan lampin Mya tanpa sepalit wajah penat dan lesu. Mekasih cik. Semoga ALLAH S.W.T menganugerahkan kau segala kebaikan di dunia dan akhirat.

...................

Dari kecik sampai besar,haku memang takot dengan darah. Pada haku darah melambangkan kesakitan akibat daripada luka terpotong tangan ataupun tercucuk besi tajam di kepala -__-" Seriau. Maka haku langsung tak berani bangun dari katil selepas pembedahan, takot-takot jahitan terbukak-___-" Padahal kawan-kawan adik haku yang c-sec relax je berjalan (laju okeh) dan pergi tandas macam tak ada apa-apa yang berlaku. Haku tercabar!

Untuk mengelakkan darah daripada beku dan tersumbat di jantung, haku telah dipakaikan stoking yang super panjang lagi ketat. Akibat ketat terlampau, haku telah mengalami luka kecil di betis kiri dan parutnya masih kekal hingga ke hari ini.

Haku juga telah dipakaikan tiub untuk memudahkan sessi membuang najis dan urea. Wahhh divanya:p

Masuk hari kedua, haku tabahkan hati kuatkan semangat untuk mandi, kencing dan berak. Pengalaman haku turun dari katil, berdiri dan berjalan ke bilik air merupakan "moment" terpanjang dalam hidupku. 

Pada masa ini haku mula sedar betapa berbezanya bentuk badan dan kepantasan anggota badan wanita jika dibandingkan sebelum dengan selepas beranak -__-". Dan paling jahanam jika suami sewenang-wenangnya mencari wanita lain dengan alasan isteri sudah hilang seri dan bentuk! Pernah tak korang terpikir bahawa isteri berjuang separuh nyawa untuk menyambung zuriat keluarga serta langsung tidak mengendahkan lagi kepentingan diri. Boohoooo! Neraka lah tempat kome!



Perkara pelik pertama
Hari ke-empat, pagi nan menyinsing

Setelah selesai pemeriksaan doktor, haku dan Mya dibenarkan pulang. Sang Suami ligat ke sana ke sini menguruskan segala dokumentasi dan pengambilan ubat-ubatan. Haku pulak sebok bersembang dengan Hazel, Adha, Puan Midah dan Hadif. Mestilah gembira sebab dapat hadiah Fisher Price. Hohoho

Tetiba haku dikejutkan dengan berita pelik lagi tak masuk akal. "Yang, you dengan Mya tak boleh discharge lagi sebab Mya darah O-" sapa Sang Suami. Haku pelik dan hairan "So??". "I darah B+ and you O+, macam mana Mya boleh O-?". Kebabommmmmmmm guruh berdentum (kilat sabung menyabung, gimik dalam hati). Ehhh biar lah betul? Tak kan tertukar anak??? Anddd jangan nak cakap haku ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Choyyyyyyyyy. Nauzubillah! Nie boleh perang besar suami isteri!

"Ehhh ye ke Mya O-?" Akibat rhesus darah yang berbeza, Sang Suami dikehendaki menjalani pemeriksaan darah...dan KONPEM Mahadi berdarah B+. Haku mula risau, sedih dan lemas apabila semua mata tertumpu padaku. Ya ALLAH haku bersumpah yang Mya Sara merupakan anak haku dan Mahadi. Luruh hati haku masa ni. Apa dah jadi nie? 

Tak mungkin Mya Sara anak orang lain sebab hanya haku di wad onbtetik Hospital Mizan dan tak mungkin Mya Sara anak orang lain sebab wajahnya saling tak tumpah muka suamiku. 

Ya ALLAH, haku tak setabah Maryam! Langsung tidak. Apalah pikir suamiku nanti. 

Perkara pelik kedua
Dan bertambah syahdu apabila Mya terpaksa dimasukkan ke NICU akibat jaundice. Vroooommm. Bunyi kilat. Jaundice Mya dikatakan tidak kritikal tapi masih memerlukan pengawasan.

Maka Mya ditahan untuk pemeriksaan darah yang selanjutnya dan pengawasan jaundice. Haku nekad untuk pulang ke rumah mencari buku pemeriksaan kandunganku dengan harapan haku juga berdarah O-. "Mak dengan Kak CIk jaga Mya. Akak balik umah carik buku kesihatan". Uwauwauwauwauwa tangisan lantang Mya Sara. Terpana haku seketika. "Ok ok mama tak tinggalkan Mya, sayang. Mama ada sini dengan Mya". Mya kembali tenang dan tidor seperti biasa. Haku sedu dan gembira kerana di dunia ini ada insan kecil yang menganggap kehadiranku adalah penting dan sangat dinantikan.



Perkara pelik ketiga

Semasa di NICU, haku masih lagi lemah dan tak mampu untuk bangun dan berjalan tapi disebabkan sifat keibuan yang tinggi, haku gagahkan diri tinggal di NICU menemani Mya Sara. Mya Sara diletakkan di bawah lampu biru dan proses itu mengambil masa lebih kurang 1.5 ke 2 jam dan berehat seketika untuk diberi susu ibu dan kemudian Mya akan diletakkan kembali di bawah lampu biru.

Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan haku masa tu. Dengan susu badan yang kurang dan masih lagi tuli menyusukan Mya, haku terpaksa berdikari tanpa pertolongan Nadia. Mujur jururawat di situ sangat "helpful". "Kalau akak tak cukup susu, baik suruh suami belikan susu formula. Baby akan jadi sangat haus sebab panas". Ya ALLAH kesiannya anak haku. 

Haku berkeras untuk memberikan Mya susu badan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kekangan diri. Haku merasakan bahawa haku gagal menjadi seorang ibu yang baik, ke haku je yang OVERTHINK? Daripada Mya lapar biarlah dia teguk susu formula buat sementara waktu. Kejap je ye sayang mama :(

Jururawat di situ turut mengajar haku cara menggunakan Medela. Ternyata haku memang tidak mampu memberikan Mya Sara susu secukupnya. Hampir 20 minit haku pam, susu yang keluar tak sampai 1 oz. Hampa! Atas nasihat kawan-kawan dan family, haku mula mengambil supplement (Solaray Raspberry leave dan Shaklee Alfafa), minum milo + horlicks + fresh milk dan makan lobak putih. 

"Akak ada saudara-mara mamak ke? Selalunya orang darah O- nie mamak" -___-". Tak tahulah haku kalau nenek moyang haku ada mamak tapi setahu haku kitorang nie keturunan Jawa, Cina dan Minang. Mana pulak datangnya mamak???

Populasi Individu berdarah O- di Asia sangat sedikit (lebih kurang 8%) tapi masih merupakan penderma universal. AKibat jenis darah yang "rare" sebarang tranfusi darah hanya mampu dilakukakan di hospital tertentu atau pihak hospital dikehendaki membuat permohonan ke Institut Darah Malaysia. Mya juga perlu diberi "injection" sebelum melahirkan anak.

Masa nie hotak haku dah berkecamuk. Doktor " Darah u + and husband +, tak mungkin anak -. Baby kecik lagi and I believe the blood rhesus is not accurate. Kita buat appoinment 6 months from now and redo the blood test. Don't worry. It's nothing". Sejuk hati haku apabila ditenteramkan Doktor Kapten Zuraini. ALhamdulillah.

Kesian haku melihat Mya tertonggeng macam katak berjam-jam lamanya di bawah lampu biru. Tak lenguh ke kaki dia? Tak penat ke kepala dia? Tak pedih ke mata kau pakai goggle tue? Menangis haku dalam hati. Apa lah salah kau nak? Sedang haku mengomel-ngomel kecil, Mya resah menggerakkan badan dan kakinya ke kiri ke kanan dan akhirnya dia mengiring dan terlentang. ALLAHHUAKHBAR. Setahu haku bayi mengiring pada bulan ke 3 tetapi si dompot kami mengiring pada hari ke 5. Wahhhhhhhhhh sedih lah mama Mya!!!!


Dahhhh haku penat nak type! Sedih!

Tuesday, March 11, 2014

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

(Draft 2 bulan lepas -__-") Di malam sunyi nan sepi ini, terhambur seribu satu penyesalan memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya yang lepas -__-" 

Saban hari, kita disogok dengan kenaikkan harga barang yang tiada penghujungnya! Dan yang menambahkan garam diluka, kenyataan para menteri yang menyakitkan hati!

"Kalau tak nak bayar tol (tol mahal), lalu jalan dalam"!
"Kalau tak suka dengan sistem pendidikan Malaysia, hantar anak belajar luar negara"!
"Kita naikkan harga gula untuk mengurangkan kadar diabetis di Malaysia"!

Cuba kita tarik subsidi minyak dan kurangkan gaji kome, pandai kome marah yea! Kalau tak suka, jangan jadi ................ Jangan cakap! Tetahu nanti, haku dah masuk lokap. 

Maybe betul, harga barangan dunia melambung tinggi TAPI janganlah keluarkan kenyataan seperti melepaskan batuk di tangga. Berikan kami fakta, analisis, graf dan options! At least sejuk sikit hati!

Tapi tak per! Mujur Malaysia masih aman. Ye ke Malaysia semakin aman pak menteri?
Macam semakin mencanak-canak je kes jenayah setiap hari!

Mujur kerajaan pusat bagi BRIM dan bonus setengah bulan.
There's no such thing as FREE lunch people!!!

Sebab kami dah bagi BRIM dan BONUS, maka mari naikkan harga minyak, harga gula, tarif elektrik, tambang LRT dan komuter. 

Sepanjang duduk kat Malaysia, tak pernah lagi kerajaan turunkan harga barang kecuali minyak. Yang naik, akan terus menerus naik. Harga emas pon boleh jatuh pak menteri!

Oklah. Penat dah haku membebel pasal Malaysia tanah tumpahnya daraku :p

Kali nie, haku nak share pengalaman bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Satu malam hanya RM394 (through Agoda) dan perjalanan dari KL ke Colmar hanya mengambil masa satu jam. 


Yang menarik di Colmar Tropicale adalah bangunannya yang direka menyerupai kota-kota lama Eropah dan cuacanya yang sejuk dipagari pohon-pohon nan hijau. Bagus untuk membuat anak!


Colmar Tropicale mempunyai 9 buah restoran, spa, swimming pool, golf course, taman mini Jepun, Botanical Garden, taman haiwan, equestrian park dan taman lasak. 

Swimming pool, taman mini Jepun, Botanical Garden dan taman haiwan - masuk adalah PERCUMA. 

Haku ada sedikit komen berkenaan Taman Mini Jepun. Taman Mini Jepun terletak 3500 kaki dari paras laut. Yang sedihnya, setiap pengunjung pasti mengimpikan the REAL ambient of Japan, tettttttttttttttttt...Hanya ada beberapa buah rumah Jepun yg sangat minimal dan basic -___-" Boleh kata, tak puas lah nak menikmati suasana jepun.


Haku perasan, pembangunan rekreasi di Malaysia memang tak kekal lama. Contohnya Rumah Salji Bukit Cahaya ALam Cerakah, Shah ALam (Betul ke namanya?), Rumah Salji The Mines dan baru-baru ni haku banyak baca review pasal rumah salji ICT yang mahal tapi service yang tak memuaskan.


Harap-harap Sunway Lagoon (nie memang otai yang mampu bertahan lama), Legoland dan Genting mampu bertahan serta memperbaiki kualiti perkhidmatan dari hari ke sehari!




       
Memang sejuk baq hang :)






Calzon Malaysia aka Samosa -__-"







Breakfast di pagi hari bersama boypren tercinta ^_^





































Saya mencadangkan agar Berjaya Group membina rumah-rumah fesyen seperti Gucci, Prada, Burberry dan esetra esetra agar lebih berunsurkan Eropah ^_^

Yang penting harga yang ditawarkan haruslah murah, barulah orang-orang Asia berebut-rebut nak shopping di Colmar. Ironinya, orang kita berebut-rebut ke Eropah semata-mata untuk membeli sebijik PRADA kerana harga yang jauh lebih murah dari butik-butik di Malaysia.




Wednesday, June 5, 2013

A Picture Is Worth A Thousand Words





CelebraTion Of Lust. Ehh!

Gambar-gambar yang cool nie telah disnap oleh Ahmad Fadzli anak lelaki Encik Jantan. Afjanta merupakan member satu opis. Haku tak ada lah nak kawan sangat dengan dia nie, dia jer yang suka kawan dengan haku:p Hohohoho...Jangan marah, nanti kena jual!

Kami upah afjanta sebab idea gambar yang menarik, perspektif gambar yang unik dan yang paling PENTING harga yang MURAH. Hohohoho. Kata member kan..hah..an.

Ehhh tak da lah murah sampai 500 hinggit. Giler ker? Ni bukan album mak-cik mak-cik Jemah di zaman dahulu kala. Tak lepas duit lunch afjanta seminggu kat Sukhumvit :p Uhuk uhuk uhuk...Kalau makan murah-murah, tekak dia gatal-gatal!

Haku baru bayar RM1000, tue pon bulan lepas..ekekkeke...Final amount tak sure lagi -____-" Kau jangan memahal afjanta! Kau dah lah nak gi diving, nanti haku doakan bontot kau kena gigit jerung :p

Album pre-wed dan nikah almost nak siap. Tinggal nak touch-up sikit-sikit lagi.

Untuk album, haku dah beli 3 kupon PHOTOBOOK. Customer boleh custome/design photo album mengikut napsu serakah masing-masing either nak leather cover ke, image wrap ke and esetra esetra esetra. Cubalah korang yahoo yahoo website dia :)




Wednesday, May 15, 2013

PicsArt

Well Android offers lots of cool apps and one of them is PicsArt ^_^ (okehhh maybe iphone pon ada -__-") So PicsArt nie antara image editor yang quite powerful and user fwenly.

Sebab haku suka art of picture, maka banyaklah aksi-aksi ala-ala po__N di depan camera ^_^ Wiieeee...

Cencorot gatal
*Macam nak show off rambut baru jer -__-" Pftsss

Under "Effect" Paper


Under Mask "Lights"

Under "Effect" Fx - Twilight and "Mask" Border

Under "Effect" Fx - Twilight and "Mask" Lights


Under "Effect" Fx - Twilight

 "Mask" Lights
Lupakan perot tue ^_-


 

Wednesday, April 10, 2013

The Eye Catcher

Terpana haku dengan kenyataan Sang Suami:

"Mungkin perempuan tak tahu...Biler dah kahwin, bukan isteri je yang suka, tapi lelaki pon suka".

Hidup lebih terbela, terjaga dan berteman ^_^ Owhhh Jawa please STOP all the perv talking!!! I can hear it -__-"

Dan Alhamdulillah, selepas berkahwin, haku dan Sang Suami dah banyak berubah. Sang Suami menjadi seorang yang sangat penyabar, penyayang dan memahami. 

1) Sang Suami tak lagi cemburu kalau haku kuar lunch/dinner wif the guyS as long tidak BERDUA.

2) Busy macam mana pon, Sang Suami akan meluangkan sedikit masa untuk menghantar MORNING SMS dan bertanya khabar di malam hari ^_^ Yeee haku sangat MANJA dan sukakan perhatian -__-"

3) Kalau sakit gigi, keadaan masih terkawal. Dulue, perghhhh..bising skit, SIAPLAH kau! Mana taknya, orang dah sakit gigi, haku sebok membebel macam Cik Bedah sebelah rumah!!!

************************
Haku pon dah banyak berubah dan berharap menjadi isteri yang baik untuk si dia

1) No more SHORT SKIRTS, HOT PANTS dan BAJU KECIK selain di depan suami

2) Dah tak keluar malam tanpa pengetahuan suami

3) Lebih mendengar kata dan kurang degil ^_- Ekekekek

4) Haku memahami dan mempercayai suami


Dan perubahan yang ketara, suami menjadi lebih manja dan penyayang!!! Okehhh, tak payahlah buat muka !!! Kasi lah chance orang baru kahwin 5 bulan. Haishhhh

Perubahan
Isteri: Pakai dress panjang uollss

Perubahan
Suami: Semakin manja!! Saya suka ^_^
Askar nie! Captain lagi!
Harap-harap boogey u tak baca erk lolli.
Muka ganas, tapi dalam HATI...ada ENGLISH GARDEN uolss.


Terpaksa haku posing kat umah.
Okehhh haku memang sangat tak fotogedik.
Tengok cermin cam dah vogue, biler SNAP...
Ya ALLAHHHH, macam beruang tercabut bulu..
Hishhhh tak retilah haku!
Dan ini diperakui oleh Nadia cikebum-cikebum, Pariz dan ANis -__-"

 
 Penat haku nak posing -__-"



Selama 12 tahun bercinta, macam-macam onak dan duri yang kitorang lalui. Dari bergaduh benda sekecik-kecik kuman sehinggalah kepada sebesar-besar alam.

Dan hanya yang KUAT dan KENTAL bisa bertahan. Hubungan jarak JAUH bukanlah hubungan yang mudah. Bermacam-macam orang yang kami JUMPA. Dan tipulah kalau kitorang tak pernah bergaduh pasal orang ketiga.

Dan bila pikir balik, mungkin benda-benda nie terjadi sebab kurangnya kepercayaan antara satu sama lain, kurangnya perhatian atau ingin membalas dendam.

Dan Allah ingin menguji sejauh mana kuatnya cinta kami.

Cerita CINTA kami bukan satu cereka indah selalu. Nadia, Erineo, Dila, Hazel, Fitriah, Eleanour, Wanie dan Shareda merupakan pendengar setia cerita CINTA Kami. 

Suatu masa dahulu, kalau haku bising menangis keluar ayer hidung declare NAK CLASH, semua orang akan sangat runsing dan simpati. Tapi selepas banyak kejadian serupa terjadi, HEHHHHHH memang tak dilayannya haku! "Hurmmm, esok-esok baiklah tue!" Saitannnn.

Mungkin haku kekal dengan lelaki yang sama selepas 12 tahun disebabkan DIA LELAKI YANG PERTAMA HADIR DALAM HIDUPku, Lelaki yang pertama memegang tanganKU dan LELAKI yang  pertama mencium kepala dan ubun-ubunku. Kejadian terjadi selepas beberapa bulan SPM! Owhh goshhhh!! Budak-budak sekarang!

He's special to me and he knows me well. He's my beshtest fwen, brother, companion and husband. I just hope this love will grow stronger DAN SENTIASA DIBERKATI ALLAH. AMiinnnn.