Ad

Showing posts with label FoODs. Show all posts
Showing posts with label FoODs. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Series of Sin...Food Affair

Saya memang suka makan -__-" Dikelilingi suami pencinta makanan, family yang suka memasak dan kawan-kawan yang gemar menjelajah ke tempat-tempat makanan baru, MAKANAN menjadi AGENDA UTAMA setiap hari!

 
Ohhh myy gawddd, diet menjadi sukar, badan menjadi sangat gebu dan segar. Ehhh

Teow Chew Chendol Ice Cream
Area Bagan AJam
Harga RM4.50 semangkok

Luncheon with the gurls, Adele and Anis
Nandos KLCC
Harga RM25++

Candylicious Ice Cream
Concourse Floor KLCC
RM9.00 cone/mangkok kecil

Rimau Menangis
Atas sikit dari base TUDM Bagan Ajam
Harga: Hurm..ikot pasaran

Seoul Garden
KLFestival
RM38++ seorang

Char Kuey Tiaw
Sungai Dua
Nama kedai "Cam ala-ala Telor Ayam Kami Basuh",
bukan "Telor Anda Kami Basuh" *penipu lah suami..hehhh -___-"
Harga: RM4.50 besar dan special


Wieeeeeeeeeee..mampos gemok!



Friday, March 15, 2013

Stay Strong People



Anniversary for Sufyan, Siew-Wei, Wing-Hon and Nazry for being 5 years in the company ^_^ yet another parting for EAME-SOuth -__-> Ecah, we are going to mishyuu dearly. Besh of luck in your future undertaking!




Monday, March 11, 2013

Personal Escort, Food and Love

Apa yang saya buat sepanjang 2 minggu yang lalu -__-“ (Ayat tak leh blah)
1) Surprise overnite di Royale Chulan. Ekekek. Haku tipu Sang Suami dengan mengatakan ader cocktail party ^_^
Haku amat berdebar-debar menunggu kedatangan Sang Suami -__-" Damnn!!! Haku pon tak paham naper! Tapi haku sangat nerves dan cuak ^_- Masa nie haku dah mengeletat cam sotong! Dah tak boleh tahan! Apa yang tak tahan, JANGAN TANYA!


Pegawai tentera terlampau bersama his Personal Escort ^_^
Auwwww!







Kalau korang nak book Royale Chulan, better book awal.
Kalau tak, sumpah MAHAL! Boleh kojol.


2) Surpise dinner di RAMA V. Ini lebih kepada memenuhkan tembolok sendiri ^_-  Rama V merupakan faveret restaurant masa haku di FMIT. A splendid environment, authentic ambience and tom yam yang maha sedap yang dihidangkan di dalam KELAPA.

Tapi itu semua hanya kenangan! Rama V bukanlah RAMA V yang ku kenal 4 tahun dahulu -__- Sedihhhhh







Used to be the beshtest tom yam in town -__-

3) Late nite movie: Die Hard + Parker + Rock Oo dan Beautiful Creature. So far, faveret movie haku ialah DIe Hard dan Rock Oo. WEhhh korang nampak jer Rock Oo tue busuk, tapi best OK. Lawak KOJOL! Lagi dua cerita: Parker dengan Beautiful Creature, haku dah bantai tidor -__-" Sorry erk Sang Suami, adinda penat sangat :p

4) Dinner di Dome KLCC. Food suggestion: Creamy Seafood Pasta RM30 and sila jangan ORDER CHAMOMILE TEA! Rasa stokin lembap yang diperam selama seminggu -__-

Hope this relationship last forever!
Auwwwwww (harus ker buat bunyi nie setiap kali horny!! Pftss)


 
TEA yang rasa stokin dan creamy pasta yang sedap MAUT!


We love food and FOod Loves Us^_^

Nasib baik dekat dengan opis, tak yah haku nak naik taxi!

Creamy pasta sedap tapi teh tak sedap +_+ Hehh

5) Luncheon di OLe-Ole Bali, Empire. Kitorang tibai ayam merapu..kot..Haper ntah namanya...yang berharga RM30 -__- PFtsss. Dinasihatkan anda untuk berkongsi makanan ini bersama pasangan kerana portion yang agak besar dan banyak!

Luas mata memandang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!

Mabuk makan!

6) Minum petang (hari yang sama) di The Loaf dan Coffee Bean. Haku tak hingatlah haper nama binatang nie, tapi sangat crunchy, sweet and yummy (sila carik di The Loaf)


 Hazelnut Ice Blended yang nice ass ^_^
Kali nie tibai ENglish Breakfast instead of Chamomile.
Lesson learnt baq hang -__-"

 Gembira kekenyangan!



7) Mati mencekik Triple Cheese Burger di Taman Layang-layang Kepong^_^ Wieeee. Memang perot stokin you nie Mahadi



8) Dinner di Pavillion Food court - BBQ Beef Set. Another great cuisinie. Harga RM20++ Apsal dah mahal -__-" Dulue RM13++ jer. Jadah

Begitulah activity kami sepanjang 2 minggu yang lalu ^_^ Style kan (PFtssss makan jer kerja nya -__- ). Anda pula bagaimana ???




Wednesday, February 27, 2013

GranD Hyatttt


Wahhhhhhhh saya sangat suka phone baru saya ^_^ Inspired by NatuRE!!
Last week merupakan minggu yang sangat TORTURE BUT I am blessed by his presence ^_-  Sila muntah sekarang! Bagilah chance orang baru kahwin, jumpa pon jarang!


Ok haku nak memperkenalkan korang dengan satu lagi tempat lepak yang super cool+cozy and exclusive ^_^ Presenting Grand Hyatt KL!!! Cool  okeh


Dessert yang hanya berharga RM10 dan ke bawah!!!
Murah baq hang!

Grand Hyatt merupakan tempat luncheon yang femes amous dekat Telaga Minyak Jaafar. Harga murah, nasik ayam sedap (RM20++) dan dessert yang cantik dan yummy!!!

.....................................................




Monday, February 25, 2013

Wednesday, November 21, 2012

Monday, November 19, 2012

Burger Kukus Jalan Rejang



Sekarang haku ader craving yang super teruk. Haku suka MAKAN BURGER KUKUS JALAN REJANG ^_^ Btw, burger nie dekat Selayang jer. Dekat dengan rumah haku. Apa yang best pasal burger nie, burger nie akan dikukus, kemudian dibakar dan dicelup ke dalam sos barbeque.

Even though dah kena kukus dan bakar, daging burger still lembut dan kaya dengan perisa barbeque dan roti mentega yang harum. Ok air liur dah kecur. Jom, pergi membesarkan punggung. Ngeh ngeh ngeh.

*Dibantainya baju kawen haku tak muat nanti, pakai barut jer lah haku nampaknya

Tuesday, November 13, 2012

It's Never Too Full Or Too Cold for CANDYLICIOUS


Dah lama haku tak update blog akibat super busy carik baju kahwin, temankan abah pergi buat medical check-up atau separuh mati settlekan kerja yang melambak-lambak dekat opis.

Otak semakin buntu! Badan semakin lesu! Tangan semakin kaku! Kalau dorang boleh bercakap, dah lama dorang jerit “Mintak ampun! Udah-udah lah buat kerja!”

Tapi nak buat macam mana, ini lah liku-liku hidup orang kebanyakkan macam haku - yang tak berharta lagi tak glamer. Eh, apahal ;p

My big day is just around the block (less than 2 weeks) dan sepatotnya persiapan haku dah mencecah 90%. Tapi banyak lagi yang tak siap rupa-rupanya -___- sob sob sob…either busy mencengkam jiwa atau duit barrier utama. Ngeh. Serabuk peruk!

Baju nikah baru jer carik minggu lepas. Disebabkan kerja last minute, sauk jer lah apa yang ada depan mata. Nak yang cantik, memang tak mampu – HARGA BAPAK MAHAL!!! Semua yang haku suka, semua mencecah RM3000. Apahal??? -__-" Haishhh, marahnya haku! Kalau yang murah, size pulak  tak ada. Apalah nasib. Akhirnya haku redha dengan segala ketentuan ALLAH. Nasib baik haku nie bangsa tak kisah. Gua sempoi babe! Janji ada baju. Huhuhu.

Dan bila haku curik-curik buat checklist (orang tengah sebok ITSM launching, haku boleh buat personal stuff pulak..duhhh), memang banyak lagi tak siap. Borang kahwin 2C and 2D tak settle lagi, esok baru nak jumpa kadi, door gift ader lagi 500 keping tak cukop, semalam baru decide design and theme pelamin!!! Walah weh..Haku nie kahwin 2012 ke 2013 -__-“ Syabas inspector shahab!

hadiah harijadi Mimie ^_^
*gambar khsan dari Mimie

Sebagai balasan, haku mula memberi appreciation token kepada diri sendiri. Setiap kali haku berjaya melaksanakan sesuatu tugas, haku akan menghadiah diri dengan SEKOTAK AISKRIM. Hohohoho. Indah sungguh hidup.

Dulu, haku tak suka sangat aiskrim, tapi sekarang CRAVING ditahap melampau -__-“ Tak complete hari haku kalau tak dapat aiskrim. Nie semua salah Mahadi dengan Adele. Mahadi suka makan aiskrim McD – Oroe Flurry RM5 tp RM7). Adele pulak suka makan GELATO CANDYLICIOUS (RM9) and Anis pulak suka makan Haagen Dasz (RM14). Kopak cam nie seyhh. Tapi memang sumpah sedap ^_^ And sekarang Mahadi pon dah terjebak dengan CANDYLICIOUS. Hehehhe..Kami suka MECKROCK, bersalut Kinder Bueno di dalam ^_^ Aiseh, kecur air liur..Burrr ^_-

Haku akan hadiah sekotak haagen dasz untuk besh mate haku dekat office pada hari jadi dorang ^_^ Baru jer implement benda nie…Nak belanja makan, besar pulak nafsunya -__-“  Sekrim jer la hadiah diberi ^_^

Nak bagi sedara-mara, jauh pulak kome duduk. Nanti haku bawa balik umah, dah cair macam air liur basi monyet -___-" Siyan korang! Belanja nasi lemak jer lah^_^ Huhuhu! (haku cam dengar mak lang haku cakap "Kwang ajaq punya anak buah!") I have 6th sense

*Mari membuncitkan perot dan membesarkan punggung semua ^_^

Sunday, September 2, 2012

SuGar We Are Going Down - SukhumViT

Semalam haku sekeluarga telah menemankan abah ke hospital. Lately, abah sangat kurus, tak boleh tidor malam, sakit-sakit urat dan sendi. Kaki abah dah sangat kecik dan hanya tinggal tulang. Jalan pon dah tak larat. Kesian haku tengok bapak haku -____-"

Dah bermacam-macam ubat abah sental dan bermacam-macam tempat abah pergi berubat tapi tetap tak ada perubahan. Bermacam-macam telahan dah dibuat.

First checkpoint kitorang ialah Hospital Selayang tapi sangat mengecewakan sebab Hospital Selayang tak buat full medical check up. Apalah, harap baru, besar dan cantik jer -____________-"


 

Maka, kami sekeluarga telah bergegas ke General Hospital Kuala Lumpur. Full medical checkup hanya diadakan pada hari bekerja, Isnin hingga Jumaat. Maka kami hanya membuat pemeriksaan urat dan saraf je.

Walaupun dah bermacam-macam benda yang tak baik haku dengar pasal GH (General Hospital) TAPI GH still merupakan hospital yang terbaik dari segi doktor pakar. Itu pasal kita dengar, ada sebahagian kes di mana jika hospital-hospital swasta tak mempunyai certain kepakaran, para pesakit akan dirujuk kepada GH.

Tolak tepi pasal khidmat selesa. Kita harus sedar GH hanya mengenakan bayaran RM1 dan dikerumuni jutaan penduduk bukan sahaja anak bangsa kita malah turut menyediakan perkhidmatan yang tak berbelah bagi pada PENDATANG-PENDATANG HARAM! 


Kalau dah bayar mahal-mahal, haruslah menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang TERBAIK - katil empuk, bantal lembut, makan ANGUS steak dan tidor berkubang dalam bilik yang dilengkapi tv dan air-cond.


Doktor Amin yang merawat abah haku nie super bagus. Doktor bukan sahaja menjalankan pemeriksaan kesihatan yang terperinci tapi bersungguh-sungguh menasihatkan abah menjaga makan. Tak macam doktor-doktor lain "Eh pak cik nie tak ada apa-apa sakit. Saya bagi pak cik ubat tahan sakit", Damn!!


Rupa-rupanya, memang abah haku nie KENCING MANIS -______-" Doktor cakap, sebab abah dah  terlalu lama mengidap penyakit kencing manis, penyakit kencing manis tue dah makan isi kaki abah -_____-" Wow scary dowh.

Doktor tanya"Pak cik jaga makan tak?". Haku dengan Nadia buat muka kat belakang dan terus kitorang jawab "TAK". Apalagi, kena lecture lah bapak haku. "Pak cik kena jaga makan, kalau tak nanti kaki pak cik langsung tak boleh rasa apa-apa. Kencing manis nie boleh serang jantung dan kepala yang mengakibatkan strok". Hah, ambik kau! Takot dowh....

Satu lah perangai bapak haku yang haku tak berapa GEMAR!!! Degil. Kalau sesapa tegur dia pasal makan, konpem orang tue kena sembur! Malas kitorang nak tegur TAPI nie lah bahananya. Nak cakap banyak pon, bapak sendiri. Dosa nanti!



So, doktor dah suruh bapak haku buat follow up next week untuk mengurangkan kadar kencing manis dia. Ini  jugak merupakan peringatan pada haku, nadia, ayien dan Hamidi yang suka GILER TOGOK AIR GULA ie. Pepsi, Coke dan esetra esetra.


Lepas dah penat buat medical checkup, kitorang mengisi perot yang lapar di SUKHUMVIT, Kampung Baru.  Thanx to Aja sebab memperkenalkan haku tempat makan yang super cool dan sedap. 

*** Btw, sorry erk Hamidi, kita tak adat peluang nak dinner dekat sinie. Sukhumvit baru balik daripada beraya ^_^ Next time ok lolli ^_^ Kita sental TELUR RAJA DADAR,

r




 
Mereka yang lapar -_____-'



Cool seyh gambar nie!







Telur Raja Dadar Sukhumvit yang super sedap

Sup cendawan dan nasi goreng belacan yang menjilat kaki

Tom yam yang mencengkam jiwa

Heaven untuk budak nie


pemandangan yang hijau, sejuk mata memandang (sebab dikelilingi pokok buloh), persekitaran yang memang sejuk dan perabot yang kontemporari ^_^



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


t
picture of the day. KLCC from SukhumviT