Ad

Showing posts with label enTerTAinMent. Show all posts
Showing posts with label enTerTAinMent. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Yahooo, terima kasih NUFFNANG!!! Kami KaYA! Pftss

Lepas Ando cakap, NuffNang dah reward “Stick & Stone May Break My Bone” sebanyak RM0.50, haku terus macam WOW, ader jugak imbuhan rupa2nya. Kalau blog dia hanya dapat LIMA PULOH SEN, blog haku mesti lagi terok sebab follower dia lagi ramai daripada haku -__- Yerlah blog haku biasa jer dan tak ada apa2 yang menarik selain cerita merapu dan haku yang choymel -__-“ Ok jangan marah!
So, haku pon memberanikan diri membuka NuffNang -_- Sumpah scary. Macam dah nak hamik result PMR! Haku expect memang KOSONG sen lah!!

Sekali, hahhhhhhhhhhh! Dengan tidak disangka-sangka, haku BERJAYA memperolehi RM1.50 ^_^ Amacam, kecow tak? Wieeeee, lagi banyak dari Ando. Hohohooh. Ok, haku tahu SECIPUT, tapi untuk amatur blogger macam haku, haku rasa bangga sebab ada jugak orang nak baca blog nie. Mekasih yer korang.
Haku nak belanja pon tak boleh, sebab hanya dapat RM1.50. Nak beli nan cheese kat Pelita pon tak lepas. Kita kongsi lah yea -__-“

Plus, NuffNang hanya akan cashin ke dalam account blogger setelah mencecah LIMA PULOH HINGGIT! Jauh lagi perjalanan hidup nie -__-“
Untuk semua pembaca, blog boleh menambah sumber pendapatan seperti: Vivy Proudduck, dan Hanis Zalkiha, Inie Belog Saya.
Haku dengar ada suara asing berbunyi “ALahhhhhh, tue pon dulue haku delete NuffNang dan amik Google, kalau tak haku mesti lagi banyak dari kau” -__-" Pftsss!
Dan yang sedihnya biler dier assume NuffNang hanya bagi haku ENAM PULOH SEN!!! APAHAL???? Ko ingat kalau kau lima posen, haku pon posen2 jugaklah -__- Chisiiingggg nale!

   Hah tengok, haku dapat sEHINGGIT SETENGAH tau! Di bahagian kiri merupakan cara-cara kami, 
   (blogger) mendapat mata ganjaran dari NuffNang.

Friday, December 2, 2011

Saya PENING-PENING dan ... Adakah Saya ????

Hari ini hari Jumaat. Hari ini saya bercadang untuk berjogging di KLCC bersama rakan-rakan. Tiba-tiba hujan lebat. Saya sangat sedih. Saya tak jadi untuk berjogging. Saya pergi makan SUSHI KING bersama rakan-rakan. Saya sangat gembira hingga keluar air hidung berwarna hijau lalu terselit di tepi pipi.

Selepas makan di Sushi King, saya bergerak ke sebuah kedai buku bangsa orang Jepun yang bernama KINOKUNIYA atau mak saya panggil KOYOKOYO. Saya bercadang untuk membelikan saudara saya yang berjantina perempuan akan sebuah BAG LUKISAN bersaiz A2. Saya terperanjat melihat harganya yang mahal iaitu RM68. Saya bercadang untuk membeli BAG LUKISAN itu di Shah Alam nanti. Owh, nama saudara saya ialah Nur Farah Adillah anak perempuan Noradlisyam.

Lawa tak saudara saya? Saudara saya tinggal berhampiran dengan Zoo Negara.
Kerana itu beliau kelihatan begini. Saya malu tapi sedikit sahaja.

Selepas itu, saya bergerak ke sebuah kedai bertih jagung yang bernama Garret. Saya sangat suka Garret. Garret sedap kawan-kawan! ^_^ Saya ingin mencuba perisa KEJU dan GULA HANGUS MANIS.

Saya sedang beratur untuk membeli BERTIH JAGUNG

Saya PENING-PENING makan bertih jagung yang MASIN.

Orang-orang di sini sangat berdisplin. Semua orang beratur dengan bersabar dan bersopan-santun. Saya tidak sabar-sabar nak makan bertih jagung. Saya gembira apabila juru jual menyerahkan bertih jagung kepada saya.

TAPI saya sangat SEDIH kerana bertih jagung yang berperisa KEJU sangat MASIN hingga membuatkan saya nak PITAM! Saya sedih kerana MAHAL dan MASIN. Mak mesti marah kalau mak dapat tahu saya membazir. Saya sangat takut kepada mak sebab mak saya garang macam singa ! AUmmmmmm macam itu lah bunyi kalau mak saya marah.

Tapi seorang kawan perempuan saya yang CANTIK yang bernama WEI WEI sangat SUKA akan bertih jagung berperisa KEJU itu. Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang bernama Mijah, Rosalina Ayamo, Navin, Sufyan dan Mimi! Saya rasa mereka sudah tua dan tidak mempunyai deria RASA. Saya sangat kesian kan mereka.

Ini kawan saya yang berbangsa Cina yang bernama Wei Wei.
Saya suka kawan dengan Wei Wei sebab Wei Wei sangat bergaya macam patung BARBIE
dan Wei Wei sangat cantik. Gambar di atas merupakan gambar Wei Wei sembelit akibat
tidak berak selama seminggu. Saya kesian Wei Wei.

Begitulah kisah kehidupan saya pada hari ini. Ada gembira dan ada duka. Begitulah adat resam hidup manusia. Anda pula bagaimana?

Tuesday, November 1, 2011

Cherating - Day 2 at Holiday Villa & Pak Su

Hellloooooooooo semua^_^ Selamat berjumpa kembali. Aku agak busy mengelinjang akhir-akhir nie maka tiada lah kesempatan untuk membuat karangan UPSR.

Ok, haku nak cerita pasal malam ke 2 di Cherating. Makan malam pada hari ke 2 lebih meriah kerana disertai oleh Qimie dan Erineo. Acara makan2 telah berlangsung di Pak Su Restaurant.

First time dengar memang nama Melayu tapi bila dah depan mata, rupa-rupanya Kedai Cina tapi HALAL katanya -__- Kami terpaksa tidak WAS2 kalau tak HArAM hukumnya. Kami dapat melihat beberapa perempuan bertudung turut menjamu selera di sini. "Hah tue pompuan bertudung, HALAL lah tue". Typical Melayu -__- Tauke kedai nie pon satu, lain kali letak lah nama penuh ie. Pak Su Tek ker, Pak Su Ngek ke. Demn u .

Tapi apa yang aku boleh cakap, makanan sedap dan MURAH. Hohohohoh. Erineo agak bad mood kerana perot beliau tidak mampu jadi perot stoking seperti haku dengan Ajah. Hohohoho. Kau kena practise lagi babe ^_^

Korang berpeluang untuk pilih binatang apa yang korang nak makan dan masak style haper.

 
Baby Kailan


Butter Prawn

Tom Yam Seafood

Shark Fin Soup

Siakap 3 rasa. Siakap kot -__-

Sotong goreng Tepung

Hahhhhhhh, yang ini korang kena cuba. Tak pernah jumpa lagi lah kat tempat2 lain.
Famous Pak Su Stuffed Crab. Terbaik weh.

Ini sepatotnya makanan untuk 4 orang tapi yang makan lebihnya Ajah -_-

Muka yang super kenyang

Makan! Makan! Excited kau tengok lauk -_-

 
Ok Ajah, all yours. Ajah yang gembira kerana semua orang dah tak sanggup nak makan.
So bolehlah Ajah conquer sengsorang -__-

Ajah yang membela saka. Nama saka Ajah ialah Sheikh. Uhuk uhuk.
Batuk pulak

Sebanyak mana pon kitorang makan, bayaran hanya dicharge sebanyak RM160++.
Yeayyyyy haku betol.
Ajah teka bill will be RM300.
Qimie dengan Linda teka RM200++
Apsal mahal sgt weh, makan gajah ker -__-

Ok part nie yang haku kurang berkenan sikit. Lepas dinner, Ajah terus hilang dibuai keseronokkan malam! Aku + Erineo + Qimie bergerak pulang. Qimie dah super mengantok dan Erineo pulak dah tertahan nak berak. Aku jer lah yang masih normal. Sesampai di bilik, Erineo nak pinjam toilet. Katanya "Lampu toilet korang terang" -__-

Tanpa mengesyaki apa2, aku pon membenarkan SAHABAT BAIK menumpang berak. TAPI AKU SIYES MENYESAL! Berak super BUSUK OK. Boleh mati biru. Biler dia keluar jer dari toilet, selang beberapa minit aku dah mula terbau akan BENDASING. Tapi sebab kawan haku MALU nak tegor. Mujurlah Qimie bersuara "Apa bau BUSUK nie? U dha flush ke belom?" Naper haku dapat kawan macam nie? -__- Terpaksalah haku spray punggung Erineo dengan perfume -__- Pembaziran betol -__-

Mengantok sangat. Apa kau buat malam semalam hah?


Thursday, October 13, 2011

Trilogy of Cherating - Day 2 at TurtLe Sanctuary & I CAN'T CLOSE MY LEFT EYE

Hari pertama di Holiday Villa berlalu sangat pantas. In disebabkan tak cukup korum (gang). Lepas jer kitorang check-in, semua bantai tidor sampai pengsan -_-. Ini lebih kepada percutian berguling-guling di dalam blanket.

Sebab haku lapar, haku memberanikan diri untuk mencarik sesuap nasik bersendirian. Nasib baik lah, Beach Cafe dekat dengan bilik. Apa yang terlintas di pikiran aku "Mesti tak sedap tapi MAHAL jer lebihh". Rupa2nya telahan haku silap sama sekali. Makanan dia SEDAP ok. Tom yam sedap dan mee goreng MAMAK super sedap. Harga standard hotel lah.

Separuh jalan haku menjamah tomyam, Erineo dan Ajah pon join makan petang. Haku dan Ajah makan dengan gembiranya tapi bukan pada Erineo. Siyan kau! Kami berpendapat yang Erineo sangat merindui suaminya. Tak sampai sehari taw -__- Selepas makan petang, haku dan Ajah meneruskan agenda ke kolam renang. Weee ^_^ tapi yer lah, kalau setakat beberapa kerat jer, memang tak meriah langsung. Ajah hanya mampu terdampar seperti dugong di tepi kolam. Nerves breakdwon katanya -__-

Pada malam hari, aku dan Ajah meneruskan sisa2 hidup. Qimie telah meng"INTRODUCE" sebuah kedai makan yang agak famous bernama "SRI PELABUHAN". Restoran nie dekat jer dengan Holiday Villa. Selepas makan malam, haku dan Ajah bercadang untuk ke Kemaman. Perghhh. Berani mati nie. Dahlah gelap. 2 orang perempuan jer pulak tue. Akhirnya, ekspedisi kami GAGAL setelah Ajah menDITCH haku dan pergi beronggeng bersama KAWAN BAEKKK nya. -__- Mekasih Ajah.

Akhirnya haku tinggal bersendirian bersama Erineo yang telah pengsan sepanjang hari -__- Sebelum pulang, kami ader tapau roti bakar untuk Erineo dari BEACH Cafe. Even tough perot dah penuh, haku ngan Ajah tetap berselera nak curik roti Erineo. "Mintak2 lah Erineo tidor". Demn. Jahat tol. Akhirnya Ajah pulang ke bilik lebih kurang 3 pagi. Bagitahu mak kau!!! Aiyookkk.



Keesokan harinya, Erineo bangun sangat awal. Dia ke hulu ke hilir. Menyanyi lah, mengemas bilik lah -_- Kat umah pon tak macam nie! Nampak sangat kau dah sehat dan terlebih tidor. Disebabkan haku dah tak boleh tidor kerana keAKTIFAN Erineo. kami pon bersiap sedia untuk pergi BREAKFAST.

Macam yang haku katakan pada entry sebelom nie, memang payah nak carik sarapan di sekitar Cherating. Akhirnya kami temui sebuah kedai kecil yang menjual laksam dan nasi minyak. SUMPAH, nasi minyak dan ayam masak merah mak cik nie SEDAP. Haku makan semangkok LAKSAM dan SEPIRING nasi minyak. Wee ^_^. Ajah pulak membarah beberapa ketol karipap berinti IKAN dan nasi minyak bersama ayam masak merah. Memang perot tong sampah!

Ajah : "Sedap worr karipap IKAN dia" -_- haku tak pernah dengar lagi kau kata TAK SEDAP -_-


Setelah memenuhkan tembolok, kami pon bergerak mengambil Qimie di Club Med. Kali nie, perjalanan masuk idok ler payah benor. Kami hingatkan, kena spot-check terok2 macam mula2 kami hantar Qimie. *baru jer nak menyorok dalam bonet -_-

Setelah parking kereta di Bintan Park, Erineo terus menerjah dan mendakap suami kesayangannya. Aduyyy. Macam dah bertahun-tahun jer tak jumpa. Ok, haku exaggerate sikit.

Qimie dengan muka selambanya, membawa kami menjelajah ke serata Club Med. Worr, best worrr. Kalau tahu, dah lama kami bawak bikini. Cheh, cakap macam orang tak ada IMAN -_-



Di atas merupakan souvenier kiosk di Club Med. Kiosk  yang sangat lawa, menarik dan MENARIK lah. 


Baju-baju yang dijual di sini pon lawa2 ala2 ZARA, MNG  dan TOPSHOP ok. Sumpah haku tak tipu. Tapi kalau harga dah macam ZARA/Topshop/MNG, harga pon mestilah MAHAL. Serius, kalau beli pon, tak menyesal!


Dan di Club Med jugaklah, haku mengesan kekurangan DIRI. Demn. Selama 2+ haku hidup di bumi, tak pernah sedikit pon haku perasan akan kelemahan diri. Betul lah kata orang "MANUSIA TAK PENAH SEMPURNA".



Kerana mempunya semangat ingin tahu dan mencuba yang tinggi, kami ber4 bersetuju untuk memanah. Kami nie memang tak pernah ada pengalaman memanah. Maka peluang yang ada, jangan dilepaskan plus it's free.

Setiap group/line diberi peluang untuk memanah 3 kali sebanyak 2 pusingan. Sebelom memanah, kita dikehendaki memakai pad di tangan sebab takot tali bow tue akan bergesel dengan kulit dan boleh menyebabkan tersiatnya kulit korang -_- tak cool macam Robin Hood pon!


Owh lupa nak bagitahu, Club Med ada menyediakan marshal untuk memanah. Garang dowh mamat nie. Dan kami berpendapat yang marshal nie bukan local sebab English dia sangat fluent dan ader "slang" plus nama dia MANOOH. Nie LAN ID ke haper -_-

Sebelum memanah, marshal akan suruh pakai pad, pegang bow tangan kiri dan tarik string tangan kanan menggunakan 3 jari except ibu jari + kelengkeng. Lepas tue, kena tutup mata kiri dan bukak mata kanan. Dekat sinie lah haku KENA MARAH.

Marshal : "Please close your left eye and open your right eye. Shoulder straight and pull the trigger"

Kecik : *Dalam hati - eh apsal tak boleh tutup mata kiri nie. Eh, apsal nie? Lens ker! Eh cepat lah tutup mata kiri bukak mata kanan. Eh, EH, Eh

Marshal: "Please close your left eye" Sambil marah2

Kecik : "I can't close my left eye"

Marshal" You have too" -__- Dah tak boleh nak buat cam mana

Kecik : *Menutup kedua2 belah matanya sambil cuba membuka mata kanan
.
Marshal : "Not both eyes"

Kecik : Stress! "I CAN'T CLOSE MY LEFT EYE". ...Demn. Jangan paksa boleh!


Qimie + Erineo + Ajah hanya mampu ketawa. Mekasih lah kengkawan.
Kebanyakkan arrow tersasar dari mengenai sasaran. Hanya one time, Erineo almost bull eye.
Kudos babe ^_^

Selepas berjalan2 di sekitar Club Med, kami pon menjamu selera di cafe.
Basically, cafe CLUB MED nie boleh compete dengan kebanyakkan hotel2 dekat KL.
Sangat cantik and ada diversity of foods ^_^ weeee







Bar di "main" lobby. Anything for FREE.
Nasib baik lah kami nie bukan kaki botol, kalau tak, konpem mabuk smpai malam.
Sebab nak merasa ala2 percutian omputih, kami hanya meng"order" mocktail ^_^



Meyesal kitorang breakfast berat2 sebelum masuk CLUB MED.
Dah tak mampu nak mkn -__-


Bersebelahan dengan Club Med, terdapat sebuah Turtle Sanctuary. Masuk Free dan kita digalakkan untuk memberi FUND untuk pemeliharaan dan pemuliharaan pusat santuari nie. Iyerlah untuk penyu makan, rawat penyu dan kos-kos penyelenggaraan.

Penyu yang beranak kat tepi pantai, separuh daripada telurnya akan diambil dan dijaga di pusat santuari nie. Takot ada yang tak sempat ke laut kerana di makan helang + musang atau sebagainya. Musim penyu bertelur bulan....wah haku tak hingat. *Dah cakap, jangan makan semut -_-

 

Di pusat santuari nie ader 3 kolam. Satu kolam untuk penyu dewasa, satu lagi untuk kekura dan tuntung, satu lagi untuk anak-anak penyu. Weee ^_^. Mereka sangat coymel. 

Aku tak pernah tahu yang penyu remaja, boleh meletakkan tangan di atas cengkerang kalau dorang malas nak berenang. Naper tak pernah nampak yang tua buat? Sebab dah tua, tak boleh dilentur lagi -_- cam buloh lah! Aku hingat ada satu penyu yang super jahat, macam Erieno. Habis satu kolam dikacau nya -_-

Pusat santuari ni juga mempunya sebuah mini muzium.

Penyu-penyu kecil akan diasingkan daripada penyu dewasa dan remaja.




Kita tidak dibenarkan mengacau anak2 penyu tue. Tapi haku tetap hangkat dan main2 dengan penyu nie. Terkapai2 dorang mintak nyawa. HOHOOHOH.. Chillllllll lah.




Monday, October 10, 2011

Cherating Day 1 - Holiday Villa - Amoaras Spa

Hello, meh kita sambung cerita pasal percutian haku di Cherating.

Lepas kitorang DUMP Qimie dekat Club Med Cherating, haku + Erineo dan Ajah pon bergerak mencarik sesuap nasik untuk mengisi perot yang lapar. Aku memang super lapar start dari keluar rumah, tapi disebabkan tak nak menyusahkan dan melambatkan perjalanan, haku rela mengikat perot. Baekkk kan haku?

Kami pon memulakan explorasi mencarik sarapan pagi sepanjang jalan. Sumpah, memang susah nak carik kedai makan yang buka pada waktu pagi sekitar Cherating! Orang Cherating nie memang tak makan pagi kot? Ke masak kat umah jer -__-

Finally, kitorang jumpa sebuah gerai/warung menjual nasi lemak + dagang + minyak. WOW! Nasi minyak di pagi hari! Tapi haku memang ader dengar yang orang belah Pantai Timur memang makan berat di pagi hari. Aku tak kisah, as long haku dapat makan ^_^ weee.

Tanpa membuang masa, Ajah terus menYEDOK nasi lemak dan seketul ayam. Sampai turn haku "Kak nasik habis. Baru nak masak nasik" -___- Demn. Apa lah malang nasib! Haku pon terus beralih arah kepada nasi KERABU. Nasi KERABU pon tinggal dua senduk jer! Apakah? *Jangan komen. Baru haku nak amik ayam, ayam pon habis -___- Wahhh, inie PETANDA burok nie!

Erineo pulak dah hilang selera sebab lambat makan dan perot dah masuk hangin. *Ker kau tak makan dekat warung? -__- Sebab takot member semakin terok, kami paksa jugak Erineo makan NASI LEMAK dan MINUM MILO. Kesudahannya, Erineo meengalami cherry berry dan muntah-muntah sepanjang percutian. So much for a vacation guy -__-

Sebab terlalu awal sampai, kami dah tak tahu nak buat apa. Penyudahnya, haku + Erineo + Ajah bercadang untuk memanjakan badan di Holiday Villa Spa. Weee^_^. Ini merupakan pengalaman pertama ke spa. Scary tawww dinoda tapi seronok kena massage!

Akhirnya kami pon bergerak ke Holiday Villa yang mengambil masa hanya 5 minit. Sesampai di Holiday Villa, entrance memang cam padang jarak padang tekukur tapi hotel itself, memang OK. Don't judge the book by it's cover ok.

Main entrance to Amoaras Spa

Amoaras Spa menawarkan pelbagai package beserta harga yang agak murah. Sebab Erineo termuntah-muntah, maka hanya haku dengan Ajah jer yang berjuang. Ajah hamik Traditiona Balinese Massage for 1.5hour RM150 dan haku pulak amik Amoaras Massage for 1 hour RM138.


Regsitration counter

Pengalaman di Spa, sangat mengerikan!

Pengurut : "Bukak baju, seluar dan bla bla bla. Tinggalkan  bla bla bla jer yer dan pakai kain batik nie"
Kecik : "Harus ker?" -__-

Lepas haku pakai kain batik, haku pon RESAH menunggu kakak pengurut. "Apahal berdebar2 nie?". Demn. Gemuruh satu badan. Macam malam pertama pulak! Sesampai jer kakak pengurut, dia pon suruh haku telangkup untuk diurut. SILA PASTIKAN korang memakai spenda yang lawa dan menarik! Kalau ader lubang2 di mana2, korang akan malu diskodeng oleh tukang urut.

Apahal gelap nie? Takot.
Kalu haku tahu Mahadi pergi spa tak ajak haku, haku cungkil2 bijik mata dia!


Lepas dh hilang MALU, haku bantai tidor! Hahahah. Yang menyebabkan haku celik bila kakak pengurut mengurut bahagian dada! Demn. Haku nak KETAWA, takot KAKAK tue malu. HAHHAHAHH. Hahhah. SOrry Mahadi, I dah ternoda. Gile ker?!!!

Tapi dalam beberapa minit, haku bantai tidor lagi. Entahlah, haku memang kuat tidor dan makan! Yang peliknya, haku yang kena urut tak keluar angin, yang mengurut pulak sendawa. Haku tak tahu lah dia sendawa sebab ANGIN atau tadi banyak makan nasi kerabu -__-

 
Mandi Bunga

Lobby Menunggu

Jakuzi RM30 for 45mins. Weee ^_^


Haku tak tahu nie untuk apa.
Kenapalah cam bilik nak membunuh -__-


Amoaras Spa

Body Massages
Amoaras Relaxing Massage 1 hour
This relaxing treatment using a wide range of aromatic oils will have our masseur kneading you to pure bliss. The gentle pressure will result in soft, supple and silky skin and a completely relaxed and rejuvenated you!
Traditional Balinese Massage 1 hour
Feel your body loosen up as your entire body, including your face and head are massaged using conventional local methods. Completely blissful, this will improve the healing of pulled muscles and sprained ligaments, reduce spasm, scar tissue and swelling of the body.
Holiday Villa Muscles Tissue Massage 45 minutes
Created specially for the lymphatic system and circulation of the lymph fluids, it increases blood circulation, relaxes the nervous system and reduces stress. Be at rest as the rhythmic technique of this massage brings harmony to your entire body.
Tension Massage 45 minutes
An extra touch for your head and back, it focuses on the pressure points to refresh your body and mind. A great way to help relieve stress and jet lag!
Body Scrub Massage 1 hour
Discover the unique traditional way of massage to healthier skin. Starts by cleansing your body with lavender body wash. Dead skin will be gently removed with a natural exfoliate such as lulur using Balinese coffee beans, jasmine and yam beans. Finished with a relaxing aromatic bath revealing a healthier, smoother and younger looking skin.
Body Mask 30 minutes
Used as remedy for rheumatism, muscle pain and allergies, the Merapi Volcano Mud Body wash is in rich potassium, phosphor, magnesium, sulfur and others minerals for healthier, smoother and younger looking skin.

Beauty Treatments
Traditional Hair Cream Bath 1 hour
Deep traditional conditioning treatment to moisturize the hair including head, hand and neck massage to sooth and relieve stress.
Nature’s Facial Treat 1 hour
Using only natural products with fresh ingredients and traditional techniques, relax and wake up to more refined, restored and hydrated skin.
Body Herbal Bath 30 minutes
Formulated from natural ingredients to traditionally treat blood circulation, lessen fats from your body and to remove bad odour. Gives you a healthy body and leaves a refreshing fragrance after treatment.
Body Milk Bath 30 minutes
Contains milk that moisturizes, brightens and radiates the skin. A delightful aroma to make your skin feel clean, soft and refreshed.
Body Herbal Bath 30 minutes
Formulated from natural ingredients to traditionally treat blood circulation, lessen fats from your body and to remove bad odour. Gives you a healthy body and leaves a refreshing fragrance after treatment.
Traditional Manicure 1 hour
Traditional Pedicure 1 hour
Gentle exfoliation and shaping of your nails into perfection start here. Besides boosting blood circulation, it will leave your skin baby soft. A totally pampering experience!
Foot Reflexology 45 minutes
Using reflexology techniques, this foot pampering session improves blood circulation, relieves stress, tension and fatigue. It also helps you build stronger body resistance.
 

Pemandangan nan menghijau di sekitar SPa.
Sangat mendamaikan. Wee ^_^



Keluar jer dari bilik urut, haku terus terpelecok -__- Memang CLUMSY! Dan perkara tue  semakin parah apabila diperasan oleh Erineo. Maka, minah nie akan gelak sepanjang masa. Lepas kena urut, spa akan menyediakan secawan teh halia. Ewwwwwww, halia saya tak suka tapi TEH saya suka.

Teh membuang ANGIN.

Kakat pengurut Ajah pon menceritakan pengalaman dia mengurut orang. *Muka kakak nie ader dekat Holiday Villa webpage - sedang bersuka ria minum teh. Kakak nie cakap ader jer lelaki yang gatal dan mengambil kesempatan. So kitorang pon tanya lah dengan lebih detail "So apa akak buat?". Kakak tue jawab, pepandai lah kita urut bagi dia HILANG NAFSU atau tepis secara baekkk -__- Demn!

I had a good chat/laughter with the gurls.
We should do it often


Pengalaman yang menyeronokkan di Amoaras Spa.
Thank you guys for the great massage ^_^
Kitorang gembira, tapi tidak pada Erineo.
Disebabkan bontot yang kemerahan akibat cherry berry berterusan.