Ad

Tuesday, March 11, 2014

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

(Draft 2 bulan lepas -__-") Di malam sunyi nan sepi ini, terhambur seribu satu penyesalan memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya yang lepas -__-" 

Saban hari, kita disogok dengan kenaikkan harga barang yang tiada penghujungnya! Dan yang menambahkan garam diluka, kenyataan para menteri yang menyakitkan hati!

"Kalau tak nak bayar tol (tol mahal), lalu jalan dalam"!
"Kalau tak suka dengan sistem pendidikan Malaysia, hantar anak belajar luar negara"!
"Kita naikkan harga gula untuk mengurangkan kadar diabetis di Malaysia"!

Cuba kita tarik subsidi minyak dan kurangkan gaji kome, pandai kome marah yea! Kalau tak suka, jangan jadi ................ Jangan cakap! Tetahu nanti, haku dah masuk lokap. 

Maybe betul, harga barangan dunia melambung tinggi TAPI janganlah keluarkan kenyataan seperti melepaskan batuk di tangga. Berikan kami fakta, analisis, graf dan options! At least sejuk sikit hati!

Tapi tak per! Mujur Malaysia masih aman. Ye ke Malaysia semakin aman pak menteri?
Macam semakin mencanak-canak je kes jenayah setiap hari!

Mujur kerajaan pusat bagi BRIM dan bonus setengah bulan.
There's no such thing as FREE lunch people!!!

Sebab kami dah bagi BRIM dan BONUS, maka mari naikkan harga minyak, harga gula, tarif elektrik, tambang LRT dan komuter. 

Sepanjang duduk kat Malaysia, tak pernah lagi kerajaan turunkan harga barang kecuali minyak. Yang naik, akan terus menerus naik. Harga emas pon boleh jatuh pak menteri!

Oklah. Penat dah haku membebel pasal Malaysia tanah tumpahnya daraku :p

Kali nie, haku nak share pengalaman bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Satu malam hanya RM394 (through Agoda) dan perjalanan dari KL ke Colmar hanya mengambil masa satu jam. 


Yang menarik di Colmar Tropicale adalah bangunannya yang direka menyerupai kota-kota lama Eropah dan cuacanya yang sejuk dipagari pohon-pohon nan hijau. Bagus untuk membuat anak!


Colmar Tropicale mempunyai 9 buah restoran, spa, swimming pool, golf course, taman mini Jepun, Botanical Garden, taman haiwan, equestrian park dan taman lasak. 

Swimming pool, taman mini Jepun, Botanical Garden dan taman haiwan - masuk adalah PERCUMA. 

Haku ada sedikit komen berkenaan Taman Mini Jepun. Taman Mini Jepun terletak 3500 kaki dari paras laut. Yang sedihnya, setiap pengunjung pasti mengimpikan the REAL ambient of Japan, tettttttttttttttttt...Hanya ada beberapa buah rumah Jepun yg sangat minimal dan basic -___-" Boleh kata, tak puas lah nak menikmati suasana jepun.


Haku perasan, pembangunan rekreasi di Malaysia memang tak kekal lama. Contohnya Rumah Salji Bukit Cahaya ALam Cerakah, Shah ALam (Betul ke namanya?), Rumah Salji The Mines dan baru-baru ni haku banyak baca review pasal rumah salji ICT yang mahal tapi service yang tak memuaskan.


Harap-harap Sunway Lagoon (nie memang otai yang mampu bertahan lama), Legoland dan Genting mampu bertahan serta memperbaiki kualiti perkhidmatan dari hari ke sehari!




       
Memang sejuk baq hang :)






Calzon Malaysia aka Samosa -__-"







Breakfast di pagi hari bersama boypren tercinta ^_^





































Saya mencadangkan agar Berjaya Group membina rumah-rumah fesyen seperti Gucci, Prada, Burberry dan esetra esetra agar lebih berunsurkan Eropah ^_^

Yang penting harga yang ditawarkan haruslah murah, barulah orang-orang Asia berebut-rebut nak shopping di Colmar. Ironinya, orang kita berebut-rebut ke Eropah semata-mata untuk membeli sebijik PRADA kerana harga yang jauh lebih murah dari butik-butik di Malaysia.




No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT