Ad

Showing posts with label geneRaL. Show all posts
Showing posts with label geneRaL. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Aku Pengantin RebeL : RupaKu Yang Hodoh

Sepanjang menuju ke alam perkahwinan, haku hanya terpikir pasal pelamin, baju, photographer dan duit TAPI tak pernah sekali pon terdetik di kepala hotak haku akan KEHUDUHAN DIRI yang bakal menjelma di depan Mahadi -__-“
Siyes, haku sangat comot dan sakai < Apon selalu cakap macam nie. Apon + Ando + Erin tak heran kalau haku comot momot tapi akan menjadi satu KEAJAIBAN kalau haku kemas for the whole day -__-“ Korang super Sakai!

1)   Haku tak boleh bayangkan kalau Mahadi nampak haku tidor super lasak sambil mendendangkan dengkuran2 liar bak harimau jantan disertai dengan tendangan gaban -__-“ Malu siyak! Tak cukop dengan itu, haku turut mengeluarkan ayer liur basi yang masam dan kusam berwarna HUJAU -___- SUMPAH MALU!

2)   Hilang KEKETATAN punggung akibat usia yang semakin tua. Bukanlan nak main belakang TAPI akan terjadinya peristiwa KENTOT merata2. Bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang padu TAPI turut menyelitkan aroma “GAS BERANI MATI” yang bisa membuatkan muka Mahadi BIRU. SUMPAH MALU! Haku sanggup bunuh diri.

3)   Rambut menggerbang selepas bangun pagi!!!! Wahhhhhhhh, sumpah haku percaya Mahadi tak boleh bezakan mana SI KECIL dan HANTU KUBUR. Damn it.

4)   Lipatan-lipatan comel di perot beserta selulit yang bermaharajalela. ADuyyyyy lah, dah macam oink2. Disertai kedutan-kedutan manis di muka, tangan dan kaki! Sedihhh lah -__-

5)   Kerana kesibukkan melampau mengalahkan Perdana Menteri, aku tak sedar terpakai spenda dan sarung nangka yang berlainan warna contohnya Atas warna hijau dan bawah warna merah ATAU spenda yang seperti roti kirai. Simpang malaikat 44 -__-“ Ini macam tak tahu jaga diri jer! Suami tengok pon MATI selera! Damn it.

6)   Taik hidung yang nak melihat dunia tak sempat2 -__-“ Yerlah, tak setiap masa kita boleh mengawal taik hidung, taik mata dan taik telinga hendak melihat dunia. Baju dah lawa, bau dah wangi TAPI sekali ader cebisan taik hidung di atas bibir. Tak jadi nak comolot -__-
Ok cukuplah setakat ini perkara huduh yang haku kongsikan. Apa yang mampu haku cakap, kita sebagai seorang perempuan, harus sedaya upaya mencantikkan diri. Yerlah, sekarang nie pompuan cantik dah bersepah2. Sesenang jer lelaki kita nak MENGGATAL! Wasalam (Eh pembuka citer tak der salam pon, tetiba penutup jer bagi Wasalam -__-“)

Friday, January 13, 2012

Yahooo, terima kasih NUFFNANG!!! Kami KaYA! Pftss

Lepas Ando cakap, NuffNang dah reward “Stick & Stone May Break My Bone” sebanyak RM0.50, haku terus macam WOW, ader jugak imbuhan rupa2nya. Kalau blog dia hanya dapat LIMA PULOH SEN, blog haku mesti lagi terok sebab follower dia lagi ramai daripada haku -__- Yerlah blog haku biasa jer dan tak ada apa2 yang menarik selain cerita merapu dan haku yang choymel -__-“ Ok jangan marah!
So, haku pon memberanikan diri membuka NuffNang -_- Sumpah scary. Macam dah nak hamik result PMR! Haku expect memang KOSONG sen lah!!

Sekali, hahhhhhhhhhhh! Dengan tidak disangka-sangka, haku BERJAYA memperolehi RM1.50 ^_^ Amacam, kecow tak? Wieeeee, lagi banyak dari Ando. Hohohooh. Ok, haku tahu SECIPUT, tapi untuk amatur blogger macam haku, haku rasa bangga sebab ada jugak orang nak baca blog nie. Mekasih yer korang.
Haku nak belanja pon tak boleh, sebab hanya dapat RM1.50. Nak beli nan cheese kat Pelita pon tak lepas. Kita kongsi lah yea -__-“

Plus, NuffNang hanya akan cashin ke dalam account blogger setelah mencecah LIMA PULOH HINGGIT! Jauh lagi perjalanan hidup nie -__-“
Untuk semua pembaca, blog boleh menambah sumber pendapatan seperti: Vivy Proudduck, dan Hanis Zalkiha, Inie Belog Saya.
Haku dengar ada suara asing berbunyi “ALahhhhhh, tue pon dulue haku delete NuffNang dan amik Google, kalau tak haku mesti lagi banyak dari kau” -__-" Pftsss!
Dan yang sedihnya biler dier assume NuffNang hanya bagi haku ENAM PULOH SEN!!! APAHAL???? Ko ingat kalau kau lima posen, haku pon posen2 jugaklah -__- Chisiiingggg nale!

   Hah tengok, haku dapat sEHINGGIT SETENGAH tau! Di bahagian kiri merupakan cara-cara kami, 
   (blogger) mendapat mata ganjaran dari NuffNang.

Saturday, August 27, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Kengkawan, sorry tak dapat reply chant-chant from the heart aka comment korang. Ada Problem with my blog account. ADehhh -_-



Thursday, June 9, 2011

Thursday, May 19, 2011

L.O.V.E is in THe AIr

Ramai kawan-kawan sebaya aku dah selamat ke jinjang pelamin. Hanya kami, warga-warga terpilih yang masih belum mempunyai rezeki lagi.

Entry kali nie akan membincangkan perangai-perangai LELAKI semasa nak mengorat perempuan dan selepas berjaya mendapat apa yang mereka nak -___-

*Pada abah dan Mahadi, nie bukan entry untuk anda kerana anda adalah dalam kategori ANGEL. chewahhhhhh!!!



Sebelum Kawin:
Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wanita. Paling ketara apabila mereka sanggup berhabis duit dan bersusah payah untuk menelefon sang wanita pada setiap hari. Tak kira hujan atau panas berdeting serta berhabisan berguni-guni duit syiling asalkan dapat mendengar suara nan indah sang wanita.

Dah Mendapat
Sang Wanita: "Baby, naper dah lama tak call i? U pergi maner nie?"
Lelaki Kasanova: "I busy lah. Pagi tadi ader meeting. Malam karang pon ader meeting jugak. Tak tahulah boss I nie. Tak paham orang nak balik ker"..Ececece..sebenarnya nak menggatal ke tempat lain. Hello encik lelaki, kami ada 6th sense tau!

*****

Sebelum Kahwin
"Dia lah wanita pujaan ku. Hanya satu-satu nya wanita yang cantik jelita dimataku. Biarlah seribu bidadari yang datang, tak kan pernah menggugat hatiku". "Saya akan menerima awak seadanya". Padahal sang wanita hanya berwajah ala2 Ruminah Sidek.

Dah Lunyai
"Apsal selekeh sangat nie? Tak suka lah saya. Dengan lemak berlipat-lipat, comot-momot". Walhal sang isteri sebok menyediakan makanan tengah hari dan mengemaskan rumah. Kalau dengan mak aku, dah kena terajang dah lelaki macam nie.

"Pakai baju tak bergosok". Padahal itu adalah kulit isteri sendiri. -___-

Lelaki 1: "Kau tengok pompuan tue, punggung baeeeekkk punya".
Lelaki 2: "Tak lah, aku lagi suker cikaro yang tepi tue...MANTOP ala-ala Kim Kardashian!". Korang nak mampos ke haper?

*****

Sebelum Ehem-ehem
Sang Wanita: "Bang, jom kita pergi jalan-jalan".
Lelaki hidung belang: "Jomlah darling. Boleh kita window shopping sekali"

Dah ehem-ehem
Sang Wanita: "Bang, jom kita pergi jalan-jalan".
Lelaki hidung belang: "Malaslah!!! Tak payah nak membazir2 duit. Duduk rumah. Penat tau tak saya membanting tulang setiap hari mencarik nafkah. Awak apa tahu?" Sambil menjegil2 kan bijik mata.


*****
Sebelum DiIjab KabuLkan
Memang indah sebelum kahwin. Encik Lelaki akan sentiasa memegang tangan dan hati sang wanita tanpa sekelumit pon perassan busan. Nak pergi kedai, pegang tangan. Tengah makan, usap-usap tangan. Orang meninggal, gentel-gentel BCG. Dunia ni, mereka yang punya.

Selepas "Aku Terima Nikahnya"
Sang lelaki jalan 10 batu jauh ke depan manakala sang wanita pulak terkiyal-terkiyal dibelakang. Bila sang wanita cuba mencapai tangan sang lelaki "Eh, awak nie tak malu ker. Dah tua-tua buat perangai". T____T





Aku terpaksa UPLOAD gambar yang kurang sensual, karang berlubang gambar nie!

Jangan lah encik Mahadi bertukar menjadi seperti lelaki-lelaki di atas. Amin.