Ad

Showing posts with label KeNanGan SiLaM. Show all posts
Showing posts with label KeNanGan SiLaM. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru Satu Malaysia

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah berpenat lelah mengajar aku, bermula seusia 7 tahun sehinggalah aku berumur 24 tahun. Jasa anda akan KU KENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.


Aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru (2), dan kemudian meneruskan perjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru (2) yang kemudiannya bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Selepas PMR, aku telah berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka. Tak payah WOW! Sebab aku hanya bertahan selama 6 bulan.




MRSM Jasin





Kenapa aku lari dari MRSM? Sebab haku tak tahan dengan 1001 satu protokol. Wehooo. Antara peraturan-peraturan yang memeningkan kepala ialah :


1) Nak pergi pondok telefon kena pakai stokin even tough korang pakai selipar -___-


2) Nak pergi cafeteria, kena pakai baju kurung dengan kain dalam dengan anak tudung  dan stokin -___-


3) Dalam kawasan asrama perempuan, tidak dibenarkan pakai seluar pendek -___-


4) Tidak dibenarkan buka lampu selepas pukul 11 malam -____-


5) Tak boleh tidur petang -___- Aku merupakan umat yang akan tidur petang dan study tengah malam.


6) Kena beri salam atau greet senior. Wah, banyak cantiik muka korang. Korang ingat nie KEM ASKAR ke haper!!! Banyak glamer korang! Memang aku ada masalah dengan AUTHORITY.


7) Senior selalu buli JUNIOR. Bila pikir balik, apsal aku bangang sangat pergi follow apa yang dorang suruh buat! Ada ke patot, pepagi subuh senior mangkok suruh kitorang buat gaya menunggang motor dengan membengkokkan kedua-dua belah kaki atau buat helikopter dengan meletakkan jari telunjuk dekat tanah, lepas tue, kena pusing. Kalau aku sedikit berani dulu, memang aku tubuhkan satu PARTI PEMBANGKANG dekat asrama. Tapi dah terlambat -____-


8) DIHARAMKAN untuk berkawan rapat dengan LELAKI. Kalau senior find out, maka gelaplah hidup. Korang akan dipanggil masuk kedalam bilik senior lalu ditazkirah beramai-ramai.




Kerana tidak betah dengan protokol-protokol asrama, aku telah fly balik rumah dari hari Khamis and balik semula ke asrama hari Selasa. Wehoooo. Maka aku hanya masuk ke kelas hari Rabu dan Khamis. Lepas kelas, aku terus balik Selayang. Selayang dihatiku.


Disebabkan perangai aku yang tak semenggah, ibunda ku telah mengeluarkan aku dari MRSM dan aku telah dimasukkan kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Hehheheheh


Ok, entry ni bukanlah nak menceritakan pasal aku keluar masuk sekolah tapi akan perkara-perkara yang pernah menimpa kita tapi kita tak berani nak bersuara akan sikap guru-guru kita.


Antara perkara yang tidak boleh aku lupakan, even tough benda nie dah lepas almost 11 tahun, tapi sikap CIKGU ni, masih segar diingatan. Apa dia BUAT?


Masa Form 5, seperti yang diketahui ramai, aku nie budak separa nakal dan memang berhaluan kiri dengan kawan-kawan sekelas. Kalau student kelas depan, cikgu akan beranggapan yang korang nie baik. Baik macam mana? Baik seperti rajin, mendengar kata guru, tak nakal, DAN bagi yang perempuan KENA PAKAI TUDUNG semasa di dalam atau di luar sekolah. Yer, dekat sekolah aku pakai tudung (WAJIB!) tapi kalau dekat luar, aku tak bersedia lagi. Aku nie super active dan memang tak reti duduk diam. Aku akan keluar pergi bersilat, main NETBALL, pergi berpidato dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, selagi ada pertandingan dekat sekolah, aku nak menyempel. Muka Tembok China kan. Kawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. *Rasanya, aku nie tak ada lah nakal mana pon.


Siyes, aku chuymel


5 Sains 1

Pesilat sekolah

Penolong Bendahari Kelab Bola Jring

Naib Pengerusi Kelab Bahasa Melayu


Setiausaha Kelab Pencegah Jenayah


AJK Kelab Pengawas


AJK Persatuan Pelajar - Pelajar Islam -___-



                                        -----------------------------------------------------------------------------------


Serius aku GIPANG - Gila PANGkat..pftssss



Nak dijadikan cerita, aku baru lepas percubaan SPM. Aku berjaya mendapatkan markah yang agak bagus untuk Paper 1. Subjek apa? Itu RAHSIA. Masuk Paper 2, markah aku agak rendah. Aku pon terus bertanyakan kepada guru yang selama nie menjadi idola ku. Jawapan yang aku dapat "NAK BAGI MARKAH NIE PON, KENA TENGOK ORANG JUGAK". Apa Ke Maksudnya????????? -______- Aku tak nak dengar ayat seterusnya. Menyakitkan jiwa dan raga.


Ada lagi sorang cikgu nie pulak, sibuk-sibuk mengadu pasal NAdia dekat aku. Cikgu nie cakap "Cuba kamu nasihatkan Nadia tue supaya belajar macam kamu". Aku memang pantang kaki-kaki mengadu nie. "Macam mana saya nak nasihatkan dia, saya pon tidor. Saya tak belajar pon". Bukanlah berlagak, tapi panggil lah NAdia personally dan tak payah libatkan aku. Kalau aku jadi NAdia, mesti kecik hati.-___-


Ada lagi satu kes, semasa aku menuntut di UTM Skudai. Pensyarah nie, merupakan penyelia untuk projek akhir kami. Setiap sistem yang dihasilkan, hendaklah diupload ke dalam server dan presentation hendaklah dibuat pada server bukan pada localhost atau personal komputer. Kami telah diberikan due date untuk mengupload system masing-masing. Lambat, tidak akan diterima. TAPI kalau korang anak BUAH penyelia kurus melengking macam lidi nie, korang BOLEH UPLOAD sistem korang sampai lah saat-saat terakhir. KENAPA ada double standard? Kenapa PENSYARAH bersikap macam NIE? Kenapa? Marahnya aku. pfftssss. *familiar tak kengkawan UTM Skudai ku, siapa lecturer nie? Kenal kan?? Kan?? Kan??


Tapi hanya ada 3 keratlah yang ada problem, lain semua OK. Semua merupakan favourite cikgu dan lecturer EXCEPT 2 kerat nie.


Kepada semua guru-guru di Malaysia, saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan terima kasih di atas segala pengorbanan anda yang tidak akan mampu dibalas sehinggalah ke akhir hayat. Tanpa jasa-jasa anda, tidak mungkin saya disini hari ini.

Wednesday, January 5, 2011

Thursday, December 9, 2010

AZAN tak kenal, Apa kes?

Haku jugak ader kawan baik dekat Telaga Minyak Jaafar. Ada tua, ada giler, ader hamsap...semua pon ader..dari kecik sampai lah ke besar..dari ader rambut sampai lah ke botak..dari kurus macam plywood sampai lah perot jauh ke depan...dari muda macam hobbit sampai lah ker tua bangka...Sehari, haku pasti akan terhibur dengan gelagat dorang..Kalau korang tak percaya, sila tatap gambar di bawah.

korang boleh teka, maner boss dier? pfftsss
Kejadian berlaku semasa opis hour...


Haku raser dorang jadi macam nie, sebab ada kena mengena dengan nama department tue sendiri Jabatan Operasi Setia yang mengendalikan KAD SENYUM (seyum merangkap giler) untuk Telaga Minyak Jaafar.

So biler lunch, kitorang akan keluar makan beramai-ramai. Maser muda-muda dulu, kitorang selalu makan tengah hari dekat IKAN BAKAR The Zone. Sedap dan murah tapi SUMPAH panas berdenting. Sebab buhsan dekat opis, kami berpakat untuk makan ikan bakar sambil kami turut terbakar...

Ikan Bakar The Zone nie terletak berhampiran dengan Menara Maluri Celcom dan sebuah tokong Cina. Tokong Cina nie ader jual semua jenis vegetarian foods yang murah-murah.

Kami pon makan ler beramai-ramai, sembang-sembang, umpat mengata dan menggelakkan pakaian orang lain. Nie perkara biasa bagi typcal Melayu macam kami. Panas berdeting dah tak menjadi isu. Lepas selesai menjamah makanan, kami pon mula bergerak balik tapi kali nie, ikot jalan lain. Kami ikot KLCC plak.

Sedang kami berjalan kaki, tiba-tiba Zul (bukan nama sebenar) pon berkata "Eh, azan lah..diam-diam...Awalnya azan masuk"

Kami semua lihat jam tangan masing-masing.Eh baru pukul 12.45...Azan aper plak nie? Kami turut mengamati azan yang diperkatakan Zul tadi.. Naper ader macam orang nyanyi-nyanyi sambil ketok-ketok kayu.. Eh per ker pelik bunyi azan nie..

Kami pon cuba mengamati bunyi tersebut..Eh ader orang azan ramai-ramailah..Eh macam menyanyi..Eh ader bunyi ketok-ketok kayu..EH..Eh..EH..eh..eh..eh..ehah ehah..

SEBENARNYA lah kan, kami yang patot azan kat telinga si ZUL nie..AZAN pon dah tak kenal...memang lahanat..SETIAWANGSA tak pernah ada orang azan ker? AZAN dengan bunyi Buddha chant-chant from the heart pon kau TAK KENAL!!! KAU dah Kenaper? AZAN kat KUALA LUMPUR pukul 1.20pm bukan pukul 12pm...HHAHAHAH...Kau memang bongok

Hurm
Gambar pon dah menggambarkan segalanya
Soory gua dah lacurkan gamba lu


Wednesday, December 8, 2010

RED menodai Ku

Kejadian yang memalukan ini telah berlaku sekitar 2006 atau 2007 (serius tak ingat) ketika menuntut ilmu di UTM SKudai, dimana haku diwajibkan untuk menyertai aktiviti Ko Kurikulum atau KO-Q. Dengan sifat haku yang aktif lagi lasak dan tak boleh duduk diam, maka haku memberanikan diri untuk menyertai EQUESTRIAN atau nama kampungnya sukan BERKUDA....yeeeeehaaaaaaaa (bunyi kuda)




Haku pernah bermimpi untuk menjadi seperti Qabil Ambak, tapi mimpi tetaplah mimpi. Nak pasang sadle pon takot, ader hati nak jadi macam Ambak..embak boleh lah..cheh....owhhh sadle ialah benda yang korang pasang atas kuda..Nak naik kuda nie, bukanlah semudah yang korang sangkakan....Jangan beranganlah kalau korang baru-baru belajar, nak meloncat naik kuda mcm Legolas dalam citer Lord Of the Ring..mahu diheretnya... Penipu dowh..kuda tak boleh terperanjat ok!!!



Untuk dapat A dalam subjek nie, ader banyak petua dan pantang larang kena lalui. Antaranya :

1) Korang kena rapat atau jadi kawan baik kuda. Kalau kuda tak kenal bau ketiak korang, maka kuda akan menjadi kurang rapat dengan korang dan susah untuk dikawal.

2) Kena selalu mandikan kuda, bagi makan dan groom kuda..Hingat korang jer nak cantik, kuda pon nak melawa dan wangi jugak.

3) Jangan buat kuda terperanjat..Kalau kuda terperanjat, maka dengan meriahnya kuda akan menyepak korang. Tendangan kuda khabarnya boleh membawa maut. Kalau dier pijak kaki korang plak, bolehlah tercabut kuku kaki bercagu.





Sebab haku nak dapatkan A dalam subjek nie dan dengki kepada kawan-kawan baik ku yang lain : IELA + WANIE + SHA, yang konpem dapat A dalam GAMELAN, maka haku gagahi diri untuk berkuda...Tak kira panas, hujan, ribut atau petir, sanggup haku redahi...DANG!!!

Kejadian hina nie berlaku di bulan Ramadhan. Pagi-pagi lagi haku dah bangun. Kebiasaanya haku ngan Iela akan bangun pukul 11pagi..biasalah..anak dara sekarang..Setelah mandi, haku pon bergegas ke stable.

Sesampai di sana, aku terus meng groom RED. RED merupakan kuda yang garang dan agak agresif. RED boleh tahu korang newbie ke tak... RED akan sekonyong-konyongnya membuli newbie...Haku tak suker RED..Selalunya haku naik kuda lain, tapi haku tak hingat nama dier (boleh tak)...


RED membuli newbie


Haku pon belajarlah trot, gallop bersama RED di bawah sinaran mentari yang terik..Dahlah panas + penat + DAHAGA pulak tu...biler kuda berlari, korang turut berlari..Kita bukan duduk jer atas kuda tue.. Punggung hendaklah dihangkat seiringan dengan langkah kuda...ko cuba kira, berapa kali kuda tue melangkah, PENAT dan KEMATU punggung!!!...

Setelah selesai menyiksa kuda, haku pon mandikan RED.Lepas tue masuk kan balik dalam kandang. PHewwwww.....Penat giler ...Haku lepak tepi RED...dan tolak seTONG air untuk RED..RED pon datang rapat pada ku dan terus minum air yang disediakan...

Haku tengok, sedap plak air yg RED minum tue..siap glup glup gulp lagi bunyinya..DAMN kau RED....selalunya nak lepak lelamer dekat tepi kandang adalah mustahil sebab BUSUK, tapi sebab bulan puasa, air KUDA pon nampak sedap...RED mendengus enak...RED minum lagi GULP GLUP gLUP...damn kau RED..

Kerana tak dapat menahan nafu serakah, haku pulang dengan hati yang tak leh blah dengan sifat RED yang tak tahu malu pada orang yang berpuasa..tahulah kau..MASUK NERAKALAH kau sebab tak hormat orang puasa...



Sesampai di bilik, kosong dan lengang!!!...Eh, mane perginya IELANOUR Nie? Setelah diamati katil yang kemas (jarang mcm nie), baru haku sedar IELA pulang ke kampung halamannya di Jalan Pawang, Keramat...Banyak pawang di kawasan rumah dia nie.

Haku pon terus baring di atas katil, tutup mata sambil terkenang dan kesal dengan perangai RED...Haku cuba ingat betapa sejuk dan enaknya air tue..TAK BOLEH..TAK BOLEH..haku puasa..sabar NADIRA..tak kan kau kalah dengan KUDA..haku kalih ke kanan, muka RED dalam ingatan....sambil meneguk air ..GULP..GULP..GULP..

Haku pon zaaaaaaaaaaaaaaaaaaaazssssssssssssss..MINUM SEBOTOL AIR MINERAL yang ditinggalkan IELA..konpem IELA punya, sebab haku jarang minum air masak yang tawar dan TIADA RASA..Ini semua salah KUDA..salah RED..kerana telah menodai haku..damn kau RED..haku benci semua kuda yang bernama RED....kau tak layak untuk hidup di dunia nie..kau memang BINATANG!!!

Haku kesal tapi apa nak buat..Haku mandi dan terus bersiap-siap untuk pulang ke rumah...Kan dah nak raya...Tak kan nak dok asrama jer....kalau haku balik kampung awal, mesti selamat puasa haku..

Sesampai di rumah, haku lihat banyak sungguh kuih raya yang enak-enak dan lazat-lazat..Ada cookies, ader semperit emprit, conrnflakes dan macam-macam lagi...Tetiber haku terpandang ALMOND LONDON...wow!!! my favourite.dulu haku pikir, kalau makan kuih yang bunyik macam omputih-omputih sikit, baru lah style..kiter pon cool macam omputih jugak..Cool tonggong ko...tapi tak kan ku ulangi lagi..biarlah sejarah di utm menjadi kenangan...

ALMOND LONDON tue melambai-lambai sambil menari-nari inul daratista pada ku...APA SALAH haku pada korang? JANGAN BUAT LAGI NADIRA!!!! YA ALLAH..kau sabar kanlah umat mu yang lemah nie..Memang tak boleh sabar... ZASSSSSSSSS haku telan dua ketol ALMOND LONDON..kali nie salah ALMOND LONDON plak...

Yer..mak dan abah tiada di rumah..hohoho..tapi akan menjadi isu kalau ALMOND LONDON yang baru ditempah hilang ber bijik-bijik...Tetiber ayah ku pulang ke rumah...Haku membatukan diri di dalam bilik...

Selang beberapa minit, haku terdengar pekikan mak...

"ABAHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!! KAU TAK PUASA YER?"

Abah terkebil-kebil kucing " EH, apsal saya tak puasa pulak?"

Emak " NIe!! (sambil menunjukkan bekas almond london yang dah hilang separuh)..Saper makan? Saper? Awak nie, dah tua-tua bangka pon buat perangai lah..BErdosa TAU..Buat malu kat budak-budak jer"

HAHHAHAH..yesssssss..dah ader orang jadi KAMBING HITAM..HOHOHOHO..selamat haku....yes!!!...selamat haku dari leteran dan bebelan mak...haku hanya berani keluar bilik selepas Nadia pulang...


Kepada abah, di kesempatan ini, anakanda memohon maaf jika ada silap dan salah..HOOHOHO

Thursday, November 25, 2010

MENGIGAU di PETANG hari samBil Memegang GAYUNG


Zaman belajar di UTM Skudai, merupakan zaman belajar yang paling best. Kenaper? sebab jauh dari mak dan abah..hohohoho..dah tak ada orang nak tarik rambut haku lagi..boohooo pada mak (sekarang kau berani lah)

Mungkin faktor yang kedua, adalah disebabkan berjumpa kawan-kawan yang satu kepala dan agak kurang normal. Antaranya iela + wanie + sha (bukan nama sebenar) :p

Ada satu kejadian di mana sampai mampos pon kami tak kan luper ialah :

Di satu petang yang indah, kami ber4 baru pulang dari aktiviti ko kurikulum. Wanie + Sha + Iela mimilih untuk mendalami seni muzik. Mereka telah menceburkan diri dalam aktiviti gamelan. Ayu budak-budak nie. Takot gelap lah lah tue:P

Haku pula memilih KUDA..yer saya memasuki EQUESTRIAN..bukan sebab haku suka kuda, tapi sebab haku suker kan keindahan petang dan pemandangan di UTM SKudai (cisss..bau taik kuda aderlah)

OK...selalunya aktiviti ko kurikulum bermula pada pukul 4 smpai 6 petang...selama dua jam haku pon belajarlah pasal kuda + taik kuda + makanan kuda + menunggang kuda......yeaaahaaaaaaa (buat bunyik kuda skit).

Selesai jer aktiviti riadah, haku pulang ke bilik. Haku dengan iela satu bilik. Wanie dengan Sha satu bilik.

Setibanya haku di pintu, kulihat kawan2 ku sudah beradu di atas katil..
Setelah mandi, haku pon naik ke atas katil untuk memulakan sessi membuat tahik mata...Belom sempat haku menarik selimut, tetiber ader org berlari kelam kelibut menerjah ke bilik. Apahal plak nie. Haku dengan IELA super terkejut. Tak jadi tidur...Tetiber ORANG SEBELAH berkata "Eh NAd, ko tak gi kelas ker SE (SOftware Engineering)?..Dh lambat dah nie".

Aku terkedu dan terkesima..Eh..Kelas haper plak malam-malam nie. Aku ker yang tak dapat info..yer haku selalu bersikap endah tak endah pasal pelajaran haku. Nasib IELA + WANIE + SHA baik, sebab bertemu dengan orang mcam haku..

Ok...sambung balik..ORANG SEBELAH masih lagi memakai baju kurung gamelannya sambil memegang gayung dan peralatan mandi..

PERALATAN mandi????? Ini lagi musykil..Sebab ORANG SEBELAH nie sangat takot air dan mandi pon hurmmmm..tak payahlah haku citer kat sinie..nak tahu pm yer..HOHOOHO

ORANG SEBELAH pon bergegas ke bilik air dan mandi....haku dengan IELA semakin konpius...ehhh..nak ke maner ORANG SEBELAH malam-malam nie? Selepas mandi celup-celup, ORANG SEBELAH pon masuk ke dalam bilik dan sebok memilih baju untuk dipakai ke kelas..

Dengan TETIBA..haku dan iela mendengar ledakan ketawa maha kuat..YERRRRRRRRRRR...kami tahu..ORANG SEBELAH dh mengingau terok di petang hari..siap mandi pelbagai...Masalahnya kawan ORANG SEBELAH lagi lah JAHAT..dibiarkan kawan dier MANDI..HAHHAHA..siyes tak boleh blah

Tuelah ORANG SEBELAH ..Orang kata, jangan tidor lepas AsAR..Nanti giler..ko almost Giler lah tue..

siyes..macam haku nak tempeleng je muker haku maser nie

Dapatkah anda Spot "ORANG SEBELAH" di dalam kedua-dua gambar
hohohoho



Tuesday, November 23, 2010

TAPIR Meningkatkan STAMINA di Sekolah Menengah DaruL EhSAn

Subjek Bahasa Melayu memang bukan subjek feveret haku, sebabnya susah dan berbelit-belit. Tetapi selamatlah cikgu Bahasa Melayu kami so called Puan Raabah seorang cikgu yg happy go lucky.


Orangnya medium height (pendek - pendek macam Solihah), bercermin mata dan senantiasa mengenakan lipstick berwarna MERAH SAGA. glamer uols. Cikgu nie nak kata garang, tak jugak tapi kengkadang memang garang. Pada pelajar pompuan, cubitan di perot adalah balasan kalau tak siapkan kerja rumah. Yang lelaki...denda nya lebih crucial. CUBITAN MAUT RAABAH akan hinggap di dada dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. nak ko main-main ? tercabut kang.

So setiap hari cikgu akan berbuih mulot menyuruh menyiapkan karangan yang super melambak-lambak dan MEMBINA AYAT.

sorry..gambar di ambil dari handphone
nie bukan nak belajar nie..lebih kepada posing


Sessi membina ayat merupakan kelas yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar 5 Sains 1. Ini kerana kami sangat kreatif membina ayat. Korang tak caya ? Sila baca ayat-ayat di bawah (Puan Rabaah akan bacakan pada kami setiap hari)

nielah gang-gang bahasa melayu yang memeningkan cikgu haku
dari kiri : Halim + Mahadi + Khairil + Fakaruzi
MENINGKATKAN
Fakaruzi (ntah mana perginya budak nie) : "TAPIR itu berlari-lari di tepi pantai untuk meningkatkan staminanya."

APAKAH? Kenapa TAPIR yang kena tingkatkan stamina ? bukannya KAU?

SELAK
"Abang, janganlah SELAK kain saya" kata isteri kepada suaminya

Apsal LUCAH sangat ayat ko nie..aduuuyyy


MENURUN
Mahadi (aka boyfwen ku) : " Bomoh itu MENURUN hingga termuntah DARAH" ok ayat dh cam semenggah sikit. sambung .. " hingga terkeluar NASI dan IKAN GORENG"..

terok sangat ke bomoh tu menurun ? smpai nak keluar nasi dan ikan goreng pelbagai..dah tahu nak mengubatkan orang..clearkan lah perot..

WAHANA bererti penyambungan
Mahadi (bf haku lg) : "WAH!! ANA sedang menaiki motor"..

Bolehlah plak ko pecahkan jadi dua ayat..Kemusykilannya, kenapa ANA menaiki motor ? rempit?

OK..Ader lagi satu sessi sastera - di mana kami sekelas dikehendaki membaca buku TERUNG PIPIT. Ini bukan nama sayur ataupun burung. Ini nama orang yang sangat terror di purba kala. Terung Pipit ini perempuan.

Tak silap haku lah, Terung Pipitnie super duper jahat. So soklan cepu cemas pon bermula .

Puan Raabah : "Kelas, macam maner kita nak bunuh Terung Pipit ?".

Maka, satu kelas pon berdiri menjawab soklan yang dilontarkan..Disebabkan memang semua tak membaca naskhah Terung Pipit nie, maka pelbagai jawapan pon terhambur keluar.

Ada yang kata cucuk di perotnya, cucuk di telapak kakinya guna buluh runcing (korang hingat ini citer P. Ramlee, nak bunuh Jensen King) dan tumbuk di mukanya

Puan Raabah pon berkata " Salah...Terung Pipit tidak boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Apalagas manusia..Baik, HALIM, apa jawapan kamu pulak ? "

Halim nie kecik dan pendek-pendek jer orangnya. ALIM ulamak dan Pengerusi Persatuan Pelajar ISlam di Sekolah Menengah Darul Ehsan. Kalau pertandingan mengaji dan menghafal al-Quran, memang muka dia lah. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya juga sentiasa berbau SYURGA (wahh..apahal gua nak up lu plak)

So, Halim pon bangunlah dengan sopan santun dan lemah gemalainya, sambil mata yang berkelip-kelip (nox, ko hingat cikgu nak bagi belas ihsan ker? pfftsss). Halim pon bersuara

"MENENDANG kemaluannya cikgu "

hah!!! wtf!! ape ke hey nak sepak kemaluan Terung Pipit plak?
Kau biar lah rasional dan bermaruah skit jawabnya..
Jawapan ko serius cm hampeh dan tak bertamadun sebabnya

1) tak kan lah buku sukatan pelajaran dekat sekolah nak cerita pasal tendang kemaluan musuh...
2) kan cikgu dh ckp, tak boleh bunuh sewenang-wenangnya. ko tak dengar ke haper?
3) haku cam tak sangka, Pengerusi Persatuan Pelajar Islam boleh berfikir sedemikian rupa..ko lagi RARE dari haku
4) apsal dekat situ yang kau target ? kalau betollah ader lelaki yang sepak kemaluan pompuan, siyes DAYUS

pftssss..Akhirnya..sebab terlalu kreatif imiginasinya, satu sekolah tak dapat A1 nor A2 untuk subjek bahasa Melayu. tuelah..memain lagi.....

Monday, November 22, 2010

Sequel from "SERAI Membangangkan DiriKu" - Ke"RARE"an KU Part 2

Mahadi dan kengkawan baik aku, selalu cakap aku UNIK dan pernah di'adopt' oleh ALIEN giler (ini specifically from Mahadi), sebabnya haku acapkali membuat perkara-perkara bodoh. TAK SENGAJA lah.


Contohnya gunting KAIN batik mak (yang dia pakai) maser dia tidor + goreng anak kucing (YE..saya goreng anak kucing dalam kuali panas...tinggal tak da minyak jer lagi) + potong bulu mata Nadia ngan Azhar..rasanya orang tak pernah cantas bulu mata..trim kening ade lah+ tersilap masuk kereta + tergolek dekat tangga utama fakulti..maser nie haku baru mendaftar kat UTM Skudai sambil menggayakan baju kurung dan heels..siyes..TANGGA tue yang bodoh...
Ader lagi satu nostalgia bersama mak...

Sekali dalam sebulan, kami akan sama-sama bershopping membeli barang keperluan rumah. Tempat kejadian selalu berkisar di Giant Batu Caves atau NSK Selayang atau MYDIN Selayang Mall (Selayang maju ok..dh ader KFC plak sekarang..saya bangga)...Dulu jerlah kami bershopping bersama-sama. Sekarang, mak pergilah sendiri dengan abah dan mak long. Sebabnya, kalau ikot mak cik-mak cik bershopping ader lah membawak 3 ke 4 jam..Becak ketiak..

So, kami pon memilih roti, air kencing manis aka COKE + Pepsi, garam, kunyit dan bla..bla..bla..Haku setia menjadi pembantu mak...Nadia membawa troli sambil posing2 ayu mengorat BANGLA di kaunter (ketiak busuk jugak ko suker)..Abah dengan ayien bergembira mencampakkan barang-barang ke dalam troli..

Tetiba suara mak memecah kesunyian "DIRA gi amik fries..esok kiter goreng maser sarapan"
Aku pon terus ke frozen section...macam-macam jenama ader..SUNNY lah..RAMLY lah...Ayamas lah..tp sebagai anak mak yang dah mengenalinya lama, aku memilih fries yang paling murah...mak kata, makan mahal-mahal pon, jadi TAIK jugak..pftsss..cheapo lah mak



Selepas memilih fries yang sesuai, haku bergegas mendapatkan mereka. Tanpa berfikir panjang, abah terus membayar barangan terbabit lalu pulang ke rumah...

Sesampai di rumah, kami sebok meng"UNLOADING" barang. Tetiber muker mak berkerut seribu menambahkan lagi kerut di wajah nya..

MAK : "Lonnggggggggg..apa yang ko amik nie longgggggggg..kan mak suruh amik fries..KENAPA yang ko amik UBI KAYU"

aku cuak dan cemas..ehh..bukan fries ke tue....bentuk dan warnanya sama

MAK : " Nie UBI KAYU long.........ko tak boleh beza ker kentang dengan UBI KAYU"

NADIA : "aduiiiiiiii ko nie long....UBI KENTANG TAK KENAL.." ..ewah2 kau...bukan main jadi fire stone...


tak ke sama bentuk dan warnya ??


Moral Of The Story : Sila Baca Label...Yang Maner UBI KENTANG, yang maner UBI KAYU..pftsss..mengAIBkan sungguh...

SERAI Membangangkan DiRiKU

Kejadian ini berlaku 16 tahun yang lalu. Aku dan Nadia membantu emak di dapur, untuk menyiapkan makanan tengah hari. Ini dah menjadi lumrah dan kemestian pada setiap hujung minggu. Ini kes PAKSA RELA. Kalau tak tolong, maka TIDAK dibenarkan makan.

Pada satu AHAD yang 'messy' dan panas, mak bercadang untuk memasak AYAM MASAK MERAH (ker gulai?? pftss tak hingat). Mak menyuruh haku dan Nadia memotong bawang, petik cili padi, masak nasi dan segala macam mak nenek.

Setelah semuanya siap, bahan-bahan tadi dihumbankan ke dalam kuali. Sedang mak sebok memasak, mak pon berkata

MAK : " Yong, gi amik SERAI "..aiseh, cam mane pulak rupa SERAI nie.

AKU : " Kat maner SERAI mak? "

MAK : " Kat tepi jalan. AMik 2 - 3 batang yer. Pakai pisau "

Aku pon terus menuju ke destinasi tanpa banyak soal. Sesampai di tempat kejadian, YEY!!! haku melihat banyak SERAI. Selamat gua jack!!!

Dengan hati yang berbunga, haku pon mencantas serumpun SERAI lalu menyerahkan kepada mak dengan 'STYLE'nya.

Tiba-tiba, mak berkerut seribu..Aiseh..In malapetaka nie

" Lonnnnnnnnngggggggggggg. Apa yang ko amik nie ?!!!" jeritnya hampa "Ini daun SERAI. SERAInya maner?  Orang masak pakai batangnya..DAUN nya nak buat aper? Bagi kambing mkn?"

AKU : (dalam hati : LAh td kata SERAI, haku tebas ler SERAI")

MAK : " Ko cantas daun, batangnya maner? Apa yang ko (kau) sengal sangat nie long? Tuelah, orang suruh belajar masak, ko TAK NAK...Tengok per dh jadi...SERAI pon tak kenal.(mak main kasar nampak)

Aku hanya terkulat-kulat memegang daun serai...
Moral of the story : Pastikan anda mendengar arahan dengan betol. Dan pada yang memBeri arahan, sila berI arahan dengan betol.

Ini yang orang guna untuk masak


yang ini hanya layak untuk kambing dan spesis-spesis yang sewaktu dengannya


Selamat malam.

Friday, November 19, 2010

Dr. does not stand for D.O.C.T.O.R !!!

This tale begins with a SIMULATION CLASS around June or July 2005. The lecturer was Dr. AB and he was pretty religious. Female students were not allowed to wear JEANS + PANTS and so forth which similar to boy's attire. So there would no further objection among the fellow students as lecturer determine their grade and destiny..hurm

For this one girl so called "Not To Be Named", wearing a hijab was not a big deal. She would try very hard to look proper and sweet.

Most of the classes were conducted during night time and for "Not To Be Named", this was another obstacle. Why must Night ? Night only for OWL and FOX..not human..please

"Not To Be Named" did not pay full attention and she gain nothing for the whole month. She kept dreaming and web browsing...

Finally, TEST was just around the corner. There would NO tranquility to "Not To Be Named". She studied hard, sleep hard. played hard and eat truck load...None SIMULATION in her tiny head.

I can tell...this SIMULATION must be darn hard...I can feel behalf of "Not To Be Named".

The disaster day came, she answered steadily and TIBAI macholy. I really adore this girl. Sweats were streaming down her HIJAB and who would care more. Thats were tough questions. No one smiling...

After 3 hours ( I guess so), the test end. "Not To Be Named" was in euphoria that no words can buy. She was having the most serenity pace in her life..HOHOOHOH.



2 or 3 weeks passed and the result shall reveal momentarily. Dr AB came into the lab cheerfully and started his speech " I know this paper was extremly hard for you...I can tell"

"Not To Be Named" : U shuld know..daaaaa

Dr AB : There was one among all of you...wrote my name as D.O.K.T.O.R  AB. My dear students, my DR does not stand for D.O.C.T.O.R. I'm not related to any human or animal. I am doctorate in IT, Simulation and bla..bla..bla

"Not To Be Named" numb and became ice cold..it was not happening. "Not To Be Named" laughed silently that no one could trace ONLY Desk shaking tremendously. Her best friend "ELEANOUR" felt the vibrant and asked "Not To Be Named" : " DON'T TELL ME IT WAS U"..couldn't say more, they laughed together. The news spread to their another best friend "WANIE" and "SHA"...They laughed happily together...thats whats friend for..thanks guys


I believe, "Not To Be Named" willl never ever forget this lesson learnt that DR does not entitle for DO.C.T.O.R

geng2 doktor
hahahahaha

but where "Not To Be Named"

Can u spot her in the above picture?




Monday, November 15, 2010

Coconut makes me SHORTER

Coconut is a staple ingredient in Malaysian foods, from curry, rendang, kuih and so forth. 


Mine, COCONUT brings different mode and memory which I will NOT FORGET until now. It was back in 1994 when I was in Standard 5, 11 years young. I was a fragile, petite and sweet little girl.

One morning, I had breakfast all alone by myself.
There was NO ONE around. WOW!!! this was unusual but I was totally FREE.

My mom was darn fierce even ADOLF HITLER can't compare to her. She was THE LADY of the LAST words. So everything during my toddler moment, will be in proper manner. don't play2 hah....

Back to my coconut story, in front of my kitchen, there was a PETITE coconut tree (just like me) with a few coconut up there...As I enjoyed my nasi goreng, me heard a cried from the coconut tree.



Aisehh..It can't be ghost during this day light. It kept crying till I knew IT was a KITTEN...an orange and white cute kitten. The KITTEN stucked in the middle of the trunks.

As I was exquisite scared of my mom, I just stared and hoped THE kitten will able to overcome the obstacle. Lets give this kitty 3 chances..more to 3 meeeeeeeowwwwww..

1st cry, still stuck..(damn)
2nd cry, almost tremble on the ground with nail still stucked in the trunks (must be painful)....
3rd cry...ok2 i will help u


can u resist this look ????...u r mean creature...
taking an advantage on a weak person

monitoring surrounding, hoping mom was not around....
tapping slowly, I managed to go out from the kitchen..yippie...I was the savier of the day

So, I pull the kitty out from the trunks....but it stucked...
2nd time stucked again (why lah kuku panjang, thats why u stuck up there)
3rd time ..............DOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMM

felt extremely paint on my head...dizzy....my view blank..

must be my mom....

she must mad to death...looking the left foods on the dinning table...

no words pop out....the best thing, just asked an apology

as I looked around..there was NO ONE...uikssssssssssssss

was my mom running away?

she not that coward...then what was that?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

this was the PREDATOR which hit my tiny HEAD
damn u COCONUT
.
.
.
.
.
.
.


end up as a tiny and small girl





Sunday, November 7, 2010

Toddler

During our toddler moment, we were damn cute + bubbly and annoying...hohohoho

specially dedicated to my beloved adik

nadia..hahahha,,,cuymel lah ngko

otai selayang