Ad

Thursday, April 14, 2011

CoLourFuL Day


Benda yang aku paling suka setiap kali ada event, function, kenduri atau majlis kahwin ialah SHOPPING. It is in the blood. Asal dapat shopping jer, aku dah sangat gembira. Semasa kunjungan aku ke Penang, aku sempat merembat beberapa buah bakul hantaran berwarna putih di WS.Terima kasih kepada Peanut di atas perkongsian sebuah lagi tempat mencari barang-barang kahwin. Nama kedai tue A tu Z. WEbsite kedai ni : http://www.atuz.com.my/ .



Aku adik-beradik memang suka menyediakan peranggu meja + decorate rumah dan sebagainya. Tapi Nadia jebon lagi creative daripada aku. Nadia cool jer orangnya dan tak cakap besar. Dia leka setting barang-barang hantaran aku, alih-alih terhampar atas permaidani. Aku suka. SIMPLE is MORE dan aku sangat jatuh hati pada benda yang berwarna-warni. *Sungguh aku sayang dia*-bait-bait ayat dalam filem  _ _ _ DALAM BOTOL.




Saya suka barang-barang berwarna PUTIH


Aku semakin konpius.
Apa warna tema pertunangan aku?
Warna-warni bendera Pakistan ker?









Maybe aku nak sumbat cupcakes



Ni pulak bakul Al-Furqan ataupun Buah



Ni bekas letak tepak sirih


Bakul baju nikah dan songket


Casing cake

With the right light, they become vibrant and alive


Thanks adik








Instead of letak atas dulang, kami memilih untuk letas atas bantal















 Mula-mula aku bercadang untuk menggunakan warna putih dan blue tafetta sebagai tema. Tapi dah sebab hantaran berwarna-warni, aku pon konpius. Hahahha. Untuk meja makan, aku cuba untuk set macam MArtha STewart. Sukalah saya!. Tapi tak tahu aku mampu buat ke tak. Aku harap NAdia akan jadi tulang belakang aku pada hari ni. *Jangan nak override orang bertunang plak. Karang, nadia pulak macam diva..Cisss


 Door gift

 Meja makan impian ku=)


Semoga segalanya berjalan lancar.
Cerita di atas bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi
sebahagian dari hidupku.

Sandwiches with fuLL of ♥


Entry kali ini akan memperbincangkan kehebatan Mahadi menyediakan sandwich sardin. Mestilah dia bangga sebab aku masak pon tak reti. Pernah lah one time aku buatkan dia maggi goreng, tapi tak sedap sebab gaulan antara rempah dengan mee tak sebati. Pfftss. Memilih.

Tapi aku bersyukur kerana dikurniakan mak + abah + adik dan mak cik2 yang pandai memasak. Dulu masa zaman belajar di UTM KL dan Skudai, mak selalu bekalkan sambal ikan bilis goreng. Ini merupakan killer dish mak. Sampai sekarang Dila dan Eleanour selalu terliur nak makan sambal ikan bilis mak. Begitu jugak dengan Mahadi. Setiap kali balik KL, mak selalu tapaukan sambal ikan bilis sebagai bekalan seminggu di Penang.

Abah memang terrorist buat rendang pucuk paku. Nadia pulak memang pakar masak sambal ikan bilis (anak mak kan) + ikan kembung cili padi dan pasta. Mak cik2 aku pandai masak asam pedas + laksa + sardin dan bermacam-macam lagi. ATok pon terror masak mee bandung. Maka aku seorang sahaja yang buta memasak. *Aku ni anak angkat kot

Mahadi kata resepi ini telah diadaptasi daripada Vaneeda Imran dan Puan Aisah, ibu Mahadi. Sebelum masak, kami telah singgah di sebuah car wash. AUTOMATIC lagi! WOW! Aku selalu tengok dalam movie omputih, sekarang aku berpeluang merasakan suasana :"dicuci" di dalam kereta. Cool habis. Seingat aku ada satu car wash macam ni dekat Esso ML4 Jalan Ampang tapi dah tak beroperasi. Car wash ni sangat lah murah RM3 jer. Dekat KL tak dapat macam ni


Murah!


AUTO CAR WASH





Aku sangat TERUJA




Camwhoring aktiviti harus



Censored



Kami meneruskan perjalanan ke AEON Jusco (jangan tanya dekat mana) untuk membeli roti GArdenia, sardin setin, cili padi, bawang merah, butter dan CHEESE. Yummy!


Kadang-kadang aku rasa, dunia sekarang dah terbalik.
Aku pon tak pernah shopping macam ni.
Selalunya mak + abah +nadia jer yang buat. (+_+)


Aku yang malu


Mahadi tanya "Apa beza bawang merah yang kecik tue dengan
 bawang merah yang besar nie?"
Aku " ehhhhh jom carik cheese" - pfftss...Manalah nak tahu apa bezanya.




Preparation


Mahadi mengomel "Mula-mula kita potong bawang yer"
Apa-apalah, asal siap cepat. Nad dah lapar


Potong bawang.
Sikit pon MAhadi tak nangis. Semakin malu aku!





Sila kacau-kacau kan sardin hingga hancur.





Bak kata Vaneeda "Nak sedap, sila tambahkan CHEESE"


Walah weh, dahlah sedap, kemas pulak tu!


Mahadi setting untuk breakfast.
Aku setuju untuk keluar mencari rezeki, biar Mahadi jadi housewife.teeheee


Muka bangga, aku malu!
Pada Mahadi "Terima kasih for your great hospitality dan scrumptious sandwich"

Wednesday, April 13, 2011

Tying The KnoT


Disebabkan peningkatan usia dan rasa kasih yang teramat sangat, aku dan Mahadi telah bersetuju untuk mengikat perhubungan kami dengan satu ikatan yang dipanggil TUNANG. WAHHHHHHHHHHH!!! Btw, apsal ayat aku jiwang sejak dua menjak nie.

Jangan terperanjat, belum lagi yer. Tarikh akan ditentukan di kemudian hari plus ini hanya majlis kecil-kecilan.

Aku selalu dengar Mahadi + Ahmad Tongkeng + Azi Chilot claimed aku rare. Mula-mula aku tak perasan sehingga lah dorang mengutarakan pendapat masing-masing yang aku ni berbeza daripada pompuan biasa.

  1. Aku tak suka kahwin besar-besaran.hohohooh. Kalau boleh, aku nak kahwin dekat masjid dan buat kenduri doa selamat. Habis cerita. Duit berlebihan boleh sumbat rumah dengan TV + refrigerator + sofa + bedset dan macam-macam lagi. TAPI pastilah idea bernas aku nie mendapat tentangan daripada keluarga. Mak aku cakap "Ko nak suruh orang kampung ingat kau dua ekor kena tangkap basah!". Mak tak cool. Boringgggggggg.
  2. Aku tak suka jewellery. Ini cerita benar, bukan dusta. Leceh lah nak jaga. Kalau boleh, masa tunang atau kahwin, aku nak dinar emas. Mestilah mendapat tentangan keluarga. Mak suruh beli emas kuning. Cheh, tak maju betol lah.
  3. Kebanyakkan perempuan akan menjadi sangat particular semasa memilih barang dan ini tidak diapply pada aku. Tengok +suka + Rembat. Aku tak suka nak membelek-belek sampai setengah jam. Otak letih, badan pon penat. Maka semasa aktiviti membeli barang-barang hantaran, Mahadi yang akan menjalankan proses QA.
  4. Kebanyakkan kawan-kawan baik aku adalah lelaki sebabnya perempuan nie sangat lembut hatinya dan aku maha kasar=p TAPI yang pasti aku tak akan berasa rendah diri apabila orang-orang sekeliling membandingkan aku dengan kawan-kawan lelaki. Tak kan lah dorang cantik pulak. Kalau di kalangan kawan-kawan perempuan, aku lah super comot-momot.
  5. Aku baca DRagon BAll + SLamDuNk + JUara Bola Keranjang + GTO dan etc..hohohhoo...style. Tidak ketinggalan Doraemon + Conan + Pedang Sitiawan.
  6. Otak aku pon agak biru-biru dan kuning sikit. YEr, saya SALAH. Mungkin nie semua terjadi disebabkan kaya dengan sepupu lelaki, pak-cik2 dan mak-cik2 yang giler. LOVE u guys.
  7. Bila berenang, aku mampu buat somersault ke depan dan ke belakang even tough aku semakin tua. Style kan?
  8. Aku tak nak tunang tapi telah dipaksa RELA. AKu nak terus kahwin, loncat-loncat atas katil. HOHOOH.
Cincin TUNANG yang aku rembat kurang dari 15minit. HHAHAHA.
Aku style

diamond captures light

Kami beli cincin di Penang.
Tak kisah lah KEdai emas Wah CHan ker, Kedai emas SAMy ker...
Sebabnya, aku tak berapa gemar jewellery

Muka puas
***Dapat jugak aku run from the hook


Inilah aktiviti indah
Mengisi perut dengan banana cake di Secret Recipe
Kami lebih suka MAKAN
chom chom chom

Seboklah yang belakang tu



Aku amik gambar nie sebab aku suka perkataan "luscious"


Apply member card dekat WS Shop

Malam pulak, kami makan Mee Udang dekat SUngai DUa.
Ok lah rasanya.

Wahhhhhhhh
Even tough belum tunang, aku dah pakai dulu
Ada aku kisah?





Masih lagi memaparkan harimau NANGIS


terbaekkkkkkkkkk

Nie SABRE kot


my engagement plan
tolong hire wedding planner untuk aku?


Tapi aku suker sebab hubungan aku dengan MAhadi maju setapak lagi
hip hip horayyyyyyyy. Sila ulang 2 kali