2013 merupakan tahun pertama haku beraya sebagai ISTERI ^_^ Ohh la la la. Sedih? Tak sedih sangat sebab haku suka adventure. Beraya di kampung di tengah-tengah halaman nan hijau, burung-burung berkicauan, fajar menyinsing di ufuk Timur dan bau buah-buahan segar dari ladang amat mendamaikan jiwa. Pftsss -__-" Pembohong punya budak!
Pada tahun ini, haku dan Sang Suami beraya di Mersing! Kenapa Mersing? Bapak mertua teman masuk hospital akibat jangkitan paru-paru berulat. Isk isk isk. Sian kome uncle Sunny Side Up!
Perjalanan dari Selayang ke Mersing pada malam raya sangat mencabar! Uncle Sunny Side Up telah dimasukkan ke Hospital Mersing. Maka berlarilah haku, Sang Suami dan Chopi menaiki susuki taylor swift dengan bergayanya. Berbuka posa di McDonald merupakan pengalaman RARE dan agak sedih. Mesti masa ni, family haku tengah berkumpul ramai-ramai di meja makan melahap ketupat, rendang daging, kari ayam dan lemang!
Rupa-rupanya ramai Melayu berbuka puasa dan beraya di McD weyyyhhh. Tak adalah pelik bin ajaib! Makan burger dan sekrim cornetto di malam raya memang besh. sob sob sob sretttt hingus hijau. Ehhh ^_- Tapi siyes, haku memang suka benda-benda baru plus beraya bersama suami adalah satu anugerah Allah. HOHOOHO. Siap ko malam karang!
Pada yang tak pernah pergi Mersing, haku nasihatkan agar korang bertolak di siang hari, well prep dan guna WAZE! Mersing tak ada highway baq hang -___-" Jauh dan maha gelap. Sesat masuk ke kilang kelapa sawit, merentas jalan merah dan rumah kosong di malam raya selepas setan terlepas memang mencabar minda :(
Jalan baru atau yang tidak didaftarkan tidak akan muncul di WAZE. Maka instead of belok kanan, WAZE akan tunjuk jalan terus sebab JALAN TERUS tak didaftarkan -___-"
Dalam pikiran haku dah muncul macam-macam entiti seram. Haku terbayang sekor pontianak bertenggek di pokok kelapa sambil menghisap candu ataupun hantu tetek melintas sambil menggayakan 2 piece swimming suit berwarna PINK -__-" Kau memainkan, sekarang bolehlah kau berlagak! Pftsss.
Mulut haku dan Sang Suami tak putus-putus membaca 3 kul dan ayat kursi. Akhirnya kami memilih untuk mengikut signboard Felda Nitar instead of WAZE.
Kerana Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah telah membimbing kami ke Hospital Mersing dengan selamatnya. Safe and sound. Melihat Uncle Sunny Side Up terlantar di atas katil sangat menghibakan hati. Kami berdoa agar Uncle Sunny cepat-cepat sembuh dapat pulang beraya.
Satu perasaan sebak, gembira dan bersyukur tatkala mencium tangan suami di pagi raya. Haku berjanji untuk menjadi seorang isteri yang baik dan mengikut perintah Allah. AMinnnn...
Dalam pada gembira mencium tangan suami, muka dan ehem ehem, haku teringat-ingat bandar halaman. Apa lah korang tengah buat kan? Tengah ramai-ramai pergi semayang raya ke? Tengah bekpes ke? Banyak ke duit raya kome dapat? Hingat tak haku kat sini? sretttttttttttttttttttttt hingus terselet masuk mulot
Muahahahha haku dikhabarkan deme takde gambar raya beramai-ramai akibat tetamu berkunjung tidak putus-putus dari pagi hingga ke malam. YESSSSSSSSSSSSSSS!!! HOHOHOOHO!
PFTsss glamer je lebih :p
Dan di bawah merupakan bingkisan-bingkisan raya dari pecelele untuk santapan mata ^_^ Selamat Hari Raya korang dan semoga Raya pada tahun ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan.
Rudy dan isteri Rudy
Ayu dan suami Ayu dan anak Ayu
Rusy dan isteri Rusy dan anak Rusy
Nizar dan isteri Nizar dan anak Nizar
Hans dan Suami Hans dan anak Hans
Jawa dan isteri Jawa
Adele dan suami Adele dan anak Adele dan anak Adele -__-"
Anis dan suami Anis dan Anak ANis
Izwani
Dan last but not least
Pariz, isteri Pariz, anak Pariz dan anak Pariz lagi ^_^
O_O"
ReplyDelete