Ad

Sunday, August 28, 2011

Orang Melayu Beraya Sakan - Aidil Fitri 2011

Melayu kalau raya, memang tak hingat dunia. Semua benda nak dibelinya. Nak beli baju melayu lah, songket lah, kuih-muih lah, langsir lah, perempuan lah (eh silap pulak:p), capal lah dan segala macam mak nenek. Pendek kata, selagi ada duit dalam kocek, segala barang nak beli. Tambahan lagi, kaki tangan kerajaan telah diberikan bonus setengah bulan. Ini lah masanya nak beli gelang barang 7, 8 urat, rantai berutas2. Barulah raya glamer lagi bergaya -___-

Last week, aku, nadia dan siti dojet telah menemankan emak untuk bershoppping langsir di jalan TAR -___- (cakap orang, mak sendiri pon sama). Kami bertolak lebih kurang jam 2 petang dan telah dihantar oleh abah dan ayien. Abah dan Ayien tak nak follow sebab tak suka nak berlaga-laga punggung sambil bergelumang dengan peluhan ketiak yang masam -__-


Inilah bukti nyata bahawa ramainya umat manusia yang nak menyambut AidilFitri. Kejadian berlaku di SOGO. Nak naik escalator pon kena beratur serta dikawal ketat oleh security guard. Haku sangat impress.


Ini pemandangan di ground floor where having super mark down sale. Biler diteliti balik, tak ada lah murah pon barang-barangmya. Sama jer macam hari biasa -___- And kalau murah pon, design macam pheh! Sanggup ker kita nak berasak beramai-ramai membeli baju dan seluar? Nak mencuba, memang TIDAKLAH kan. Tetiba aku terdengar mak bercakap "JOM KITA G BAWAH, NAK BELI BAJU AYIEN"..Wehhhhh ramai orang lah -___-


Each and every floor sangat ramai.


Potongan harga yang menjangkau 80%. Manalah orang tak berebut2 nak shopping -___-


Sessi pemilihan langsir. Harga langsir dekat SOGO, basically sama jer dengan tempat-tempat lain seperti Parkson, Isetan dan ader satu kedai warna oren dekat tepi ikea (tepi PADINI). Aku tahu sebab lepas jer haku bekerja, aku yang rajin membeli langsir. Tahun nie mak pulak take over...Yahooo. Selamat pulus gua ^_^



Nadia with her new haircut.


Aku yang dah penat menunggu mak memilih langsir, lebih kurang 2 jam. APAKAH?


Sessi perdebatan bermula. Langsir jer lah, apa yang nak dianalisa pelbagai? Percanggahan warna dan material. Lain orang, lain minatnya. Haku minat purple, mak minat warna cemeduk macam kelabu, gold...Aduyyyy lah


Sales person yang sangat helpful. Kami suka. Ade satu ahso nie, bila tanya, muka ketat. Nak marah jer. Hello, ko pulak ker yang posa? Damnit.



Setelah 2 jam menganalisa langsir, akhirnya, mereka berjaya membuat pilihan separa setuju -___-



Aku memang tertaik dengan warna purple.
Eh apa tertaik pulak? Tertarik lah -__-



Next journey, kami bergerak ke Wisma Yakin untuk memilih baju melayu abah dan ayien.


Range harga di sini ialah around RM99 hingga beratus2 lah kan. Kalah ISetan KLCC. Mahal gilerlah.



Selepas membuat pilihan, kami bergerak pulak ke Jalan TAR. Nadia sebok membeli shawl. Aku sangat suka LEGO di atas sebabnya, LEGO nie boleh bergerak2. Style. Nak beli, takot mak marah.


Sedang bershopping2, tetiba haku terasa, macam ada benda tertinggal dibelakang. Wah mana perginya VINcci sandal haku -____- Tercabut sudah. Aduyyyy. Masuk nie dah 2 Vincci sandal haku tercabut. Sekali masa mkn dekat Yuen steamboat dekat Sunway. Nasib baik ada Fadzli bagi pinjam selipar ala2 Ronald Mcdonald. Maha besar lah weh. Per lah selipar vincci nie. Mahal jer lebih.



Akhirnya, aku telah merembat sepasang selipar yang comel macam aku yang berharga hanya RM10. Anger bird. Suka2 ^_^


Akhirnya, kami pulang around 6++pm dan berlari balik ke Selayang. Untuk mengelakkan jam, kami berbuka di Selayang di kedai Uncle Tom. 













Lawa tak haku? Lawa kan? Macam orang gila sepere -___-

Maka dapat disimpulkan di sini, sila bershopping awal2 untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas sama ada orang mahupun kereta. Harga tak semurah mana pon dan yang penting kita mempunyai banyak masa untuk memilih dan membeli. Shopping sebelum raya pon, tak adalah lapar dan dahaga. Siap boleh chill2 lagi lepas shopping. 



No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT