Hello semua. Kali nie aku nak berkongsi pendapat pasal bulan puasa. Kita sering diuar-uarkan bahawa bulan puasa merupakan bulan untuk menahan nafsu, lapar dan dahaga. Betul ker -___-.
Sejak berpuasa, weekend @ weekday aku penuh dengan aktiviti-aktiviti Iftar:
- Iftar bersama keluarga dan sanak sedara yang RIUH
- Iftar bersama kawan-kawan sekolah menengah Darul Ehsan dan Teknik Leboh Cator yang sporting
- Iftar bersama clan2 di Telaga Minyak Jaafar di Yuen Steamboat, Subang. Korang super kuat MAKAN!
- Iftar bersama boss di Telaga Minyak Jaafar di Royale Chulan. Presentation MEGAH tapi makanan...cm pehhh!!!
- Iftar bersama bersama gang-gang UTM Skudai yang sangat MENGUJAKAN (siyes ko membuat semua orang tgok bola TERUJA AFFA)
- Iftar bersama member-member UTM KL (serius Linda+Wanie+Aja+Qimie+ANdaq+Adhwa : korang memang superb GILER..hahaha)
- Last but not least, Iftar bersama-sama gang-gang Fuels Marketing. Ini memang muka2 yang selalu temankan aku bukak posa. ANtaranya ialah Ando. Mekasih yer=) Owh Iftar yang agak happening di Rusz Aladdin, kedai nasik beriayani ex colleague di Telaga Minyak Jaafar. Chomp chomp chomp. Sedap weh.
Affa merupakan dalang berbuka puasa kali nie. Dipikir-pikirkan balik, asek aku+Wanie+Affa jer yang jadi organizer. Yang lain nie maner -__-
Kami mejamu selera di Benjiana Steakhouse di Setiawangsa berhampiran dengan pasaraya GIANT. Hanya RM28 sahaja dikenakan setiap sorang. Affa masih lagi mengekalkan sifat TAIK HIDUNG masinnya -__-. Dibawah merupakan alamat Benjiana Steak House:
Affa was the organizer of the day.
Thanks Affa.
Serius, dah lama gila haku tak jumpa Wanie.
Finally, dapat gak melepaskan rindu dendam di kalbu.
Mengalahkan YB lah kau Wanie.
Dapat juga kitorang berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa bagi thn 2011.
Walaupun tak ramai, tp best=)
Wanie pulak tak minat bola. Wanie lebih suka duduk depan PC main SIM atau baca buku sambil ikat kepala dengan "Morning" towel. Pfftsss -___-
So lepas kitorang bukak posa dekat Benjiana, kitorang sambung tgok bola dekat kedai mamak berhadapan BENJIANA. Dalam team nie, aku + SYihan + Iejan minat ARSENAL. Nik minat MU. Affa minat LIVERPOOL. Wanie merupakan peminat cempaka FC -__-.
Aku suruh Wanie pilih satu EPL team, maka bila lepak tengok bola reramai, tahu lah nak sokong apa. Berdasarkan pemerhatian haku, Wanie lebih cenderung kepada player yang hensem, jambu dan jambu seperti fabregas, bendtner, nasri, walcot, Suarez. Damn you Wanie. Pada mulanya, Wanie cenderung untuk memilih Arsenal sebagai pasukan idamannya. TAPI
Setelah ntah ke saper jebon yang menyumbat gol ke gawang Arsenal (Suarez kot), Wanie terus berpaling tadah daripada Arsenal dan terus menyokong LIVERFOOL. Murtad nya member. HATE U.
Percaturan sengit.
Arsenal vs LiverFOOL
Budak nie betol2 bermasalah.
Suara dia sorang jer yang menggamatkan kedai.
Turut Disambut megah dengan Wanie yang telah murtad dari Arsenal.
Masa budak berdua nie menjerit, mamak pon geleng kepala.
Kuat weh sorang deme.
Plus dengan riak muka super xkeh blah...
Aku memang ader JINX lah.
Sebarang team yang aku support, KONPEM KALAH
No comments:
Post a Comment
chanT-chanT from The HearT