Ad

Wednesday, August 3, 2011

H.A.R.I.M.A.U Malaya


Hello peeps. First of all, Selamat Menyambut Ramadhan dan semoga kita memperolehi segala keberkatannya. Madah berhelah aku kali ini mengenai perlawanan bola sepak yang telah diadakan pada 28 Julai 2011, Khamis di Stadium National Bukit Jalil di antara Harimau Malaya dan Singapura. Ye ye ye. Aku tahu. Topik ini agak basi tapi ada aku kisah ker? 2 minggu lepas merupakan hari-hari yang sangat sebok dan busy (kan sama maksudnya!) maka aku tidak mempunyai kesempatan untuk mengemaskini belog ala kanak-kanak ni.


Kali nie aku bukan nak bercerita pengalaman aku menyaksikan bola tapi aku ingin berkongsi pendapat dan pandangan.

1) Harga asal tiket ialah RM30 dan RM50. Disebabkan ini merupakan peristiwa yang julung-julung kalinya terjadi di Malaysia, peringkat kelayakkan ke World Cup, tiket habis dijual macam goreng pisang panas. 


Sila tengok tiket bukan buku atau foundation.
Kalau Yah tahu, mesti dia piss off. Huhuhu

Seminggu sebelum perlawanan, tak kira lah online ker, walk in ke, tiket semua habis diborong. Dikesempatan ini (chewah ayat), ulat-ulat tiket mengambil kesempatan dengan membeli berpuluh-puluh tiket dan menjual dengan harga yang superb mahal. 

Pada hari perlawanan, tiket akan dijual di pintu masuk utama. Selama ni, kita hanya dengar ada tiket yang dijual dengan harga RM300 dan kita tidak tahu akan kesahihannya, tapi FENOMENA ini berlaku betul-betul di depan mata.

Dari sekeping tiket yang berharga RM30 melonjak naik kepada RM170. Ini bukan TIPU. Ini betul-betul KEJADIAN yang membuatkan aku tergamam dan terkesima akan kemurahan akhlak bangsa aku. Wahhh.

Maka terjadilah aksi 'bidding' dan tiket akan diberikan kepada bidder yang paling tinggi.

Antara ulat gendon yang merosakkan bangsa.
Nak jer aku sepak pale hotak kau -__-


2) Itu belom lagi yang panjat dan locat pagar. Serius, macam-macam perangai korang akan nampak masa nie. Maka jumlah penonton 90 000 adalh tidak benar kerana belum lagi termasuk penonton-penonton HARAM. Kitorang yang beli tiket secara HALAL nie pon tak dapat tempat duduk yang proper. Kami hanya mampu melabuhkan punggung di tangga. Damn korang.


Panas dan ketibas (ketiak basah)


Budak lari sekolah




Di stesen LRT




3) Orang Malaysia, kalau tak mencarut tak SAH. Mesti kena mencarut, Barulah ader feel tengok bola -__- . Aku pon tak tahu budak-budak yang dengar tue paham ke tak. Aduyaiii. Siap tunjuk jari tengah lagi. Hohohoh. Masalahnya, kawan baik aku pon join sekali. SingaPONDAN pon satu, main cam PONDAN. Memang lah orang marah.

Ader satu mak cik nie (mengingatkan aku pada Hazel), on the 1st half dimana Singapore membuat percubaan sebanyak 3 kali ke gawang Malaysia, mak cik ini dengan excited nya "ALLAH, MASYA ALLAH, ALLAH HU AKHBAR". Hahah. Dah macam fisabilillah nak pergi berperang. Apo pon semangat mak cik nie memang harus dipuji. Hidup Bola Sepak Malaysia.

4) Kalau rasa-rasa referee bias, pihak lawan main macam pondan, kita pasti akan membaling botol, mercun, dan durian ke tengah gelanggang. Woiiii, kotor lah gelanggang. Kalau rosak, korang nak bayar ke? Ngeng lah. Malu lah mat and minah salleh tengok.

5) Lepas perlawanan bersurai, semua orang pon berpusu-pusu nak balik. 90 000 orang nak keluar dari a few doors, konpemlah lama, sesak dan ketibas (ketiak basah). Aku pon tak paham gak pihak penganjur nie, pintu banyak, korang bukak lah. Tak pasal-pasal dah kena roboh. Mana lah orang tahan nak berhimpit reramai. Ngeng lah. Korang jangan tak tahu, masa dorang robohkan pintu, ramai yang sorak "BUKAK2". Maka salah siapa di sini?

6) Sebelum dan selepas perlawanan, SAMPAH berlambak-lambak di atas jalan. Weh, korang ni tak reti buang sampah dalam tong sampah ker? Penganjur nie pon satu, sediakan lah tong sampah banayak-banyak. Ngeng lah

*****************************

Tapi ada jugak perkara yang membuatkan aku TERHARU sebagai rakyat Malaysia.

1) Ini merupakan fenomena yang sangat luar biasa apabila 90 000 orang keluar meyaksikan bola dimana kami percaya adanya harapan untuk MAJU dalam sukan bola sepak.

Kita telah lama gersang dan kotang dengan sebarang pingat selepas zaman Mokhtar Dahari, Santok Singh dan yang lain-lain. Apabila Malaysia menjulang Piala Suzuki mengalahkan Indonesia, di situlah moment peminat bola sepak membuka mata dan kembali menyokong skuad kebangsaan. 


Bahagian KANAN stadium



Bahagian KIRI stadium


2) Selalunya, kalau skuad kebangsaan kalah pada pihak lawan, satu stadium akan "booooooooooooooooo" mereka di tengah-tengah padang TAPI kali nie seluruh stadium bangun BERTEPUK TANGAN memberikan pujian dan sokongan yang berterusan kepada mereka. Aku cam nak nangis jer masa nie.

Pemain-pemain kebangsaan berarak seluruh stadium sambil menunjukkan isyarat MAAP tapi KAMI sebagai rakyat malaysia sangat mengHARGAI segala usaha dan penat lelah anda. Syabas Malaysia.


3) Hitz.fm ada menerbitkan lagu HITAM KUNING HITAM KUNING GO TIGER untuk dijadikan lagu sorakkan feat Nadira. weehooo. Aku masih lagi terasa semangat membara-bara.


Best worr budak2 ni pukul drum.
Bersemangat habis

Si Kecil : Laling, I ingat I nak amik kelas drum la"
Capt Mahadi : Apsal?
Si Kecil : Semalam I nampak this one team main drum, macam best jer.
Capt Mahadi : U memang senang kena angkut
-_____- tengs


4) Walapun ghairah dengan bola, orang kita tak lupa menunaikan solat. Bangga weh.


Ultras Malaysia

*Aku jugak nak mengucapkan terima kasih kepada kawan baik aku yang sentiasa menjaga aku sepanjang perlawanan bola. Dia sentiasa bersama. Aku terkepit di celah-celah kepadatan orang ramai, dia sanggup PATAH balik dan tarik aku keluar. Dia jugak temankan aku balik tengah-tengah malam. Terima kasih lah woiiii.  Namanya Fithry. Mekasih jebon. 

 

No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT