Ad

Wednesday, January 11, 2012

Entry Separa Lucah - Adat Perkahwinan Orang meLAYU

1)     Ibubapa & sedara mara yang berkeras hati nak buat majlis perkahwinan di rumah/rumah pusaka atok dan nenek
Memang ader ibubapa yang seboleh-bolehnya nak mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka di rumah sendiri. Alasannya : sedara mara ramai, kalau buat kat dewan, susah nak gerak, susah nak lepak dan agak terbatas.

Kalau rumah tue besar tak per tapi kalau kangkang kera lagi besar, tak ke dah macam tin sardin??? Kat situ lah korang nak bergolek, kat situlah korang nak mengumpat “Eihhh tak suka lah haku anak si Jenab tue, berkawan dengan budak2 rempit”, kat situlah anak korang nak menjerit melalak. INI PENGALAMAN RAKAN bukan pengalaman penulis -__-“

Bukan sahaja rumah kecik, jalan nak masuk rumah pon sempit. Dah la jalan sempit, kawasan khemah pon sempit dan padat. Kalau berjalan tue, konpem bergesel punggung. Worr -__-“ Haku rasa tetamu akan sangat tak selesa dan rimas.

Nak menambahkan azab, majlis perkahwinan diadakan di bawah panas terik mentari. Biar ler sepuluh kipas industry menghala muka, tapi kalau dah ramai sesak dan panas, konpem ketiak kau becak, makeup ala2 Ifa Raziah pon cair dan hilang vogue!!

2)     Ibubapa & sedara mara yang yang keras kepala nak bagi telur untuk door gift
Masa zaman2 mak bapak kita, telur merupakan doorgift wajibul ghunnah. Kalau tak der telur, umpama majlis perkahwinan korang tak lengkap dan berseri - ibarat pengantin lelaki bersanding tanpa telor sendiri -__-

Payahlah nak bagi telor, nak kena cuci telorlah (kang ader chicken shit pulak), kena rebuslah, lepas tue kena tunggu telur sejuk baru boleh masuk dalam sarung. EH sarung? Apahal! Lebih kepada bekas telor.
And haku tak suka rupa telor, burok dan kengkadang ader bau yang kurang menyenangkan. Telor saya pangkah!!! Mak cik haku ader cakap, telor tue wajib diberi kepada para tetamu sebagai lambang kesuburan. Apahal? Itu telor ayam, tak  ada kena mengena dengan telor lelaki subur -__-“
3)     Ibubapa & sedara mara yang gembira untuk menjemput seluruh kampong/bandar
Ini lagi satu masalah semasa. Haku tengok omputih kawen cool jer. Jemputan terdiri daripada keluarga2 terdekat, kawan-kawan baik dan VVIP. Dan haku pasti kos perkahwinan dorang jauh lebih murah berbanding orang-orang kita. Kalau mahal pon mungkin disebabkan enhancement pada menu, decoration yang lebih grand dan liquor.

Orang Melayu, kalau boleh, satu Selayang nak dijemputnya -__-“ Eh kenapa Selayang pulak nie? Ini bukan cerita haku -__-“ Damn!

Macam lah mak cik kat hujung kampong tue tahu nama haku, kerja kat mana. Entah2 dia tak tahu pon mak haku dah kawen -__-“
Alasannya, harus dihebahkan satu kampong yang kita dah berkahwin dan bukan kena tangkap basah. ALLAHHUAKHBAR, ini yang dihiraukannnya. Memang mulot orang tak boleh ditutup. Biar ler dorang mengutuk tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Kalau mulot dah macam mak cik2 kat opis mak haku (nasib baik mak haku berhaluan kiri), memang tak akan boleh lari dari caci mencaci dan umpat mengumpat nie. Ada ker dia kata mak haku ader affair ngan pengetua -__-" Eihhh, bapak haku lagi hensem cam Jeffery Din taw!! Eh, betol ke mak ader affair -__-"

Wednesday, January 4, 2012

Hari Kemenangan buat Kapten Boy Keep On & Edleen Si Model Cantik Berseri

Biler aku tengok orang kawen, haku pon excited nak kawen -___-“ Last week, tanggal 30th Dec 2011, Jumaat, haku telah memaksa Mahadi untuk membawa haku ke majlis pernikahan kawan baiknya – Kapten Azmel atau nick namenya “Boy Keep On” bertempat di Cheras, Selangor. Heheh, berani kau tak nak bawak haku Mahadi, haku cekik ko nanti. Btw, Mahadi telah mendapat mandat untuk menjadi bestman Boy.
Kami tiba di rumah Boy pada pukul 5.30 petang yang bertempat di Hulu Langat, Selangor. Jauh benar rumah umat nie. Dah ke hutan perginya -__-
Sesampai di kawasan rumah Boy, haku agak terpegun dengan pemandangan sekitar. Kawasan yang hijau dan penuh dengan pokok buah2an. Biler masuk dalam, phehhhhhh dah macam banglow. Giler grand dan awesome!


Bak kata Mahadi, rumah mamat nie dah macam mess pegawai -__-“ Taksub giler dengan tentera lah -_-“  Ader snooker table, foosball, ader living room yang cool, ader pokok buah2an, ader kolam ikan dan ader kambing.

Kami telah ditempatkan di living room. Hanya haku dan Mahadi. Aiseh, bahaya nie pak cik. Lain jadinya. Ok, haku giler! Dah lah kami sangat impress dengan rumah yang hebat (*even though dekat luar rumah macam kawasan kampong), kami bertambah terpegun melihat hantaran yang sangat MEGAH dan MEWAH. Kaya korang nie. Korang berak keluar duit ker woiii!!

Haku jatuh cinta dengan gubahan hantaran di atas meja. Haku tak henti-henti menatap setiap bekas hantaran dan terdetik dalam hati “YA ALLAH, jauh bezanya dengan hantaran haku nanti” Biasalah kalau haku rendah diri tetiba. Hurm haku pasti tak mampu nak buat macam nie, tapi akan haku carik cara nak buat ala2 hantaran macam nie. Neh ngeh ngeh.
Beg GUCCI..haku rasa lah! Sebab ader logo G di situ.

Kasut nie tak sempat nak tengok brand apa.
Haku penyebok -__-" Cam makcik2 opis taww. Tak kuasa!!
Tapi super lawa lah

Pendant and rantai from Kakak Tiffany & Co.
Haku stress -__-

Owhhhhhhh cake yang super lawa.
Pinky licious ^_^

Cerutti watch.

Tepak sirih

iPad

Keseluruhan hantaran yang sangat glamer dan ohsommm.
Setiap hantaran diletak di atas bekas besi nan gagah dan dihias
indah bersama bunga dan disco ball yang ditutup dengan lid kaca
yang transparent.

Sebelum bergerak ke rumah pengantin pompuan, kami telah dijamu dengan mee hoon yang sedap dan kuih-muih yang berwarna-warni beserta air oren yang sedap -__-" Haku tambah mee hoon 5 kali. Terok la. Tak tahu lah, haku yang lapar atau mee hoon mak Boy yang sedap. Btw, family Boy semuanya ramah-temah belaka.

Kami bergerak ke rumah pengantin perempuan sebelum Maghrib. Boy, Mahadi dan haku menaiki sebuah kereta dan diikuti beberapa buah kereta dibelakang. Orang nak kawen tak boleh bawak kereta, darah manis atau lebih kepada gemuruh.
Sepanjang perjalanan, Boy nie memang tak reti duduk diam. Ader jer benda dier nak bersembang, telepon dan berborak.  Mahadi ngan haku yang nerves -_-“ Budak nie tak reti takot ker?
“Boy ko hingat tak Rukun Nikah?”
Spontan pengantin lelaki jawab “Eh apa yer?…Eh google sikit” -__- Nie betol ke nak kawen nie?!
“Boy cuba Istigfar skit”
“Eh cam mana erk?” Nie konpem gemuruh giler -__- “Eh cepatlah, cam mana?”
Haku rasa Mahadi sebagai bestman lagi pressure. Karang tetiba kadi tanya pelik2, mahu  Boy bukak talian hayat dekat Mahadi, dah dua2 tercengang2 -__-“
Disebabkan terlalu cuak muak, Istigfar pon lupa. Untuk mempermudahkan hingatan bakal pengantin, terpaksa Mahadi Istigfar secara bernyanyi -_- Terok tol nerves orang nak kawen nie.

**************
Sesampai jer di rumah Edleen (Owh ini first time haku bertentang mata dengan Edleen aka Nora Danish. Cantik ok  pompuan nie ^_^) kami semua terpegun dengan keindahan canopy Arabic yang disinari lampu neon umpama bintang bertaburan di langit gelap, decoration meja makan yang indah, pelamin nikah nan indah dan HANTARAN yang super GLAM.

Pelamin nikah yang berwarna-warni.

Pengantin prerempuan yang sangat lemah-lembut dan gojes uolss ^_^

Haku tak tahu lah umat nie suspen ke tak tapi menitik2 lah peluh.
Nasib baik ader bestman yg eficient nak mengelap peluh!


Edleen telah mengambil masa selama setahun merancang hari bahagianya -__- Pheh lama giler dan kebanyakkannya adalah hasil kraftangan Edleen sendiri. Boy kerja dekat Butterworth, sama dengan my Mahadi. Dah lah busy, jarang balik pulak tue. Maka haku percaya, Edleen memang bergerak sendiri dan sangat berdikari. BTw, Edleeen sangat gojes ^_^
Hantaran yang berwarna-warni dan sangat stunning.


Gucci -__-"

From Zaifie Zainal. Lawa ^_^

Pre Wed di Muzim TUDM. Memang sangat rare lah wedding koma nie ^_^

Candy Bar yang dah kosong -__- Tak sempat nak rasa tapi sebenarnya lawa dan look so stunning.


Finally, gambar kami berdua. Yang dijemput sebenarnya Mahadi, tapi haku nak jugak menyempit ^_^
Hehehe, pedulik haper haku tapi bak kata Boy kalau dier tahu haku nak join, dia akan sponsor baju. Heh,
nyesal tau tak menyebok tapi siyes Edleen dan Boy dah banyak sponsor haku dan Mahadi. Mekasih tuan umah ^_^


*********************************

Reception counter separa siap. Nie pon dah sangat cantik -__-"


Haku mencadangkan agar korang kawen awal2, kerana semakin maju dan kaya dunia, semakin mewah dan macam-macam idea BOMBASTIC  di hari perkahwinan. Dulue ader candy bar jer, sekarang dah ada PHOTOBOOTH.

Photobooth from Zaifie Zainal. Lawa!!





Nie pon dah lawa -__-







Candy bar yang menarik. Haku lupa lah pulak nama kakak nie -_-
Damn

Gamelan

Pelamin separa siap. Nie pon haku dah terpegun. Grand ok!!

Pelamin yang memukau hati.


Meja makan VIP dan pengantin ^_^

Idea yang RARE!




Door gift.

Sebab tak cukop orang, Mahadi pon terpaksa packing door gift ^_^




Saya bangga tengok Mahadi memberi comand ^_^

Halamak lelaki yang mencairkan hati ku ^_^ Gatal!

Sword bearer



Photobooth di malam hari. Lawa lah ^_^

mahadi with his second attire -__-
Baju Melayu purple ^_^


Me with ARMA. One of my faourite wedding planner ^_^
dan merupakan orang kuat dalam perkahwinan Edleen & Boy.

Pelamin dan baju pengatin adalah cetusan ilham ARMA ^_^


Me and my fiancee - signing the guest book. Sangat coymel ^_^


And we had an oppurtunity to hang our wish at the Wishing TRee.
Suka lah idea anda ^_^


Me and Mahadi at the GLAM photobooth.



In front of the PURPLE GLITTER pelamin.



Ok, haku ada baca idea nie dalam Martha Stewart mag, hingatkan tak der org Malaysia buat sebab MAHAL, sekali ader lah pulak. STress melampau -__-