Ad

Thursday, December 2, 2010

ANother FantabuLOus BOOKs of The MOnth

We bought these super great bargain at Popular Jusco Kepong


Thanks to Kritika for your serious super tERUJA GIFT
GOD bless u



DEMure and Modest Me : Updated as of NOv 2010

Me managed to repaint my cozy bedroom to WHITE..yahooooooo...Thanks to Nadia.please compare the old and the new image...me loike my new bedroom. ..

New
u only can find LV bedsheet at Pasar SElayang...teror kan SElayang
which cost u only RM18
(tak payah nak comment apa-apa yer)





LAme




paint shop which provide good services eg : consulting (help me a lot) + drinks and nice show room
Selayang getting HEBAT




Treasure advise :

1) Normally for indoor, people will use water based paint as it's cooling and absorbing heat.
2) Oil based paint is more expensive than water based paint.Water based RM30++ and OIL based RM80++.
3) Hence, if you are thinking to use water based paint again, ANTICOAT will help to resolve your issue. It is a fundamental substance before start applying water based paint.

Kuih KENTOT dan samBaL TAUN

Bahagian 1 : Kuih Kentot

Hurm korang pernah makan kuih Kentot dan sambal TAUN ? Konpem tak pernah kan? kan?

Last Friday, family haku sekali lagi mengadakan doa selamat, tahlil dan majlis kesyukuran. Nie kira kenduri mengejut, sebabnya the whole family tak tahu kecuali mak long dengan atok. Majlis nie bertujuan untuk doa selamat Ayien dan Amien sebelom bersunat + Zahar Convo + Adila nak menghadapi SPM (rasernya dah banyak paper yang dier jawab, sekarang baru nak wat majlis doa selamat..hohoh)

kemenangan setelah berpisah dengan adik kembar..hohohoh 

jebon zahar habis belajar

budak gemok spm sedang mkn dan senyum


Maka berlari- lari jebonlah satu keluarga balik Selayang...Nasib baik haku dan mak tam cuti, maka tak payahlah kami berlari-lari jebon..
ps : kengkawan, sorry yer tak jemput, sebab Jmaat baru tahu..dan haku konpem korang sebok dengan karier masing-masing=)

kenduri di teratak Pak DIn


Haku membantu mak tam memotong sayur, membasuh ayam (ayam betol ok, bukan ayam kat lorong Haji Taib..pfftss) dan membuat adunan kuih Kentot..

Bahan-bahan untuk menyediakan kuih Kentot adalah TEPUNG GANDUM + TEPUNG UBI + TEPUNG BERAS dan campurkan sedikit AIR KAPUR..ciri-ciri kekentotan tak akan terhasil sampai lah korang gaul sekawan tepung dan air kapur tu bersama-sama. Uli dan uli..uli lagi sampai mengeluarkan BAU KENTOT!!!!! yehhh. Nie bukanlah bau ketot yang korang dah tahan selama seminggu yang tinggal di hujung-hujung punggung..Bukan yer....

Haku pon memberanikan diri mencium adunan kuih Kentot terbabit, harap-harap haku tak terkentot-kentot maser kenduri nanti..mak teh penah kentot depan tv maser orang masjid baca tahlil..pftsss...pastu buat muker relax jer cam tak der salah..siyes...kotor..nasib baik Pak Teh sanggup menerima Mak teh seadanya..Maka haku tak nak perkara yang sama terjadi...


adunan kuih kentot

Ok2.Berbalik pada adunan kuih Kentot..Biler diamati dengan deria raser petite lagi hobbit haku nie, tak da lah plak haku bau kentot...Rupa-rupanya Bau kentot yang dimaksudkan adalah bau ammonia yang terhasil akibat daripada tindak balas tepung dan ayer kapur..cheh.....

Nama penuh kuih nie ialah KUIH KASWI....atau nicknamenya kuih Kentot..giler!!!


Bahagian 2 : sambal TAUN

sambal TAUN serius super sedap lagi pedas mencakar bumi..meleleh ayer hidung dan ayer ketiak..hanya yang cekal bisa menghadapi kepedasannya..

Arwah nenek rajin dan master dalam menyediakan sambal TAUN. sambal TAUN tak der kena mengena dengan penyakit taun atau demam kepialu..biler tanya nenek, nenek cakap " KALAU MAKAN sambal TAUN, konpem badan kau berpeluh-peluh dan panas macam org kena demam taun..hhahah..siyes..nenek super creative...


sambal TAUN dihasilkan daripada cili padi yang di'blend' bersama-sama bawang (tak sure haku bawang apa). Kemudian humban dalam kuali + minyak sikittt + garam dan sedikit perasa (kalau family haku tak da maknanya sikit, SELORI AJI diletaknya)...GOreng sehingga hitam TAPI BUKAN HANGIT...

Dikala inilah korang akan menangis, bersin dan sebagainya sebab keperitan cili di udara yang mencengkam lubong hidong...LAgi besar lubang hidong korang, lagi keraplah korang terbersin...

Dulu Mahadi tak tahan pedas, tapi sebab sedap punya pasal, ditahannya lidah, tekak dan perot...Sekarang mak lang dan mak tam menjadi pewaris sambal TAUN..Hidup sambal TAUN!!!

siyes pedas nak mampos
becak tiak lah

Thursday, November 25, 2010

MENGIGAU di PETANG hari samBil Memegang GAYUNG


Zaman belajar di UTM Skudai, merupakan zaman belajar yang paling best. Kenaper? sebab jauh dari mak dan abah..hohohoho..dah tak ada orang nak tarik rambut haku lagi..boohooo pada mak (sekarang kau berani lah)

Mungkin faktor yang kedua, adalah disebabkan berjumpa kawan-kawan yang satu kepala dan agak kurang normal. Antaranya iela + wanie + sha (bukan nama sebenar) :p

Ada satu kejadian di mana sampai mampos pon kami tak kan luper ialah :

Di satu petang yang indah, kami ber4 baru pulang dari aktiviti ko kurikulum. Wanie + Sha + Iela mimilih untuk mendalami seni muzik. Mereka telah menceburkan diri dalam aktiviti gamelan. Ayu budak-budak nie. Takot gelap lah lah tue:P

Haku pula memilih KUDA..yer saya memasuki EQUESTRIAN..bukan sebab haku suka kuda, tapi sebab haku suker kan keindahan petang dan pemandangan di UTM SKudai (cisss..bau taik kuda aderlah)

OK...selalunya aktiviti ko kurikulum bermula pada pukul 4 smpai 6 petang...selama dua jam haku pon belajarlah pasal kuda + taik kuda + makanan kuda + menunggang kuda......yeaaahaaaaaaa (buat bunyik kuda skit).

Selesai jer aktiviti riadah, haku pulang ke bilik. Haku dengan iela satu bilik. Wanie dengan Sha satu bilik.

Setibanya haku di pintu, kulihat kawan2 ku sudah beradu di atas katil..
Setelah mandi, haku pon naik ke atas katil untuk memulakan sessi membuat tahik mata...Belom sempat haku menarik selimut, tetiber ader org berlari kelam kelibut menerjah ke bilik. Apahal plak nie. Haku dengan IELA super terkejut. Tak jadi tidur...Tetiber ORANG SEBELAH berkata "Eh NAd, ko tak gi kelas ker SE (SOftware Engineering)?..Dh lambat dah nie".

Aku terkedu dan terkesima..Eh..Kelas haper plak malam-malam nie. Aku ker yang tak dapat info..yer haku selalu bersikap endah tak endah pasal pelajaran haku. Nasib IELA + WANIE + SHA baik, sebab bertemu dengan orang mcam haku..

Ok...sambung balik..ORANG SEBELAH masih lagi memakai baju kurung gamelannya sambil memegang gayung dan peralatan mandi..

PERALATAN mandi????? Ini lagi musykil..Sebab ORANG SEBELAH nie sangat takot air dan mandi pon hurmmmm..tak payahlah haku citer kat sinie..nak tahu pm yer..HOHOOHO

ORANG SEBELAH pon bergegas ke bilik air dan mandi....haku dengan IELA semakin konpius...ehhh..nak ke maner ORANG SEBELAH malam-malam nie? Selepas mandi celup-celup, ORANG SEBELAH pon masuk ke dalam bilik dan sebok memilih baju untuk dipakai ke kelas..

Dengan TETIBA..haku dan iela mendengar ledakan ketawa maha kuat..YERRRRRRRRRRR...kami tahu..ORANG SEBELAH dh mengingau terok di petang hari..siap mandi pelbagai...Masalahnya kawan ORANG SEBELAH lagi lah JAHAT..dibiarkan kawan dier MANDI..HAHHAHA..siyes tak boleh blah

Tuelah ORANG SEBELAH ..Orang kata, jangan tidor lepas AsAR..Nanti giler..ko almost Giler lah tue..

siyes..macam haku nak tempeleng je muker haku maser nie

Dapatkah anda Spot "ORANG SEBELAH" di dalam kedua-dua gambar
hohohoho



Tuesday, November 23, 2010

TAPIR Meningkatkan STAMINA di Sekolah Menengah DaruL EhSAn

Subjek Bahasa Melayu memang bukan subjek feveret haku, sebabnya susah dan berbelit-belit. Tetapi selamatlah cikgu Bahasa Melayu kami so called Puan Raabah seorang cikgu yg happy go lucky.


Orangnya medium height (pendek - pendek macam Solihah), bercermin mata dan senantiasa mengenakan lipstick berwarna MERAH SAGA. glamer uols. Cikgu nie nak kata garang, tak jugak tapi kengkadang memang garang. Pada pelajar pompuan, cubitan di perot adalah balasan kalau tak siapkan kerja rumah. Yang lelaki...denda nya lebih crucial. CUBITAN MAUT RAABAH akan hinggap di dada dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. nak ko main-main ? tercabut kang.

So setiap hari cikgu akan berbuih mulot menyuruh menyiapkan karangan yang super melambak-lambak dan MEMBINA AYAT.

sorry..gambar di ambil dari handphone
nie bukan nak belajar nie..lebih kepada posing


Sessi membina ayat merupakan kelas yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar 5 Sains 1. Ini kerana kami sangat kreatif membina ayat. Korang tak caya ? Sila baca ayat-ayat di bawah (Puan Rabaah akan bacakan pada kami setiap hari)

nielah gang-gang bahasa melayu yang memeningkan cikgu haku
dari kiri : Halim + Mahadi + Khairil + Fakaruzi
MENINGKATKAN
Fakaruzi (ntah mana perginya budak nie) : "TAPIR itu berlari-lari di tepi pantai untuk meningkatkan staminanya."

APAKAH? Kenapa TAPIR yang kena tingkatkan stamina ? bukannya KAU?

SELAK
"Abang, janganlah SELAK kain saya" kata isteri kepada suaminya

Apsal LUCAH sangat ayat ko nie..aduuuyyy


MENURUN
Mahadi (aka boyfwen ku) : " Bomoh itu MENURUN hingga termuntah DARAH" ok ayat dh cam semenggah sikit. sambung .. " hingga terkeluar NASI dan IKAN GORENG"..

terok sangat ke bomoh tu menurun ? smpai nak keluar nasi dan ikan goreng pelbagai..dah tahu nak mengubatkan orang..clearkan lah perot..

WAHANA bererti penyambungan
Mahadi (bf haku lg) : "WAH!! ANA sedang menaiki motor"..

Bolehlah plak ko pecahkan jadi dua ayat..Kemusykilannya, kenapa ANA menaiki motor ? rempit?

OK..Ader lagi satu sessi sastera - di mana kami sekelas dikehendaki membaca buku TERUNG PIPIT. Ini bukan nama sayur ataupun burung. Ini nama orang yang sangat terror di purba kala. Terung Pipit ini perempuan.

Tak silap haku lah, Terung Pipitnie super duper jahat. So soklan cepu cemas pon bermula .

Puan Raabah : "Kelas, macam maner kita nak bunuh Terung Pipit ?".

Maka, satu kelas pon berdiri menjawab soklan yang dilontarkan..Disebabkan memang semua tak membaca naskhah Terung Pipit nie, maka pelbagai jawapan pon terhambur keluar.

Ada yang kata cucuk di perotnya, cucuk di telapak kakinya guna buluh runcing (korang hingat ini citer P. Ramlee, nak bunuh Jensen King) dan tumbuk di mukanya

Puan Raabah pon berkata " Salah...Terung Pipit tidak boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Apalagas manusia..Baik, HALIM, apa jawapan kamu pulak ? "

Halim nie kecik dan pendek-pendek jer orangnya. ALIM ulamak dan Pengerusi Persatuan Pelajar ISlam di Sekolah Menengah Darul Ehsan. Kalau pertandingan mengaji dan menghafal al-Quran, memang muka dia lah. Ayat-ayat yang keluar dari mulutnya juga sentiasa berbau SYURGA (wahh..apahal gua nak up lu plak)

So, Halim pon bangunlah dengan sopan santun dan lemah gemalainya, sambil mata yang berkelip-kelip (nox, ko hingat cikgu nak bagi belas ihsan ker? pfftsss). Halim pon bersuara

"MENENDANG kemaluannya cikgu "

hah!!! wtf!! ape ke hey nak sepak kemaluan Terung Pipit plak?
Kau biar lah rasional dan bermaruah skit jawabnya..
Jawapan ko serius cm hampeh dan tak bertamadun sebabnya

1) tak kan lah buku sukatan pelajaran dekat sekolah nak cerita pasal tendang kemaluan musuh...
2) kan cikgu dh ckp, tak boleh bunuh sewenang-wenangnya. ko tak dengar ke haper?
3) haku cam tak sangka, Pengerusi Persatuan Pelajar Islam boleh berfikir sedemikian rupa..ko lagi RARE dari haku
4) apsal dekat situ yang kau target ? kalau betollah ader lelaki yang sepak kemaluan pompuan, siyes DAYUS

pftssss..Akhirnya..sebab terlalu kreatif imiginasinya, satu sekolah tak dapat A1 nor A2 untuk subjek bahasa Melayu. tuelah..memain lagi.....

Monday, November 22, 2010

Sequel from "SERAI Membangangkan DiriKu" - Ke"RARE"an KU Part 2

Mahadi dan kengkawan baik aku, selalu cakap aku UNIK dan pernah di'adopt' oleh ALIEN giler (ini specifically from Mahadi), sebabnya haku acapkali membuat perkara-perkara bodoh. TAK SENGAJA lah.


Contohnya gunting KAIN batik mak (yang dia pakai) maser dia tidor + goreng anak kucing (YE..saya goreng anak kucing dalam kuali panas...tinggal tak da minyak jer lagi) + potong bulu mata Nadia ngan Azhar..rasanya orang tak pernah cantas bulu mata..trim kening ade lah+ tersilap masuk kereta + tergolek dekat tangga utama fakulti..maser nie haku baru mendaftar kat UTM Skudai sambil menggayakan baju kurung dan heels..siyes..TANGGA tue yang bodoh...
Ader lagi satu nostalgia bersama mak...

Sekali dalam sebulan, kami akan sama-sama bershopping membeli barang keperluan rumah. Tempat kejadian selalu berkisar di Giant Batu Caves atau NSK Selayang atau MYDIN Selayang Mall (Selayang maju ok..dh ader KFC plak sekarang..saya bangga)...Dulu jerlah kami bershopping bersama-sama. Sekarang, mak pergilah sendiri dengan abah dan mak long. Sebabnya, kalau ikot mak cik-mak cik bershopping ader lah membawak 3 ke 4 jam..Becak ketiak..

So, kami pon memilih roti, air kencing manis aka COKE + Pepsi, garam, kunyit dan bla..bla..bla..Haku setia menjadi pembantu mak...Nadia membawa troli sambil posing2 ayu mengorat BANGLA di kaunter (ketiak busuk jugak ko suker)..Abah dengan ayien bergembira mencampakkan barang-barang ke dalam troli..

Tetiba suara mak memecah kesunyian "DIRA gi amik fries..esok kiter goreng maser sarapan"
Aku pon terus ke frozen section...macam-macam jenama ader..SUNNY lah..RAMLY lah...Ayamas lah..tp sebagai anak mak yang dah mengenalinya lama, aku memilih fries yang paling murah...mak kata, makan mahal-mahal pon, jadi TAIK jugak..pftsss..cheapo lah mak



Selepas memilih fries yang sesuai, haku bergegas mendapatkan mereka. Tanpa berfikir panjang, abah terus membayar barangan terbabit lalu pulang ke rumah...

Sesampai di rumah, kami sebok meng"UNLOADING" barang. Tetiber muker mak berkerut seribu menambahkan lagi kerut di wajah nya..

MAK : "Lonnggggggggg..apa yang ko amik nie longgggggggg..kan mak suruh amik fries..KENAPA yang ko amik UBI KAYU"

aku cuak dan cemas..ehh..bukan fries ke tue....bentuk dan warnanya sama

MAK : " Nie UBI KAYU long.........ko tak boleh beza ker kentang dengan UBI KAYU"

NADIA : "aduiiiiiiii ko nie long....UBI KENTANG TAK KENAL.." ..ewah2 kau...bukan main jadi fire stone...


tak ke sama bentuk dan warnya ??


Moral Of The Story : Sila Baca Label...Yang Maner UBI KENTANG, yang maner UBI KAYU..pftsss..mengAIBkan sungguh...

SERAI Membangangkan DiRiKU

Kejadian ini berlaku 16 tahun yang lalu. Aku dan Nadia membantu emak di dapur, untuk menyiapkan makanan tengah hari. Ini dah menjadi lumrah dan kemestian pada setiap hujung minggu. Ini kes PAKSA RELA. Kalau tak tolong, maka TIDAK dibenarkan makan.

Pada satu AHAD yang 'messy' dan panas, mak bercadang untuk memasak AYAM MASAK MERAH (ker gulai?? pftss tak hingat). Mak menyuruh haku dan Nadia memotong bawang, petik cili padi, masak nasi dan segala macam mak nenek.

Setelah semuanya siap, bahan-bahan tadi dihumbankan ke dalam kuali. Sedang mak sebok memasak, mak pon berkata

MAK : " Yong, gi amik SERAI "..aiseh, cam mane pulak rupa SERAI nie.

AKU : " Kat maner SERAI mak? "

MAK : " Kat tepi jalan. AMik 2 - 3 batang yer. Pakai pisau "

Aku pon terus menuju ke destinasi tanpa banyak soal. Sesampai di tempat kejadian, YEY!!! haku melihat banyak SERAI. Selamat gua jack!!!

Dengan hati yang berbunga, haku pon mencantas serumpun SERAI lalu menyerahkan kepada mak dengan 'STYLE'nya.

Tiba-tiba, mak berkerut seribu..Aiseh..In malapetaka nie

" Lonnnnnnnnngggggggggggg. Apa yang ko amik nie ?!!!" jeritnya hampa "Ini daun SERAI. SERAInya maner?  Orang masak pakai batangnya..DAUN nya nak buat aper? Bagi kambing mkn?"

AKU : (dalam hati : LAh td kata SERAI, haku tebas ler SERAI")

MAK : " Ko cantas daun, batangnya maner? Apa yang ko (kau) sengal sangat nie long? Tuelah, orang suruh belajar masak, ko TAK NAK...Tengok per dh jadi...SERAI pon tak kenal.(mak main kasar nampak)

Aku hanya terkulat-kulat memegang daun serai...
Moral of the story : Pastikan anda mendengar arahan dengan betol. Dan pada yang memBeri arahan, sila berI arahan dengan betol.

Ini yang orang guna untuk masak


yang ini hanya layak untuk kambing dan spesis-spesis yang sewaktu dengannya


Selamat malam.