Ad

Thursday, May 19, 2011

L.O.V.E is in THe AIr

Ramai kawan-kawan sebaya aku dah selamat ke jinjang pelamin. Hanya kami, warga-warga terpilih yang masih belum mempunyai rezeki lagi.

Entry kali nie akan membincangkan perangai-perangai LELAKI semasa nak mengorat perempuan dan selepas berjaya mendapat apa yang mereka nak -___-

*Pada abah dan Mahadi, nie bukan entry untuk anda kerana anda adalah dalam kategori ANGEL. chewahhhhhh!!!



Sebelum Kawin:
Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wanita. Paling ketara apabila mereka sanggup berhabis duit dan bersusah payah untuk menelefon sang wanita pada setiap hari. Tak kira hujan atau panas berdeting serta berhabisan berguni-guni duit syiling asalkan dapat mendengar suara nan indah sang wanita.

Dah Mendapat
Sang Wanita: "Baby, naper dah lama tak call i? U pergi maner nie?"
Lelaki Kasanova: "I busy lah. Pagi tadi ader meeting. Malam karang pon ader meeting jugak. Tak tahulah boss I nie. Tak paham orang nak balik ker"..Ececece..sebenarnya nak menggatal ke tempat lain. Hello encik lelaki, kami ada 6th sense tau!

*****

Sebelum Kahwin
"Dia lah wanita pujaan ku. Hanya satu-satu nya wanita yang cantik jelita dimataku. Biarlah seribu bidadari yang datang, tak kan pernah menggugat hatiku". "Saya akan menerima awak seadanya". Padahal sang wanita hanya berwajah ala2 Ruminah Sidek.

Dah Lunyai
"Apsal selekeh sangat nie? Tak suka lah saya. Dengan lemak berlipat-lipat, comot-momot". Walhal sang isteri sebok menyediakan makanan tengah hari dan mengemaskan rumah. Kalau dengan mak aku, dah kena terajang dah lelaki macam nie.

"Pakai baju tak bergosok". Padahal itu adalah kulit isteri sendiri. -___-

Lelaki 1: "Kau tengok pompuan tue, punggung baeeeekkk punya".
Lelaki 2: "Tak lah, aku lagi suker cikaro yang tepi tue...MANTOP ala-ala Kim Kardashian!". Korang nak mampos ke haper?

*****

Sebelum Ehem-ehem
Sang Wanita: "Bang, jom kita pergi jalan-jalan".
Lelaki hidung belang: "Jomlah darling. Boleh kita window shopping sekali"

Dah ehem-ehem
Sang Wanita: "Bang, jom kita pergi jalan-jalan".
Lelaki hidung belang: "Malaslah!!! Tak payah nak membazir2 duit. Duduk rumah. Penat tau tak saya membanting tulang setiap hari mencarik nafkah. Awak apa tahu?" Sambil menjegil2 kan bijik mata.


*****
Sebelum DiIjab KabuLkan
Memang indah sebelum kahwin. Encik Lelaki akan sentiasa memegang tangan dan hati sang wanita tanpa sekelumit pon perassan busan. Nak pergi kedai, pegang tangan. Tengah makan, usap-usap tangan. Orang meninggal, gentel-gentel BCG. Dunia ni, mereka yang punya.

Selepas "Aku Terima Nikahnya"
Sang lelaki jalan 10 batu jauh ke depan manakala sang wanita pulak terkiyal-terkiyal dibelakang. Bila sang wanita cuba mencapai tangan sang lelaki "Eh, awak nie tak malu ker. Dah tua-tua buat perangai". T____T





Aku terpaksa UPLOAD gambar yang kurang sensual, karang berlubang gambar nie!

Jangan lah encik Mahadi bertukar menjadi seperti lelaki-lelaki di atas. Amin.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru Satu Malaysia

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah berpenat lelah mengajar aku, bermula seusia 7 tahun sehinggalah aku berumur 24 tahun. Jasa anda akan KU KENANG SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.


Aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru (2), dan kemudian meneruskan perjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru (2) yang kemudiannya bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Selepas PMR, aku telah berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka. Tak payah WOW! Sebab aku hanya bertahan selama 6 bulan.




MRSM Jasin





Kenapa aku lari dari MRSM? Sebab haku tak tahan dengan 1001 satu protokol. Wehooo. Antara peraturan-peraturan yang memeningkan kepala ialah :


1) Nak pergi pondok telefon kena pakai stokin even tough korang pakai selipar -___-


2) Nak pergi cafeteria, kena pakai baju kurung dengan kain dalam dengan anak tudung  dan stokin -___-


3) Dalam kawasan asrama perempuan, tidak dibenarkan pakai seluar pendek -___-


4) Tidak dibenarkan buka lampu selepas pukul 11 malam -____-


5) Tak boleh tidur petang -___- Aku merupakan umat yang akan tidur petang dan study tengah malam.


6) Kena beri salam atau greet senior. Wah, banyak cantiik muka korang. Korang ingat nie KEM ASKAR ke haper!!! Banyak glamer korang! Memang aku ada masalah dengan AUTHORITY.


7) Senior selalu buli JUNIOR. Bila pikir balik, apsal aku bangang sangat pergi follow apa yang dorang suruh buat! Ada ke patot, pepagi subuh senior mangkok suruh kitorang buat gaya menunggang motor dengan membengkokkan kedua-dua belah kaki atau buat helikopter dengan meletakkan jari telunjuk dekat tanah, lepas tue, kena pusing. Kalau aku sedikit berani dulu, memang aku tubuhkan satu PARTI PEMBANGKANG dekat asrama. Tapi dah terlambat -____-


8) DIHARAMKAN untuk berkawan rapat dengan LELAKI. Kalau senior find out, maka gelaplah hidup. Korang akan dipanggil masuk kedalam bilik senior lalu ditazkirah beramai-ramai.




Kerana tidak betah dengan protokol-protokol asrama, aku telah fly balik rumah dari hari Khamis and balik semula ke asrama hari Selasa. Wehoooo. Maka aku hanya masuk ke kelas hari Rabu dan Khamis. Lepas kelas, aku terus balik Selayang. Selayang dihatiku.


Disebabkan perangai aku yang tak semenggah, ibunda ku telah mengeluarkan aku dari MRSM dan aku telah dimasukkan kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Hehheheheh


Ok, entry ni bukanlah nak menceritakan pasal aku keluar masuk sekolah tapi akan perkara-perkara yang pernah menimpa kita tapi kita tak berani nak bersuara akan sikap guru-guru kita.


Antara perkara yang tidak boleh aku lupakan, even tough benda nie dah lepas almost 11 tahun, tapi sikap CIKGU ni, masih segar diingatan. Apa dia BUAT?


Masa Form 5, seperti yang diketahui ramai, aku nie budak separa nakal dan memang berhaluan kiri dengan kawan-kawan sekelas. Kalau student kelas depan, cikgu akan beranggapan yang korang nie baik. Baik macam mana? Baik seperti rajin, mendengar kata guru, tak nakal, DAN bagi yang perempuan KENA PAKAI TUDUNG semasa di dalam atau di luar sekolah. Yer, dekat sekolah aku pakai tudung (WAJIB!) tapi kalau dekat luar, aku tak bersedia lagi. Aku nie super active dan memang tak reti duduk diam. Aku akan keluar pergi bersilat, main NETBALL, pergi berpidato dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, selagi ada pertandingan dekat sekolah, aku nak menyempel. Muka Tembok China kan. Kawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. *Rasanya, aku nie tak ada lah nakal mana pon.


Siyes, aku chuymel


5 Sains 1

Pesilat sekolah

Penolong Bendahari Kelab Bola Jring

Naib Pengerusi Kelab Bahasa Melayu


Setiausaha Kelab Pencegah Jenayah


AJK Kelab Pengawas


AJK Persatuan Pelajar - Pelajar Islam -___-



                                        -----------------------------------------------------------------------------------


Serius aku GIPANG - Gila PANGkat..pftssss



Nak dijadikan cerita, aku baru lepas percubaan SPM. Aku berjaya mendapatkan markah yang agak bagus untuk Paper 1. Subjek apa? Itu RAHSIA. Masuk Paper 2, markah aku agak rendah. Aku pon terus bertanyakan kepada guru yang selama nie menjadi idola ku. Jawapan yang aku dapat "NAK BAGI MARKAH NIE PON, KENA TENGOK ORANG JUGAK". Apa Ke Maksudnya????????? -______- Aku tak nak dengar ayat seterusnya. Menyakitkan jiwa dan raga.


Ada lagi sorang cikgu nie pulak, sibuk-sibuk mengadu pasal NAdia dekat aku. Cikgu nie cakap "Cuba kamu nasihatkan Nadia tue supaya belajar macam kamu". Aku memang pantang kaki-kaki mengadu nie. "Macam mana saya nak nasihatkan dia, saya pon tidor. Saya tak belajar pon". Bukanlah berlagak, tapi panggil lah NAdia personally dan tak payah libatkan aku. Kalau aku jadi NAdia, mesti kecik hati.-___-


Ada lagi satu kes, semasa aku menuntut di UTM Skudai. Pensyarah nie, merupakan penyelia untuk projek akhir kami. Setiap sistem yang dihasilkan, hendaklah diupload ke dalam server dan presentation hendaklah dibuat pada server bukan pada localhost atau personal komputer. Kami telah diberikan due date untuk mengupload system masing-masing. Lambat, tidak akan diterima. TAPI kalau korang anak BUAH penyelia kurus melengking macam lidi nie, korang BOLEH UPLOAD sistem korang sampai lah saat-saat terakhir. KENAPA ada double standard? Kenapa PENSYARAH bersikap macam NIE? Kenapa? Marahnya aku. pfftssss. *familiar tak kengkawan UTM Skudai ku, siapa lecturer nie? Kenal kan?? Kan?? Kan??


Tapi hanya ada 3 keratlah yang ada problem, lain semua OK. Semua merupakan favourite cikgu dan lecturer EXCEPT 2 kerat nie.


Kepada semua guru-guru di Malaysia, saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan terima kasih di atas segala pengorbanan anda yang tidak akan mampu dibalas sehinggalah ke akhir hayat. Tanpa jasa-jasa anda, tidak mungkin saya disini hari ini.

Friday, May 6, 2011

Teo Chew Penang Road Famous CendoL


Penang merupakan sebuah negeri kecil di Malaysia yang terkenal sebagai syurga makanan. * Per benda yang aku tulis nie! Serius tak ada idea. Ok2, balik semula.

Penang memang terkenal sebagai syurga makanan yang menawarkan pelbagai jenis juadah serta

Minggu lepas aku telah keluar berdating dengan Mahadi di Penang. Dating merupakan aktiviti rutin kami setiap bulan. Hari-hari biasa kami sangat sibuk dan penat dengan agenda masing-masing - Mahadi sibuk berjuang untuk negara manakala aku pulak tekun menjana pendapatan Malaysia. Maka peluang yang ada untuk berdating, akan digunakan sebaeeeekkkkk mungkin.

Kalau pergi Penang, konpem aku dah Tak mampu nampak jari-jari kaki sendiri sebab dihalang oleh perut yang semakin bulat dan buncit. Asal keluar, pasti kedai makanan menjadi tujuan utama, kedua dan seterusnya.

Kali ni, aku nak kenalkan korang dengan sebuah kedai makan yang baru dibuka di Butterworth. Teo Chew ni merupakan the famous cendol seller dekat Penang. Dulu, mamat nie berniaga secara kecil-kecilan menggunakan basikal roda 4. Sebab kesedapan cendolnya, maka berasak-asaklah orang datang untuk mendapatkan cendol Pak Cik Teo Chew.

Inilah muka Pak Cik Teo semasa muda


Panas berdeting pon dah tak menjadi penghalang. Pak Cik Teo ni pon cool orangnya, meniaga dengan hanya menggunakan baju putih Pagoda bersama seluar katuk. Yerlah, Malaysia panas kan. What do you expect.



Sebab Pak Cik Teo semakin dimamah usia, kini cucu-cicitnya pulak yang mengambil alih perniagaan Pak Cik Teo. Disebabkan dunia semakin maju dan berputar pantas, cucu Pak Cik Teo telah membina sebuah kedai batu berhawa dingin yang gagah perkasa di Butterworth. Nama kedai diambil sempena nama Pak Cik Teo. Aku pasti yang pak cik Teo pasti bangga melihat keturunannya mewarisi kepakarannya membuat cendol.

Kedai Pak cik Teo kini menyediakan pelbagai jenis cendol : cendol pulot, cendol durian, dan juga pelbagai jenis makanan lain seperti mango lou, laksa, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Trend kedai masa kini yang sangat welcoming
*Eh orang nak ambik gambar kedai, dia melintas pulak. Huhuhuu.


Menarik dan selesa


Ini bukan cucu Pak Cik Teo tapi pelanggan Pak Cik Teo.
*Lu mau makan apa?


Wahhhhh...
Sila jangan tenung saya lama-lama.
Auhhh, tolonglah jangan mengorat saya






Interior design kedai Pak Cik Teo sangat cool dan lebih cool dari rumah aku. Terdapat pelbagi jenis bingkai gambar yang menghiasi kedai Pak Cik Teo. Gambar dari Pak Cik Teo muda hinggalah Pak cik Teo dah agak berkedut kulitnya.












The great CENDOL





Aku suka mango lou nie.
Super enak, chilling dan MURAH.
HARUS lah murahkan:p






Ini antara pelanggan terawal Pak Cik Teo.



Aktiviti makan kami tidak terhenti sampai di sini.
Next, DURIAN please.
vrooooooooommmmmmmmmm




Wednesday, May 4, 2011

Ulat Gendon Di Muka

Selamat malam dan salam sejahtera. Kali ni aku nak berkongsi pengalaman pasal ULAT GENDON atau ULAT RESDUNG. Sebelum itu, dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada sepupu ku, Mohd Azahar Ismail kerana berjaya menjadi PENSYARAH di MASA College. ABang style lah.Jangan kau sekeh student-student kau pulak nanti.

Ok berbalik pada cerita asal kita pada malam ni iaitu ULAT GENDON atau RESDUNG. Aku konpem ramai di antara kita memandang enteng berkenaan RESDUNG. Kita TAK PERNAH dengar lagi ORANG MATI akibat RESDUNG.

Btw, korang tahu tak resdung tu APA?


Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala atau selsema pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.


Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.


Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus


-Ihsan daripada http://www.klik4sihat.com/tag/punca-resdung


Aku pon ada ternak ULAT GENDON ni dalam hidung dan kepala. AKu boleh tahu RESDUNG aku kritikal bila muka aku gatal-gatal (kalau diri sendiri gatal tue, dah cerita lain) dan JERAWAT aku membiak dengan gembiranya tanpa rasa segan silu.


Pada hari biasa, hanya akan tumboh seketul JERAWAT, tapi kalau kes RESDUNG pulak, JERAWAT akan tumbuh tanpa berhenti-henti beserta GATAL-GATAL di sekitar muka. Lagi satu, selalunya lepas makan INNERSHINE dan kembali RAJIN menjaga MUKA, jerawat akan hilang dengan mudah TAPI jika jerawat tumboh angkara RESDUNG, aku makan INNERSHINE ke, basuh dengan 7 ketul sabun ke, gosok dengan berus dawai ker > semuanya SIA-SIA belaka.


Untuk merawat RESDUNG, aku menggunakan RAWATAN TRadisional. Senang, cepat dan MURAH tapi MAHA Berbahaya. Kalau tak buat dengan berhati-hati, silap-silap, hilang terus muka. Hah, jangan pikir ngarut-ngarut pulak. Tak ada nya aku pakai susuk ker, botok ker...


Memandangkan aku memang tak heran sangat pasal kecomotan aku, meh aku kongsikan rawatan RESDUNG SI Kecil, dibawa khas dari Selayang BAru.


1) Langkah pertama: Sila beli benda ni di kedai-kedai rawatan Melayu tradisional yang berdekatan. Dekat Selayang, 3 batang RM5.



2) Sila cuci MUKA sebersih-bersihnya. Senang ULAT nak keluar melihat alam.




3) Sila gunakan lighter atau dapur gas untuk hidupkan lilin tadi (btw, bukan lilin pon, tapi aku tak tahu apa nama betol nya).

 Konpem teknik ini tidak dibenarkan untuk dikongsi bersama-sama di Telaga Minyak Jaafar

4) Nyalakan API pada SATU bahagian jer yer! Lagi satu bahagian yang TIDAK TERBAKAR tu, akan ada ASAP Keluar. Maka asap tue yang korang perasapkan dekat muka. Jangan korang BAKAR MUKA korang sudah.




 5) Agak-agak lilin tue nak membakar tangan, cepat-cepat lah padam sebelum JARI MaNIS korang terbakar. Gunalah at least 3 batang.




*zomba
Kalau korang nie kaya dengan ULAT GENDON, maka akan banyaklah terdapat
benda-benda putih di atas muka. Ulat tue tak ada lah keluar menggeletis.
Macam tue, aku pon pengsan




Ada macam-macam cara nak merawat RESDUNG seperti makan ubat dan kaedah-kaedah tradisional lain macam video bawah nie : (btw video nie bukan untuk mereka-mereka yang LEMAH semangat)
http://www.youtube.com/watch?v=eoqmSUoG8mc&feature=player_embedded#at=70


Dulu masa aku form 3 until diploma, aku KAYA dengan JERAWAT. Selepas aku menggunakan kaedah nie, JERAWAT pon dah tak ada. ALHAMDULILLAH. Sila-sila CUBA dan kongsikan HASILYA.

Tuesday, May 3, 2011

PUDURAYA berWAJAH BARU

Aku tak tahu kalau korang sedar atau tak yang sekarang nie Hentian PUDU dah berwajah BARU! Gobsmacked! First time aku jejakkan kaki ke sini, aku dah macam RUSA MASUK BANDAR. Sangat moden dan hebat. Dah macam berada di KLIA dan LCCT tak setanding dengan HENTIAN PUDU kini, sebab aku tak nampak sekor LALAT pon beterbangan dalam terminal macam LCCT. Hahahha.

Last aku datang sini masa belajar di UTM Skudai which is 4 years back dan aku memang tak suka PUDU sebab ramai sangat orang, panas dan tidak terautur. Tetapi KINI tidak lagi=)

Mula-mula aku tengok benda nie, aku ingat tangga nak naik ke atas nak beli ticket,
RUPA-RUPANYA ini merupakan tangga berlepas/platform turun ke bawah.
Nasib baik ada pagar, kalau tak confirm aku dah panjat.

Ini pemadangan dari depan.
DAMN. Canggih habis.
Kalau korang nak turun, sila press button di tepi pintu

Pemandangan dari tangga berlepas



Balai Menunggu.
Kenapa lah zaman belajar tak macam nie? Aduyy













Level 2 kaunter untuk membeli ticket







ATM


Lot-lot kedai


Aku suka


Sangat membantu


Dah macam naik flight

Sekurang-kurangnya aku tak marah SANGAT bila kerajaan mengenakan INCOME TAX setiap bulan walaupun aku sendiri dah sangat susah nak survive hidup sepanjang bulan. Kira duit yang dikelepet, tidaklah sia-sia. HIdup BN. Ok out of topic.zassssssssss

Sony MP3 Player - Rewards from Telaga Minyak Jaafar

Telaga Minyak Jaafar merupakan company yang sangat dermawan kerana menyediakan pelbagai insentif dan benefit kepada para pekerjanya. Aku, sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di sini. Sampai sekarang aku masih merasakan NASIB yang menyebelahi aku kerana mendapat tempat di Telaga Minyak Jaafar.

Pada hari Rabu yang lepas, Telaga Minyak Jaafar telah bermurah hati menganugerahkan all EMITian atau para pekerja IT sebuah SONY MP3 Player. Weeehooooooo. Hadiah ini diberikan di atas pencapaian hebat kami yang  TIDAK MENGALAMI sebarang kecederaan untuk "5 million hours". Cuba korang bayangkan, betapa lamanya para pekerja Telaga Minyak Jaafar tidak mengalami sebarang kecederaan. *Aku rasa ada jer yang injured tapi mungkin mereka malas nak report dan tak mahu safety clock kitorang reset kepada 0. Kalau reset pada 0, tak dapatlah hadiah.

Tapi aku memang merasakan bahawa semua pekerja Telaga Minyak Jaafar sangat menitik beratkan akan KESELAMTAN tidak kira diri sendiri, rakan-rakan sekerja, keluarga dan orang-orang di sekeliling mereka. Kudos=)

Pada 2 tahun yang lepas, all EMITian telah dihadiahkan sebijik IPOD Shuffle yang sangat ler chuymel. Sebab terlalu hi-tech, aku telah menghadiakan IPOD shuffle kepada my beloved Mr. Grumpy a.k.a Mahadi. Setelah diketahui oleh Nadia, maka Nadia pon sangat lah jeles dan tidak puas hati. Maka terpaksa lah aku belikan hadiah burfday Nadia SONY MP3 player berwarna merah.(+_+)


IPOD shuffle jer free




SONY MP3 Player Nadia sebagai ganti


Tahun ni kami dihadiahkan sebijik SONY MP3 Player


Kalau pakai, confirm macam CYBORG
Harga sebenar sekitar RM299.

Telaga Minyak Jaafar memang sangat mementingkan keselamatan atau safety. "Safety everywhere and everyday" merupakan safety motto di Telaga Minyak Jaafar. Prevention is BETTER than CURE. Kalau dah injured baru terkiyal-terkiyal nak recover, maka sudah terlambat dan kos juga akan menjadi semakin mahal.

Salah satu issue yang sangat diberi penekanan penting ialah ERGONOMIC. Telaga Minyak Jaafar akan menyediakan office equipment yang SUIT dengan postur dan keadaan badan kita. Contohnya kalau dilahirkan dengan ketinggian ala2 SMURF, maka akan diberikan kerusi yang rendah, monitor yang parallel dengan mata - tidaklah perlu mendongak melihat screen dan setiap para pekerja WAJIB mengINSTALL Office Athlete.

Office Athlete
Office AThlete is a software that has been quietly reminding Windows® users to pause and stretch after reaching measured and medically suggested work levels. It is no surprise that some of the world's largest employers consider Office Athlete®  to be a core part of their employee health and safety initiatives!

Adjusting to Users
Everyone works differently, so Office Athlete® is designed to be customized by each user. The medical doctors who worked on the Office Athlete® software are of the opinion that people should take a short work break and unlock from the static postures they assume while working on their computer.

Hence, the default settings in the Office Athlete® software are set to remind the 'average' person to stretch and change their position, breaking the repetitive nature of their work.