Ad

Saturday, December 21, 2013

House Chores NeVer End

Tribute to Ayien! Sejak haku mengandung, Ayien sangat baik pada haku ^_^ Hehehe... Bagus!!! Kak long suka! 

So gambar di bawah merupakan kerajinan dia di pagi Ahad membersihkan rumah. Selalunya, punyalah payah nak bangun pagi dan MENGEMAS!


AYien jugak PENGGARU setia haku
Kak long: "Yien, tolong garu belakang Kak Long skit" atau "Yien, tolong garu kaki Kak Yong kejap".

Haku bukan mengada-ngada TAPI memang marvellous Ayien garu ^_^ Heheheh. Tapi kesian jugaklah jadi AYien. Kejap-kejap karang mak panggil tolong urut kaki lepas tu abah pulak. Kau memang anak dan adik yang baiklah bro, That's how we roll! (ayat feveret dia)


Late dinner at Burger Bakar Abang Burn Wangsa Maju
Review: Sedap, puas, harga berpatutan dan lagi sedap 
dari CHILI'S. Harga around 11++ Sorry haku tekak Melayu!
Burger Bakar Wangsa Maju terletak terletak berhampiran
dengan stesen LRT Wangsa Maju. Lagi senang korang pakai WAZE!


Sebagai balasan, sepanjang cuti sekolah, haku dan Sang Suami selalu hangkut dia pergi makan-makan dekat KLCC, The Curve, Ikea dan Bukit Bintang sambil tengok movies dan karaoke. Kau jangan terperanjat pulak tengok kakak dan abang ipar kau menyanyi. Memang ala-ala kerasukan setan skit!

Next year merupakan tahun genting untuk AYien..PMR! Kau tahulah nasib kau tahun depan! Kalau kau belajar main-main, tercabutlah kulit kau. Kau tak nak tengok singa betina mengamuk!

Pada AYien, as you are my one and only brother, Kak Long berharap sangat kau belajar bersungguh-sungguh, dapat pekerjaan yang bagus, kerja betul-betul, berani, speak up your mind, jangan biar orang menindas kita dan berdaya saing.

Kak Long tak nak kau susah, hidup merempat dan terumbang-ambing bila dah besar nanti. Dunia sekarang, gaji RM3000 pon tak cukup. Mana nak bayar rumah, kereta, bills. Lepas tue konpem nak berpoya-poya dan belanja awek. Belikan hadiah birthday, anniversary!

Kau pulak tak nak beli sneakers yang hebat-hebat, tshirt remaja-remaja kini atau gadget-gadget yang cool? RM3000 tak cukup bro. Maka BERUSAHALAH dari sekarang untuk masa depan mu! Chewahhhhh.

Make us proud and we got your back brother!
That's how we roll!


Buku Merah Jangan Lupa Bawa ^_^

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk 2014 -__-" Rasanya, baru bulan lepas buat ucapan tahunan 2013 dan yang pasti masih berderet-deret wishlist dan azam yang tergantung dekat pajak gadai:- nak beli rumah, nak beli kereta dan segala macam mak nenek!

Tapiii, something popping out early this year, little munchkin ^_^ Our dearest baby D (okeh nak nickname dia baby D jugak exactly like Vivy....pftsss)


It's been 5 months now and everything seems good and manageable. First trimester amatlah mencabar dan sukar. Hanya ALLAH yang tahu macam mana sengsaranya haku. Orang Melayu ada cakap, apa yang kita rasa semasa mengandung merupakan balasan akibat kedegilan kita macam keldai melawan ibubapa. Pftsss :p


Hormon okeh! Perubahan hormon bukan sebab degil macam keldai!. Masih cuba menafikan disitu :p Haku tak boleh jamah any oily foods. Masalah besar! Mak Tanduk dah lah RATU MINYAK. Bukan sebab tekak den mengada-ngada tapi setiap kali haku cuba sumbat perot haku dengan nasi dan ayam masak sambal, nahhhh satu sinki muntah keluar. Yewwww!

Early pregnancy

Nasib baik haku keje dekat KLCC. Senang nak tibai O'Briens, Nandos dan Subway. Lepas lunch, haku akan berkejar ke Isetan beli buah-buahan atau salad -___-" Haku lahirkan anak Belanda ke Caucasian? Nak makan western je! 

Bukan makanan je menjadi masalah utama, malah kondisi badan pon bercelaru. Haku sorang yang sangat susah nak demam dan SELSEMA. Sejak haku disahkan mengandung, hingus hijau mengalir tanpa henti! Apahal???? Sengsara weh! Nak tidur dan bernafas menggunakan satu lubang hidung memang azab. Nak bercium pon payah, mulot dah bertaut, hidung dah tersumbat, hah mana lagi haku nak hembus nafas??? Biru muka! Tettttttttttt 18sx di situ.

Tangan pon selalu kebas-kebas! Kadang-kadang kanan lepas tue kiri. Haku suspect haku tertindih tangan haku semasa tidur. Haku rasa sakit macam ditusuk-tusuk dan tak mampu nak buat sebarang keje. 

Mak Tanduk pulak dengan baik hatinya mengurut tangan haku agar cepat reda dan pulih. Nahhhhh esok pagi tangan haku super bengkak dan SAKIT. Gua nangis babe! Hah, mana pernah pesilat Selangor nangis! Pftsss..

Haku pon bergegas ke klinik kerajaan Selayang untul pemeriksaan. Macam biasa lah, kalau klinik kerajaan haruslah menunggu 2 ke 3 jam. Tak per! Sabar Dora. Pegawai Kesihatan suruh haku datang the next day minum air gula dan hamik darah! Haku pon pikir "alahhhh setakat minum air gula, apa adahal. Coke tue haku togak relax je!" 

Adele: "Kawan I kata sengsara minum air gula tue! Manis and likat! Tak mampu nak masuk ke tekak"! Damnnnn Adele, so much for an advise! Maka dengan slumber kataknya haku tak buat checkup tue. Hhohhoh. Pegawai Kesihatan ada nasihatkan haku untuk tuam tangan dengan COLD PAX bukan URUT dengan MINYAK PANAS atau tuam dengan AIR PANAS. Makin kembanglah blood vein cik timah. Pftsss

This is the cold pax which cost RM20

Kenapa haku buat checkup dekat Klinik Kerajaan? Hah tue sebab kemalasan dan sifat melengah-lengah haku untuk daftar kahwin dekat HR. Hamik ko! 

2 kali haku buat monthly checkup dekat Klinik Kerajaan Selayang, following checkup dekat Roopi Medical Centre (Roopi nie bagus baq hang) and InsyaALLAH kalau tak ada aral melintang haku dan Sang Suami decide nak deliver dekat Hospital Tentera Tunku Mizan :) 

Lenguhlah tangan haku nak menulis!
Di atas merupakan sessi mencuba maternity gown ^_^
Thanks Sang Suami for the gowns!