Ad

Thursday, November 22, 2012

Nadira's getting HITCHED. Surrrpriseee !!!


Wow…Surprise Surprise Surprise! They are collecting money for my BIG DAY ^_^ Thanx babe. But, shouldn’t it be a SURPRISE? Tersalah hantar ke nie -___-“ Hahahah.
But still, I am content to know that ^_^

Wednesday, November 21, 2012

Monday, November 19, 2012

Burger Kukus Jalan Rejang



Sekarang haku ader craving yang super teruk. Haku suka MAKAN BURGER KUKUS JALAN REJANG ^_^ Btw, burger nie dekat Selayang jer. Dekat dengan rumah haku. Apa yang best pasal burger nie, burger nie akan dikukus, kemudian dibakar dan dicelup ke dalam sos barbeque.

Even though dah kena kukus dan bakar, daging burger still lembut dan kaya dengan perisa barbeque dan roti mentega yang harum. Ok air liur dah kecur. Jom, pergi membesarkan punggung. Ngeh ngeh ngeh.

*Dibantainya baju kawen haku tak muat nanti, pakai barut jer lah haku nampaknya

Friday, November 16, 2012

VirGin MaRy


Doa qunut - hafal! Istghfar - hingat! Rukun semayang - 11!
Doa Junub - Weehoo (bukak toyol)

Tok Kadi "Sign nie, ok da. Boleh balik" -____-"

Tuesday, November 13, 2012

MrKanvas

Di sini haku ingin mengucapkan sebakul terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dan menyumbangkan duit, tenaga serta harta benda untuk hari perkahwinan haku dan Mahadi. Kami mendoakan agar kalian dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH sepanjang masa. Aminnn.

*Ini bukan entry nak berlagak atau menjemah ok nyah! Ini merupakan penghargaan haku dan Mahadi kepada setiap individu yang telah banyak membantu di sepanjang perjalanan hari kebesaran kami.

Satu truck terima kasih haku hamburkan kepada Mahadi, mak, mak mertua, Nadia (my bride of honor), abah, Ayien, Atok, Mak Lang & Pak Lang, Mak Long & Pak Long, Mak Tam & Pak Tam, Zahar, Bedong, Siti Tonjet, Mak Su & Pok Su serta Mak Letih sekeluarga kerana telah banyak meringankan beban dari segi KEWANGAN, TENAGA dan MASA.

Budak nie pon busy nak tolong ^_^

Tak ada korang, konpem, tak siap wehhhh. Nak harapkan haku, memang tak bergeraklah jadinya. Dan haku pasti, di tatkala malam yang basah lagi hening nie, mak long dan mak tam sedang sebok melipat kotak door gift. Huhuhuh. Gambate auntie2 Jemah semua. Haku pulak tengah sebok menghupdate blog. Hohohoho. Nasib baik Mak Long ngan Mak Tam ala2 buta IT. Hohohoh! Zaaaasss


Dan tidak lupa kepada Fitriah dan Hazel ^_^ Huhuhuhu. Korang nie macam tahu-tahu jer haku nak photobooth ^_^ Bagus ler deria ke enam korang. Haku dan Mahadi memang berbesar hati menerimanya. Mekasih ye korang ^_^


Lepas Hazel bagi link MrKanvas, haku terus jatuh hati. Wahhhhhhhhh akak suka dik. So setup untuk photobooth, haku serahkan kepada Hazel dan Fitriah. Surprisssssseeeeeeeeee!!


*Dan sponsorship masih dibuka kepada semua. Perghhhh, kau hingat kau retis ker haper -__-“




It's Never Too Full Or Too Cold for CANDYLICIOUS


Dah lama haku tak update blog akibat super busy carik baju kahwin, temankan abah pergi buat medical check-up atau separuh mati settlekan kerja yang melambak-lambak dekat opis.

Otak semakin buntu! Badan semakin lesu! Tangan semakin kaku! Kalau dorang boleh bercakap, dah lama dorang jerit “Mintak ampun! Udah-udah lah buat kerja!”

Tapi nak buat macam mana, ini lah liku-liku hidup orang kebanyakkan macam haku - yang tak berharta lagi tak glamer. Eh, apahal ;p

My big day is just around the block (less than 2 weeks) dan sepatotnya persiapan haku dah mencecah 90%. Tapi banyak lagi yang tak siap rupa-rupanya -___- sob sob sob…either busy mencengkam jiwa atau duit barrier utama. Ngeh. Serabuk peruk!

Baju nikah baru jer carik minggu lepas. Disebabkan kerja last minute, sauk jer lah apa yang ada depan mata. Nak yang cantik, memang tak mampu – HARGA BAPAK MAHAL!!! Semua yang haku suka, semua mencecah RM3000. Apahal??? -__-" Haishhh, marahnya haku! Kalau yang murah, size pulak  tak ada. Apalah nasib. Akhirnya haku redha dengan segala ketentuan ALLAH. Nasib baik haku nie bangsa tak kisah. Gua sempoi babe! Janji ada baju. Huhuhu.

Dan bila haku curik-curik buat checklist (orang tengah sebok ITSM launching, haku boleh buat personal stuff pulak..duhhh), memang banyak lagi tak siap. Borang kahwin 2C and 2D tak settle lagi, esok baru nak jumpa kadi, door gift ader lagi 500 keping tak cukop, semalam baru decide design and theme pelamin!!! Walah weh..Haku nie kahwin 2012 ke 2013 -__-“ Syabas inspector shahab!

hadiah harijadi Mimie ^_^
*gambar khsan dari Mimie

Sebagai balasan, haku mula memberi appreciation token kepada diri sendiri. Setiap kali haku berjaya melaksanakan sesuatu tugas, haku akan menghadiah diri dengan SEKOTAK AISKRIM. Hohohoho. Indah sungguh hidup.

Dulu, haku tak suka sangat aiskrim, tapi sekarang CRAVING ditahap melampau -__-“ Tak complete hari haku kalau tak dapat aiskrim. Nie semua salah Mahadi dengan Adele. Mahadi suka makan aiskrim McD – Oroe Flurry RM5 tp RM7). Adele pulak suka makan GELATO CANDYLICIOUS (RM9) and Anis pulak suka makan Haagen Dasz (RM14). Kopak cam nie seyhh. Tapi memang sumpah sedap ^_^ And sekarang Mahadi pon dah terjebak dengan CANDYLICIOUS. Hehehhe..Kami suka MECKROCK, bersalut Kinder Bueno di dalam ^_^ Aiseh, kecur air liur..Burrr ^_-

Haku akan hadiah sekotak haagen dasz untuk besh mate haku dekat office pada hari jadi dorang ^_^ Baru jer implement benda nie…Nak belanja makan, besar pulak nafsunya -__-“  Sekrim jer la hadiah diberi ^_^

Nak bagi sedara-mara, jauh pulak kome duduk. Nanti haku bawa balik umah, dah cair macam air liur basi monyet -___-" Siyan korang! Belanja nasi lemak jer lah^_^ Huhuhu! (haku cam dengar mak lang haku cakap "Kwang ajaq punya anak buah!") I have 6th sense

*Mari membuncitkan perot dan membesarkan punggung semua ^_^