Haku dah mula rasa "kehangatan" bakal pengantin baru -___-" Scary baq hang! Nampaknya seluruh family dah mula bekerja keras :
- Mak dah mula histeria carik bekas hantaran, door gift untuk malam nikah dan bunga pahar. Dalam tak nak membazir tue, mak lagi over bershopping tawwwwwww -____-" Ada ker mak request nak karaoke! Biar ler semenggah sikit mak -___-" Sakit usus lah haku macam nie!
- Mak long dah tempah KOMPANG!!!! Nie bila masa pulak haku nak berkompang nie -__-". Nak berinai kecil katanya -___-" Konpem korang bakal menyaksikan "runaway bride" malam nikah nanti. STresssssss!
- Atok dah cat tangga dengan rumah -___-" HAh, jangan lupa cat pagar sekali erk atok ^_^
- Makcik2, Nadia dan Ayien (sebok jer budak lelaki nie) dah busy buat bunga pahar. Yang ini memang kena buat awal sebab leceh dan banyak. Mak teringin nak buat DANCING FLOWER. Ini merupakan bunga pahar turun temurun family kami - dari Mak Long sampai lah ke Mak Letih.
Hasil kerja tangan Nadia dan Mak Tam ^_^
Terima kasih yer kome ^_^
Apahal cincin Mahadi lagi mahal dari cincin haku -_________-"
Main kasar lah Mahadi!
Alhamdulillah di atas rezeki dari ALLAH SWT, haku dan Mahadi dapat menyelesaikan beberapa perkara dan berjumpa package yang murah semasa Pameran Pengantin PWTC ^_^ Alhamdulillah Ya ALLAH.
Btw, Hamas AYam Gajus dekat Sukhumvit tak sedap -_____-"
Maybe bukan taste haku dengan Mahadi!
APa aja lah suggestion ko nie Rudu -___-" Lidah orang tua betol lah ;p
Bagus jugak ada bakal suami yang macam Mak Jemah nie. Haku duduk monitor jer and the rest Mahadi yang negotiate ^_^ Negotiation skill Mahadi memang terbaek. Haku rasa peneng pale
KadKahwinMu. Nak murah tapi nak yang cantik! Nak murah tapi mintak banyak benda -____-
Dan akhirnya, kami dapat apa yang kami NAK ^_^ Wieeee.
- Pada mulanya kami hanya menempah 600 keping card TAPI disebabkan package yang super menarik dan murah, kitorang tempah 1000 keping card pada harga yang sama dengan 600 keping card
- Dalam package yang sama jugak, kitorang dapat 1000 kotak door gift
- Bunting 2'x5' - 2 keping > Hasil Mak Jemah Mahadi
- Canvas bingkai 2'x2'
- Tq Card 1000 keping
- Guestbook 2 ^_^ > Hasil Mak Jemah Mahadi
Sampai sakit2 saraf Mak Jemah, berlari-lari attend pre wedding photoshoot, buat medical checkup, and terus bergegas ke Pameran Pengantin PWTC.
And finally, kitorang buat HIV test dekat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Jauh berbeza hospital askar dengan hospital awam. Tegang jer haku rasa -____-"
Damnnnnnn, scary woiiii.
************
*Untuk bakal pengantin yang tiada masa dan idea macam haku, HAKU MEMANG MENGGALAKKAN KORANG attend Pameran Pengantin.
Ada boutique yang menawarkan harga dan package yang taubat nasuha murah, tak disangka-sangka ada kawan dan sahabat handai yang mengusahakan butik pengantin (maka boleh lah dapat murah), idea untuk membuat pelamin dan baju serta observe in thing terbaru di pasaran.