Ad

Monday, September 19, 2011

My birthday's bash picture

Mintak maap ler yea. Gambar tak berapa nak cerah. Yer lah teman commitee maka agak sebok. Di bawah merupakan gambar2 sempena hari jadi teman di Telaga Minyak Jaafar. Cheers. * sekarang mestilah cheers=) huhuhuuh




Hadiah from Marks & Spencer



Commitee ada buat pertandingan lakonan.
So winner of the day day was Yell-O team.
Serius lawak.

And Fariz antara pelakon terbaek pada hari tue selain Terrence.
Tak sangka korang terror berlakon ^_^

Advanced Birthday Celebration

Howdy=) I would like to express a bunch of appreciation for the birthday wishes and gifts. I am truly blessed with a great family and friends. Once again thank you=)

Yes, I'm getting older, another number increasing, a new sign of wrinkle but who cares? me still gonna live life to the fullest=)

My favourite birthday wishes :

"Selamat hari jadi syg. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. i will love u 4ever and alwayz" - malu lah saya. Btw, tima kasih captain mahadi.

"Nadiraaaaaa!!!!! Happy bday to u warge smurf!!!!" demn u Apon

"Today, a little star was born right across the September sky. A star that shines brighter than the rest of the milky way. Happy Birthday Nadira Jaafar (^_^) You little bright star - " Tq Ando ^_^

Nadia lambat wish -____- So the beloved adik. Pftsss. Eh, bedong wish lg awal tau. And thanks to Jamy, Hazel and Nazleen. Antara mereka yang terawal wish =)

"happy birthday nad comel.wishing you miles of smiles in the coming years ;)" besh fwen, Hazel.

"Wei Kak long. happy bday. Ikhlas dari adik sedara mu yang jauh di perantuan" from Bedong ^_^

"happy bday~~~to my beloved sista@k.yong@jebon hehehe~~~ sorry ler lmbt ckit wish.... smoga pjg umur, impian mnjdi knytaan n happy2 slalu yer bon2.... muahx (^o^)♥♥♥"

"let me just wish you a very happy birthday. May you be bless always. I sincerely wish you all the joy, happiness, wealth, health, true friends, love and bless that a person can get.Remember that age is just a number, a year older, a year wiser, nak dekat mati ni, jom la kiter insaf sekejap ahahaha" by Hamizah Mohamed Said..saya terharu..Tq Mizah

"My dearest fwen, happy burfday k. Make sure jumaat ni ko free kan diri. Kiter celebrate sama2. Aja and Dila, jom celeb jugaks wlwpun korang nyer already past. Anyone else nk join pun ok jerk huhu." - another bestie, Linda

"Happy Birthday budak kecik! muahh" mak andam gua, Kak Yang atau Kak G.

"Tanjō-bi omedetō.. Watashi wa muryō no chokorētokēki o motomete !!!!! Watashi wa suki!!!!" Tq Anak Uncle Jantan.

"Selamat hari lahir Kak Long...semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki... Cepat la pak Teh nak makan nasi minyak akak nie!" from the best uncle in the world - Pak Letih

"oiiiiiiiiiiii Jebot!!! selamat hari terjadinye engkau. semoga pnjg umor+cpt jodoh+tambah tinggi sket+murah rezeki (blh beli jurulatih banyak2 lg). ^_^" from Erin, rindu kau -__-

"Happy Birthday nad. Tiap kali besday ko mesti teringat kisah dajal kite kat utm ;)" Tq Ali Munir aka Eleanour tp apsal husband kau lagi awal -___- sedih.

And tidak ketinggalan pada Nazrien, Zahar Pecekop2 Syazwani Dayana, Shareda Zakaria dan Fitriah kerana tidak mengWISH langsung hinggalah ke hari nie -____- So much for best friends. Heh!



I got a Clock Radio in wood frame for my birthday's present   ^_^ Thank you Telaga Minyak! It was 2 month in advance and the celebration was great.


Aku tak suka baca manual. Poofsss


Aku rasa Telaga Minyak nie suka pamper employee dengan audio system.
Dulu bagi ipod shuffle, Sony Walkman and this year bagi Radio pulak.
But still. THANK YOU ^_^





Sampai sekarang, aku tak tahu macam mana nak guna -___-

♪ Buta IT, buta teknologi, para pekerja masa kini

Budak Sekolah Terlampau

Lepas aku membaca entry di blog : Jawapan Kertas Biologi Paling WIN , teringat aku akan kisah seorang budak sekolah yang berumur 7 tahun yang bergelar "Sepol". Sepol merupakan pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan ehem ehem. Mak selalu cerita pasal budak nie. Mula-mula aku malas nak dengar tapi ada satu kes yang membuat kan aku mula mengikuti kisah Si Sepol nie.

Sepol nie orang nya kecik jer, hitam manis dan botak (haku mula merasakan orang botak memang bermasalah -__- ). Setiap hari, nama budak kecik nie akan menjadi buah mulot makcik2 opis dan para guru.

Kes pertama

Murid: Cikgu2, Sepol kan dia xpakai spenda -___-
Guru Besar: Hah, mana awak tahu dia tak pakai sependa? -____-
Murid: Sebab tadi dia cakap, Saper nak hisap K _ _TE, bagi seringgit -____-. Budak perempuan semua menjerit cikgu.

Seraya Guru Besar memanggil Sepol ke opis

Guru Besar: Sepol, betol ke awak xpakai spenda ?
Sepol: Betol cikgu!
Guru Besar: Apsal awak tak pakai spenda?
Sepol: Spenda saya tak ada cikgu -____-

Seraya Guru Besar memanggil mak kepada Sepol.

Guru Besar: Sepol cakap dia tak ada sependa. Betul ker puan?
Mak Sepol: Dia tipu cikgu -____-. Saya ada belikan dia sependa kat rumah -____-


Kes kedua

 Murid: Cikgu, Sepol bawak CD pompuan seksi

Seraya Guru Besar memanggil Sepol ke opis

Guru Besar: Sepol, mana awak dapat CD nie?
Sepol: Saya jumpa dalam tong sampah dekat tepi jalan, cikgu! -____-

Kes ketiga

Sepol berjalan2 di tepi corridor, sambil memetik pokok bunga

Cikgu: Sepol, kenapa awak petik bunga tue?
Sepol: Ntah lah cikgu. Saya suka-suka jer cikgu -___-

Kes keempat

Cikgu: Kak Ani, peneng saya dengan Sepol nie
Mak: Kenapa?
Cikgu: Dia pegang anjing pulak -____- Pening saya

Mak dan cikgu pon pergi berjumpa Sepol

Cikgu: Meh samak
Sepol: Tak Mau (Sambil mencebik muka)
Mak: Sepol, jom, mak cik samakkan. (maka dengan naifnya, Sepol pon mengikut mak) *Pheehhh, dier tak tahu mak haku lagi garang macam singa -___-
Mak: Meh kita samak. Bukak ayer
Sepol: (Bukak pili air, lantas menjirus kedua-dua belah kasut lalu basah kuyup)

Cikgu: Aduyyyyy Kak Ani, pengsan lah saya -____-

Tuesday, September 13, 2011

Nazrien makan Penampor Gaban!

Semalam merupakan hari Nazrien berperang menghadapi UPSR. Semua orang pon takot dan cuak, Rumah dah macam kapal karam, penuh dengan buku dan kertas -___- Dan semalam juga merupakan hari Ayien makan penampar gaban buat sekian kalinya. Degil sangat. Dah ajar banyak kali tapi tak mau dengar. Rasakan kau!


Hari nie, Ayien jawabb kertas Bahasa Melayu Pemahaman + Penulisan + Matematik II.
Rabu - Matematik I.
Khamis - Bahasa Inggeris I, II dan Science.
Weehooooo...Lepas tue freedom.
Kenapa aku terlebih suka, sebab kalau Ayien cuti belajar, haku pon tak payah mengajar dia.
Penat tau -____-

Selepas sessi memiat telinga dan mencubit lengan -____-
Ye, aku memang garang.

Buku-buku rujukan.
Dulu masa zaman aku belajar, nak beli buku rujukan pon tak ada duit.
Ada one time, haku curik duit mak RM20 sebab nak beli buku rujukan Math Sasbadi
dekat Popular Selayang Mall. Familiar tak nama Sasbadi tue? ^_^.
Nazrien tak payah mintak, memang sudah tersedia di depan mata -___-
Tinggal nak buat dengan tidak jer (+_+). Mak nie pilih kasih lah.
Tahu lah haku anak zink, Ayien anak emas:p teeheee

Mengambil langkah berjaga-jaga sebelum makan penampor yang seterusnya




Monday, September 12, 2011

To my little brother: Good Luck in your exam!

Nazrien!!! Esok dh UPSR (Uhhhhhh Pening dan Seksa Rasanya)!!! Selamat Berjaya! Jangan lupa banyakkan berdoa dan tawakal. Sebelum masuk periksa, amik ayer semayang (tapi sebelum tue mesti lah semayang Subuhkan, kalau tak, tak guna amik ayer semayang -___-), baca 3 kul 11 kali, ayat kursi 11 kali dengan selawat 11 kali.

Wahhhhhhhhhhhhh!!! Haku pulak cuak. Jangan lupa apa yang kau belajar. Relax dan jangan menggelabah woii!!! Jangan buat careless mistake. Wahhhhhhhhh..goosebump....Wahhhhhhhhh haku pulak yang takot.

Mak pesan, kalau tak dapat 5A, jangan balik rumah. G terjun lombong -___-. Wah takot lagi (+_+)

Best of luck dear brother.
Our prayers stay with u.



The One that LoVe U Most
LiTtle Sister, Kecik


Sunday, September 11, 2011

3 Suara - Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu




Saya sangat suka Shylla Hamzah...
Lawa nya -____- Ohhhhh Pening.
Syndrom pompuan cantik kembali, but I'm straight ok -___-


Thursday, September 8, 2011

Update #1: I lost Another Bestie bukan Beef steak=(

The grief begins

Truly friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget.

My pray with you, Apon + Farlina and dear lil' Ariessa.




Azi aka APON

Erin atau nama glamer ROSNAH

2 out of 3 went away.
Erin and Apon, u will always live in my taughts and prayers.
Tears are streaming down my face.
Hate this feelin -__-




Wednesday, September 7, 2011

I lost Another Bestie bukan Beef steak=(

The grief begins

Truly friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget.

My pray with you, Apon + Farlina and dear lil' Ariessa.




COACH in The House! Salessssssssssssssssss

Sila jangan menjerit lagi histeria semua para gadis. Sila tarik nafas, lepas, tarik, lepas. Dah stabil semua. Dibawah merupakan JURULATIH-JURULATIH terkenal yang hendak dijual pada harga yang murah. Let me know, if you like one of those=) Its ori and howt from boutique. 




Green Kristin leather handbag - price range from RM490 up to RM540

Green Kristin (Wallet)- price range from RM400 up to RM450

hampton gold - price range from RM800 to RM1k

 
evening gold purse - price range from RM500 to RM650 


Fushla Wallet - price range from RM600 to RM700

.
.
.
.
.
.
.
.
.



meet my other half=)
Si Kecil Junior.
Officially mine on 22nd Sept 2011 -___-

Monday, September 5, 2011

2011 BBQ Di AidilFitri

Dalam perjalanan balik dari Telaga Minyak Jaafar ke stesen LRT, idea aku nak menulis blog datang mencurah-curah seperti air hingus mak yang tak tertahan-tahan lagi. Tapi bila mata bertentang skrin dan jari jemari asek menggentel kekunci keyboard, satu idea pon tak muncul tiba -___- Dan sekarang aku mula merepek tanpa dapat dikawal. Damn -___-

Pada hari raya ke 5 bersamaan Jumaat, 2 Sept 2011, aku sekeluarga telah mengadakan "BBQ asal sempat" hanya untuk ahli keluarga terdekat. So, janganlah marah kalau korang tak terima jemputan BBQ kami ^_^




BBQ family aku selalunya mengorbankan 2 ekor ayam + sebelah bahu mbeeekkkk atau nama dalam ic nya kambing + sausage (nyum2) + seafood seperti ikan pari dan kembung (murah kan -__- ), sotong dan kerang. Bahan ini2 akan diperap bersama jintan manis + jintan putih + black pepper + rosemary + paprika + AJINOMOTO (haruslah kan...karang tak berasa pulak) dan bendasing2 lain yang dirasakan mampu menaikkan ke'EXOTIC' kan makanan terbabit.  Bahan-bahan nie akan diperap lebih kurang 3 jam. Tapi selalunya kurang daripada 1 jam sebab kitorang dah tak leh tahan akan aromanya -___-


Grill + arang + getah + kapak + bom memang mudah nak carik kat sekeliling rumah sebab atok aku memang suka mengumpul barang2 antik nie. Kitorang tak pernah menghadapi sebarang masalah nak sediakan grill sebab ada pak long yang sangat efficien menyalakan api. Sebenarnya, SUSAH weiii nak hidupkan api kalau tak ada pengalaman -___- Pengalaman di Bagan Lalang menerpa minda.


Alhamdulillah atas rezeki yang diberi. Kuah cicah atau kuah asam akan disediakan dengan terrornya oleh abah. Aktiviti perap memerap akan dijayakan oleh mak long + mak tam + mak teh dan zahar. Mak marinate pon sedap tapi mak dah tak larat. Mak cakap "Nak tercabut lutot haku". Ayat standard mak. heh


Aku tak selalu ada peluang untuk merasa panggangan orang lain. Tapi BBQ terbaek yang pernah haku rasa, dibakar khas olen Andaq dan Adhwa. Pengalaman pertama haku menjamah ayam terbakar deme,  masa kitorang berkelah di Bagan Lalang. Andaq nie bangang sikit nak hidupkan api. Aku + Erin + Alia yang berhempas ayer ketiak nak menghidupkan api yang mengambil masa almost 1 jam. Yang lagi best nya, dapat kat Andaq, dier pergi jirus api tue dengan  ayer. Wahhhhhhhhhhhhhhhh. Rupanya-rupanya, kita hanya gunakan bara nak masak ayam BUKANNYA API. Kalau guna API, tue yang hangus terbakar macam tudung periuk -___-. Captain Mahadi pon cakap dier terror grill. Meh rasa sikit. Asek berjimba dengan kengkawan jer. Awek sendiri mati tak mkan ^_^..teeeheee


Korang mesti tertanya-tanya "Eh kecik, ko watper?" -___-. Aku mengaku RELA yang aku memang tak reti masak. Maka sumbangan aku hanya lah CHICKEN CREAM with butter bread. Teror kan? Hah, jangan pandang teman tak ada mata yer. Nak resipi? Senang jer. Bahan-bahannya ialah seTIN CHICKEN SOUP from Campbell + Sebuku roti Gardenia dan butter from Daisy. Cara-cara membuatnya, bukak tin dan humbankan chicken cream ke dalam periuk panas beserta setin air. Tggu hingga mendidih ^_^.. Hohohoho. Teror kan? KAN? KAN? Nadia telah berjaya dengan bangganya menyediakan spagetthi. OK, jangan bandingkan haku dengan dia. Kalau orang ITALI makan spagetthi dia, menangis kuar ayer idung. Super pedas. Cemar resipi lah TAPI sedap ok. Maka tak boleh comment banyak-banyak.



Makanan tradisional pengikat jiwa



Limau dan kuih-muih.


Kami pencinta makanan aka raksasa grodod.
Chomp chomp chomp.


AJK bakar.
Kita bakar jer.
Eh cik tunang, wat per tue?
janganlah rajin sgt.


Kepedasan makan spagetthi.
Awek membesarkan punggung.


A great chef=)


Mari serbu makanan


Dibawah, merupakan master2 chef terhebat Selayang Baru


Mak tandok


Zahar jerboa


Mak long si hati tauhu...hohohooh...jangan marah ye=)


Pak Lang tergerehe + Syuk si kurus melengking + Padong Bedong


Siti Tonjet + Ayen jebon + Amien pecekop2



Mari kita sental!!!!