Ad

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya AidilfiTri 2011

Wishing you Selamat Hari Raya AidilFitri 2011 from me, mr. fiancee and the whole big happy family in Selayang Baru. 

Have a great time and stay safe everybody=)



My big happy family=)


ehhh...malu lah saya:p



Yup, we are big enough, yet we still got big ang pow=)


Sunday, August 28, 2011

Orang Melayu Beraya Sakan - Aidil Fitri 2011

Melayu kalau raya, memang tak hingat dunia. Semua benda nak dibelinya. Nak beli baju melayu lah, songket lah, kuih-muih lah, langsir lah, perempuan lah (eh silap pulak:p), capal lah dan segala macam mak nenek. Pendek kata, selagi ada duit dalam kocek, segala barang nak beli. Tambahan lagi, kaki tangan kerajaan telah diberikan bonus setengah bulan. Ini lah masanya nak beli gelang barang 7, 8 urat, rantai berutas2. Barulah raya glamer lagi bergaya -___-

Last week, aku, nadia dan siti dojet telah menemankan emak untuk bershoppping langsir di jalan TAR -___- (cakap orang, mak sendiri pon sama). Kami bertolak lebih kurang jam 2 petang dan telah dihantar oleh abah dan ayien. Abah dan Ayien tak nak follow sebab tak suka nak berlaga-laga punggung sambil bergelumang dengan peluhan ketiak yang masam -__-


Inilah bukti nyata bahawa ramainya umat manusia yang nak menyambut AidilFitri. Kejadian berlaku di SOGO. Nak naik escalator pon kena beratur serta dikawal ketat oleh security guard. Haku sangat impress.


Ini pemandangan di ground floor where having super mark down sale. Biler diteliti balik, tak ada lah murah pon barang-barangmya. Sama jer macam hari biasa -___- And kalau murah pon, design macam pheh! Sanggup ker kita nak berasak beramai-ramai membeli baju dan seluar? Nak mencuba, memang TIDAKLAH kan. Tetiba aku terdengar mak bercakap "JOM KITA G BAWAH, NAK BELI BAJU AYIEN"..Wehhhhh ramai orang lah -___-


Each and every floor sangat ramai.


Potongan harga yang menjangkau 80%. Manalah orang tak berebut2 nak shopping -___-


Sessi pemilihan langsir. Harga langsir dekat SOGO, basically sama jer dengan tempat-tempat lain seperti Parkson, Isetan dan ader satu kedai warna oren dekat tepi ikea (tepi PADINI). Aku tahu sebab lepas jer haku bekerja, aku yang rajin membeli langsir. Tahun nie mak pulak take over...Yahooo. Selamat pulus gua ^_^



Nadia with her new haircut.


Aku yang dah penat menunggu mak memilih langsir, lebih kurang 2 jam. APAKAH?


Sessi perdebatan bermula. Langsir jer lah, apa yang nak dianalisa pelbagai? Percanggahan warna dan material. Lain orang, lain minatnya. Haku minat purple, mak minat warna cemeduk macam kelabu, gold...Aduyyyy lah


Sales person yang sangat helpful. Kami suka. Ade satu ahso nie, bila tanya, muka ketat. Nak marah jer. Hello, ko pulak ker yang posa? Damnit.



Setelah 2 jam menganalisa langsir, akhirnya, mereka berjaya membuat pilihan separa setuju -___-



Aku memang tertaik dengan warna purple.
Eh apa tertaik pulak? Tertarik lah -__-



Next journey, kami bergerak ke Wisma Yakin untuk memilih baju melayu abah dan ayien.


Range harga di sini ialah around RM99 hingga beratus2 lah kan. Kalah ISetan KLCC. Mahal gilerlah.



Selepas membuat pilihan, kami bergerak pulak ke Jalan TAR. Nadia sebok membeli shawl. Aku sangat suka LEGO di atas sebabnya, LEGO nie boleh bergerak2. Style. Nak beli, takot mak marah.


Sedang bershopping2, tetiba haku terasa, macam ada benda tertinggal dibelakang. Wah mana perginya VINcci sandal haku -____- Tercabut sudah. Aduyyyy. Masuk nie dah 2 Vincci sandal haku tercabut. Sekali masa mkn dekat Yuen steamboat dekat Sunway. Nasib baik ada Fadzli bagi pinjam selipar ala2 Ronald Mcdonald. Maha besar lah weh. Per lah selipar vincci nie. Mahal jer lebih.



Akhirnya, aku telah merembat sepasang selipar yang comel macam aku yang berharga hanya RM10. Anger bird. Suka2 ^_^


Akhirnya, kami pulang around 6++pm dan berlari balik ke Selayang. Untuk mengelakkan jam, kami berbuka di Selayang di kedai Uncle Tom. 













Lawa tak haku? Lawa kan? Macam orang gila sepere -___-

Maka dapat disimpulkan di sini, sila bershopping awal2 untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas sama ada orang mahupun kereta. Harga tak semurah mana pon dan yang penting kita mempunyai banyak masa untuk memilih dan membeli. Shopping sebelum raya pon, tak adalah lapar dan dahaga. Siap boleh chill2 lagi lepas shopping. 



Saturday, August 27, 2011

KetuPAt aku MengAnyam

Selamat bercuti dan menyambut Syawal kengkawan=) Aku pasti yang korang mesti tengah sebok mengemas rumah + sembelih kambing dan bermain mercun. Indahnya Hari Raya walaupun puasa tak pernah cukup -___-

Kepada sahabat SEISLAM : Ahmad Fadzli Jantan dan Fariz Khan, Selamat Berkerja. Apa barang kerja. Bangla jer kerja waktu raya :p 

Sedang aku sebok membantu anak yatim menjual cake, aku telah diperembat oleh Nadia untuk menganyam ketupat. Hah. Impress kan? Aku pon impress dengan diri aku.

 
Aku yang telah dipaksa rela untuk menganyam ketupat. Siyes, haku reti anyam MAINFRAME ketupat jer, part seterusnya, NADIA akan sambung. Ngeng. Aku tahu ketupat bawang jer. Ketupat palas baru belajar dengan Nadia beberapa minit yang lepas. Math lagi senang lah weh! Tiada kena mengena dengan Add Math di sini. Anyam ketupat boleh diibaratkan pengamiran tahap kelima disertakan lekuk infinity -___- 


Ketupat bawang yang telah siap dianyam.
Wippie.



Ketupats yang berjaya dianyam.
Sebijik ketupat mengambil masa lebih kurang 30 minit -___-
Mahadi boleh menganyam lebih kurang 5 jenis ketupat. Pftttss

Rindunya pada

Aku rindu nak berambut PENDEK!

I shoud have a HAIRCUT


Cherating..Finally






Iftar di tempat grand tapi rasa cm ..pehhhhhh!!!!

Selamat malam semua! Wahhhhh finally haku berjaya menjelaskan bil P1 yang telah tertunggak selama 5 bulan. SUck! Kejadian ni akibat daripada personal pink laptop haku yang terbakar setelah kena hentak atas meja. Saper suruh asyik HANG jer, amik lah kau ubat -__-. Yer, aku memang GANAS. Memain korang.

Aku nak bercerita pasal pengalaman aku berbuka puasa di Royale Chulan, Kuala Lumpur. Memang dah menjadi tradisi di Telaga Minyak Jaafar untuk berbuka puasa beramai-ramai sekali dalam sebulan. 


Organizer pada kali ini ialah Puan Rusmawati. First time aku tengok minah nie, tak nampak pon macam dah kawen. So envy ok.




Presentation di Royale Chulan memang sangat the BOM and grand uols. Sesampai jer kami di lobby hotel, kami telah disambut dengan pelayan2 hotel yang cantik lagi menawan. Tak cukup dengan itu, kami sangat terpukau dengan keindahan dekorasi hotel dalam menyambut Ramadhan. Sangat arabic dan kelasss uols. Di atas merupakan gerbang utama ke dewan santap yang diberi nama Permaisuri.


Berhadapan dengan meja makan kami ialah pentas utama yang memperdendangkan lagu-lagu dari negara timur tengah.


Gazebo untuk dessert dan segala manisan.
Red velvet kawan kitorang, nadi farannie lagi sedap -__-


Ada pelbagai manisan dan buah2an.


Meja makan yang disusun indah.


Hiasan di meja hidangan.
Gabungan warna yang indah.




Per pax RM99 nett.


Juadah tumpuan : Kambing berpusing.



Aku suka ice kacang yang sedap + secukup manis dan cooling ^_^




Ini antara grill dishes yang dihidangkan.
Ada ketam, udang, sotong, lala, kepah dan bermacam2 lagi.
Tapi serius TAK SEDAP. SOrry.

Basically opinion table haku yang merangkumi Anis + Watie + Azmil + Wing Hon + STanley kecuali KAk Ana : semua kata tak sedap dan kebanyakkan makanannya dah sejuk. Hurm. Maybe lain tekak, lain pendapatnya. Its all up to u. Masih sempat lagi untuk mencuba di Royale Chulan =)


Kami yang dh kekenyangan




Friday, August 26, 2011

Iftar di Benjiana SteakHouse

Hello semua. Kali nie aku nak berkongsi pendapat pasal bulan puasa. Kita sering diuar-uarkan bahawa bulan puasa merupakan bulan untuk menahan nafsu, lapar dan dahaga. Betul ker -___-.

Sejak berpuasa, weekend @ weekday aku penuh dengan aktiviti-aktiviti Iftar:

  1. Iftar bersama keluarga dan sanak sedara yang RIUH 
  2. Iftar bersama kawan-kawan sekolah menengah Darul Ehsan dan Teknik Leboh Cator yang sporting
  3. Iftar bersama clan2 di Telaga Minyak Jaafar di Yuen Steamboat, Subang. Korang super kuat MAKAN!
  4. Iftar bersama boss di Telaga Minyak Jaafar di Royale Chulan. Presentation MEGAH tapi makanan...cm pehhh!!!
  5. Iftar bersama bersama gang-gang UTM Skudai yang sangat MENGUJAKAN (siyes ko membuat semua orang tgok bola TERUJA AFFA) 
  6. Iftar bersama member-member UTM KL (serius Linda+Wanie+Aja+Qimie+ANdaq+Adhwa : korang memang superb GILER..hahaha)  
  7. Last but not least, Iftar bersama-sama gang-gang Fuels Marketing. Ini memang muka2 yang selalu temankan aku bukak posa. ANtaranya ialah Ando. Mekasih yer=) Owh Iftar yang agak happening di Rusz Aladdin, kedai nasik beriayani ex colleague di Telaga Minyak Jaafar. Chomp chomp chomp. Sedap weh.


Affa merupakan dalang berbuka puasa kali nie. Dipikir-pikirkan balik, asek aku+Wanie+Affa jer yang jadi organizer. Yang lain nie maner -__-

Kami mejamu selera di Benjiana Steakhouse di Setiawangsa berhampiran dengan pasaraya GIANT. Hanya RM28 sahaja dikenakan setiap sorang. Affa masih lagi mengekalkan sifat TAIK HIDUNG masinnya -__-. Dibawah merupakan alamat Benjiana Steak House:









Affa was the organizer of the day.
Thanks Affa.

Serius, dah lama gila haku tak jumpa Wanie.
Finally, dapat gak melepaskan rindu dendam di kalbu.
Mengalahkan YB lah kau Wanie.

Dapat juga kitorang berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa bagi thn 2011.
Walaupun tak ramai, tp best=)


Ok, satu benda yang aku nak share dengan korang pasal Wanie dan Affa. Affa nie sejak dari zaman belajar  UTM Skudai (sebab masa tue aku start kenal dia -__-), mamat nie sangat fanatik bola OK! Partner in crime dia - RIZAM. Kalau berjumpa berdua, mahu GAMAT cafe sebab suara budak2 nie. Badan, keting KECIK TP suara mengalahkan PETIR. EPL Team kegemaran Affa ialah liverFOOL. hoohoh

Wanie pulak tak minat bola. Wanie lebih suka duduk depan PC main SIM atau baca buku sambil ikat kepala dengan "Morning" towel. Pfftsss -___-

So lepas kitorang bukak posa dekat Benjiana, kitorang sambung tgok bola dekat kedai mamak berhadapan BENJIANA. Dalam team nie, aku + SYihan + Iejan minat ARSENAL. Nik minat MU. Affa minat LIVERPOOL. Wanie merupakan peminat cempaka FC -__-.

Aku suruh Wanie pilih satu EPL team, maka bila lepak tengok bola reramai, tahu lah nak sokong apa. Berdasarkan pemerhatian haku, Wanie lebih cenderung kepada player yang hensem, jambu dan jambu seperti fabregas, bendtner, nasri, walcot, Suarez. Damn you Wanie. Pada mulanya, Wanie cenderung untuk memilih Arsenal sebagai pasukan idamannya. TAPI

Setelah ntah ke saper jebon yang menyumbat gol ke gawang Arsenal (Suarez kot), Wanie terus berpaling tadah daripada Arsenal dan terus menyokong LIVERFOOL. Murtad nya member. HATE U.


 Percaturan sengit.

Arsenal vs LiverFOOL

Budak nie betol2 bermasalah.
Suara dia sorang jer yang menggamatkan kedai.
Turut Disambut megah dengan Wanie yang telah murtad dari Arsenal.
Masa budak berdua nie menjerit, mamak pon geleng kepala.
Kuat weh sorang deme.
Plus dengan riak muka super xkeh blah...

Aku memang ader JINX lah.
Sebarang team yang aku support, KONPEM KALAH