Ad

Tuesday, May 31, 2011

Pre-Solemnization For Me and My Mahadi

Akhirnya tanggal 28 May 2011, Sabtu selepas Isyak, aku selamat diTUNANGkan dengan Kapten Mohd Mahadi, TUDM  yang bertempat di Selayang Baru. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Majlis diadakan secara kecil-kecilan. Sepatotnya lah kan -___- *


Pre Solemnization for Mahadi and Nadira
28th May 2011, Saturday, 9.00pm, Selayang Baru.


Sepanjang persiapan untuk menempuhi hari pertunangan, ader SATU jer BALA yang terpaksa aku tempuhi -___- Masalah SAUDARA. Pfftsss. Issue kecil yang dah diperbesarkan dan memeningkan kepala semua orang. Nanti lah aku story apa yang terjadi yer. Sebab moment tue sangat tak best.


Aku dah start bercuti pada hari Rabu 25 May hingga Ahad 29 May. Maknanya dah 5 hari aku membesarkan punggung di rumah. Nie baru tunang, belom kawen lagi. Aku kecow!!!


Entry kali nie, aku akan ceritakan pasal tetamu-tetamu yang telah turut serta memeriahkan pertunangan aku yang haru biru -__-.


Entry ke 2 akan aku publishkan kegedikkan aku dan Mahadi bergambar, hantaran dan mini pelamin kami sebagai ide untuk bakal2 pengantin di luar sana. ngeh ngeh ngeh.


Next entry akan didedikasikan kepada Nadia + Abah + Mak + Ayien, atok, mak long + pak long + zahar, mak tam + pak tam, mak teh + pak teh + dila + anis + amin, mak su + pak su termasuklah mak lang + pak lang + bedong dan dojet. PHewwwwwwwwww, panjang kan senarai nama yang aku dah terhutang budi? Mekasih yer semua..Tanpa wang ringgit dan tenaga anda, maka tidak berhasil lah satu pertunangan yang aku rasakan INDAH. Eh, baru aku ingat. Aku tak bayar lagi duit meja makan kat atok...Arghhhhhhhh, kira atok sponsor lah tue..hohohohoho


Entry Part 4 pula aku akan bercerita pasal sahabat terbaik yang telah banyak membantu seawal bermulanya plan nak bertunang sehingga lah THE DAY itself. My huge appreciation goes to Supik Fitriah, Hazlina dan Adha yang becak ketiak membanting tulang sebelum dan selepas pertunangan Si Kecil (*_*)




Inilah adik yang telah banyak membantu hingga kurang lemaknya sebanyak 10kg.
Nadia juga lah yang banyak support dan backup aku.
Mekasihhhhhhhhhh Nadia. Sayang kau=)

Kepada Nadia: Sebab gambar kau satu, aku tak leh cerita banyak.
Sila send gambar sejak kita mula berjuang hingga ke peluh ketiak yang penghabisan.
Boleh aku merapu.


Kawan baik aku yang terawal sejak di sekolah menengah.
Dari kiri : Kak Yang merangkap mak andam, Hazel dan Nurul Adha.
Ader 2 orang lagi iaitu Kak Muna dan Fitriah

Umat-umat ni lah yang banyak menolong aku dari segi tenaga, duit, idea dan bermacam2 lagi.
                                                            ♥ u guys

 

Ini merupakan sahabat baik di UTM KL.
Dari kiri Qimie, Linda dan Dila.
Sering membincangkan isu-isu semasa seperti Mrs Sanders:p


Kawan yang sangat supportive.
Apsal lah si Qimie tue senyum lebih -___-


Ada jugak kawan baik dari UTM Skudai ku yang datang.
Sebenarnya, aku ada sedikit malu ngan IELANOUR nie,
SEBABNYA aku tak datang pun majlis pertunangan dan perkahwinan dia.
Sorry IELANOUR. Aku tahu aku jahat. Lain kali, aku join yer.
Mesti IELANOUR tengah ckp "Pfftssss, yer2 jer lah kau"


Pada Syazwani Dayana Daniel > Tak pa lah WAnie, aku tahu kau JAUH kat RAWANG sana!
Nak pecah tanah lagi, nak melawat anak-anak yatim lagi. YB lah katakan.






Nie bukan Wanie. Nie Hazel!
Wanie busy.




Pertunangan aku start selepas Isyak, tapi sampai 7.30 aku masih lagi berlari-lari kambing mencari hantaran yang terakhir. Damn. Lepas tue, diikuti dengan ke salon, kemudian menaiki kereta Hazel ke MAybank untuk membayar duit baki Mak Andam dan Photographer. Kenapa tak nak sediakan awal? -___- Marahlah aku. *Sessi marah diri sendiri.

Sampai 7.30++, aku tak dimakeup kan lagi sampailah Jamy, photographer kecik aku memekak "Weh!! Cepatlah, orang nak makeup". Wow, Jamy marah..AKut2..Tolak gaji kang..Tak mau tak mau yer..Hahahha. Dan nasib baiklah aku dapat mak andam yang super memahami dan penyabar. Dengan aku yang lambat lagi, mulot yang macam bertih jagung TAPI mak andam aku super cool. Mekasih Kak Yang.


Mak Andam dan Hazel.
Bagus mak andam nie, jerawat aku yang BESAR macam batu pon dier dapat tutup.

Kami gembira,
hip hip hoorayyyyyyyy
Hazel: sponsor door gift
Kak Muna & Fitriah: Teman aku shopping, amik cake hantaran


Nak dijadikan DEBArAN lagi sewaktu majlis pertunangan, selepas Isyak pon Mahadi and family tak sampai-sampai lagi. Aku CUAK. AIseh, Tak jadi pulak ke? Mahu aku meroyan. Gila sepere. Aku terus call Mahadi.

Si Kecil: "Laling, mana you?"
Mahadi: "Jap lah. I nak set nie. Kitorang dah depan balai polis (jangan pikir bukan-bukan. Rumah aku dekat dengan balai). I nak kawaD ramai2 pergi rumah u ". Ok, yang akhir tu aku tipu.

Lepas jer aku letak tepon, terus ada bunyik siren keter polis. AIseh. Kau main kecow Mahadi. Tahu lah kau askar, tak payahlah bawak gang. Masalahnya, siren tue betol2 berhenti depan rumah aku. Wow, kelas kau Mahadi. Sexy.

Sebab majlis pertunangan diadakan di rumah atok, aku terpaksa lah menumpang bilik mak tam untuk bermake-up. Sepatotnya sessi sarung cincin akan dijalankan di mini pelamin. Maka bilik pon tak ada lah kemas. Spenda, anak baju kecik semua bergelimpangan di atas katil.


TetiBA, PAP pintu dibuka. AKu baru nak KELUAR, seraya bakal mak mertua aku cakap "Tak apalah. Sarung cincin kat sinie jer lah." PAnic lah photographer + mak andam dengan kawan-kawan aku. Rupa-rupanya, mak mertua aku MALU sebab ramai orang dekat luar termasuk lah pasukan AL ARQAM. Mana datangnya? Mula-mula aku ingat family Mahadi. WOw..Seram uolsss.

aku maintain cuymel walaupun
baju kecik bergelimpangan di kawasan berhampiran.

Rupa-rupanya, tanpa pengetahuan kami, atok aku telah menjemput segerombolan orang masjid untuk jadi orang tengah dan bacakan doa selamat. Baca doa selamat tue aku setujulah TAPI tak payahlah korang yang nak baca bila nak bernikah, duit hantaran dan mas kahwin pelbagai. Bagilah chance dekat family aku dan Mahadi. Sebijik buTir pon aku tak dengar family Mahadi bersuara. Main kecow lah atok nie.

Aku rasa, sepatotnya, uncle nie lah yang bakal membuka bicara.
"Kami datang nie, nak menyunting bunga ditaman". Aiseh
Tapi Tak sempat.


Nak dijadikan horror lagi, mencanak-canak lah mak andam ngan photographer aku masuk ke dalam bilik. "Nad, kau tak cakap sinie kawasan PAS, boleh kitorang pakai tudung. Siap pakai serban, jubah, celak!!" -___- Mana aku tahu, kalau tak aku pon pakai shawl, bukan VALE.

Kami terpaksa repeat sessi sarung cincin selepas orang masjid dah bergerak menjamu selera.


Mak & abah aku pakai baju purple.
Mak & abah Mahadi: Tudung & baju hitam

wahhhhhhhhh
tak sabar nak bergambar dengan Encik Tunang..
grrrrrr...
Hensemlah kamu


Bersambung. Penat aku nak menulis woii.

4 comments:

  1. hua hua hua...

    saket peghut aku weh... bc entry ko ni!
    adeh deh deh...

    apa2 pun.. Congrats, Nad!
    Mekasey sudi mengupah saya...
    ;)

    ReplyDelete
  2. baju da tahap menikah dah.. pheew.. jenuh sabor je encik tunang kau ye? hahaha neway, tahneah la no.. semoga dapat anak ramai nanti yeeer..

    ReplyDelete
  3. tahniah..
    lawa baju tue...





    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Jamy: hahhahahha..mekasih yer

    ponie: kena lah glamer...tunang kan sekali seumur hidup...AMIN

    fyna : tq..i dh follow

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT