Ad

Thursday, June 2, 2011

Part 2 : Pre-Solemnization For Me and My Mahadi

Di bawah merupakan moment-moment manis kami bersama semasa sessi pertunangan. Even tough aku dah couple dengan Mahadi almost 11 years, tapi aku masih lagi malu nak bergambar dengan Mahadi depan orang ramai. Damn, pemalu aku rupanya -__-

Sehari sebelum tue, dah bermacam-macam posing terlintas di kepala seperti meloncat-loncat di atas katil, menari ala2 ular di atas sofa untuk Mahadi dan meloncat ke awan tinggi sambil mengorek hidung TAPI semua pon tak jadi sebab AKU malu.

Aku nak cerita sikit pasal Mahadi. Sepanjang hari-hari nak BERTUNANG, Mahadi sangat cool + understanding + supportive. Yer ALHAMDULILLAH. Aku sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH sebab sebelum-sebelum ni, kitorang selalu jer bertekak. Ada jer benda nak bercakar. Kalau tak gaduh, gatal-gatal badan! Heeeh.

Ok ok. Aku tahu Mahadi sedang buat muka sambil cakap "Owhhhhhhh, ko jer lah baik sekarang!". Sorry yer Mahadi. I salah! Bodoh kan I? Bodoh kan I? Bodoh kan I? Tak, bagus. Btw, aku pon sangat keras kepala dan panas baran. Kalau Mahadi cakap JANGAN, itu yang aku buat. Mahadi tak suka, itu yang aku belasah. ADVENTURE sungguh hubungan ini. Recently, aku dapat merasakan yang aku dan Mahadi cuba berubah dan tak mahu gaduh-gaduh lagi. Penat dan banyak ayer mata telah tertumpah. wink wink wink.

Bukti kesabaran Mahadi

1) Sikit pon Mahadi tak marah lepas melihat aku membeli satu CAMERON HIGHLAND fresh flowers. Maner lah aku tahu banyak sungguh fresh flower yang ditempah. Nak tolak balik, orang kedai tue kata dah tak boleh, tapi nak tambah OK -__- Sungguh komunis. Maka kalau anda hanya nak menggunakan fresh flower untuk hantaran, sedikit untuk pelamin dan dinning table, sila beli around RM200 ke bawah.

Mahadi tak suka sebenarnya aku membazir tapi dia sedaya upaya untuk tidak mencipta sebarang pergaduhan menjelang hari-hari bahagia kami. Tapi telinga akan sedikit terbakar mendengar sindiran beliau.

Mahadi: "U nak berseri tak masa tunang nanti?"
Aku: "Nak! Macam mana?"
Mahadi: "Bunga kan banyak kat belakang tue, u pilih jer lah. Buat mandi bunga. Nak OK lagi, minum"
Aku: -__- Kau main kasar!

Selang beberapa saat, bukan minit yer

Mahadi: "You lapar tak?"
Aku: "Jom makan!"
Mahadi: "Bunga kan banyak kat belakang, kita makan jer lah"
Aku: "Malas aku nak layan kau"

Aku sebenarnya pernah jumpa mak andam aku sebelum nie di hari perkahwinan kawan baik aku, Hazel di Perak. Mak andam aku yang bernama Kak Yang nie, mulot dia pon boleh tahan kepowhnya. Tapi aku SUKA. Tak adalah sunyi jer dunia.

Tapi masa mula-mula aku jumpa dia, muka memang berlagak habis. Aku tak cakap banyak pon dengan dia sebab takot. HAHAAH. Masa hari aku bertunang pon, aku tak cakap banyak. Lebih kurang 5 minit, barulah aku berani kacau dia. Hahaha=) Sikit pon aku dah tak takot lepas tue.


Kalau korang nak tahu, Kak Yang nie merupakan salah sorang makeup artist. Di antaranya LISA SURIHANI dan NADIRA JAAFAR? Eh, saper pulak NADIRA tue? Hahahha


Sory lah yer.
Teman curik gambar kamu=)


Sessi menutup lubang-lubang di muka

Wow, putih mak ngah.
Nampak sangat aku kurang cerah

Sebelum hari tunang lagi, aku dah cakap dengan kak yang yang aku nak
makeup sangat look natural, tak berat dan tak membuatkan aku nampak tua.
Yes, she did a fantabulous job as making me look like Megan Fox.
Ok, cut the issue.

Selepas bertot tet tot tet dengan mak andam


Encik jerawat yang gembira untuk tumbuh di hari pertunangan


Saya bukan sharifah aleya atau melissa saila OK!
Ayat penegasan

Nie apsal stim pulak?
Padahal, mak andam jer pon. Pftsss


Mari buat rambut macam burung tempua.

Kak yang akan makeup dan mintak photographer amik gambar.
Lepas tue, kak yang akan tengok dan touch up mana-mana yang kurang supaya
akan nampak lebih cantik bila bergambar.
Kelas kau maria=)


I'm engaged. Tak percaya *_*


Panjang muncung nampak. Excited lebih lah kau nie=)


Alamak, lupa nak sorok sarung nangka -__-


Sebelum rombongan pihak lelaki datang, aku telah berposing berhabis-habisan di depan pelamin mini yang diilhamkan oleh aku TAPI telah diJAYAKAN oleh NADIA + ADILA + ANIS. Idea nie datang apabila aku membelek gambar tunang kawan baik ku Zaidi bersama Farah. Maka, aku telah menciplak idea beliau. Mekasih botak.


Lawakan?

Photographer aku nie pon, sebok suruh aku buat bermacam-macam gaya. Weh, kau ingat nie gambar kawen ke? Aku dah lah pemalu orangnya. Tapi nasib baik Jamy, kaya dengan idea, tak payah aku nak pikir macam mana nak bergambar. Mekasih Jamy. Korang boleh melihat artwork dia dekat http://lade2010easy.blogspot.com/, http://jamyaj.blogspot.com/ dan juga di sini http://nuttynad-mygreatjourney.blogspot.com/2011/01/main-menu-for-bbq-scrumptious-agas-laut.html.


Sorry, gua lacur gambar lu.
HAHHAHA



Jamy memang gila bila suruh aku bergambar macam ni.
Kau biar ler benar weyyy?


Aku raser photographer sabotaj aku.
Apsal aku GEMOK nie weyy?
Jangan percaya gambar nie TIPU.
Kat luar, aku kecik jer. Pfftss


Aku pon terkejut tengok muka aku cantik -__-
Jangan percaya, tue makeup jer

Nak kemana pulak nie?
Sabarlah, tunang ada kat bawah lagi.




 Wah dah macam raTu jamu NONA ROGUY-__-



Wahhh. Cantik hand bouquet Nadia=)
Hand bouquet je ker?









Muka dah macam Megan fox, tapi TANGAN dah macam nenek
berusia 100 tahun.
Lupa lah pulak nak makeup-_-


Sekarang sampai lah waktu, aku bergambar dengan Kapten Mohd Mahadi TUDM. Kami merupakan COUPLE in BLACK. Pada awalnya, kami bercadang untuk menggunakan OFF-WHITE sebagai TEMA tapi sebab baju pertama aku dah macam rupa mak cik-mak cik, terus aku BELI KEBAYA HITAM. Aku ada ceritakan pengalaman masa tue di   http://nuttynad-mygreatjourney.blogspot.com/2011/04/sabtu-di-jalan-tar.html.


Ini merupakan baju tak jadi dipakai untuk hari pertunangan kami.
Tengok dekat handphone punya lah cantik.
Sampai kawan baik aku Fitriah dan salesperson dekat situ pon kata cantik.
Dah sampai rumah, pakai bawah lampu putih, dah nampak macam saloma.
Saloma pon lagi LAWA.



Serius, aku malu masa nie.
Aku tak tahu aku malu dengan Mahadi atau orang ramai -__-

Alamak...
Pandang-pandang pulak. Stim lah saya.


Saya CINTAKAN anda.
Wow!!! Ayat.

Mahadi pon super penat sebab 3 hari sebelum hari pertunangan, kami sebok mencari hantaran. Jumaat malam, Mahadi siapkan barang-barang nak buat doa selamat on Saturday. Hari Sabtu, sebok melayan orang-orang masjid. Lepas tue siap-siap, nak bertunang. Sebelum bergambar, Mahadi hantar family dia balik rumah dulu. Nasib baik rumah sekangkang jebon jer dari rumah aku. Dah tue berlari balik untuk sessi bergambar. Dah habis bergambar, pergi kemas rumah pulak. PFtssss. Aku taip pon penat. Siyan u laling. TERIMA KASIH yer MAHADI.


Nadia tengah cuba nak menyelit untuk bergambar
bersama bakal pengantin.



Rasa-rasa maner lagi satu tangan Mahadi?
Hhahahha..
Sila jangan pikir bukan-bukan

 Dari Rengit ke SeLayang Baru
Mencari kerang di Tepi Lukah
Abang datang untuk bertamu
Wahai cik adik, berpunya sudah?

 -___-
Apa ke pantun kau nie, Nadira?


Harap-harap kami dapat mengurangkan kekerapan bergaduh.
AMIN


Ini merupakan gambar-gambar favourite aku dan Mahadi.
Mahadi tak cakap pon. Pftsss.
Tapi aku pasti sebab kami sehati sejiwa.

Mahadi nie pon lasak jugaklah.
Ada ke patot duduk atas VALE aku.
Dah tercabut.
Terpaksa import mak andam aku yang tengah
sibuk menjamah hidangan.

Ganas ler yo nie darling. Grrrrrrrrr.
Cuber bersabar sikit. Malam karang yer?
HOOHOHOH. Aku giler.

Another favourite artwork. Sukerlah=)
Janganlah tenung-tenung I Mahadi.
Stim lah I. Aku giler lagi



 BOleh pandang2..sila pegang2...jangan malu2..ikutkan nafsu..style kan lagu?

3 comments:

  1. ha ha ha... ko lacurkan hakuuuuuuuuuuuu!!!
    oh tak rela...

    ni baru tunang, nad...

    esk mu kaweng... idok ler teman ketahuan cenggana pose mu

    ReplyDelete
  2. rajin la plak ko buat karangan yer nad :)
    sweet & nice...xsabar nk join kenduri ko nnt

    ReplyDelete
  3. Jamy : lacurkan nama ko sikit jer..kira advertising lah tue

    anonymous: hehhheheh..menghilangkan stress..nanti kenduri aku roger k

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT