Ad

Tuesday, May 3, 2011

Sony MP3 Player - Rewards from Telaga Minyak Jaafar

Telaga Minyak Jaafar merupakan company yang sangat dermawan kerana menyediakan pelbagai insentif dan benefit kepada para pekerjanya. Aku, sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja di sini. Sampai sekarang aku masih merasakan NASIB yang menyebelahi aku kerana mendapat tempat di Telaga Minyak Jaafar.

Pada hari Rabu yang lepas, Telaga Minyak Jaafar telah bermurah hati menganugerahkan all EMITian atau para pekerja IT sebuah SONY MP3 Player. Weeehooooooo. Hadiah ini diberikan di atas pencapaian hebat kami yang  TIDAK MENGALAMI sebarang kecederaan untuk "5 million hours". Cuba korang bayangkan, betapa lamanya para pekerja Telaga Minyak Jaafar tidak mengalami sebarang kecederaan. *Aku rasa ada jer yang injured tapi mungkin mereka malas nak report dan tak mahu safety clock kitorang reset kepada 0. Kalau reset pada 0, tak dapatlah hadiah.

Tapi aku memang merasakan bahawa semua pekerja Telaga Minyak Jaafar sangat menitik beratkan akan KESELAMTAN tidak kira diri sendiri, rakan-rakan sekerja, keluarga dan orang-orang di sekeliling mereka. Kudos=)

Pada 2 tahun yang lepas, all EMITian telah dihadiahkan sebijik IPOD Shuffle yang sangat ler chuymel. Sebab terlalu hi-tech, aku telah menghadiakan IPOD shuffle kepada my beloved Mr. Grumpy a.k.a Mahadi. Setelah diketahui oleh Nadia, maka Nadia pon sangat lah jeles dan tidak puas hati. Maka terpaksa lah aku belikan hadiah burfday Nadia SONY MP3 player berwarna merah.(+_+)


IPOD shuffle jer free




SONY MP3 Player Nadia sebagai ganti


Tahun ni kami dihadiahkan sebijik SONY MP3 Player


Kalau pakai, confirm macam CYBORG
Harga sebenar sekitar RM299.

Telaga Minyak Jaafar memang sangat mementingkan keselamatan atau safety. "Safety everywhere and everyday" merupakan safety motto di Telaga Minyak Jaafar. Prevention is BETTER than CURE. Kalau dah injured baru terkiyal-terkiyal nak recover, maka sudah terlambat dan kos juga akan menjadi semakin mahal.

Salah satu issue yang sangat diberi penekanan penting ialah ERGONOMIC. Telaga Minyak Jaafar akan menyediakan office equipment yang SUIT dengan postur dan keadaan badan kita. Contohnya kalau dilahirkan dengan ketinggian ala2 SMURF, maka akan diberikan kerusi yang rendah, monitor yang parallel dengan mata - tidaklah perlu mendongak melihat screen dan setiap para pekerja WAJIB mengINSTALL Office Athlete.

Office Athlete
Office AThlete is a software that has been quietly reminding Windows® users to pause and stretch after reaching measured and medically suggested work levels. It is no surprise that some of the world's largest employers consider Office Athlete®  to be a core part of their employee health and safety initiatives!

Adjusting to Users
Everyone works differently, so Office Athlete® is designed to be customized by each user. The medical doctors who worked on the Office Athlete® software are of the opinion that people should take a short work break and unlock from the static postures they assume while working on their computer.

Hence, the default settings in the Office Athlete® software are set to remind the 'average' person to stretch and change their position, breaking the repetitive nature of their work.





No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT