Ad

Friday, May 6, 2011

Teo Chew Penang Road Famous CendoL


Penang merupakan sebuah negeri kecil di Malaysia yang terkenal sebagai syurga makanan. * Per benda yang aku tulis nie! Serius tak ada idea. Ok2, balik semula.

Penang memang terkenal sebagai syurga makanan yang menawarkan pelbagai jenis juadah serta

Minggu lepas aku telah keluar berdating dengan Mahadi di Penang. Dating merupakan aktiviti rutin kami setiap bulan. Hari-hari biasa kami sangat sibuk dan penat dengan agenda masing-masing - Mahadi sibuk berjuang untuk negara manakala aku pulak tekun menjana pendapatan Malaysia. Maka peluang yang ada untuk berdating, akan digunakan sebaeeeekkkkk mungkin.

Kalau pergi Penang, konpem aku dah Tak mampu nampak jari-jari kaki sendiri sebab dihalang oleh perut yang semakin bulat dan buncit. Asal keluar, pasti kedai makanan menjadi tujuan utama, kedua dan seterusnya.

Kali ni, aku nak kenalkan korang dengan sebuah kedai makan yang baru dibuka di Butterworth. Teo Chew ni merupakan the famous cendol seller dekat Penang. Dulu, mamat nie berniaga secara kecil-kecilan menggunakan basikal roda 4. Sebab kesedapan cendolnya, maka berasak-asaklah orang datang untuk mendapatkan cendol Pak Cik Teo Chew.

Inilah muka Pak Cik Teo semasa muda


Panas berdeting pon dah tak menjadi penghalang. Pak Cik Teo ni pon cool orangnya, meniaga dengan hanya menggunakan baju putih Pagoda bersama seluar katuk. Yerlah, Malaysia panas kan. What do you expect.



Sebab Pak Cik Teo semakin dimamah usia, kini cucu-cicitnya pulak yang mengambil alih perniagaan Pak Cik Teo. Disebabkan dunia semakin maju dan berputar pantas, cucu Pak Cik Teo telah membina sebuah kedai batu berhawa dingin yang gagah perkasa di Butterworth. Nama kedai diambil sempena nama Pak Cik Teo. Aku pasti yang pak cik Teo pasti bangga melihat keturunannya mewarisi kepakarannya membuat cendol.

Kedai Pak cik Teo kini menyediakan pelbagai jenis cendol : cendol pulot, cendol durian, dan juga pelbagai jenis makanan lain seperti mango lou, laksa, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Trend kedai masa kini yang sangat welcoming
*Eh orang nak ambik gambar kedai, dia melintas pulak. Huhuhuu.


Menarik dan selesa


Ini bukan cucu Pak Cik Teo tapi pelanggan Pak Cik Teo.
*Lu mau makan apa?


Wahhhhh...
Sila jangan tenung saya lama-lama.
Auhhh, tolonglah jangan mengorat saya






Interior design kedai Pak Cik Teo sangat cool dan lebih cool dari rumah aku. Terdapat pelbagi jenis bingkai gambar yang menghiasi kedai Pak Cik Teo. Gambar dari Pak Cik Teo muda hinggalah Pak cik Teo dah agak berkedut kulitnya.












The great CENDOL





Aku suka mango lou nie.
Super enak, chilling dan MURAH.
HARUS lah murahkan:p






Ini antara pelanggan terawal Pak Cik Teo.



Aktiviti makan kami tidak terhenti sampai di sini.
Next, DURIAN please.
vrooooooooommmmmmmmmm




No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT