Aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Selayang Baru (2), dan kemudian meneruskan perjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru (2) yang kemudiannya bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Selepas PMR, aku telah berpindah ke Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka. Tak payah WOW! Sebab aku hanya bertahan selama 6 bulan.
MRSM Jasin
Kenapa aku lari dari MRSM? Sebab haku tak tahan dengan 1001 satu protokol. Wehooo. Antara peraturan-peraturan yang memeningkan kepala ialah :
1) Nak pergi pondok telefon kena pakai stokin even tough korang pakai selipar -___-
2) Nak pergi cafeteria, kena pakai baju kurung dengan kain dalam dengan anak tudung dan stokin -___-
3) Dalam kawasan asrama perempuan, tidak dibenarkan pakai seluar pendek -___-
4) Tidak dibenarkan buka lampu selepas pukul 11 malam -____-
5) Tak boleh tidur petang -___- Aku merupakan umat yang akan tidur petang dan study tengah malam.
6) Kena beri salam atau greet senior. Wah, banyak cantiik muka korang. Korang ingat nie KEM ASKAR ke haper!!! Banyak glamer korang! Memang aku ada masalah dengan AUTHORITY.
7) Senior selalu buli JUNIOR. Bila pikir balik, apsal aku bangang sangat pergi follow apa yang dorang suruh buat! Ada ke patot, pepagi subuh senior mangkok suruh kitorang buat gaya menunggang motor dengan membengkokkan kedua-dua belah kaki atau buat helikopter dengan meletakkan jari telunjuk dekat tanah, lepas tue, kena pusing. Kalau aku sedikit berani dulu, memang aku tubuhkan satu PARTI PEMBANGKANG dekat asrama. Tapi dah terlambat -____-
8) DIHARAMKAN untuk berkawan rapat dengan LELAKI. Kalau senior find out, maka gelaplah hidup. Korang akan dipanggil masuk kedalam bilik senior lalu ditazkirah beramai-ramai.
Kerana tidak betah dengan protokol-protokol asrama, aku telah fly balik rumah dari hari Khamis and balik semula ke asrama hari Selasa. Wehoooo. Maka aku hanya masuk ke kelas hari Rabu dan Khamis. Lepas kelas, aku terus balik Selayang. Selayang dihatiku.
Disebabkan perangai aku yang tak semenggah, ibunda ku telah mengeluarkan aku dari MRSM dan aku telah dimasukkan kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan. Hehheheheh
Ok, entry ni bukanlah nak menceritakan pasal aku keluar masuk sekolah tapi akan perkara-perkara yang pernah menimpa kita tapi kita tak berani nak bersuara akan sikap guru-guru kita.
Antara perkara yang tidak boleh aku lupakan, even tough benda nie dah lepas almost 11 tahun, tapi sikap CIKGU ni, masih segar diingatan. Apa dia BUAT?
Masa Form 5, seperti yang diketahui ramai, aku nie budak separa nakal dan memang berhaluan kiri dengan kawan-kawan sekelas. Kalau student kelas depan, cikgu akan beranggapan yang korang nie baik. Baik macam mana? Baik seperti rajin, mendengar kata guru, tak nakal, DAN bagi yang perempuan KENA PAKAI TUDUNG semasa di dalam atau di luar sekolah. Yer, dekat sekolah aku pakai tudung (WAJIB!) tapi kalau dekat luar, aku tak bersedia lagi. Aku nie super active dan memang tak reti duduk diam. Aku akan keluar pergi bersilat, main NETBALL, pergi berpidato dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, selagi ada pertandingan dekat sekolah, aku nak menyempel. Muka Tembok China kan. Kawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. *Rasanya, aku nie tak ada lah nakal mana pon.
Siyes, aku chuymel
5 Sains 1
Pesilat sekolah
Penolong Bendahari Kelab Bola Jring
Naib Pengerusi Kelab Bahasa Melayu
Setiausaha Kelab Pencegah Jenayah
AJK Kelab Pengawas
AJK Persatuan Pelajar - Pelajar Islam -___-
-----------------------------------------------------------------------------------
Serius aku GIPANG - Gila PANGkat..pftssss
Nak dijadikan cerita, aku baru lepas percubaan SPM. Aku berjaya mendapatkan markah yang agak bagus untuk Paper 1. Subjek apa? Itu RAHSIA. Masuk Paper 2, markah aku agak rendah. Aku pon terus bertanyakan kepada guru yang selama nie menjadi idola ku. Jawapan yang aku dapat "NAK BAGI MARKAH NIE PON, KENA TENGOK ORANG JUGAK". Apa Ke Maksudnya????????? -______- Aku tak nak dengar ayat seterusnya. Menyakitkan jiwa dan raga.
Ada lagi sorang cikgu nie pulak, sibuk-sibuk mengadu pasal NAdia dekat aku. Cikgu nie cakap "Cuba kamu nasihatkan Nadia tue supaya belajar macam kamu". Aku memang pantang kaki-kaki mengadu nie. "Macam mana saya nak nasihatkan dia, saya pon tidor. Saya tak belajar pon". Bukanlah berlagak, tapi panggil lah NAdia personally dan tak payah libatkan aku. Kalau aku jadi NAdia, mesti kecik hati.-___-
Ada lagi satu kes, semasa aku menuntut di UTM Skudai. Pensyarah nie, merupakan penyelia untuk projek akhir kami. Setiap sistem yang dihasilkan, hendaklah diupload ke dalam server dan presentation hendaklah dibuat pada server bukan pada localhost atau personal komputer. Kami telah diberikan due date untuk mengupload system masing-masing. Lambat, tidak akan diterima. TAPI kalau korang anak BUAH penyelia kurus melengking macam lidi nie, korang BOLEH UPLOAD sistem korang sampai lah saat-saat terakhir. KENAPA ada double standard? Kenapa PENSYARAH bersikap macam NIE? Kenapa? Marahnya aku. pfftssss. *familiar tak kengkawan UTM Skudai ku, siapa lecturer nie? Kenal kan?? Kan?? Kan??
Tapi hanya ada 3 keratlah yang ada problem, lain semua OK. Semua merupakan favourite cikgu dan lecturer EXCEPT 2 kerat nie.
Kepada semua guru-guru di Malaysia, saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan terima kasih di atas segala pengorbanan anda yang tidak akan mampu dibalas sehinggalah ke akhir hayat. Tanpa jasa-jasa anda, tidak mungkin saya disini hari ini.
No comments:
Post a Comment
chanT-chanT from The HearT