Ad

Thursday, May 19, 2011

L.O.V.E is in THe AIr

Ramai kawan-kawan sebaya aku dah selamat ke jinjang pelamin. Hanya kami, warga-warga terpilih yang masih belum mempunyai rezeki lagi.

Entry kali nie akan membincangkan perangai-perangai LELAKI semasa nak mengorat perempuan dan selepas berjaya mendapat apa yang mereka nak -___-

*Pada abah dan Mahadi, nie bukan entry untuk anda kerana anda adalah dalam kategori ANGEL. chewahhhhhh!!!



Sebelum Kawin:
Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wanita. Paling ketara apabila mereka sanggup berhabis duit dan bersusah payah untuk menelefon sang wanita pada setiap hari. Tak kira hujan atau panas berdeting serta berhabisan berguni-guni duit syiling asalkan dapat mendengar suara nan indah sang wanita.

Dah Mendapat
Sang Wanita: "Baby, naper dah lama tak call i? U pergi maner nie?"
Lelaki Kasanova: "I busy lah. Pagi tadi ader meeting. Malam karang pon ader meeting jugak. Tak tahulah boss I nie. Tak paham orang nak balik ker"..Ececece..sebenarnya nak menggatal ke tempat lain. Hello encik lelaki, kami ada 6th sense tau!

*****

Sebelum Kahwin
"Dia lah wanita pujaan ku. Hanya satu-satu nya wanita yang cantik jelita dimataku. Biarlah seribu bidadari yang datang, tak kan pernah menggugat hatiku". "Saya akan menerima awak seadanya". Padahal sang wanita hanya berwajah ala2 Ruminah Sidek.

Dah Lunyai
"Apsal selekeh sangat nie? Tak suka lah saya. Dengan lemak berlipat-lipat, comot-momot". Walhal sang isteri sebok menyediakan makanan tengah hari dan mengemaskan rumah. Kalau dengan mak aku, dah kena terajang dah lelaki macam nie.

"Pakai baju tak bergosok". Padahal itu adalah kulit isteri sendiri. -___-

Lelaki 1: "Kau tengok pompuan tue, punggung baeeeekkk punya".
Lelaki 2: "Tak lah, aku lagi suker cikaro yang tepi tue...MANTOP ala-ala Kim Kardashian!". Korang nak mampos ke haper?

*****

Sebelum Ehem-ehem
Sang Wanita: "Bang, jom kita pergi jalan-jalan".
Lelaki hidung belang: "Jomlah darling. Boleh kita window shopping sekali"

Dah ehem-ehem
Sang Wanita: "Bang, jom kita pergi jalan-jalan".
Lelaki hidung belang: "Malaslah!!! Tak payah nak membazir2 duit. Duduk rumah. Penat tau tak saya membanting tulang setiap hari mencarik nafkah. Awak apa tahu?" Sambil menjegil2 kan bijik mata.


*****
Sebelum DiIjab KabuLkan
Memang indah sebelum kahwin. Encik Lelaki akan sentiasa memegang tangan dan hati sang wanita tanpa sekelumit pon perassan busan. Nak pergi kedai, pegang tangan. Tengah makan, usap-usap tangan. Orang meninggal, gentel-gentel BCG. Dunia ni, mereka yang punya.

Selepas "Aku Terima Nikahnya"
Sang lelaki jalan 10 batu jauh ke depan manakala sang wanita pulak terkiyal-terkiyal dibelakang. Bila sang wanita cuba mencapai tangan sang lelaki "Eh, awak nie tak malu ker. Dah tua-tua buat perangai". T____T





Aku terpaksa UPLOAD gambar yang kurang sensual, karang berlubang gambar nie!

Jangan lah encik Mahadi bertukar menjadi seperti lelaki-lelaki di atas. Amin.

1 comment:

chanT-chanT from The HearT