Ad

Wednesday, June 8, 2011

Part 3 Nadia and FamiLy : Pre-Solemnization For Me and My Mahadi

Hari ke 12 aku bergelar tunangan orang. Aku tahu, sepatotnya entry pertunangan nie dah habis, tapi banyak gambar-gambar yang aku nak kongsi bersama. Aku punya suka lah kan, blog aku. Wah, main kasar.

Ramai yang tanya, berapa kos pertunangan aku dengan Mahadi. Jawapannya..TAK TAHU -__- Aku tak suka nak membuat kira-kira, maka planner STARBUCK hanya penuh dengan apa benda nak beli, sape nak jemput, door gift saper nak sponsor :) dan dekat mana nak gentel-gentel BCG lepas tunang. Wah, giler.



Aku akan berasa sangat sedih dan kecewa melihat duit yang keluar seperti air sungai yang mengalir tak berhenti-henti. Dan setinggi ucapan terima kasih kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang banyak menyumbangkan tenaga, masa dan DUIT < nie paling penting nie=)

Di bawah merupakan senarai-senarai mangsa yang telah berpenat lelah dalam menjayakan majlis pertunangan Si Kecil dan Mr Grumpy

1) Mak : Main sponsor untuk makan malam. Nasib baik aku tak payah keluar sesen pon. Yahoo. Mekasih mak garang=) Makan malam kami ialah masak lemak nenas, kari ayam, sambal belacan dan ulam-ulaman, errr lain tak ingat.

2) Abah : Sponsor muffin untuk door gift dan sanggup berpenat lelah  menemani aku bershopping walaupun dah tak larat jalan.


Perot tue dah buncit sangat.
Tue pasal lah tak larat jalan-___-
Siyes, anak durhaka.



Sebab AYien sebok dengan peperiksaan pertengahan tahun,
maka mak dan ayien duduk rumah. Belajar.

Kami terpaksa mengalas perot dengan Cadbury Chocolate
sebab sangat lapar.



Baru aku tahu kenapa aku rendang lagi bonzai-__-


Nadia dan abah yang gembira dapat lari dari mak yang
asek membebel sepanjang hari. Hohoho.
Mak kami garang worr-__-

Destinasi pertama aku adalah kedai bunga di Petaling Street.
Kedai yang berwarna-warni dan wangi.
Masa ni, aku ternampak Cheryl Samad.
Tapi kami tak sempat nak layan Cheryl sebab sangat sebok.
Sorry Cheryl.

China Town.


Sepanjang menelusuri jalan pulang, aku ternampak sebuah kuil yang sangat RARE.
Apa lagi, sessi bergambar lah.
Kadang-kadang aku terpikir, boleh ker kita UMAT ISLAM masuk ke dalam??


Maap ler, tepon tak berapa besar lens nya.


Ini lagi satu bangunan yang rare dan unik.
Dah macam balai polis dalam cerita hindustan.
"Syabas Inspektor sahab".


Sewaktu nak pulang, tetiba kereta tak boleh start-__-.
Macam-macam lah.
Abah pon suruh aku dan Nadia tolak kereta.
Lepas aku kuar dan letakkan tangan kat bumper kereta, tetiba engine keter start,
seraya abah bersuara "MASUKLAH!!! Dah start!"
Diikuti sorak ketawa.
                                                           Sampai hati BULI anak sendiri.
Apa lah nasib-__-
 

3) Nadia : Sponsor peniti, reben, gam UHU dan bermacam-macam lagi. Tapi yang paling penting, NADIA telah berjaya melaksanakan PELAMIN dan HANTARAN IMPIAN aku. Hohohooh. Nak harap aku yang buat, hurmmm, mungkin TIDAK LAH. Tangan ROBOCOP, apa pon tak reti. Siyan keluarga aku dapat anak macam nie-__- 



Abah yang gembira dapat minum COKE dan makan AISKRIM.
Makanan ni ditegah di rumah sebab abah ader penyakit kencing manis.
Kat rumah, abah takot emak. Hohohoho.




Nadia yang banyak makan. Nak kurus konon -__-


Ayien temankan aku bershopping pada hari Jumaat.
Sebenarnya, Ayien yang nak shopping, bukan AKU!
Pau orang nak bertunang pulak-__-


Nadia yang buat, lepas tue Nadia suruh sambung sebab nak buat hantaran.


Last-last, Nadia buat balik sebab AKU TAK TAHU -__-


4) Dan tidak ketinggalan family besar aku.
  • Atok sponsor meja makan
  • Mak long merupakan chef utama dan telah menyedekahkan aku RM150. Wow! Rezeki-rezeki. Alhamdulillah
  • Pak Long > pembantu chef dan basuh ayam
  • Mak Lang > Bagi buah pikiran. Hohohoho.
  • Pak Lang > Penanggah
  • Pak Teh > Pembantu chef dan penanggah
  • Mak Teh > sponsor candies, pembantu chef dan penyambut tetamu. Mak teh pon dah sedekah RM50. Suka^_^
  • Mak Tam > pembantu chef, menghiaskan pelamin dan hantaran serta penanggah. Mak tam bagi RM50. rezeki lagi.

Muka puas setelah berjaya membuat one of the mini backdrop.
Tak lama mak tam tolong buat hantaran sebab lepas tue
mak long dah perembat mak tam untuk masak. Nasib2!


  • Pak Tam > Pembantu chef dan penanggah
  • Pak Su > Penanggah, pembantu chef dan buat backdrop pelamin
  • Mak Su > Buat backdrop pelamin dan hantaran

  • Zahar > pembantu chef, setting candies dan penanggah
Tak sangka aku kezen lelaki aku ni ada bakat

  • Bedong > Penanggah dan pembantu chef
  • Adillah > Wahhh, ini orang kuat untuk gubah hantaran dan pelamin

  • Anis > ini pon orang kuat untuk gubah hantaran dan pelamin

  • Amin dan Siti > temankan Ayien berlari satu rumah -__-
  • Uncle Syamsul dan AUntie Zie > Penanggah dan penyambut tetamu

Sebok membuat setting pelamin.
 Masa nie meriah dapat berkumpul ramai-ramai.

Adik dan kezen yang happy even tough dah malam buta.

Akhirnya, setelah bertungkus lumus sepanjang hari, majlis dapat dijalankan dengan jayanya atas usaha setiap ahli keluarga. Tanpa anda, majlis ini tidak akan dapat berjalan dengan lancarnya. Terima kasih sekali lagi. Aku sangat bertuah kerana mempunyai sebuah keluarga yang besar dan dikelilingi oleh orang-orang yang ceria dan bahagia.

Walaupun, bermacam-macam masalah yang timbul seperti pertelingkahan tempat dan sebagainya, kami dapat mengatasi isu-isu tersebut dengan baik. Memang susah nak puaskan hati setiap orang. Pada mulanya aku nak adakan majlis pertunangan nie di rumah jer, tapi di atas permintaan atok dan seluruh kaum kerabat yang lain, akhirnya aku akur untuk buat dekat rumah atok.

Mula-mula aku ingat nak boikot majlis tue. Tak nak pakai baju tunang, tak nak makeup, tak nak bergambar. Tapi setelah melihat fresh flowers satu cameron highlands, cair jugak EGO aku. Yerlah, membazir jer beli bunga banyak-banyak TAPI tak pakai -___-. Aku main kecow.



Ini merupakan orang kuat pada majlis pertunangan aku.
Betapa bernilainya anugrah ALLAH yang tak akan dapat
dibeli dengan wang ringgit.


Super kezen yang rawks dan sentiasa menyokong event-event keluarga.
Korang AWESOME.


Pihak-pihak yang sponsor DUIT.
Lagi lah aku sayang.

Nadia merupakan kawan baik aku DUNIA dan AKHIRAT.
Maybe ada di antara kita yang tak rapat dengan adik beradik sendiri,
tapi tidak pada aku, nadia dan ayien. Kami boleh berkongsi bermacam-macam
isu dan masalah. Kitorang jugak boleh bergurau dan bergossip bersama.

Something that has been instill since YOUNG and it grows stronger each and everyday.
Thanks mom^_^

Kalau aku kena marah dengan mak , NADiA akan backup.
Begitu jugaklah sebaliknya.







Saya SAYANG anda semua




2 comments:

  1. pergh



    bapak ko bleh buat prank mcm gitu ek?

    LEGEND

    ReplyDelete
  2. hahahahah...sunnguh dahsyat lah abah macam nie

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT