Ad

Tuesday, June 28, 2011

Sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Kengkawan, sorry tak dapat reply chant-chant from the heart aka comment korang. Ada Problem with my blog account. ADehhh -_-



Switchblade



           Selepas pulang dari KLOSHC Family Day pada pukul 3 petang, aku sekeluarga pulang ke rumah dengan perasaan dan perut yang sangat gembira. Akibat keletihan yang teramat sangat, aku sekeluarga telah pengsan berdengkur daripada pukul  5 petang sampailah ke pukul 7 petang KECUALI emak yang sibuk mengunyah pizza dan KFC di depan TV sambil menonton CINTA Melody. Pfftsss. *Karang seboklah kata gemok. Pfftsss.
Aku terjaga daripada tidor setelah menerima pesanan ringkas dari Andaq Fithry dan Adhwa Aliman. “Nad, jom lepak SwitchBlade. Aku dari IKEA. Aku amik ko 8++”. Wahhhhh, penat pon tak hilang lagi. Tapi dah lama aku tak lepak dengan Andaq dan Adhwa selepas kes Nazleen, di mana aku berasa janggal untuk bersembang dan berbual dengan salah seorang lagi kawan baik Andaq. Kenapa? Sindrom Perempuan cantik menyerang! Aku speechless dan terkedu. Hehe. Sorry Andaq. As, Nadia pon tak pernah lagi pergi Switchblade, maka aku setuju untuk pergi Switchblade. Aku pon reply sms “Ok ON. Aku bawak Nadia yer”.

Her Boring

 His Perv

Switchblade™ Kuala Lumpur is a clothing store & diner providing a complete alternative lifestyle to you with our retail line from Europe and USA. We are proud to represent these fine brands:

1. LIQUORBRAND™
2. KOZUMIKKU™
3. HOTRODHELLCAT™
4. SIX BUNNIES™
5. SB KIDS
6. IRON FIST
7. CROWN DELUXE sunglasses
8. SE BIKES
9. NIRVE

Open since 19th June 2010.

Operation hours:
11.30am - 1 am (Open everyday except MONDAY).

Location:
A2-G1-07, Solaris Dutamas , No.1, Jalan Dutamas 1
Kuala Lumpur, Malaysia, 50480

Source from Switchblade website:

      Switchblade similar dengan western-western restaurant yang lain tapi lebih murah berbanding Chilis, TGI dan Victoria Station. Recognition dish yang famous dekat   Switchblade ialah Rockabily Burger, Mash Potato Pie dan etc. Murah dan sedap.









                Selain daripada menawarkan makanan yang sedap dan murah, Switchblade juga menjual pakaian-pakaian nan indah untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. One word > Sangat Cool and style. Design Switchblade menyerupai Ed Hardy. Heh, kalau korang suka Ed Hardy, maka korang sukalah Switchblade. Selak jer helaian busana yang tergantung, mata aku dan Nadia ber’blink2’ kegembiraan. Tshirt yang cool, skirt yang super choymel dan kitten heel super kinky. Tapi, kalau aku beli, kat mana lah aku nak pakai semua nie? Pergi kerja naik LRT, maka NO to kitten heel. Skirt pulak Mahadi dah LARANG  -__-


                Switchblade juga ada menjual basikal berwarna-warni seperti merah jambu, oren, kelabu dan hitam bermula daripada RM1000 hinggalah RM10,000. Ikutkan nafsu, memang aku nak perembat basikal yang berwarna merah jambu TAPI konpem basikal ini akan berhabuk dan berkarat di rumah  -_-

                Yang terbaekkkkkkkk di Switchblade ialah LIVE BAND yang dianugerahkan dengan kekuatan vocal super marvelous. Kita sebagai customer, mempunyai PELUANG untuk menyumbangkan suara yang sudah sedia SUMBANG. Sesiapa pon dibenarkan PERFORM tapi secara free. LIVE BAND ini akan mendengdangkan para pelanggan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad secara open air.

When the blogger reblog


Shop Til You Drop

Setelah 3 bulan mengikat nafsu daripada membeli belah, AKHIRNYA aku berjaya MEMANJAKAN diri. Mari meloncat sambil mengangkat kain. Yahooo! Segala penat lelah dan stress akhirnya HILANG.

Minggu lepas, Telaga Minyak Jaafar telah menghantar aku mengikuti kursus Windows Server 2008 di CentrePoint, Bandar Utama. Aku tak pernah lagi menjejakkan kaki di Centre Point Bandar Utama. Where the hell of this place? Yer, saya sangat Selayang sebab tak tahu mana Centre Point. Sungguh tak glam lah tempat tue.


Trainning bermula dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat bertempat di Iverson. Untuk ke Iverson, aku menaiki teksi melalui lebuhraya LDP. Kenapa naik taxi? Aku ni umat yang miskin lagi lemah. Maka aku terpaksa menggunakan taxi sebagai medium pengangkutan utama. Sila jangan komentar panjang-panjang! Naik taxi lagi mahal?

Meh kita buat kira-kira. Setiap bulan korang kena bayar duit kereta, road tax, duit minyak, duit parking, maintenance dan additional expenses seperti tayar depan meletop, terlanggar kereta mak cik gayah depan rumah dan refill aircond kereta yang dah panas macam neraka. Total expenses boleh mencecah beribu-ribu ongkos dan rupiah, Aku hanya bayar tambang taxi pergi dan balik saja. Kalau tayar taxi tue pancit, driver lah yang tukar. Aku tak ada kena mengena. Aku hanya naik dan bayar. Hohohoho. Ok. Jangan korang perpanjangkan persoalan nie. Aku tahu, akhirnya, aku tetap akan kalah dalam perdebatan ini. Pftss-_-

OK. Aku melalut lebih hebat kali ni. Center Point hanya 5 minit dari One Utama dan IKEA. Aku tak paham, kenapa Telaga Minyak Jaafar nak hantar kursus ke tempat-tempat berhampiran dengan pusat membeli-belah. Ini akan membahayakan kesihatan kewangan aku. Itu PASTI. 


Lepas waktu bekerja pada hari Khamis minggu lepas, aku terus roger c lan2 shopping. "Weh, jom teman aku shopping". Kerana dianugerahkan side kick yang memang suka bershopping, jawapan yang korang boleh expect ialah "Jommmmmmmmm". Even tough OU jauh dari Telaga Minyak Jaafar, mereka sanggup redah biarpon traffic jam dah macam sardin.

Sementara menunggu sahabat-sahabat handai sampai di tempat yang dijanjikan, aku telah bergegas ke The Curve. Dalam hati dan kotak pikiran, aku cuba sedaya upaya untuk TIDAK membazir -_-. Hurm, tak sampai 5 minit, aku dah macam orang gila dalam MNG. Nampak signboard SALE, aku terus meloncat kegembiraan. Bukan selalu sale. MNG The  Curve lagi besar dari KLCC. Maka berdarah lah mata melihat segala dress, pants dan baju yang tergantung megah. "OK Si Kecil. Focus. Satu jer".

Aku bangga denga diri sendiri kerana aku hanya REMBAT sehelai JEANS berwarna KELABU yang berharga RM99. Wow. That save a lot.
Next, aku bergerak ke OU bersama si Botak dan Si NAive aka ADhwa ALiman selepas kami menjamu selera di food court IKEA. Bukan IKEA baru samak food court ker? Maka ada sedikit was2 di hati. ADhwa pon jawab "Tue ada orang pakai tudung makan". Heh.. Boleh pulak macam tue-_-
Sampai Ground Floor OU, lagi terbelalak lah mata aku. Aku terus dancing2 ke pintu ZARA. Sekarang spring/summer, so aku patot selari dengan peredaran fesyen. Kebanyakkan rumah-rumah fesyen sebok memperagakan warna-warna hangat. Color trend kebanyakkannya berdasarkan warna bunga seperti  Poppy, Viola dan Daffodil. Ini jer lah yang aku tahu -_- Aku sukar warna biru LETRIK kerana sangat bertenaga dan CERIA.Heh
Maka kali nie, aku sangat teruja untuk membeli blouse yang ala2 bunga dan ladies. Kebanyakkan attire aku menjurus ke arah masculine. NAk buat macam mana? TOMboy kan dulue -_- Finally nafsu aku dapat dipuaskan dengan sehelai ZARA blouse berwarna biru. Me Like.
 
 

Blouse from Zara

Jeans from MNG only RM99.
Wippie


Aku pulang dengan perasaan yang girang gembira TAPI tidur TAK LELAP. Maka nampak sangat, ada hajat yang tercapai-_-.

Keesokan harinya, aku repeat aktiviti pembaziran aku, di OU lagi, seorang diri! Aku telah menyambar sebuah bag dan belt DOROTHY PERKIN. Wahhhhhhhhhhh. Saya sangat suka. Pada 30 June nie, kawanan TOPSHOP + DOROTHY PERKIN + MISS SELFRIDGE akan mengadakan sale sebanyak 20%. $_$


The best bag ever from Dorothy Perkin.

 
At Dorothy Perkin dengan muka super fatigue


 

Sunday, June 19, 2011

KLOSHC family day 2011

Semasa aku menulis entry nie, badan aku penuh dengan kesakitan dan lenguh-lenguh sendi akibat daripada KLOSHC Family Day yang diadakan oleh Telaga Minyak Jaafar di MBPJ bermula 9 pagi hinggalah ke 3 petang.



Ini merupakan pengalaman pertama aku menyertai KLOSHC Family Day selepas 4 tahun bekerja di Telaga Minyak Jaafar. Hahah. Kenapa aku ambik masa yang lama nak join KLOSHC Family Day? Sebab sebelum-sebelum ni, aku tak tahu pon ada family day -__-

Apa lah jadahnya KLOSHC tue kan? Telaga Minyak Jaafar memang kaya dengan acronym seperti JSA, SPSA, EADS, ERC, EMTC dan bla bla bla. Hanya 'geek' dan 'nerd' jer yang akan ingat SEMUA acronym -__-.

KLOSHC di sini bermaksud KL Office Safety & Health Comittee. Aku pon baru jer tahu sebelum nak tulis entry nie selepas google dekat company intranet -__-. Di bawah merupakan vision dan objective KLOSHC ditubuhkan di Telaga Minyak Jaafar:

KLOSHC Vision

We will work together to be recognized for:
— Our care for people
— Our commitment to personal safety
— Our drive in creating a work place where Nobody Gets Hurt

KLOSHC Objectives

— Promote a hurt-free working environment
— Create a culture where people freely intervene for the safety of others
— Instill awareness and appreciation on safety & health issues
— Develop strong partnership with SHE
— Increase participation/involvement from all departments in MEM


Aku register Family Day, sehari sebelum event, hence I was the last person in the list with the incorrect company's number. Mula-mula aku hanya letak 1 adult, but during the event itself, aku dah bawak seisi rumah ie: seorang EMAK, seorang ayah dan 2 orang adik. Nasib baik tak ada objection.

Nak dijadikan drama keluarga, sehari sebelum event, Nadia TAK NAK balik Selayang sebab busy buat tender dan Ayien ada kelas tambahan. Mak pon tak nak join sebab anak-anak kesayangan dia tak pergi. aduyaiii. Aku punya lah excited nak pergi. Last-last tak dapat sambutan pulak. Nie yang aku angin satu badan nie -__-

Lepas, aku pujuk dan bodek baekkkkkkkk punya, akhirnya NADIA setuju nak join . Ayien dan emak akan datang lambat sikit, lepas AYien balik kelas tambahan.

Maka hari Sabtu yang ditunggu-tunggu pon tiba. Aku dengan Nadia konpem lah bangun lambat. Instead of nak bangun pukul 7am, kami dah bangun pukul 9 pagi. Lepas mandi, breakfast dan makeup2, kami keluar rumah around 10 pagi.


Abah yang dah buhsan menjadi driver kami.
Sorry abah.
Btw, Selamat Hari Ayah.

Muka maintain coymel sebelum sun burn

Aku setia dengan baju Telaga Minyak Jaafar
even tough color nya agak2 mencengkam kalbu -__-

Nadia yang sebok mengacau abah semasa memandu.
Kalau accident, memang salah NADiA lah nampaknya-_-
Weh, bagi aku kahwin dulue.


Ini merupakan plan lengkap untuk ke tapak
KLOSH Family Day.

Sampai je dekat depan dataran MBPJ, ader USHER yang mengusher kami ke tempat letak kereta. Tempat letak kereta memang sangat jauh dari dataran. Abah dah mula bising sampai HORN2 usher kat depan kitorang. Untuk ke tapak Family Day, Telaga Minyak Jaafar telah menyediakan van persiaran. Maka tak payahlah kami semua nak marathon tengah2 hari buta -_-

Kemudian, setelah sampai di depan main entrance KLOSHC, aku ada sedikit CUAK. Aku hanya daftar SEORANG participant jer, tapi yang datangnya 5 orang. Kalau lah dorang tak bagi family aku masuk, aku bakar satu padang. Kesian dorang datang jauh-jauh pepagi buta (pepagi buta apa, dah pukul 10++). Siap bergambar depan plan lagi -_-



Tapi ALLAH MAHA PENYAYANG akan hamba-hambaNYA. Aku sekeluarga dibenarkan masuk tanpa ada sebarang masalah. yiippieeee.

Kami telah diberi sebuah sling bag hitam merah yang berlogo KLOSHC, 5 bijik epal merah, sehelai towel face, an umbrella dan 5 keping coupon. Setiap keping coupon boleh redeem a box of personal pizza, a snack plate of KFC dan 3 keping coupon of beverages ie. soft drink, mineral water dan ice cream. Pop corn and candy floss were given for free. Wahhhh, kami sangat suka. Hip hip, hooray.

Kami suka TELaga Minyak Jaafar.
Truckload of free foods.


Main entrance of KLoSHC Family Day


The most exhilarating part, bila Telaga Minyak Jaafar, menyediakan pelbagai jenis permainan dan hadiah seperti HUMAN BALL, SKY JUMPER, RODEO RIDE, TORNADO BALL, SPEED BOAT dan bermacam-macam lagi.

To make the full use of our outing day, we participated in all of the games without any doubt and shame. Thats for sure. We tried each and every single game even though it was restricted for kids. Kami pedulik hapa.

Di bawah merupakan aksi-aksi budak-budak tua yang tak sedar diri.  First kiosk yang kitorang bounce ialah TATTOO booth. Sangat suka ok. Nak buat real tattoo, konpem diperembat mak lagi haram. Maka we were damn excited to have non permanent tattoo with a cool design. Yeah, we rawk.

PJ Ink.

Aku pilih gambar BUTTERFLY.
Baru kinky ^_^

Muka orang2 yang buat tattoo nie, mesti INTIMIDATING gila.
Cuba kau senyum sikit.
Aduyaiii

Masa nie, dah rasa cool habis.
I am a serial killer. Maybe, U next! 

Dah kakat buat, mestilah adik pulak follow.
Nadia pilih tribal design.
Pon cool jugak.

Sila duduk diam2.
Jangan macam-macam ye Jebon.
Kang mamat nie spray dekat lubang hidung kau

The COMPLETED art work

Suruh dia posing,
dia boleh posing ala2 sweet pulak.
Sangat tak ganas OK.


The bond lies in the blood

Seterusnya kami mencuba ROCKY CLIMBING. Rocky climbing nie tak adalah tinggi atau curam tapi kebanyakkan peserta semua tak lepas sampai atas. Ada yang kata jeans ketat la, gayat la, pening lah. AKu pon terus demoralized. Damn. Tapi NADiA beriya-iya jugak nak naik. Kalau adik dah panjat, tak kan kakak nak tengok dari bawah. Sebelum sampai giliran aku, dah bermacam-macam ayat aku baca. Ayat kursi, 3 kul dan alam tarakai bagi memudahkan pendakian aku nanti.

Oklah. Aku ada seorang kawan. Namanya LOO, bukan nama sebenar. Loo nie selalu dah join wall climbing. Maka setakat rocky climbing ala2 kanak2 nie, konpem lah tak menjadi masalah. Maka aku pon memberi support moral dari bawah sambil menjerit "Come on Loo".

Gaya dah macho.
Dalam hati aku yakin yang Loo boleh panjat sampai ke puncak.


First move je, dah macam berat punggung.
APakah Loo?

Ini jerlah tahap yang mampu dipanjat oleh Loo.
Sampai bawah, Loo siap cakap "KAKI I DH KEJANG"
-__-
Orang yang dah selalu panjat pon tak larat, ini kan new beginner macam aku.
Sangat demoralized -__-


Maka bermula lah pendakian aku dengan Nadia. Sebelum nak panjat, Nadia ada bertanya bermacam-macam soalan dekat mamat yang pull tali tue. Antara tips yang diberi : Kaki kena kering. Tak boleh berpeluh dan jangan pegang tali".

Masa tengah queue, tetiba AMANDA lalu.
She was the emcee of the day.
Mesti lah terlompat-lompat kitorang nak bergambar dengan AMANDA.
She is damn and super gorgeous.
Nothing can compre.
Mesti korang pelik, naper NADIA jer yang bergambar dengan AMANDA.
Sebabnya, aku ada sindrom malu dengan perempuan cantik.
AKu raser sangat malu, rendah diri dan ackward.
Maka, NADIA jer lah yang bergambar dengan AMANDA -__-

Hurm, peserta TUA yang over excited.
Kau sorang jer BESAR gedabak dik-__-

1st step of everything.
Go NADIAAAAA!!!

Muka dah cuak.
hahahha..
No point of turning back

Tengah baca mentera semerah padi.

Terperanjat jugaklah aku.
Laju jer NADIA panjat sampai atas.
Damn. SUngguh tercabar EGO ok.
Kalau aku tak boleh naik, baik aku bunuh diri.
Aku lagi ringan dari NADIA ok!

Ok, dengan semangat yang berkobar-kobar,
aku terus memanjat tanpa ada perasaan takut.


Hahhaha.
Tak sangka, aku mampu panjat.
Kacang jer rupa-rupanya.
Tak adalah susah sangat pon.



Yes, I made it.
Another fear factor has been demolished.

Achievement that can't be put in EADS-__-
Hahha Looooo. Tak susah langsung ok.
Bontot berat sangat kot. HOOHOHHO.
Self satisfaction.


Dah penat memanjat, kami meneruskan exploration to another game. Kali nie kitorang cuba HUMAN BALL. Dulu, orang selalu cakap benda nie pening dan bahaya. As we've already overcome our first fear, we were strongly believed that everything IS POSSIBLE.

Kami sangat teruja

Cam whoring sebelum mengelinjang di dalam bola.


Kami sangat SUKA ok!!

Sebab kami adik beradik memang dilahirkan nakal,
masuk jer bola, terus langgar each other.
HAHHAHAH.


Pertarungan sengit pon bermula.
Sangat penat disertai peluh yang menitik2.


Sebab kan fizikal aku yang kecik lagi cenonet,
kena langgar dengan NADIA jer, aku terus tergolek, keluar lubang.
Damn u NADIA.
HAHHAHA.
TApi serius lawak. AKu boleh terkeluar lubang.
Sungguh dahsyat. Aku terus SURRENDER!


Kalau korang kata HUMAN BALL tue dahsyat, itu bukanlah penamat segala kedahsyatan. Next game yang mungkin menyebabkan korang hilang nyawa ialah SKY JUMPER! Wataf! Aku agak seriau nak naik, tapi disebabkan dianugerahkan dengan adik yang sangat suka mencuba, terpaksa lah aku CUBA! damn u NADIA.

No heart condition and blood pressure.
Apakah?
SKY Jumper nie akan pakai kan korang harness
dan ikat tali pada harness terbabit.
Lepas tue, machine akan tarik korang naik, dan lantun korang
setinggi-tinggi yang boleh.

Sessi menunggu.
Ramai pulak orang yang nak mencuba tue.
Tak takot mati ker semua orang?!


Sempat berposing sebelum terbang dan melayang ke udara.

Aku terpaksa menenangkan diri sebelum mati tergantung -__-

Nie bukan takot, tak sabar nak naik!


Semangat yang muncul

Perbezaan si takot dengan si tak tahu takot
Damn u NADIA!


Hah, akhirnya segala pernantian pon berakhir.
Muka serius.
Takotlah tue!
hohohoho

Aiseh, apahal ko senyum -__-


Nadia sangat cool dan excited.
Siap buat peace lagi.
Otak budak nie bermasalah.


Satu keseronokkan pada dia TAPI bukan BUAT aku

Bermula lah sessi nak terkencing dalam seluar.


Wahhh, senyum konon!


Masa nie aku dah cuak.
Hampir terkencing dalam seluar.
Last2 aku try 2 kali sebab TELALU BEst!


Korang mesti terpikir kan? Per benda lah yang budak nie buat.
Nie bukan kejadian tali PUTUS atau tangan terbelit.
Aku berjaya membuat sommersault sebanyak 3 kali.
Hahahahha..

Dah macam akrobatik negara.
Perbezaan buat sommersault dekat udara dan dekat darat ialah
dekat udara sangat berat dan susah untuk berpusing.
Lepas kejadian nie, pinggang aku dah sakit satu badan.


Kaki aku menggigil hingga dapat dikesan oleh penjaga harness tue.
Damn.

Yang ini merupakan RODEO ride.
Yang ini malas lah kitorang nak naik.
Macam lawak jer kalau kitorang naik.


Haaahhhhhhhhhhh!
Ini antara game yang kitorang nak cuba TAPI hanya TERHAD untuk
kanak-kanak 12 TAHUN ke bawah -__-


Tak dapat naik, bergambar pon jadi lah.
Cool kalau ader kolam macam nie dekat rumah.
Lepas disiasat oleh abah, sehari sewanya berharga RM3500.
Pftsss. Mahal lah

Ni pulak TORNADO BALL.
Korang akan diikat dalam bola tue, kemudian dipusing-pusing.
Kitorang malas nak cuba.
Hahahha. Takut mabuk laut-__-

Maybe sebab kecik-kecik tak ada,
maka dah tua-tua pon sangat excited berjumpa STILT WALKER.

Colourful and bright

Aku dapat mini poodle
You make my day

Nadia dapat bunga.



Ini merupakan remote control game yang sangat tak
mendapat sambutan. Siyan.

Telaga Minyak Jaafar sangat mementingkan
keselamatan walaupun dimana sahaja.
Maka korang janganlah terperanjat melihat banyak safety sign board
DAN
TIDAK DIBENARKAN MEROKOK di dalam tapak FAMILY DAY.


Style lah aku kalau tergolek


Antara kids game

GOLF


WII Game.
Style ko budak!


Oh, mesti korang tak hairan
kenapa NADIA amik gambar nie.
Mesti korang ingat it was one of the game there.
SEBENARNYA sebab ....

MAMAT nie.
NADIA kata mamat ni hensem.
Sempat lagi mata kau yer NADIA.
Ingat sikit BADANG dekat pelantar tue.
Aduyaii



KLOSHC Family Day pon ada menyediakan mini zoo.
Antara haiwan-haiwan yang terdapat dekat sinie ialah:
ULAR, SUGAR GLIDER, RABBIT, WALABI, PORCUPINE dan mengkarung

Macam muka NADIA kan?
Style habis

Mengkarung...kot?

Ular


Sugar glider yang asyik tidor sepanjang hari

Rabbit



Walabi yang sakit.
Maybe Malaysia panas sangat kot.


Bunny yang cuymel


Satu benda yang aku tak paham,
semua binatang2 nie, berebut-rebut nak dekat aku.
Apa dorang tak boleh hidu ke sejarah hitam aku.
I used to fry a kitten in a hot frying pan.
Luckily there was no OIL.
Memain yer korang -__-


Si NADIA nie pulak,
dengan rabbit yang ditakotnya.
Nadia cakap "ular dia tak takot sebaB ular tak ada kaki."
Otak ko memang betol2 bermasalah.


Coymel gila arnab nie.

Ini kalau goreng pon sedap nie.
HOHOHOOH.

Hurmm. Angkat arnab pon takot.
Kecow NADIA.

Lepas dah penat mengelinjang,
masanya untuk MAKAN.
Abah sangat suka sebab boleh minum COKE dan AISKRIM
-__-


Tengoklah abah yang kerasukan ICE CREAM


Masa redeem KFC dan PIZZA.
Yahoooo

Nadia nak rembat belon-belon tue.
HAHHAHAH.
Hajat kau tak kesampaian.


Muka yang agak letih kerana tembolok dah penuh

tattoo kau tak cool.
Tattoo aku lg cool.
Dasar dengki.

Kami telah dihalau dari bergambar ditangga.
SAFETY FIRST


Next game was paint ball.
Ini bukanlah the real paint ball.
Every person will have 6 attempt to shoot the prey.


Nadia nie memang style lah.
Ganas uols

Dah macam serial killer.


Aku tak bergaya langsung.
I hate myself.


Ini lah tempat korang nak menembak.


Prey merupakan 6 bijik botol yang tergantung.
Aku dah pakai gogle, apa pon tak nampak sebab tak pakai spec.
Kecow.

Candy floss yang free


Im wondering, macam mana lah dorang buat benda nie.



Telaga Minyak Jaafar pon ada menjemput WAKAKA group
untuk perform break dance.
Maka menjerit-jerit lah NADIA kegembiraan siap duduk
betol2 depan pentas. Pftsss.
Aku kurang minat sebab step sama jer.
Sorry NADIA. No hard feeling.

To Mahadi: "Alam yang dekat-dekat dengan I, bukan I yang pergi dekat-dekat dia. Sumpah!"


Mak dan Ayien yang baru muncul lebih kurang 2++ petang.
Siyan Ayien.

Sebab semua benda dah dicuba,
kitorang main lah segala mini games yang ada.
Kalau menang, korang akan dapat coupun yang boleh redeem hadiah.
Yeeeeeeeeeee.
Serius, macam budak-budak!


Nadia berjaya mendapat satu coupon.




Aku dapat satu coupon.


Hurm, NADIA memang tangan pengkor


Ayien yang terasa seperti pemandu F1.



As safety first,
mak terpaksa menemankan AYien.
Pftsss, manja betol.


Sessi makan besar.
Yamssssenggggggggg


Ayien ala2 pembunuh buncit


Dapat melepaskan marah.


Hahhhhhh.
Kan aku dah kata.
Kami pasti mencuba setiap game.
Akhirnya, kami berjaya NAIK.

Walah weh, tak sedar diri dengan TUA

Sila jangan langgar akak yer.


Gila suka.
Pftsss

Dah lah tak muat, nak jugak naik.

 One of the event committee merupakan baskin robbin's manpower.
What a small world.
Aku kenal budak nie sebab aku tempah cake tunang untuk MAHADI.


Sessi menukarkan COUPON dengan hadiah.
Sebab kitorang stay sampai habis,
crew-crew dekat situ, bagi semua coupon-coupon yang unattended dekat kitorang.
Serius, gembiaranya kitorang. 

Aku dapat 20 kupon and nADIA dapat lebih kurang 20 jugak.
Kitorang dah boleh bukak stationary shop dekat rumah.

Nak dijadikan cerita pulak, kitorang dapat 2 kotak ICE CREAM sebab event
dah nak habis tapi ice cream banyak lagi.
Wehooo, naik lah kencing manis bapak aku.


Another great "stress getaway" with family members.


Heart u guys.

Aku sempat merampok board nie dan letak kat bilik tidur.

Summary: To make everything happens, PARTICIPATION IS A MUST.