Ad

Monday, November 22, 2010

SERAI Membangangkan DiRiKU

Kejadian ini berlaku 16 tahun yang lalu. Aku dan Nadia membantu emak di dapur, untuk menyiapkan makanan tengah hari. Ini dah menjadi lumrah dan kemestian pada setiap hujung minggu. Ini kes PAKSA RELA. Kalau tak tolong, maka TIDAK dibenarkan makan.

Pada satu AHAD yang 'messy' dan panas, mak bercadang untuk memasak AYAM MASAK MERAH (ker gulai?? pftss tak hingat). Mak menyuruh haku dan Nadia memotong bawang, petik cili padi, masak nasi dan segala macam mak nenek.

Setelah semuanya siap, bahan-bahan tadi dihumbankan ke dalam kuali. Sedang mak sebok memasak, mak pon berkata

MAK : " Yong, gi amik SERAI "..aiseh, cam mane pulak rupa SERAI nie.

AKU : " Kat maner SERAI mak? "

MAK : " Kat tepi jalan. AMik 2 - 3 batang yer. Pakai pisau "

Aku pon terus menuju ke destinasi tanpa banyak soal. Sesampai di tempat kejadian, YEY!!! haku melihat banyak SERAI. Selamat gua jack!!!

Dengan hati yang berbunga, haku pon mencantas serumpun SERAI lalu menyerahkan kepada mak dengan 'STYLE'nya.

Tiba-tiba, mak berkerut seribu..Aiseh..In malapetaka nie

" Lonnnnnnnnngggggggggggg. Apa yang ko amik nie ?!!!" jeritnya hampa "Ini daun SERAI. SERAInya maner?  Orang masak pakai batangnya..DAUN nya nak buat aper? Bagi kambing mkn?"

AKU : (dalam hati : LAh td kata SERAI, haku tebas ler SERAI")

MAK : " Ko cantas daun, batangnya maner? Apa yang ko (kau) sengal sangat nie long? Tuelah, orang suruh belajar masak, ko TAK NAK...Tengok per dh jadi...SERAI pon tak kenal.(mak main kasar nampak)

Aku hanya terkulat-kulat memegang daun serai...
Moral of the story : Pastikan anda mendengar arahan dengan betol. Dan pada yang memBeri arahan, sila berI arahan dengan betol.

Ini yang orang guna untuk masak


yang ini hanya layak untuk kambing dan spesis-spesis yang sewaktu dengannya


Selamat malam.

2 comments:

  1. nad2...serai pon xtau..abes la..camne nak masak ni..hehe..

    ReplyDelete
  2. kucai : xpayah masak lah jawabnya

    hohohoho

    selamat haku

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT