Wahhhhhhhhh kita sudah pon menginjak ke tahun 2012 dan meninggalkan segala suka-duka pada tahun 2011. Semoga kita belajar daripada segala kesilapan dan mengambil ikhtibar di atas segala kesalahan ^_^ Yang lepas biarkan lepas dan kita cuba menjadi insan yang lebih baik pada tahun ini ^_^ Aminnnn.
Tahun baru juga menjadi petanda akan penambahan umur dan kedut-kedut di muka. Scary -__-“ Tahun ni genaplah haku 29 tahun (Sept nanti ok). Maka harus dan wajiblah haku menutup lembaran sebagai seorang gadis sunti dan mula memikirkan untuk berumah tangga.
Sebenarnya bukanlah kami saja nak melambat-lambatkan perkahwinan, tetapi dugaan ALLAH itu datang silih berganti dan kami terus mencuba dan tidak berputus asa untuk mendirikan rumah tangga.
Menganalisa bedsheet dengan tekun.
Ye ker tekun?
Mahadi bercuti selama seminggu dan cuti kami terisi dengan segala macam aktiviti untuk mengejar hari perkahwinan yang akan menjelang tak lama lagi -___-"
Dulu Fitirah merupakan antara tulang belakang dalam menjayakan pertunangan haku dan Mahadi (Selain Nadia, keluarga, sedara-mara dan kawan2) tapi sejak Fitirah sebok dengan pelbagai aktiviti di luar pejabat, jarang benar haku dapat hangaroo dengan dia -__-"
1st wedding hunting haku ialah mencari bedsheet ^_^ Tempat pertama yang dituju ialah Selayang Mall. Selalunya Parkson Selayang Mall mempunyai pelbagai jenis bedsheet daripada pelbagai brand dan yang pastinya MURAH ^_^
Sila dapatkan Mahadi dengan potongan harga sebanyak 60%.
So Selayang Mall memang tak menghampakan ^_^ Korang jangan kutuk Selayang ok! Tapi haku dan Mahadi bercadang untuk melihat-lihat bedsheet, quilt, pillow dan segala mak nenek di IKEA + OU + Isetan dan etc.
Steamboat at IKEA
Hari ke2 kami bergegas ke IKEA. Haku balik kerja 7 petang maka haku sampai di IKEA agak lambat (disebabkan hujan dan jam teruk). Sebab perot dah lapar, kami memenuhkan tembolok di steamboat restaurant at basement level. Nie memang kedai feveret haku dan Mahadi.
Dengan tak disangka-sangka, kami melantak hingga ke pukul 930 malam. Nak shopping haper nya? IKEA pon dah tutup kedai -__-" Kecow puak-puak nie.
Maka tanggal 1st January 2012, haku dan Mahadi telah gatal-gatal kaki untuk ke IKEA membeli barang-barang perkahwinan kami. Bermula seawal 130 petang hingga lah ke pukul 730 petang. Haku siyes memang tak sedar dah 6 jam haku merayap dalam IKEA.
Awal perjalanan ke alam perkahwinan
Haku memang tak akan bergerak balik dari IKEA sekiranya Mahadi tak membebel penat + mengantok +haus -__-" Hahaha..Siyan kan kau Mahadi. he's a great company during the whole wedding hunting. Mekasih laling ^_^
Muka masih bertenaga lagi ^_^
Bukan senang nak mendirikan rumah tangga buat kami berdua, selain faktor ekonomi, kami juga akan kekal sebagai pasangan kelamin yang tinggal berjauhan. Sorang dekat Penang dan sorang lagi dekat KL. *Ehem-ehem, Selayang tue KL lah ok -__-". Maka kami dalam proses mencari rumah sewa sebelum haku membeli a proper house within KLang Valley.
Mahadi dah beli rumah tapi dekat Port DIckson -__-" Apa ke heyyyyyyy jauh sangat yop -__-" ADehhhh memang tidaklah kitorang nak bermaustatin di sana.
Maka dikesempatan ini kami survey harga2 perabot di IKEA untuk diisi di rumah sewa nanti. Mahal katak! Yerlah kami kan golongan sederhana! Dulue Erineo dan emak ada cakap Carvenzi atau kedai2 perabot tepi jalan selalunya menawarkan harga yang lebih MURAH TAPI design yang lawa dan up-to-date yang kita sendiri tak sangka ^_^ Maka lupakan IKEA and welcome kedai perabot Weng Heng ^_^
OK, nie dah torture skit lepas berjalan berjam2 di IKEA.
Hahahah..Akhirnya kami berhenti di Teh Tarik ^_^ Mahadi dah complaint haus. Siyan dan sumpah haku rasa bersalah. Akibat kepenatan melampau, Mahadi dah order 2 gelas air dan habis dalam beberapa minit. Siyes penat.
Apa yang penting we share laughter, joy and fun together. We really did ^_^ We so much laid-back dan sangat happy ^_^ Kalau nak muntah, sila tutup hidung atau telan balik. Yewwww!!
Kami meneruskan perjalanan dengan melawat showroom2 yang ada. Bukan carik reference pon tapi lebih kepada cam-whoring. Ngeh-ngeh-ngeh ^_^
Malu lah saya
Secure and warm
ARSENAL die-hard-fan
We LOVE ARsenaL
Ok dalam mencarik katil, comforter dan quilt cover, korang mesti decide either nak Queen atau King size bed frame.
Queen size ialah 160cm lebar dan 200cm panjang manakala King pulak 180cm lebar dan 200cm panjang. Panjang katil untuk orang Malaysia adalah FIX 200cm. Orang Malaysia kan kemetot2.
Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian, kalau korang beli katil KING maka TILAM, comforter, quilt cover dan bedspread jugak perlu bersaiz OLIMPIK. Kalau saiz OLIMPIK, harga pon MAHAL.
Kalau korang pilih Queen bed frame, korang masih berpeluang untuk membeli comforter, quilt cover dan bedspread bersaiz KING, besar sikit dari bed frame. Jadi korang masih mampu mempumyai selimut sebesar alam walaupun katil sedikit kecik. Maka sila pilih mengikut kemampuan masing ^_^
Masa memilih barang-barang perkahwinan, haku dah rambang mata -__-" Mula2 haku hangkot bedsheet, pastue comforter, pastue quilt cover dan pastue cushion cover hinggalah Mahadi mempelentong (memukul) haku dengan comforter, "Tak kanlah nak habiskan semua duit bulan nie". Heh, garang lah pulak -__-" Hohohohoh..
Rambang mata tahap maksima
Barang lagi besar dari tuan -__-"
Decoration di malam pernikahan, frame yang hanya bernilai RM4.90 sekeping.
Wishing tree ^_^
Boxes of photo frame
white dustbin
Ini lebih kepada personal preference Mahadi dan kawan-kawannya
roller for our dress, jacket and carpet
comforter yang sangat murah di IKEA.
Less than RM100 for KING size
We are still hunting for the right bedsheet, quilt cover and esetra la la la.
mini cushion
the on-going shopping spree
We will share more later peeps ^_^
2 per 10 je dari entry ni berkenaan cari barang kawin..
ReplyDelete