Ad

Saturday, January 28, 2012

Aku PenganTin ReBeL Yang MiskiN: The List Goes On

Cinta sejati sukar ditemui. Yang kuat dan tabah, mampu bertahan manakala yang lemah dan lembik, pasti terkandas lemas di lambung badai.
*Jangan Tanya, kenapa haku bersastera wirdoyo -_-“ Layan.
Bukan semua individu di sekeliling kita sanggup menempuh susah dan senang bersama-sama. Maka pasangan yang diutus oleh Allah pada kita adalah sebaik-baik teman, suami, isteri, abang, kakak, adik dan sahabat yang akan menyokong/melindungi di antara satu-sama lain tatkala kita jatuh tersungkur menyembah bumi atau kita riak menongkat langit.
Aku ada favourite quote from somebody yang aku sayang :
“Biler satu dunia tak percaya you, I akan percaya you”
“When the whole world pin u down, I akan backup u”

Dan aku crack lagi -_-“ Menderu laju ayer hidung haku keluar. Nak plan kawen jer pon, bukan nak pergi berperang! Kecow lah -_-
Memang dekat luar, haku lah budak pompuan kecik yang riang, suka ketawa, gelak kuat-kuat dan kalau cakap dengan lelaki memang haku kasar. “Pale hotak ko”, “Diammlah” atau “Bodoh lah kau nie” merupakan ayat leluhur haku -_-“
Tapi haku sebenarnya berhati belon, haku boleh meletop bila-bila masa apabila ditekan. Dan cara menghilangkan stress yang paling mujarab adalah dengan menangis.

Ramai orang kata haku terburu-buru dalam membuat keputusan, beli hantaran, tempah cameraman dan sebagainya.
“Apahal tak survey dulue?”
“Weh, kau nie apahal poyo sangat. Lambat lagilah!”
Dan ada jugak yang kata “Tuelah, suruh survey tak nak! Membazir jer. Kau ada duit ker?”…Mekasih.
 
Bukanlah aku tak nak atau tak suka survey. Aku suka sangat jenjalan carik door gift yang murah, survey harga perabot yang munasabah tapi lawa dan surf net cari info terkini pasal hal-hal kawin TAPI haku nie pengantin MISKIN dari segi kereta dan masa.
Yer, saya kerja je dekat Telaga Minyak tapi saya tak mampu nak berkereta. Saya takot saya tak mampu bayar. Saya jugak sangat sibuk bekerja dan saya hanya mempunyai masa yang terhad untuk net walking.
Dulue, Sufiza lah peneman setia mencarik barang-barang tunang dan Sufiza tak pernah mengeluh, bad mood dan akan sentiasa bagi semangat bila haku down, Sekarang Sufiza dah ader komitmen lain. Maka haku terpaksa membeli belah sorang-sorang. Tue pasal lah, kalau ada barang yang haku nak dekat Isetan, haku akan terus rembat tanpa banyak songeh dan soal.

Bukan haku tak nak mintak tolong daripada keluarga TAPI abah haku pernah patah kaki dan sekarang abah tak larat nak jalan jejauh dan lelaju. Nadia tinggal Shah Alam, weekend baru balik. Emak ok, tapi mak tak suka membazir, maka mak tak akan setuju kalau haku nak buat benda-benda yang fancy-fancy. “Nie apsal membazir nie?” -_-“ Yang tinggal AYien, hohohooh.
Aku sedaya upaya tak nak menyusahkan kedua ibu bapa haku. Kalau dorang tauke tempe, dah lama haku cukur. Tak der hal punya ^_^ Ngeh ngeh ngeh. Aku cuba tolong kurangkan beban dorang. Haku tahu, niat haku murni ^_^ Mekasihhh.

Dan kebanyakkan kawan-kawan pompuan haku, semuanya tengah mengandung dan lelaki pulak, dah berkahwin, wife pregnant atau tinggal jauh. Dorang pon dah ada commitment, Sememangnya haku tak nak susahkan dorang. Bukanlah haku ego atau selfish, tapi serius haku tak nak dorang penat, peneng kepala dan sakit-sakit badan.
Owhh, tunang saya bekerja jauh di Penang. Dia sangat sebok dengan aktiviti2 ketenteraan, jadi saya akan sedaya-upaya tak nak bebankan dia dengan hal-hal kecil. Mana yang mampu, saya akan buat dan saya jugak bersyukur sebab Ando dan Dodo (bukan sejenis burung) tak pernah torture dan jemu menjadi wedding advisor haku. Sorry gang kalau korang bosan dengan segala pertanyaan haku. 10 bulan jer lagi. Eh tak sampai, bulan 4 korang dah tak der!!! Wataf! Hurm, maka haku akan hilang lagi kawan baik selepas Erin dan Apon.


 Hantaran haku dan Mahadi yang dirembat di Pakson. 8 to go.


Di bawah pulak merupakan sketch book untuk haku menconteng segala draft pelamin nikah, reception, canopy, dinning table dan sebagainya.






 Dan pada waktu dan saat ini, saya suka lagu nie ^_^



 Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
     Kaku menerimanya


Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh…
Jauh…


The LIST GOES ON but I'm taking TIME OFF!

2 comments:

  1. Nad jangan stress2 nanti muka tak berseri masa naik pelamin hehe. All you want is masa hari tu ialah happy tgk outcome hasil kerja keras planning etc. Remember, only less than half of the guests yg akan appreciate the little details. Yang penting, tempat selesa, makanan memuaskan, tuan rumah layan dengan seadanya, Insya Allah ok.. :)

    ReplyDelete
  2. Buat besar ke, buat kecik ke, orang tetap akan komplen. So buat ikut kemampuan kita sendiri. Asalkan semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT