Ad

Wednesday, January 11, 2012

Year End FamiLy Vacation 2011 : Dungun, Terengganu

Happy Thursday peeps =)  Sebenarnya dah lama haku nak berkongsi pengalaman bercuti bersama-sama keluarga di Mayang Sari, Dungun, Terengganu dan ekspedisi membelasah DURIAN di PArit, Perak. Hidup kami memang tidak pernah sunyi daripada bermacam-macam aktiviti dan haku amat bersyukur mempunyai sebuah keluarga besar yang bahagia. YA ALLAH janganlah dikau tarik nikmat nie. AMINNNN.

Tua tak sedar diri -_-"

Sehari sebelom bertolak ke Terengganu, haku sekeluarga telah mengattend (tak boleh piker attend dalam bahasa Melayu haper. Kecow -__-“ ) majlis perkahwinan kezen kami di Kg Melayu Subang. Wahhh, anda sudah langkah bendol Faiq -__-

Keesokkannya, kami telah bergerak sepagi yang mungkin untuk mengelakkan jam dan sampai lambat ke Mayang Sari Beach Resort yang terletak di Dungun, Terengganu. *Macam jam jer Terengganu tue -_- heh. Perjalanan telah mengambil masa selama 6 jam. Kalau dah berjalan dengan family, macam-macam perangai ada. Ada yang nak berak lah, nak makan lah, nak kencing lah, nak geli2 lah..Eh salah ^_^

Kami tidak berasa penat sepanjang perjalanan kerana ditemani sepupu yang giler meroyan dan pemandangan yang mencengkam kuku kaki. Owh, btw kami ke Terengganu kerana mengahantar Nur Farah Adillah mendaftar di UiTM Chendering, Terengganu. Wahhhhh, azab! Apahal jauh sangat kome belajar? 

Course “MENCHANTENG BATIK” hanya terdapat di kampus UiTM Terengganu. Wahhhh kelas kau jenab ^_^ Lepas tu dah cuak sebab jauh sangat dan tak Nampak KLCC dari rumah. Bertambah cuak bila sampai jer depan pintu pagar, dah kena tegur dengan senior “ Dik, sila pakai tudung dengan stoking yea” -_- Ader ke tudung ngan stoking tu -__-"

Memang Terengganu terkenal dengan khazanah bumi yang sangat menakjubkan. Pemandangan yang hijau lagi saujana mata memandang serta laut biru terbentang luas. Kita juga pasti akan terpegun dengan kehebatan kawasan minyak di PAKA. Api menjulang tinggi ke awan, warga Petronas yang bekerja, kawasan perumahan yang tersusun dan pusat pemprosesan minyak yang tersergam megah di depan mata.
Pusat pemprosesan minyak Petronas bertempat di Paka, Terengganu.


Kawasan hijau yang menjadi terapi minda ^_^


Vespa Pink yang super cool -__-
Vroom put put put..Vespa tak boleh lari laju..teeheee


Adilla terpaksa mencari cyber cafe yang berdekatan untuk mem"print" surat tawaran UiTM.
Hasilnya, kami menemui sebuah cyber cafe yang cool giler. Hehh ^_^ Tak der dinding, tak payah pihak berkuasa nak tangkap pelajar2 surfing net waktu sekolah -_- Plus, fresh air ^_^


Van atok yang banyak berjasa. Biarpon TUA macam atok, tapi boleh lari laju nie ^_^
Vrooooommmmmmmm..Puss puss puss..
Air bateri kering -__-


Akhirnya kami tiba juga di Mayang Sari, Dungun Terengganu. Seriius best sebab resorT nie terletak betol2 berhadapan dengan laut. Dari luar pon, memang lawa resort nie ^_^ Yieee kami suka.


Reception ala2 kampung. 



Mayang Sari menyediakan pelbagai jenis accomodation.
Ada Pool Villa, Garden Villa dan Water Villa.


"The Resort is a fully furnished Villa concept. Each Garden Villas is complemented with 4 bedrooms, 2 bathrooms, living hall and pantry. The special Pool Villas with 2 bedrooms provides haven for privacy within its own wall settings and private swimming pool, a truly holistic retreat complete with its traditional Spa and rejuvenation program" - Source Mayang Sari.


Pool villa yang mempunyai private pool.
Memang sesuai sangat untuk pengantin baru.


Suka, kalau macam nie boleh pakai bikini. Tak ada lah orang nampak^_^.
Zassss, kena petir belakang bontot!


Serius haku suka.


Hah, nie dah macam menakotkan sikit. Jangan ler koma tinggal sinie.
Kalau kome pergi tak der orang, sunyi yop.










Family haku memang suka berkubang. Baik lelaki atau pon pompuan. Baik muda ataupun tua. Kitorang boleh dive dengan pelbagai aksi. Huhuhuhuh. Style. Haku pompuan tua nie pon boleh buat pelbagai jenies flip. Siyes tak sedar diri -__-










Beratur pepagi untuk breakfast





Nie tak padan kecik. Tak reti takot air. Benamkan dia dalam kolam, mengelinjang melompat-lompat kegirangan. Alien betol -__-“ Tak kisah ler, hujan ker, petir ker, kitorang tetap meneruskan parti liar tanpa mengendahkan jeritan super ibu di rumah. Heh!
Akibatnya, di malam hari semua kena selsema burung, eh silap (lain selsema burung tu), semua demam selsema termasuk lah Si KEcik ni. Menjerit dia satu rumah sebab hidung tersumbat, demam, tak boleh tidor dan panas badan. Habis kitorang kena marah sebab jadi UBI KELADI nya. UBI KELADI di sini bermaksud ketua segala kenakalan dan kejahatan -__-“


















Aktiviti kami di malam hari hanya berkisar kepada makan malam dan melepak. Nak main bowling, memang tak der lah kan (ke haku yang tak tahu),nak pergi merayap ke pusat membeli-belah, konpem dah tutup. Akhirnya haku memberanikan diri menghantarkan sms kepada mentor haku Anaz (bukan nama sebenar) “Anaz, apa yang best kat sinie”
Beberapa minit kemudian, Anaz pon reply “Pergilah tengok movie” -__-“ Apa lah movie! Kalau movie kat KL pon ader. Thanks lah Anaz. Nak karaoke, punyalah mahal tapi bilik karaoke macam rumah tumpangan Ah Meng jer -__-







Lawak tau Adillah nie sebenarnya. Masuk jer pagar UiTM, dia terus cakap “Eh, mak jom balik. Jom2”…Hahaha, giler! Belom apa2, dah takot -__-“


Konklusi kepada percutian haku di Mayang Sari agak bosan sebab HUJAN LEBAT dan kami tak boleh mengular kemana-mana. Plus RESORT Mayang SARI nie sendiri dah sedikit buruk. Dulu lawa, sekarang dah cam huduh dan haunted. Tak tahu lah kenapa -__-
Owh tapi memang tragis sessi pendaftaran ADilla. Sebelum Adilla mendaftar di Uitm, budak pompuan nie telah terpilih untuk memasuki PLKN dekat Perak. Homesick dier super terok. Setiap minggu mak dia datang melawat plus masak makanan kegemaran dia -__-“ And biler nak balik, satu family mengalir ayer mata TERMASUKLAH Pak Teh haku yang brutal di luar tapi tauhu di dalam -__-
Tapi memang giler drama masa nak mendaftar masuk UiTM. Bukan family dorang jer yang keluar ayer idung, habis semua sedara-mara melimpah ayer mata darah. Serius macam drama OMBAK KUAT. Kalau korang tengok expression muka dia, konpem korang pon nak menangis. Macam nak pergi berperang lah pulak -__- Woiiii nak pergi belajar jer lah. Chisiiing nale -__- Haku yang brutal pon nangis, apahal???!!! Pfftss

3 comments:

  1. hahahahahahaha

    eh oh btw, Year-end lah bukan End-year

    ReplyDelete
  2. hahahhah...mekasih...salah lg -__-

    ReplyDelete
  3. student diploma ke degree??
    amik kos pe??
    skang part bpe??
    sy pn student uitm dungun gak..
    skang dh part 3 degree..

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT