Ad

Wednesday, January 11, 2012

Entry Separa Lucah - Adat Perkahwinan Orang meLAYU

1)     Ibubapa & sedara mara yang berkeras hati nak buat majlis perkahwinan di rumah/rumah pusaka atok dan nenek
Memang ader ibubapa yang seboleh-bolehnya nak mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka di rumah sendiri. Alasannya : sedara mara ramai, kalau buat kat dewan, susah nak gerak, susah nak lepak dan agak terbatas.

Kalau rumah tue besar tak per tapi kalau kangkang kera lagi besar, tak ke dah macam tin sardin??? Kat situ lah korang nak bergolek, kat situlah korang nak mengumpat “Eihhh tak suka lah haku anak si Jenab tue, berkawan dengan budak2 rempit”, kat situlah anak korang nak menjerit melalak. INI PENGALAMAN RAKAN bukan pengalaman penulis -__-“

Bukan sahaja rumah kecik, jalan nak masuk rumah pon sempit. Dah la jalan sempit, kawasan khemah pon sempit dan padat. Kalau berjalan tue, konpem bergesel punggung. Worr -__-“ Haku rasa tetamu akan sangat tak selesa dan rimas.

Nak menambahkan azab, majlis perkahwinan diadakan di bawah panas terik mentari. Biar ler sepuluh kipas industry menghala muka, tapi kalau dah ramai sesak dan panas, konpem ketiak kau becak, makeup ala2 Ifa Raziah pon cair dan hilang vogue!!

2)     Ibubapa & sedara mara yang yang keras kepala nak bagi telur untuk door gift
Masa zaman2 mak bapak kita, telur merupakan doorgift wajibul ghunnah. Kalau tak der telur, umpama majlis perkahwinan korang tak lengkap dan berseri - ibarat pengantin lelaki bersanding tanpa telor sendiri -__-

Payahlah nak bagi telor, nak kena cuci telorlah (kang ader chicken shit pulak), kena rebuslah, lepas tue kena tunggu telur sejuk baru boleh masuk dalam sarung. EH sarung? Apahal! Lebih kepada bekas telor.
And haku tak suka rupa telor, burok dan kengkadang ader bau yang kurang menyenangkan. Telor saya pangkah!!! Mak cik haku ader cakap, telor tue wajib diberi kepada para tetamu sebagai lambang kesuburan. Apahal? Itu telor ayam, tak  ada kena mengena dengan telor lelaki subur -__-“
3)     Ibubapa & sedara mara yang gembira untuk menjemput seluruh kampong/bandar
Ini lagi satu masalah semasa. Haku tengok omputih kawen cool jer. Jemputan terdiri daripada keluarga2 terdekat, kawan-kawan baik dan VVIP. Dan haku pasti kos perkahwinan dorang jauh lebih murah berbanding orang-orang kita. Kalau mahal pon mungkin disebabkan enhancement pada menu, decoration yang lebih grand dan liquor.

Orang Melayu, kalau boleh, satu Selayang nak dijemputnya -__-“ Eh kenapa Selayang pulak nie? Ini bukan cerita haku -__-“ Damn!

Macam lah mak cik kat hujung kampong tue tahu nama haku, kerja kat mana. Entah2 dia tak tahu pon mak haku dah kawen -__-“
Alasannya, harus dihebahkan satu kampong yang kita dah berkahwin dan bukan kena tangkap basah. ALLAHHUAKHBAR, ini yang dihiraukannnya. Memang mulot orang tak boleh ditutup. Biar ler dorang mengutuk tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Kalau mulot dah macam mak cik2 kat opis mak haku (nasib baik mak haku berhaluan kiri), memang tak akan boleh lari dari caci mencaci dan umpat mengumpat nie. Ada ker dia kata mak haku ader affair ngan pengetua -__-" Eihhh, bapak haku lagi hensem cam Jeffery Din taw!! Eh, betol ke mak ader affair -__-"

2 comments:

  1. Biasalah. Kalau belanja kahwin kita yg keluar semua, mmg orang lain takde say, tapi kalau kita bagi seciput, baik diam je. Kalau tak ikutkan, kita tak terbuat semuanya, itulah gunanya ahli keluarga ;)

    ReplyDelete
  2. Dulu time aku kawen Nad, aku belanja dalam RM15 juta jugaklah, main order je sume, family aku takleh nak cakap ape2..

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT