Ad

Thursday, October 13, 2011

Trilogy of Cherating - Day 2 at TurtLe Sanctuary & I CAN'T CLOSE MY LEFT EYE

Hari pertama di Holiday Villa berlalu sangat pantas. In disebabkan tak cukup korum (gang). Lepas jer kitorang check-in, semua bantai tidor sampai pengsan -_-. Ini lebih kepada percutian berguling-guling di dalam blanket.

Sebab haku lapar, haku memberanikan diri untuk mencarik sesuap nasik bersendirian. Nasib baik lah, Beach Cafe dekat dengan bilik. Apa yang terlintas di pikiran aku "Mesti tak sedap tapi MAHAL jer lebihh". Rupa2nya telahan haku silap sama sekali. Makanan dia SEDAP ok. Tom yam sedap dan mee goreng MAMAK super sedap. Harga standard hotel lah.

Separuh jalan haku menjamah tomyam, Erineo dan Ajah pon join makan petang. Haku dan Ajah makan dengan gembiranya tapi bukan pada Erineo. Siyan kau! Kami berpendapat yang Erineo sangat merindui suaminya. Tak sampai sehari taw -__- Selepas makan petang, haku dan Ajah meneruskan agenda ke kolam renang. Weee ^_^ tapi yer lah, kalau setakat beberapa kerat jer, memang tak meriah langsung. Ajah hanya mampu terdampar seperti dugong di tepi kolam. Nerves breakdwon katanya -__-

Pada malam hari, aku dan Ajah meneruskan sisa2 hidup. Qimie telah meng"INTRODUCE" sebuah kedai makan yang agak famous bernama "SRI PELABUHAN". Restoran nie dekat jer dengan Holiday Villa. Selepas makan malam, haku dan Ajah bercadang untuk ke Kemaman. Perghhh. Berani mati nie. Dahlah gelap. 2 orang perempuan jer pulak tue. Akhirnya, ekspedisi kami GAGAL setelah Ajah menDITCH haku dan pergi beronggeng bersama KAWAN BAEKKK nya. -__- Mekasih Ajah.

Akhirnya haku tinggal bersendirian bersama Erineo yang telah pengsan sepanjang hari -__- Sebelum pulang, kami ader tapau roti bakar untuk Erineo dari BEACH Cafe. Even tough perot dah penuh, haku ngan Ajah tetap berselera nak curik roti Erineo. "Mintak2 lah Erineo tidor". Demn. Jahat tol. Akhirnya Ajah pulang ke bilik lebih kurang 3 pagi. Bagitahu mak kau!!! Aiyookkk.



Keesokan harinya, Erineo bangun sangat awal. Dia ke hulu ke hilir. Menyanyi lah, mengemas bilik lah -_- Kat umah pon tak macam nie! Nampak sangat kau dah sehat dan terlebih tidor. Disebabkan haku dah tak boleh tidor kerana keAKTIFAN Erineo. kami pon bersiap sedia untuk pergi BREAKFAST.

Macam yang haku katakan pada entry sebelom nie, memang payah nak carik sarapan di sekitar Cherating. Akhirnya kami temui sebuah kedai kecil yang menjual laksam dan nasi minyak. SUMPAH, nasi minyak dan ayam masak merah mak cik nie SEDAP. Haku makan semangkok LAKSAM dan SEPIRING nasi minyak. Wee ^_^. Ajah pulak membarah beberapa ketol karipap berinti IKAN dan nasi minyak bersama ayam masak merah. Memang perot tong sampah!

Ajah : "Sedap worr karipap IKAN dia" -_- haku tak pernah dengar lagi kau kata TAK SEDAP -_-


Setelah memenuhkan tembolok, kami pon bergerak mengambil Qimie di Club Med. Kali nie, perjalanan masuk idok ler payah benor. Kami hingatkan, kena spot-check terok2 macam mula2 kami hantar Qimie. *baru jer nak menyorok dalam bonet -_-

Setelah parking kereta di Bintan Park, Erineo terus menerjah dan mendakap suami kesayangannya. Aduyyy. Macam dah bertahun-tahun jer tak jumpa. Ok, haku exaggerate sikit.

Qimie dengan muka selambanya, membawa kami menjelajah ke serata Club Med. Worr, best worrr. Kalau tahu, dah lama kami bawak bikini. Cheh, cakap macam orang tak ada IMAN -_-



Di atas merupakan souvenier kiosk di Club Med. Kiosk  yang sangat lawa, menarik dan MENARIK lah. 


Baju-baju yang dijual di sini pon lawa2 ala2 ZARA, MNG  dan TOPSHOP ok. Sumpah haku tak tipu. Tapi kalau harga dah macam ZARA/Topshop/MNG, harga pon mestilah MAHAL. Serius, kalau beli pon, tak menyesal!


Dan di Club Med jugaklah, haku mengesan kekurangan DIRI. Demn. Selama 2+ haku hidup di bumi, tak pernah sedikit pon haku perasan akan kelemahan diri. Betul lah kata orang "MANUSIA TAK PENAH SEMPURNA".



Kerana mempunya semangat ingin tahu dan mencuba yang tinggi, kami ber4 bersetuju untuk memanah. Kami nie memang tak pernah ada pengalaman memanah. Maka peluang yang ada, jangan dilepaskan plus it's free.

Setiap group/line diberi peluang untuk memanah 3 kali sebanyak 2 pusingan. Sebelom memanah, kita dikehendaki memakai pad di tangan sebab takot tali bow tue akan bergesel dengan kulit dan boleh menyebabkan tersiatnya kulit korang -_- tak cool macam Robin Hood pon!


Owh lupa nak bagitahu, Club Med ada menyediakan marshal untuk memanah. Garang dowh mamat nie. Dan kami berpendapat yang marshal nie bukan local sebab English dia sangat fluent dan ader "slang" plus nama dia MANOOH. Nie LAN ID ke haper -_-

Sebelum memanah, marshal akan suruh pakai pad, pegang bow tangan kiri dan tarik string tangan kanan menggunakan 3 jari except ibu jari + kelengkeng. Lepas tue, kena tutup mata kiri dan bukak mata kanan. Dekat sinie lah haku KENA MARAH.

Marshal : "Please close your left eye and open your right eye. Shoulder straight and pull the trigger"

Kecik : *Dalam hati - eh apsal tak boleh tutup mata kiri nie. Eh, apsal nie? Lens ker! Eh cepat lah tutup mata kiri bukak mata kanan. Eh, EH, Eh

Marshal: "Please close your left eye" Sambil marah2

Kecik : "I can't close my left eye"

Marshal" You have too" -__- Dah tak boleh nak buat cam mana

Kecik : *Menutup kedua2 belah matanya sambil cuba membuka mata kanan
.
Marshal : "Not both eyes"

Kecik : Stress! "I CAN'T CLOSE MY LEFT EYE". ...Demn. Jangan paksa boleh!


Qimie + Erineo + Ajah hanya mampu ketawa. Mekasih lah kengkawan.
Kebanyakkan arrow tersasar dari mengenai sasaran. Hanya one time, Erineo almost bull eye.
Kudos babe ^_^

Selepas berjalan2 di sekitar Club Med, kami pon menjamu selera di cafe.
Basically, cafe CLUB MED nie boleh compete dengan kebanyakkan hotel2 dekat KL.
Sangat cantik and ada diversity of foods ^_^ weeee







Bar di "main" lobby. Anything for FREE.
Nasib baik lah kami nie bukan kaki botol, kalau tak, konpem mabuk smpai malam.
Sebab nak merasa ala2 percutian omputih, kami hanya meng"order" mocktail ^_^



Meyesal kitorang breakfast berat2 sebelum masuk CLUB MED.
Dah tak mampu nak mkn -__-


Bersebelahan dengan Club Med, terdapat sebuah Turtle Sanctuary. Masuk Free dan kita digalakkan untuk memberi FUND untuk pemeliharaan dan pemuliharaan pusat santuari nie. Iyerlah untuk penyu makan, rawat penyu dan kos-kos penyelenggaraan.

Penyu yang beranak kat tepi pantai, separuh daripada telurnya akan diambil dan dijaga di pusat santuari nie. Takot ada yang tak sempat ke laut kerana di makan helang + musang atau sebagainya. Musim penyu bertelur bulan....wah haku tak hingat. *Dah cakap, jangan makan semut -_-

 

Di pusat santuari nie ader 3 kolam. Satu kolam untuk penyu dewasa, satu lagi untuk kekura dan tuntung, satu lagi untuk anak-anak penyu. Weee ^_^. Mereka sangat coymel. 

Aku tak pernah tahu yang penyu remaja, boleh meletakkan tangan di atas cengkerang kalau dorang malas nak berenang. Naper tak pernah nampak yang tua buat? Sebab dah tua, tak boleh dilentur lagi -_- cam buloh lah! Aku hingat ada satu penyu yang super jahat, macam Erieno. Habis satu kolam dikacau nya -_-

Pusat santuari ni juga mempunya sebuah mini muzium.

Penyu-penyu kecil akan diasingkan daripada penyu dewasa dan remaja.




Kita tidak dibenarkan mengacau anak2 penyu tue. Tapi haku tetap hangkat dan main2 dengan penyu nie. Terkapai2 dorang mintak nyawa. HOHOOHOH.. Chillllllll lah.




No comments:

Post a Comment

chanT-chanT from The HearT