Ad

Thursday, October 13, 2011

The Lady of Bobbi BrowN

Hello kengkawan. Kali nie kita amik time off daripada Trilogy of Cherating. Yer. ada lagi satu siri pasal Cherating. Sebenarnya dah lama haku nak share dengan korang pasal satu beauty product nie tapi tak ada masa plus haku nak tgok effect dia pada jangka masa panjang. And yup, haku sangat berpuas hati dan tak menyesal beli BENDA nie!

Kerana haku nie seorang yang benci sayur, ayer masak dan buah2an, kulit muka haku sangat kasar, kelam, kusam dan name the rest. Memang sangat terok. Maka, kalau bermake-up, aku still perasan warna kulit yang tak sekata, lubang-lubang yang super visible dan hodoh lah senang citer. Pakai bedak pon, macam tak berbedak. Aku memang sedih dengan diri sendiri.


Yup, foundation from Bobbi Brown. Banyak2 beauty product, haku sangat obsess dengan Bobbi Brown. Kenapa? Haku pon tak tahu kenapa! Tak ada specific reason. Haku sebenarnya malu nak pergi beauty counter, sebabnya haku rasa tak cantik and tak layaknya haku nak pergi sana -_-.

Akhirnya haku memberanikan diri untuk menjelajah ke beauty counter di Isetan KLCC. Sampai di Bobbi Brown beauty counter, haku terus tanya "Saya nak benda yang boleh mengOK kan muka tapi saya tak nak makeup TEBAL. Tak ada makeup lagi bagus" -_-

Akhirnya sales person tue memperkenalkan haku dengan Bobbi Brown foundation berasaskan MINERAL. MINERAL kena beri penegasan sebab kalau korang terlupa atau lebih kepada MALAS nak cuci muka, memang tak akan ada effect yang boleh merosakkan muka korang. DAN YANG INI HAKU JAMIN! Memang tak ada effect pada muka. SUMPAH!

Kalau dah mahal, memang service tip top. Sebelum korang nak beli foundation, salesperson tue akan cuci muka + pakaikan toner dan choose the best color for your skin. Wee ^_^ sukalah.

 
Salesperson nie sedikit pon tak force dan advertise barang-barang dia yang lain. Kalau ada setengah tempat tue, sampai putus nyawa korang nak menolak offer. So aku rasa amat selesa, secured dan gembira dengan service dorang.


And haku tak pernah tahu pon yang Bobbi Brown ada barangan penjagaan muka selain daripada make up.

Heh, saya syorkan anda untuk mencuba Bobbi Brown Skin Foundation SPF15.
*SPF stands for Sun Protection Factor.

2 comments:

  1. ~haku nie seorang yang benci sayur, ayer masak dan buah2an~
    ok hi five..kita sama..T__T
    bila muka huduh,nk salah sapa...uwaaaa~

    ReplyDelete
  2. hahhahha..salahkan sayur sebab tak sedap -__-"

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT