Ad

Thursday, October 13, 2011

The Lady of Bobbi BrowN

Hello kengkawan. Kali nie kita amik time off daripada Trilogy of Cherating. Yer. ada lagi satu siri pasal Cherating. Sebenarnya dah lama haku nak share dengan korang pasal satu beauty product nie tapi tak ada masa plus haku nak tgok effect dia pada jangka masa panjang. And yup, haku sangat berpuas hati dan tak menyesal beli BENDA nie!

Kerana haku nie seorang yang benci sayur, ayer masak dan buah2an, kulit muka haku sangat kasar, kelam, kusam dan name the rest. Memang sangat terok. Maka, kalau bermake-up, aku still perasan warna kulit yang tak sekata, lubang-lubang yang super visible dan hodoh lah senang citer. Pakai bedak pon, macam tak berbedak. Aku memang sedih dengan diri sendiri.


Yup, foundation from Bobbi Brown. Banyak2 beauty product, haku sangat obsess dengan Bobbi Brown. Kenapa? Haku pon tak tahu kenapa! Tak ada specific reason. Haku sebenarnya malu nak pergi beauty counter, sebabnya haku rasa tak cantik and tak layaknya haku nak pergi sana -_-.

Akhirnya haku memberanikan diri untuk menjelajah ke beauty counter di Isetan KLCC. Sampai di Bobbi Brown beauty counter, haku terus tanya "Saya nak benda yang boleh mengOK kan muka tapi saya tak nak makeup TEBAL. Tak ada makeup lagi bagus" -_-

Akhirnya sales person tue memperkenalkan haku dengan Bobbi Brown foundation berasaskan MINERAL. MINERAL kena beri penegasan sebab kalau korang terlupa atau lebih kepada MALAS nak cuci muka, memang tak akan ada effect yang boleh merosakkan muka korang. DAN YANG INI HAKU JAMIN! Memang tak ada effect pada muka. SUMPAH!

Kalau dah mahal, memang service tip top. Sebelum korang nak beli foundation, salesperson tue akan cuci muka + pakaikan toner dan choose the best color for your skin. Wee ^_^ sukalah.

 
Salesperson nie sedikit pon tak force dan advertise barang-barang dia yang lain. Kalau ada setengah tempat tue, sampai putus nyawa korang nak menolak offer. So aku rasa amat selesa, secured dan gembira dengan service dorang.


And haku tak pernah tahu pon yang Bobbi Brown ada barangan penjagaan muka selain daripada make up.

Heh, saya syorkan anda untuk mencuba Bobbi Brown Skin Foundation SPF15.
*SPF stands for Sun Protection Factor.

Trilogy of Cherating - Day 2 at TurtLe Sanctuary & I CAN'T CLOSE MY LEFT EYE

Hari pertama di Holiday Villa berlalu sangat pantas. In disebabkan tak cukup korum (gang). Lepas jer kitorang check-in, semua bantai tidor sampai pengsan -_-. Ini lebih kepada percutian berguling-guling di dalam blanket.

Sebab haku lapar, haku memberanikan diri untuk mencarik sesuap nasik bersendirian. Nasib baik lah, Beach Cafe dekat dengan bilik. Apa yang terlintas di pikiran aku "Mesti tak sedap tapi MAHAL jer lebihh". Rupa2nya telahan haku silap sama sekali. Makanan dia SEDAP ok. Tom yam sedap dan mee goreng MAMAK super sedap. Harga standard hotel lah.

Separuh jalan haku menjamah tomyam, Erineo dan Ajah pon join makan petang. Haku dan Ajah makan dengan gembiranya tapi bukan pada Erineo. Siyan kau! Kami berpendapat yang Erineo sangat merindui suaminya. Tak sampai sehari taw -__- Selepas makan petang, haku dan Ajah meneruskan agenda ke kolam renang. Weee ^_^ tapi yer lah, kalau setakat beberapa kerat jer, memang tak meriah langsung. Ajah hanya mampu terdampar seperti dugong di tepi kolam. Nerves breakdwon katanya -__-

Pada malam hari, aku dan Ajah meneruskan sisa2 hidup. Qimie telah meng"INTRODUCE" sebuah kedai makan yang agak famous bernama "SRI PELABUHAN". Restoran nie dekat jer dengan Holiday Villa. Selepas makan malam, haku dan Ajah bercadang untuk ke Kemaman. Perghhh. Berani mati nie. Dahlah gelap. 2 orang perempuan jer pulak tue. Akhirnya, ekspedisi kami GAGAL setelah Ajah menDITCH haku dan pergi beronggeng bersama KAWAN BAEKKK nya. -__- Mekasih Ajah.

Akhirnya haku tinggal bersendirian bersama Erineo yang telah pengsan sepanjang hari -__- Sebelum pulang, kami ader tapau roti bakar untuk Erineo dari BEACH Cafe. Even tough perot dah penuh, haku ngan Ajah tetap berselera nak curik roti Erineo. "Mintak2 lah Erineo tidor". Demn. Jahat tol. Akhirnya Ajah pulang ke bilik lebih kurang 3 pagi. Bagitahu mak kau!!! Aiyookkk.



Keesokan harinya, Erineo bangun sangat awal. Dia ke hulu ke hilir. Menyanyi lah, mengemas bilik lah -_- Kat umah pon tak macam nie! Nampak sangat kau dah sehat dan terlebih tidor. Disebabkan haku dah tak boleh tidor kerana keAKTIFAN Erineo. kami pon bersiap sedia untuk pergi BREAKFAST.

Macam yang haku katakan pada entry sebelom nie, memang payah nak carik sarapan di sekitar Cherating. Akhirnya kami temui sebuah kedai kecil yang menjual laksam dan nasi minyak. SUMPAH, nasi minyak dan ayam masak merah mak cik nie SEDAP. Haku makan semangkok LAKSAM dan SEPIRING nasi minyak. Wee ^_^. Ajah pulak membarah beberapa ketol karipap berinti IKAN dan nasi minyak bersama ayam masak merah. Memang perot tong sampah!

Ajah : "Sedap worr karipap IKAN dia" -_- haku tak pernah dengar lagi kau kata TAK SEDAP -_-


Setelah memenuhkan tembolok, kami pon bergerak mengambil Qimie di Club Med. Kali nie, perjalanan masuk idok ler payah benor. Kami hingatkan, kena spot-check terok2 macam mula2 kami hantar Qimie. *baru jer nak menyorok dalam bonet -_-

Setelah parking kereta di Bintan Park, Erineo terus menerjah dan mendakap suami kesayangannya. Aduyyy. Macam dah bertahun-tahun jer tak jumpa. Ok, haku exaggerate sikit.

Qimie dengan muka selambanya, membawa kami menjelajah ke serata Club Med. Worr, best worrr. Kalau tahu, dah lama kami bawak bikini. Cheh, cakap macam orang tak ada IMAN -_-



Di atas merupakan souvenier kiosk di Club Med. Kiosk  yang sangat lawa, menarik dan MENARIK lah. 


Baju-baju yang dijual di sini pon lawa2 ala2 ZARA, MNG  dan TOPSHOP ok. Sumpah haku tak tipu. Tapi kalau harga dah macam ZARA/Topshop/MNG, harga pon mestilah MAHAL. Serius, kalau beli pon, tak menyesal!


Dan di Club Med jugaklah, haku mengesan kekurangan DIRI. Demn. Selama 2+ haku hidup di bumi, tak pernah sedikit pon haku perasan akan kelemahan diri. Betul lah kata orang "MANUSIA TAK PENAH SEMPURNA".



Kerana mempunya semangat ingin tahu dan mencuba yang tinggi, kami ber4 bersetuju untuk memanah. Kami nie memang tak pernah ada pengalaman memanah. Maka peluang yang ada, jangan dilepaskan plus it's free.

Setiap group/line diberi peluang untuk memanah 3 kali sebanyak 2 pusingan. Sebelom memanah, kita dikehendaki memakai pad di tangan sebab takot tali bow tue akan bergesel dengan kulit dan boleh menyebabkan tersiatnya kulit korang -_- tak cool macam Robin Hood pon!


Owh lupa nak bagitahu, Club Med ada menyediakan marshal untuk memanah. Garang dowh mamat nie. Dan kami berpendapat yang marshal nie bukan local sebab English dia sangat fluent dan ader "slang" plus nama dia MANOOH. Nie LAN ID ke haper -_-

Sebelum memanah, marshal akan suruh pakai pad, pegang bow tangan kiri dan tarik string tangan kanan menggunakan 3 jari except ibu jari + kelengkeng. Lepas tue, kena tutup mata kiri dan bukak mata kanan. Dekat sinie lah haku KENA MARAH.

Marshal : "Please close your left eye and open your right eye. Shoulder straight and pull the trigger"

Kecik : *Dalam hati - eh apsal tak boleh tutup mata kiri nie. Eh, apsal nie? Lens ker! Eh cepat lah tutup mata kiri bukak mata kanan. Eh, EH, Eh

Marshal: "Please close your left eye" Sambil marah2

Kecik : "I can't close my left eye"

Marshal" You have too" -__- Dah tak boleh nak buat cam mana

Kecik : *Menutup kedua2 belah matanya sambil cuba membuka mata kanan
.
Marshal : "Not both eyes"

Kecik : Stress! "I CAN'T CLOSE MY LEFT EYE". ...Demn. Jangan paksa boleh!


Qimie + Erineo + Ajah hanya mampu ketawa. Mekasih lah kengkawan.
Kebanyakkan arrow tersasar dari mengenai sasaran. Hanya one time, Erineo almost bull eye.
Kudos babe ^_^

Selepas berjalan2 di sekitar Club Med, kami pon menjamu selera di cafe.
Basically, cafe CLUB MED nie boleh compete dengan kebanyakkan hotel2 dekat KL.
Sangat cantik and ada diversity of foods ^_^ weeee







Bar di "main" lobby. Anything for FREE.
Nasib baik lah kami nie bukan kaki botol, kalau tak, konpem mabuk smpai malam.
Sebab nak merasa ala2 percutian omputih, kami hanya meng"order" mocktail ^_^



Meyesal kitorang breakfast berat2 sebelum masuk CLUB MED.
Dah tak mampu nak mkn -__-


Bersebelahan dengan Club Med, terdapat sebuah Turtle Sanctuary. Masuk Free dan kita digalakkan untuk memberi FUND untuk pemeliharaan dan pemuliharaan pusat santuari nie. Iyerlah untuk penyu makan, rawat penyu dan kos-kos penyelenggaraan.

Penyu yang beranak kat tepi pantai, separuh daripada telurnya akan diambil dan dijaga di pusat santuari nie. Takot ada yang tak sempat ke laut kerana di makan helang + musang atau sebagainya. Musim penyu bertelur bulan....wah haku tak hingat. *Dah cakap, jangan makan semut -_-

 

Di pusat santuari nie ader 3 kolam. Satu kolam untuk penyu dewasa, satu lagi untuk kekura dan tuntung, satu lagi untuk anak-anak penyu. Weee ^_^. Mereka sangat coymel. 

Aku tak pernah tahu yang penyu remaja, boleh meletakkan tangan di atas cengkerang kalau dorang malas nak berenang. Naper tak pernah nampak yang tua buat? Sebab dah tua, tak boleh dilentur lagi -_- cam buloh lah! Aku hingat ada satu penyu yang super jahat, macam Erieno. Habis satu kolam dikacau nya -_-

Pusat santuari ni juga mempunya sebuah mini muzium.

Penyu-penyu kecil akan diasingkan daripada penyu dewasa dan remaja.




Kita tidak dibenarkan mengacau anak2 penyu tue. Tapi haku tetap hangkat dan main2 dengan penyu nie. Terkapai2 dorang mintak nyawa. HOHOOHOH.. Chillllllll lah.




Monday, October 10, 2011

Cherating Day 1 - Holiday Villa - Amoaras Spa

Hello, meh kita sambung cerita pasal percutian haku di Cherating.

Lepas kitorang DUMP Qimie dekat Club Med Cherating, haku + Erineo dan Ajah pon bergerak mencarik sesuap nasik untuk mengisi perot yang lapar. Aku memang super lapar start dari keluar rumah, tapi disebabkan tak nak menyusahkan dan melambatkan perjalanan, haku rela mengikat perot. Baekkk kan haku?

Kami pon memulakan explorasi mencarik sarapan pagi sepanjang jalan. Sumpah, memang susah nak carik kedai makan yang buka pada waktu pagi sekitar Cherating! Orang Cherating nie memang tak makan pagi kot? Ke masak kat umah jer -__-

Finally, kitorang jumpa sebuah gerai/warung menjual nasi lemak + dagang + minyak. WOW! Nasi minyak di pagi hari! Tapi haku memang ader dengar yang orang belah Pantai Timur memang makan berat di pagi hari. Aku tak kisah, as long haku dapat makan ^_^ weee.

Tanpa membuang masa, Ajah terus menYEDOK nasi lemak dan seketul ayam. Sampai turn haku "Kak nasik habis. Baru nak masak nasik" -___- Demn. Apa lah malang nasib! Haku pon terus beralih arah kepada nasi KERABU. Nasi KERABU pon tinggal dua senduk jer! Apakah? *Jangan komen. Baru haku nak amik ayam, ayam pon habis -___- Wahhh, inie PETANDA burok nie!

Erineo pulak dah hilang selera sebab lambat makan dan perot dah masuk hangin. *Ker kau tak makan dekat warung? -__- Sebab takot member semakin terok, kami paksa jugak Erineo makan NASI LEMAK dan MINUM MILO. Kesudahannya, Erineo meengalami cherry berry dan muntah-muntah sepanjang percutian. So much for a vacation guy -__-

Sebab terlalu awal sampai, kami dah tak tahu nak buat apa. Penyudahnya, haku + Erineo + Ajah bercadang untuk memanjakan badan di Holiday Villa Spa. Weee^_^. Ini merupakan pengalaman pertama ke spa. Scary tawww dinoda tapi seronok kena massage!

Akhirnya kami pon bergerak ke Holiday Villa yang mengambil masa hanya 5 minit. Sesampai di Holiday Villa, entrance memang cam padang jarak padang tekukur tapi hotel itself, memang OK. Don't judge the book by it's cover ok.

Main entrance to Amoaras Spa

Amoaras Spa menawarkan pelbagai package beserta harga yang agak murah. Sebab Erineo termuntah-muntah, maka hanya haku dengan Ajah jer yang berjuang. Ajah hamik Traditiona Balinese Massage for 1.5hour RM150 dan haku pulak amik Amoaras Massage for 1 hour RM138.


Regsitration counter

Pengalaman di Spa, sangat mengerikan!

Pengurut : "Bukak baju, seluar dan bla bla bla. Tinggalkan  bla bla bla jer yer dan pakai kain batik nie"
Kecik : "Harus ker?" -__-

Lepas haku pakai kain batik, haku pon RESAH menunggu kakak pengurut. "Apahal berdebar2 nie?". Demn. Gemuruh satu badan. Macam malam pertama pulak! Sesampai jer kakak pengurut, dia pon suruh haku telangkup untuk diurut. SILA PASTIKAN korang memakai spenda yang lawa dan menarik! Kalau ader lubang2 di mana2, korang akan malu diskodeng oleh tukang urut.

Apahal gelap nie? Takot.
Kalu haku tahu Mahadi pergi spa tak ajak haku, haku cungkil2 bijik mata dia!


Lepas dh hilang MALU, haku bantai tidor! Hahahah. Yang menyebabkan haku celik bila kakak pengurut mengurut bahagian dada! Demn. Haku nak KETAWA, takot KAKAK tue malu. HAHHAHAHH. Hahhah. SOrry Mahadi, I dah ternoda. Gile ker?!!!

Tapi dalam beberapa minit, haku bantai tidor lagi. Entahlah, haku memang kuat tidor dan makan! Yang peliknya, haku yang kena urut tak keluar angin, yang mengurut pulak sendawa. Haku tak tahu lah dia sendawa sebab ANGIN atau tadi banyak makan nasi kerabu -__-

 
Mandi Bunga

Lobby Menunggu

Jakuzi RM30 for 45mins. Weee ^_^


Haku tak tahu nie untuk apa.
Kenapalah cam bilik nak membunuh -__-


Amoaras Spa

Body Massages
Amoaras Relaxing Massage 1 hour
This relaxing treatment using a wide range of aromatic oils will have our masseur kneading you to pure bliss. The gentle pressure will result in soft, supple and silky skin and a completely relaxed and rejuvenated you!
Traditional Balinese Massage 1 hour
Feel your body loosen up as your entire body, including your face and head are massaged using conventional local methods. Completely blissful, this will improve the healing of pulled muscles and sprained ligaments, reduce spasm, scar tissue and swelling of the body.
Holiday Villa Muscles Tissue Massage 45 minutes
Created specially for the lymphatic system and circulation of the lymph fluids, it increases blood circulation, relaxes the nervous system and reduces stress. Be at rest as the rhythmic technique of this massage brings harmony to your entire body.
Tension Massage 45 minutes
An extra touch for your head and back, it focuses on the pressure points to refresh your body and mind. A great way to help relieve stress and jet lag!
Body Scrub Massage 1 hour
Discover the unique traditional way of massage to healthier skin. Starts by cleansing your body with lavender body wash. Dead skin will be gently removed with a natural exfoliate such as lulur using Balinese coffee beans, jasmine and yam beans. Finished with a relaxing aromatic bath revealing a healthier, smoother and younger looking skin.
Body Mask 30 minutes
Used as remedy for rheumatism, muscle pain and allergies, the Merapi Volcano Mud Body wash is in rich potassium, phosphor, magnesium, sulfur and others minerals for healthier, smoother and younger looking skin.

Beauty Treatments
Traditional Hair Cream Bath 1 hour
Deep traditional conditioning treatment to moisturize the hair including head, hand and neck massage to sooth and relieve stress.
Nature’s Facial Treat 1 hour
Using only natural products with fresh ingredients and traditional techniques, relax and wake up to more refined, restored and hydrated skin.
Body Herbal Bath 30 minutes
Formulated from natural ingredients to traditionally treat blood circulation, lessen fats from your body and to remove bad odour. Gives you a healthy body and leaves a refreshing fragrance after treatment.
Body Milk Bath 30 minutes
Contains milk that moisturizes, brightens and radiates the skin. A delightful aroma to make your skin feel clean, soft and refreshed.
Body Herbal Bath 30 minutes
Formulated from natural ingredients to traditionally treat blood circulation, lessen fats from your body and to remove bad odour. Gives you a healthy body and leaves a refreshing fragrance after treatment.
Traditional Manicure 1 hour
Traditional Pedicure 1 hour
Gentle exfoliation and shaping of your nails into perfection start here. Besides boosting blood circulation, it will leave your skin baby soft. A totally pampering experience!
Foot Reflexology 45 minutes
Using reflexology techniques, this foot pampering session improves blood circulation, relieves stress, tension and fatigue. It also helps you build stronger body resistance.
 

Pemandangan nan menghijau di sekitar SPa.
Sangat mendamaikan. Wee ^_^



Keluar jer dari bilik urut, haku terus terpelecok -__- Memang CLUMSY! Dan perkara tue  semakin parah apabila diperasan oleh Erineo. Maka, minah nie akan gelak sepanjang masa. Lepas kena urut, spa akan menyediakan secawan teh halia. Ewwwwwww, halia saya tak suka tapi TEH saya suka.

Teh membuang ANGIN.

Kakat pengurut Ajah pon menceritakan pengalaman dia mengurut orang. *Muka kakak nie ader dekat Holiday Villa webpage - sedang bersuka ria minum teh. Kakak nie cakap ader jer lelaki yang gatal dan mengambil kesempatan. So kitorang pon tanya lah dengan lebih detail "So apa akak buat?". Kakak tue jawab, pepandai lah kita urut bagi dia HILANG NAFSU atau tepis secara baekkk -__- Demn!

I had a good chat/laughter with the gurls.
We should do it often


Pengalaman yang menyeronokkan di Amoaras Spa.
Thank you guys for the great massage ^_^
Kitorang gembira, tapi tidak pada Erineo.
Disebabkan bontot yang kemerahan akibat cherry berry berterusan.

Wednesday, October 5, 2011

Trilogy Of Cherating - Day 1 at Club Med

Kami bertolak ke Cherating pada pukul 6 pagi dan check point pertama merupakan rumah Linda di Taman Cempaka, Ampang. Apa ke heeyyyyy awal sangat yop -_- Aku cuba berpikiran positif dan memujuk hati kecil dengan berkata "Tak apa, nanti masa Qimie drive, kan boleh tidur" ^_^

Tapi, impian tetap impian. Angan-angan ku retak di tengah jalan dan pengalaman menaiki kereta bersama Erineo + Qimie, merupakan pengalaman ngeri yang tak hinginnnnn aku ulangi. Seriauuuu teman.

Swift merah coymel yang dipandu oleh Qimie memecut laju membelah MRR2 -____- Aku sempat mengucap dua khalimah syahadat, membaca 3 kul dan ayat kursi berulang2 kali agar ALLAH mengampunkan  segala kesalahanku.
Sambil baca ayat Kursi, sambil tutup kaki dengan bantal. Iyelah, pakai seluar pendek katanya -___-  Erineo hanya mampu  mengukir senyuman -_-  Aja sebagai safety warden of the day, digesa untuk membuat safety briefing -____- 
Aku tak tahu sama ada Qimie nie buta nombor ker, kaki kejung tak boleh nak pijak BREK ke SEBABNYA sepanjang perjalanan meter swift merah coymel tue akan sentiasa berada pada angka 180km/j. Ngko nak pergi mana laju-laju nie? Nak berak ker? Aiseh -___- 
Kitorang memang dah macam dalam roller coaster. Qimie belok ke kanan, aku bergolek ke kiri. Qimie belok ke kiri, aku terbang ke Aja. Aduyyyyy! Segala bonggol dan lubang diredah tanpa kenal perkataan “BREK”. 
Kepada Qimie : Aku nie kecik jer orang nya. Kurus pulak tue (Sila jangan komen -__-). Aku rasa melayang-layang jer dalam keter. Tinggal tak tercampak keluar tingkap je lagi!
There was a moment di mana, haku MENJERIT sepuas-puas hati apabila Qimie cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan TAPI di sebelah kanan jalan dari arah yang bertentangan, beberapa meter dari swift merah coymel akan bertembung dengan sebuah kereta nasional Malaysia. BEBeRAPA METER ok! Apa lagi, memang aku menjerit sekuat2 hati sambil bukak, tutup, bukak, tutup mata -__- Demn you Qimie!
YA ALLAH. Takutnya, Tuhan sahaja yang tahu. Jeritan kengerian haku disambut berselang seli oleh Aja. Linda hanya mampu mendepangkan kedua belah tapak tangan ke hadapan sambil membuat muka cemas. Kau ingat suami kau nak brek lah?
Kerana kami umat yang masih banyak dosa untuk dibersihkan, Qimie berjaya memotong kereta terbabit dengan selamatnya. Terima kasih YA ALLAH. Maka pada sesiapa yang nak menumpang Qimie, sila beli insurance nyawa dari Affa. Eh,apahal haku promote ko pulak -____-
*Kalau Mahadi bawak 120km/j pon haku dah memekak. "Hello, nak mati ker?" Lepas tue selamba jer Mahadi jawab "Alah dalam rumah pon boleh mati" -__- Menjawab pulak dia!

Swift merupakan kereta penjimatan minyak. From KL to Penang akan pakai 3 takok minyak jer. Tapi kalau dah kereta macam ribut, memang habis licin lah minyak dari Ampang ke Cherating -__- Daripada orang tak nak kencing, terus terpaksa kencing akibat gegaran hebat di sekitar pundi kencing.

Sesampai jer di Cherating, kami terus menuju ke Club Med. Qimie cakap event dia start pukul 8 am. Sebab kami nie pengunjung haram, depan guard house je, pak guard pandang2 kitorang. Eh, ko pahal? Tak pernah pandang pompuan cantik ker? (Jangan comment). Rupa-rupanya swift merah cuymel ni hanya didaftarkan untuk seorang pengunjung jer. Pftsss. Musnah lagi nak bergembira macam omputih dekat Club Med. Di bawah merupakan gambar2 dari Club Med webpage



The private beach only for guest hotel ^_^

View from bar

Kami dibenarkan menghantar Qimie depan lobby jer. Ada kami kesah? Heh. Setelah Qimie mendaftar masuk, kami pon menyebok sekali lagi menghantar Qimie ke bilik. Scenery serius lawa, tapi hotel ala2 haunted -__- Hantu, hantu! Takut. Qimie telah ditempatkan bersama sekumpulan MONYET. Tak percaya tengok nombor bilik dia .


Sian. Jangan kau macam monyet dah lah.

 
Menunggu Qimie check-in.
Linda yang hanpir menangis sebab nak berpisah dengan suami kesayangannya.

Bridge to the beach

Semua takot nak bergambar dan merayap sangat.
Takot kena halau dengan guard.

Lawa tapi macam SERAM jer -__-

Dekat Club Med, kalau korang terjumpa biawak, itu perkara biasa.
Maka sentiasa berhati-hati yea. Karang hilang ibu jari korang.

Somehow, haku sangat tenang dan aman ^_^ Jauh dari kebisingan kota dan kekalutan manusia. Yang ada hanyalah angin2 sepoi bahasa Melayu, bau2 rumput segar dan kebisingan suara Erineo dan Ajah -_-

 
Aku cuba snap dari pelbagai arah. Mana lah tahu, dapat snap gambar hantu.
Wah, kau celupar. AKut2.

Hah, ini dia gang2 Taman Chempaka,
Suka lah gambar nie. Cool habis ^_^ weee

Sign nie memangmenakotkan. Pernah ada TSUNAMI ker dekat Cherating?
Kami tetap berpikiran positif. Ini merupakan safety precaution kot.
Kalau terjadinya tsunami, sila melarikan diri ke tempat tinggi -_-




Saujana mata memandang. Biler lah family haku pulak nak pergi bercuti nie -_-

Jambatan yang menghubungkan bilik ke bilik

Minimum bilik biasa di Club Med ialah RM900++. Bilik yang paling minimum pon sangat kecil -_-
Tapi once korang menginap dekat Club Med, everything for free except Spa la ^_^
 Weee even drink on the house. Bar betol2 located dekat lobby dan depan main stage.
Dah ala2 club ok di malam hari -_-

Ajah yang dah transform jadi minah salleh

Serenity and tranquility

Ini merupakan amaran untuk para pengunjung.
Pantai2 di Cherating dipacakkan bendera sebagai AMARAN!

Bendera HITAM : Pergilah berenang, kalau nak MATI!
Bendera MERAH : Boleh berenang tapi kalau MATI, jangan salahkan orang lain!
Bendera HIJAU : Bukan PAS tapi para pengunjung boleh buat kuak lentang ^_^

 
Masa nie bendera HUJAU. Tue yang ayer tenang dan aman jer.
Alamak HIJAU..HUJAU tue Hujan plus Hijau, maka dapat HUJAU -__- Demn