Ad

Thursday, December 29, 2011

ZARA Man

Pada entry yang lepas, haku ader cakap :


Ok, haku bohong…sikit. ZARA mempunyai diversity of awesome collection untuk lelaki ie. trench coat, shirts, knitwear, blazer and so forth.
**********************
A week sebelum haku mengelinjang ke Penang, Mahadi ada pesan “Tolong tapau Garret, Mark & Spencer biscuit dan hurmm itu jerlah” -__-

“Itu jer ker? Red Velvet Cheese cake tak mahu?”
“Boleh ker?” -__- Aku ajak2 ayam, sekali dier betol2 lah pulak -__-

Sebab haku tunang yang coymel dan penuh kasih sayang, haku pon beratur lah dengan sabarnya di Garret. Sorry to say but your service suck!!! Booohoooo. Orang queue super panjang, sampai turn haku “Miss you have to wait about 45 mins for Almond Caramel” Ehhhhhhh, wataf la.
Haku dah beratur pepanjang dengan bag laptop yang berat, kau boleh kata TAK ADA. Lain kali letaklah signage, inform semua orang. Ngok tol ah. Maka  Mahadi hanya dapat merasa ordinary caramel dan cheese popcorn. Siyan you laling. Len kali erk.
Kerana haku tak nak balik during peak hour, haku pon berjalan-jalan ke sekitar alam mencari ilham atau lebih kepada window shopping -__- Akhirnya haku menjengah sekali lagi ke ZARA Man.
*Haku memang palang kemeja bunga ala2 GAY atau jarang2. Apahal?? Itu pompuan punyalah. Kecow!
Akhirnya mata ku tertacap pada sehelai checked shirt berwarna biru. WAHHHHHHHHHH, haku terus jatuh CINTA. Naper hari tue haku tak Nampak erk? Hari tue macam baju tidur -__-


Navy


Blue
Red
ZARA mencadangkan agar kemeja ini digayakan bersama tas kerja dan ankle boot.

***SALE now cost RM179.00
Wahhhhhhhhhhhhh, naper sekarang baru SALE-___-

.
.
.
.
.
.

Dan hasilnya adalah tadaaaaaaaaaaa…Stim kejap -__-“ Ok haku giler.





Dan haku gembira kerana Mahadi seorang yang menghargai ^_^


Aku jatuh cinta sekali lagi. Ok, kalau nak muntah sila bergegas ke sinki yang berdekatan. Haku pon tak tahu naper haku jiwang tapi haku suka tengok Mahadi berkemeja biru kekotak ^_^ Kinky, grrrrr.

Wednesday, December 28, 2011

Thursday, December 22, 2011

ZARA - The best CapRI eva

Kepada semua para gadis, separa gadis dan bukan gadis, pada malam yang gelap dan sunyi ini, saya ingin mempromosikan SATU benda sangat ohsomm! Cheng cheng cheng, apakah itu? (Instead of Jeng Jeng Jeng, haku pakai cheng cheng cheng ^_^)
Mempersembahkan Zara Capri Collection. Wieeee. Capri nie terdapat dalam 3 warna iaitu black, dark blue dan beige.  
Capri pants (also known as Capris, Crop pants, long or three-quarter shorts, and clam diggers) are mid-calf pants worn in warm weather. Variants end below the knee and calf – Wiki.

Tak tahu lah calf saper nie.


Ciri-ciri utama capri ialah
1)      Panjang seluar berakhir di buku lali atau atas sedikit dari buku lali.
2)      Pada bahagian atas seluar adalah sedikit besar (nak fit punggung kan) dan semakin mengecil apabila berakhir di buku lali.
So far ZARA is the best. *SEBAB tak mampu nak shopping dekat GAP macam Wei-Wei. Owh, so far haku tak pernah lagi jumpa capri yang menarik di MNG dan TopShop.
Aku mencadangkan agar korang bershopping sewaktu SALE kerana korang bukan sahaja dapat beli SELUAR malah TALI PINGGANG for FREE dengan harga RM199 dan ke bawah. Kalau hari biasa, seluar jer dah berharga RM179, belt pulak berharga RM100++.  Wieeee saya suka ^_^

Entahlah dark blue ke black -__-"
Super rabun!

Beige

Only cost RM139 nett.
Cepatttttttttttttttttt bergegas ke ZARA ^_^

ZARA mencadangkan agar CAPRI dipakai bersama heel supaya kaki korang akan nampak lebih tinggi dan slim ^_^ Untuk menambahkan lagi kehangatan pada pemakai, tops haruslah just nicely suit with your body (bukan menggelebeh macam kelawar) dan tuck-in. Kemudian sudahkan dengan pemakaian tali pinggang yang agak contra dari warna seluar dan baju. Tali pinggang juga boleh digayakan dengan pelbagai cara/design.

Eh posing jap ^_^

Wednesday, December 21, 2011

A|X

Aku nie bukanlah orang yang selalu menyambut special occasion macam Happy Anniversary untuk Couple, Tunang, Kahwin dan The Day  Mahadi ajak haku Kahwin. *Btw, nanti haku citer macam mana Mahadi propose. Sangat RARE ok! Ok sambung balik! 
Selalu orang akan kata “Ahhhh, malaslah” atau lagi cliché nya “Tak da masa”.
Kedua-dua penyataan di atas tidak boleh diaplikasikan pada haku. Ngeh ngeh ngeh. Haku ader jer masa tapi lebih kepada TAK ADA DUIT. Ini benar, tak tipu walaupun kau membangkang selepas tengok payslip haku ;p! hohohohohh *
Nak celebrate burfday pon payah tambahan lagi kalau burfday jatuh tengah2 bulan -__-“ Dah lah kawan baik ramai tapi nasib baik haku hanya ader sorang emak, sorang abah, 2 orang adik dan 1 tunang. Dibantainya adik-beradik ramai, menangis ayer mata darah aku dibuatnya.
Dan sampai sekarang aku rasa sangat bersalah pada Auntie2 dan kezen2 haku sebab haku tak pernah lagi celebrate burfday dorang. Still, akibat kemelesetan ekonomi. Plus haku tak pernah lagi celebrate burfday Erinio + Dila + Eleanour + Ando + Apon + Erin. Damn -__-“ Self guilt.
Tahun nie haku tak celebrate pon burfday mak, nadia, ayien dan mahadi KERANA duit dah banyak habis masa bertunang -___-  Malang sungguh nasib korang dapat anak, kakak dan tunang macam saya.
AKHIRNYA, a few months back haku berjaya mengcompensate hadiah Nadia dan Nazrien. Mahadi baru separuh. Hurm, semakin mahal jer hadiah yang anda minta -____- Cam nie terpaksa saya buat pole dance..Eiihaaa..Ok stop! Eh hadiah emak pon takder! Takper, mak kaya -__-“ Hadiah burfday Uncle Jep haku belanja makan dan bagi duit jer.
Nadia haku hanya mampu bagi STARBUCK PLANNER 2012, AYien haku bagi PSP ver1000 tawwww! So lame -___-  Tidak ketinggalan Jam dan Kasut Bola..hohhooh.

I bought it straight without collecting 15 Starbuck DRINKS ^_^ 
Dan untuk Mahadi baru semalam haku carik pre-burfday gift. Sebab apa pre-gift, sebab untuk actual gift haku masih lagi menyimpan duit dan dah habis stock. Selamat duit teman ^_^. Hehehe. Gurau jer yer, jangan marah nanti gigi geraham sakit lagi.
Btw Mahadi sakit gigi bukan sebab tak gosok gigi TAPI lebih kepada penumbuhan gigi geraham bongsu. Apa cer GIGI baru nak tumboh ^_^
Ok2, berbalik pada hadiah Mahadi. Semalam haku sehari suntuk berjalan-jalan di KLCC mencari pre-gift Mahadi. Siyes buntu dan tak tahu. Semua kedai haku dah masuk ie. Zara MAN, Topmen, CK, Paul Smith, GUESS, Coach (eh apahal COACH?? Selingan jer yer) dan TAKDER satu pon yang haku berkenan. Dulue ZARA did produce super ohhsommm jacket tapi sekarang macam hampeh -___-  Ini hanya applicable untuk ZARA MAN. ZARA WOMAN maintain ohsoommm.
Akhirnya haku terjumpa 1 biker jacket yang cool dekat Armani Exchange, A|X. Bukan rempit tapi super-cool-multipurpose-khakis-jacket. Apa lagi, tanpa  berfikir panjang haku terus mengswipe Maybank Debit Card. Ehh kata nak simpan duit kawen -___- Dan hasil nya adalah seperti dibawah. Harap2lah Mahadi suka -__-“




Sila bergegas ke A|X yang berdekatan sementara SALE masih ada!



Saturday, December 3, 2011

Mencari reZeKi di Pagi AhaD


Mencari RezeKi di pagI Ahad.
Per daaa asek kerja jer..Cam pencacai MUDA (uhuk uhuk) pengangkat najis. pftsss 
yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ~_~


Friday, December 2, 2011

Saya PENING-PENING dan ... Adakah Saya ????

Hari ini hari Jumaat. Hari ini saya bercadang untuk berjogging di KLCC bersama rakan-rakan. Tiba-tiba hujan lebat. Saya sangat sedih. Saya tak jadi untuk berjogging. Saya pergi makan SUSHI KING bersama rakan-rakan. Saya sangat gembira hingga keluar air hidung berwarna hijau lalu terselit di tepi pipi.

Selepas makan di Sushi King, saya bergerak ke sebuah kedai buku bangsa orang Jepun yang bernama KINOKUNIYA atau mak saya panggil KOYOKOYO. Saya bercadang untuk membelikan saudara saya yang berjantina perempuan akan sebuah BAG LUKISAN bersaiz A2. Saya terperanjat melihat harganya yang mahal iaitu RM68. Saya bercadang untuk membeli BAG LUKISAN itu di Shah Alam nanti. Owh, nama saudara saya ialah Nur Farah Adillah anak perempuan Noradlisyam.

Lawa tak saudara saya? Saudara saya tinggal berhampiran dengan Zoo Negara.
Kerana itu beliau kelihatan begini. Saya malu tapi sedikit sahaja.

Selepas itu, saya bergerak ke sebuah kedai bertih jagung yang bernama Garret. Saya sangat suka Garret. Garret sedap kawan-kawan! ^_^ Saya ingin mencuba perisa KEJU dan GULA HANGUS MANIS.

Saya sedang beratur untuk membeli BERTIH JAGUNG

Saya PENING-PENING makan bertih jagung yang MASIN.

Orang-orang di sini sangat berdisplin. Semua orang beratur dengan bersabar dan bersopan-santun. Saya tidak sabar-sabar nak makan bertih jagung. Saya gembira apabila juru jual menyerahkan bertih jagung kepada saya.

TAPI saya sangat SEDIH kerana bertih jagung yang berperisa KEJU sangat MASIN hingga membuatkan saya nak PITAM! Saya sedih kerana MAHAL dan MASIN. Mak mesti marah kalau mak dapat tahu saya membazir. Saya sangat takut kepada mak sebab mak saya garang macam singa ! AUmmmmmm macam itu lah bunyi kalau mak saya marah.

Tapi seorang kawan perempuan saya yang CANTIK yang bernama WEI WEI sangat SUKA akan bertih jagung berperisa KEJU itu. Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang bernama Mijah, Rosalina Ayamo, Navin, Sufyan dan Mimi! Saya rasa mereka sudah tua dan tidak mempunyai deria RASA. Saya sangat kesian kan mereka.

Ini kawan saya yang berbangsa Cina yang bernama Wei Wei.
Saya suka kawan dengan Wei Wei sebab Wei Wei sangat bergaya macam patung BARBIE
dan Wei Wei sangat cantik. Gambar di atas merupakan gambar Wei Wei sembelit akibat
tidak berak selama seminggu. Saya kesian Wei Wei.

Begitulah kisah kehidupan saya pada hari ini. Ada gembira dan ada duka. Begitulah adat resam hidup manusia. Anda pula bagaimana?

Thursday, December 1, 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Saya sukaaaaaaaaaaaaa lagu nie ^_^
Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

http://www.youtube.com/watch?v=VFhqvz8ssJo