Ad

Friday, December 2, 2011

Saya PENING-PENING dan ... Adakah Saya ????

Hari ini hari Jumaat. Hari ini saya bercadang untuk berjogging di KLCC bersama rakan-rakan. Tiba-tiba hujan lebat. Saya sangat sedih. Saya tak jadi untuk berjogging. Saya pergi makan SUSHI KING bersama rakan-rakan. Saya sangat gembira hingga keluar air hidung berwarna hijau lalu terselit di tepi pipi.

Selepas makan di Sushi King, saya bergerak ke sebuah kedai buku bangsa orang Jepun yang bernama KINOKUNIYA atau mak saya panggil KOYOKOYO. Saya bercadang untuk membelikan saudara saya yang berjantina perempuan akan sebuah BAG LUKISAN bersaiz A2. Saya terperanjat melihat harganya yang mahal iaitu RM68. Saya bercadang untuk membeli BAG LUKISAN itu di Shah Alam nanti. Owh, nama saudara saya ialah Nur Farah Adillah anak perempuan Noradlisyam.

Lawa tak saudara saya? Saudara saya tinggal berhampiran dengan Zoo Negara.
Kerana itu beliau kelihatan begini. Saya malu tapi sedikit sahaja.

Selepas itu, saya bergerak ke sebuah kedai bertih jagung yang bernama Garret. Saya sangat suka Garret. Garret sedap kawan-kawan! ^_^ Saya ingin mencuba perisa KEJU dan GULA HANGUS MANIS.

Saya sedang beratur untuk membeli BERTIH JAGUNG

Saya PENING-PENING makan bertih jagung yang MASIN.

Orang-orang di sini sangat berdisplin. Semua orang beratur dengan bersabar dan bersopan-santun. Saya tidak sabar-sabar nak makan bertih jagung. Saya gembira apabila juru jual menyerahkan bertih jagung kepada saya.

TAPI saya sangat SEDIH kerana bertih jagung yang berperisa KEJU sangat MASIN hingga membuatkan saya nak PITAM! Saya sedih kerana MAHAL dan MASIN. Mak mesti marah kalau mak dapat tahu saya membazir. Saya sangat takut kepada mak sebab mak saya garang macam singa ! AUmmmmmm macam itu lah bunyi kalau mak saya marah.

Tapi seorang kawan perempuan saya yang CANTIK yang bernama WEI WEI sangat SUKA akan bertih jagung berperisa KEJU itu. Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang bernama Mijah, Rosalina Ayamo, Navin, Sufyan dan Mimi! Saya rasa mereka sudah tua dan tidak mempunyai deria RASA. Saya sangat kesian kan mereka.

Ini kawan saya yang berbangsa Cina yang bernama Wei Wei.
Saya suka kawan dengan Wei Wei sebab Wei Wei sangat bergaya macam patung BARBIE
dan Wei Wei sangat cantik. Gambar di atas merupakan gambar Wei Wei sembelit akibat
tidak berak selama seminggu. Saya kesian Wei Wei.

Begitulah kisah kehidupan saya pada hari ini. Ada gembira dan ada duka. Begitulah adat resam hidup manusia. Anda pula bagaimana?

3 comments:

  1. nad... kite mimpi awak smlm.. mimpi pegi tioman sama2...

    ReplyDelete
  2. hahhahha....pergi tioman??? kita jumpa last pon masa diploma ^_^ ko kat ner sekarang tika???

    ReplyDelete
  3. AKU BACA BENDA NI PUN PENING TAU, SAKIT OTAK LAH

    ReplyDelete

chanT-chanT from The HearT