Ad

Saturday, December 21, 2013

House Chores NeVer End

Tribute to Ayien! Sejak haku mengandung, Ayien sangat baik pada haku ^_^ Hehehe... Bagus!!! Kak long suka! 

So gambar di bawah merupakan kerajinan dia di pagi Ahad membersihkan rumah. Selalunya, punyalah payah nak bangun pagi dan MENGEMAS!


AYien jugak PENGGARU setia haku
Kak long: "Yien, tolong garu belakang Kak Long skit" atau "Yien, tolong garu kaki Kak Yong kejap".

Haku bukan mengada-ngada TAPI memang marvellous Ayien garu ^_^ Heheheh. Tapi kesian jugaklah jadi AYien. Kejap-kejap karang mak panggil tolong urut kaki lepas tu abah pulak. Kau memang anak dan adik yang baiklah bro, That's how we roll! (ayat feveret dia)


Late dinner at Burger Bakar Abang Burn Wangsa Maju
Review: Sedap, puas, harga berpatutan dan lagi sedap 
dari CHILI'S. Harga around 11++ Sorry haku tekak Melayu!
Burger Bakar Wangsa Maju terletak terletak berhampiran
dengan stesen LRT Wangsa Maju. Lagi senang korang pakai WAZE!


Sebagai balasan, sepanjang cuti sekolah, haku dan Sang Suami selalu hangkut dia pergi makan-makan dekat KLCC, The Curve, Ikea dan Bukit Bintang sambil tengok movies dan karaoke. Kau jangan terperanjat pulak tengok kakak dan abang ipar kau menyanyi. Memang ala-ala kerasukan setan skit!

Next year merupakan tahun genting untuk AYien..PMR! Kau tahulah nasib kau tahun depan! Kalau kau belajar main-main, tercabutlah kulit kau. Kau tak nak tengok singa betina mengamuk!

Pada AYien, as you are my one and only brother, Kak Long berharap sangat kau belajar bersungguh-sungguh, dapat pekerjaan yang bagus, kerja betul-betul, berani, speak up your mind, jangan biar orang menindas kita dan berdaya saing.

Kak Long tak nak kau susah, hidup merempat dan terumbang-ambing bila dah besar nanti. Dunia sekarang, gaji RM3000 pon tak cukup. Mana nak bayar rumah, kereta, bills. Lepas tue konpem nak berpoya-poya dan belanja awek. Belikan hadiah birthday, anniversary!

Kau pulak tak nak beli sneakers yang hebat-hebat, tshirt remaja-remaja kini atau gadget-gadget yang cool? RM3000 tak cukup bro. Maka BERUSAHALAH dari sekarang untuk masa depan mu! Chewahhhhh.

Make us proud and we got your back brother!
That's how we roll!


Buku Merah Jangan Lupa Bawa ^_^

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk 2014 -__-" Rasanya, baru bulan lepas buat ucapan tahunan 2013 dan yang pasti masih berderet-deret wishlist dan azam yang tergantung dekat pajak gadai:- nak beli rumah, nak beli kereta dan segala macam mak nenek!

Tapiii, something popping out early this year, little munchkin ^_^ Our dearest baby D (okeh nak nickname dia baby D jugak exactly like Vivy....pftsss)


It's been 5 months now and everything seems good and manageable. First trimester amatlah mencabar dan sukar. Hanya ALLAH yang tahu macam mana sengsaranya haku. Orang Melayu ada cakap, apa yang kita rasa semasa mengandung merupakan balasan akibat kedegilan kita macam keldai melawan ibubapa. Pftsss :p


Hormon okeh! Perubahan hormon bukan sebab degil macam keldai!. Masih cuba menafikan disitu :p Haku tak boleh jamah any oily foods. Masalah besar! Mak Tanduk dah lah RATU MINYAK. Bukan sebab tekak den mengada-ngada tapi setiap kali haku cuba sumbat perot haku dengan nasi dan ayam masak sambal, nahhhh satu sinki muntah keluar. Yewwww!

Early pregnancy

Nasib baik haku keje dekat KLCC. Senang nak tibai O'Briens, Nandos dan Subway. Lepas lunch, haku akan berkejar ke Isetan beli buah-buahan atau salad -___-" Haku lahirkan anak Belanda ke Caucasian? Nak makan western je! 

Bukan makanan je menjadi masalah utama, malah kondisi badan pon bercelaru. Haku sorang yang sangat susah nak demam dan SELSEMA. Sejak haku disahkan mengandung, hingus hijau mengalir tanpa henti! Apahal???? Sengsara weh! Nak tidur dan bernafas menggunakan satu lubang hidung memang azab. Nak bercium pon payah, mulot dah bertaut, hidung dah tersumbat, hah mana lagi haku nak hembus nafas??? Biru muka! Tettttttttttt 18sx di situ.

Tangan pon selalu kebas-kebas! Kadang-kadang kanan lepas tue kiri. Haku suspect haku tertindih tangan haku semasa tidur. Haku rasa sakit macam ditusuk-tusuk dan tak mampu nak buat sebarang keje. 

Mak Tanduk pulak dengan baik hatinya mengurut tangan haku agar cepat reda dan pulih. Nahhhhh esok pagi tangan haku super bengkak dan SAKIT. Gua nangis babe! Hah, mana pernah pesilat Selangor nangis! Pftsss..

Haku pon bergegas ke klinik kerajaan Selayang untul pemeriksaan. Macam biasa lah, kalau klinik kerajaan haruslah menunggu 2 ke 3 jam. Tak per! Sabar Dora. Pegawai Kesihatan suruh haku datang the next day minum air gula dan hamik darah! Haku pon pikir "alahhhh setakat minum air gula, apa adahal. Coke tue haku togak relax je!" 

Adele: "Kawan I kata sengsara minum air gula tue! Manis and likat! Tak mampu nak masuk ke tekak"! Damnnnn Adele, so much for an advise! Maka dengan slumber kataknya haku tak buat checkup tue. Hhohhoh. Pegawai Kesihatan ada nasihatkan haku untuk tuam tangan dengan COLD PAX bukan URUT dengan MINYAK PANAS atau tuam dengan AIR PANAS. Makin kembanglah blood vein cik timah. Pftsss

This is the cold pax which cost RM20

Kenapa haku buat checkup dekat Klinik Kerajaan? Hah tue sebab kemalasan dan sifat melengah-lengah haku untuk daftar kahwin dekat HR. Hamik ko! 

2 kali haku buat monthly checkup dekat Klinik Kerajaan Selayang, following checkup dekat Roopi Medical Centre (Roopi nie bagus baq hang) and InsyaALLAH kalau tak ada aral melintang haku dan Sang Suami decide nak deliver dekat Hospital Tentera Tunku Mizan :) 

Lenguhlah tangan haku nak menulis!
Di atas merupakan sessi mencuba maternity gown ^_^
Thanks Sang Suami for the gowns!

Sunday, September 1, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013

It's been ages haku tak merapu lagi meraban (Okehh ini term mak pakai tatkala sentap dengan kebisingan haku tiga-beradik)! Hidup haku dipenuhi dengan keje-keje opis, sanak sedara yang sibuk nak "pop the cherry" dan memberi nafkah batin untuk Sang Suami. Okeh jangan merapu Dora!

2013 merupakan tahun pertama haku beraya sebagai ISTERI ^_^ Ohh la la la. Sedih? Tak sedih sangat sebab haku suka adventure. Beraya di kampung di tengah-tengah halaman nan hijau, burung-burung berkicauan, fajar menyinsing di ufuk Timur dan bau buah-buahan segar dari ladang amat mendamaikan jiwa. Pftsss -__-" Pembohong punya budak!

Pada tahun ini, haku dan Sang Suami beraya di Mersing! Kenapa Mersing? Bapak mertua teman masuk hospital akibat jangkitan paru-paru berulat. Isk isk isk. Sian kome uncle  Sunny Side Up!

Perjalanan dari Selayang ke Mersing pada malam raya sangat mencabar! Uncle  Sunny Side Up telah dimasukkan ke Hospital Mersing. Maka berlarilah haku, Sang Suami dan Chopi menaiki susuki taylor swift dengan bergayanya. Berbuka posa di McDonald merupakan pengalaman RARE dan agak sedih. Mesti masa ni, family haku tengah berkumpul ramai-ramai di meja makan melahap ketupat, rendang daging, kari ayam dan lemang!


Rupa-rupanya ramai Melayu berbuka puasa dan beraya di McD weyyyhhh. Tak adalah pelik bin ajaib! Makan burger dan sekrim cornetto di malam raya memang besh. sob sob sob sretttt hingus hijau. Ehhh ^_- Tapi siyes, haku memang suka benda-benda baru plus beraya bersama suami adalah satu anugerah Allah. HOHOOHO. Siap ko malam karang!


Pada yang tak pernah pergi Mersing, haku nasihatkan agar korang bertolak di siang hari, well prep dan guna WAZE! Mersing tak ada highway baq hang -___-" Jauh dan maha gelap. Sesat masuk ke kilang kelapa sawit, merentas jalan merah dan rumah kosong di malam raya selepas setan terlepas memang mencabar minda :(


Jalan baru atau yang tidak didaftarkan tidak akan muncul di WAZE. Maka instead of belok kanan, WAZE akan tunjuk jalan terus sebab JALAN TERUS tak didaftarkan -___-"

Dalam pikiran haku dah muncul macam-macam entiti seram. Haku terbayang sekor pontianak bertenggek di pokok kelapa sambil menghisap candu ataupun hantu tetek melintas sambil menggayakan 2 piece swimming suit berwarna PINK -__-" Kau memainkan, sekarang bolehlah kau berlagak! Pftsss.

Mulut haku dan Sang Suami tak putus-putus membaca 3 kul dan ayat kursi. Akhirnya kami memilih untuk mengikut signboard Felda Nitar instead of WAZE.

Kerana Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, Allah telah membimbing kami ke Hospital Mersing dengan selamatnya. Safe and sound. Melihat Uncle Sunny Side Up terlantar di atas katil sangat menghibakan hati. Kami berdoa agar Uncle Sunny cepat-cepat sembuh dapat pulang beraya.




Satu perasaan sebak, gembira dan bersyukur tatkala mencium tangan suami di pagi raya. Haku berjanji untuk menjadi seorang isteri yang baik dan mengikut perintah Allah. AMinnnn...

Dalam pada gembira mencium tangan suami, muka dan ehem ehem, haku teringat-ingat bandar halaman. Apa lah korang tengah buat kan? Tengah ramai-ramai pergi semayang raya ke? Tengah bekpes ke? Banyak ke duit raya kome dapat? Hingat tak haku kat sini? sretttttttttttttttttttttt hingus terselet masuk mulot

Muahahahha haku dikhabarkan deme takde gambar raya beramai-ramai akibat tetamu berkunjung tidak putus-putus dari pagi hingga ke malam. YESSSSSSSSSSSSSSS!!! HOHOHOOHO!

  

  


         


                                  
PFTsss glamer je lebih :p

Dan di bawah merupakan bingkisan-bingkisan raya dari pecelele untuk santapan mata ^_^ Selamat Hari Raya korang dan semoga Raya pada tahun ini membawa seribu keinsafan dan keberkatan.

Rudy dan isteri Rudy

Ayu dan suami Ayu dan anak Ayu

Rusy dan isteri Rusy dan anak Rusy

Nizar dan isteri Nizar dan anak Nizar

Hans dan Suami Hans dan anak Hans

Jawa dan isteri Jawa

Adele dan suami Adele dan anak Adele dan anak Adele -__-"

Anis dan suami Anis dan Anak ANis

Izwani


Dan last but not least
Pariz, isteri Pariz, anak Pariz dan anak Pariz lagi ^_^


Wednesday, July 24, 2013

BreakEven


OK lagu nie tak ada kena mengena haku gaduh dengan suami ke, family ke, haper ke.
Yup we like Boys Avenue


I'm still alive but I'm barely breathing

Just prayin' to a god that I don't believe in

Cos I got time while she got freedom

Cos when a heart breaks no it don't break even



Her best days will be some of my worst

She finally met a man that's gonna put her first

While I'm wide awake she's no trouble sleeping

Cos when a heart breaks no it don't breakeven... even... no



What am I supposed to do when the best part of me was always you,

And what am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok

I'm falling to pieces, yeah,

I'm falling to pieces



They say bad things happen for a reason

But no wise words gonna stop the bleeding

Cos she's moved on while I'm still grieving

And when a heart breaks no it don't breakeven even... no



What am I gonna to do when the best part of me was always you,

And what am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok

I'm falling to pieces, yeah,

I'm falling to pieces, yeah,

I'm falling to pieces

(One still in love while the other ones leaving)

I'm falling to pieces

(Cos when a heart breaks no it don't breakeven)



Oh you got his heart and my heart and none of the pain

You took your suitcase, I took the blame.

Now I'm try'na make sense of what little remains ooh

Cos you left me with no love and no love to my name.



I'm still alive but I'm barely breathing

Just prayin' to a god that I don't believe in

Cos I got time while she got freedom

Cos when a heart breaks no it don't break

No it don't break

No it don't break even no



What am I gonna do when the best part of me was always you and

What am I supposed to say when I'm all choked up that you're ok

(Oh glad you're okay now)

I'm falling to pieces yeah

(Oh I'm glad you're okay)

I'm falling to pieces yeah

(One still in love while the other ones leaving)

I'm falling to pieces

(Cos when a heart breaks no it don't breakeven)



Oh it don't break even no

Oh it don't break even no

Oh it don't break even no

Friday, June 7, 2013

Diving & Feeding The Dolphin

Setiap tahun Telaga Minyak Jaafar akan mengadakan lawatan sambil berenang ke serata Malaysia atau dunia seperti Pulau Redang, Tioman, Perhentian, Paris, Istanbul dan bla bla bla...

Pakej yang ditawarkan memang sangat murah merangkumi (merangkumi katanya!) pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan DIVING LESSON ^_^ Separuh dari harga pakej telah disubsidi oleh company dan kami dibenarkan membawa Immediate family ^_^ Wieee.


Pada tahun ini, untuk kali keduanya, Telaga Minyak Jaafar telah mengadakan lawatan sambil berenang ke Pulau Bidong. Sebelum berdua, Sang Suami MEMANG TAK BENARKAN haku menyertai sebarang aktiviti percutian -____-" Ngehhhh. Memang KING CONTROL! Alasan unggul beliau "U kena pergi dengan I. I tak nak orang lain tengok u". Shweet tapi dasar kuku besi!

Maka pada kali ni, haku sangat excited nak pergi bercuti bersama-sama Sang Suami ke Pulau Bidong ^_^ Yeayyyy! Haku pon mendaftarkan diri ke kelas "DIVING". Uhhhh semangat-semangat.


Kelas tutuorial telah diadakan di Telaga Minyak Jaafar pada pukul 6 petang hingga 8 malam selama 3 hari, Diving class kami telah dianjurkan oleh SEA MONKEY. 

Sebelum nie, haku selalu berimiginasi yang diving merupakan aktiviti leisure, santai dan fun. Hurmmm tak leisure sangatlah-___-" Tanpa teknik dan awareness yang betul, individu boleh mengalami keracunan OKSIGEN, NITROGEN dan LUNG RUPTURE!!!  Owhhhemmmgieee. Dengar pon dah takot!


Test akan diadakan selepas kelas teori. Jika gagal, individu terpaksa menjalani ujian ke 2 menggunakan soalan SET B. Okehh lupa haku nak bagitahu. Diving juga mengkehendaki anda mengira -________-" Hidup ku bertambah kelabu!!!

  1. "What is the minimum surface interval required between a dive to 18 meter/60 feet for 40 minutes followed by a dive to 14 meter/50 feet for 60 minutes? Frakkkkk!!!

Lepas korang LULUS dengan jayanya, korang terpaksa menjalani UJIAN BERENANG 200 meter TANPA HENTI dan TERAPUNG SELAMA 10 minutes -________- Jadah nie!

Haku bukanlah proper swimmer. Kalau setakat berenang hentam keromo retilah haku -___- Nie tak boleh BERHENTI! Biadap!

Maka pada minggu lepas, haku dah mengheret Sang Suami untuk berlatih berenang. Pada masa nie semangat sangat membara-bara dan meletop-letop. Kami telah membuat strecthing secukupnya dan terus kecebur!! 

Kami mulakan kuakan dengan semangatnya..1..2..3..1..2...3...1...2..3...adehhhh tak sampai 25 meter dah terjungkir baq hang! Tue pon berenang tepi kolam! Damnnyuuu.

Akibat semangat yang lemah dan perot yang berat, haku end up menghiburkan diri by Feeding a dolphin. Ngehhh!

Eikk eiikk eikkk (bunyi dolphin)
Mana makanan nie?? eikkkkkk

eikkk Makanan...eikkk eiikk makanan..eikkk makanan...
Suka..suka!!!

Eikk eiiikk dekat sikit..eikk eiikk dekat sikit

Eikkk ehhhhh jangan lari
eiikkkkk haku suka
eikkkk suka haku

Ehhhh jauh sangat tangan kau tue ..eiikk eikkk

ahhhh..hahhhh...nganga DOLPHIN -___-"
Bessau mulot ko kan???

Dolphin mintak lebih -___-" sakai!
Btw, "ITU" bukan gigitan cinta!
Itu birthmark since yesterday dah ada. Hehhh!




Wednesday, June 5, 2013

A Picture Is Worth A Thousand Words





CelebraTion Of Lust. Ehh!

Gambar-gambar yang cool nie telah disnap oleh Ahmad Fadzli anak lelaki Encik Jantan. Afjanta merupakan member satu opis. Haku tak ada lah nak kawan sangat dengan dia nie, dia jer yang suka kawan dengan haku:p Hohohoho...Jangan marah, nanti kena jual!

Kami upah afjanta sebab idea gambar yang menarik, perspektif gambar yang unik dan yang paling PENTING harga yang MURAH. Hohohoho. Kata member kan..hah..an.

Ehhh tak da lah murah sampai 500 hinggit. Giler ker? Ni bukan album mak-cik mak-cik Jemah di zaman dahulu kala. Tak lepas duit lunch afjanta seminggu kat Sukhumvit :p Uhuk uhuk uhuk...Kalau makan murah-murah, tekak dia gatal-gatal!

Haku baru bayar RM1000, tue pon bulan lepas..ekekkeke...Final amount tak sure lagi -____-" Kau jangan memahal afjanta! Kau dah lah nak gi diving, nanti haku doakan bontot kau kena gigit jerung :p

Album pre-wed dan nikah almost nak siap. Tinggal nak touch-up sikit-sikit lagi.

Untuk album, haku dah beli 3 kupon PHOTOBOOK. Customer boleh custome/design photo album mengikut napsu serakah masing-masing either nak leather cover ke, image wrap ke and esetra esetra esetra. Cubalah korang yahoo yahoo website dia :)




MCTraveLodge Home Stay

Salam perpaduan dari saya, Si Kecil all the way from Bagan Ajam, Penang ^_^ Okeh okeh...All the way from "BUTTERWORTH"! Duhhh -___-" (sebok je suara-suara kecil dibelakang nie) Dah duduk Bagan Ajam, tak MENGAKU PULAK! Pftsss

Bersempena dengan cuti sekolah pada kali ni, konpem korang sebok dengan undangan majlis perkahwinan. Makan free...SAVE BUDGET! (Rusyaidi mesti suka ^_-)

Bagi yang masih solo, mesti berdarah telinga dengan soklan-soklan cepu cemas "Biler nak kahwennn nie??? Kau mandi bunga lagi bagus" atau "Mak Cik ada kawan taww, anak dara dia cantikkk macam Khatijah Tan, berseluar Yankee Jambul di depan"!!! 

Bagi yang dah kahwen tapi tak BERANAK pasti tersedu-sedan dengan kelancangan mulut jiran sebelah "Ehhh kome nie tak ada apa-apa lagi ke?? Biler nak dapat anak nie?" Seboklah kau Jemahhhh!

Kami sekeluarga pon agak busy dengan A FEW RECEPTIONS dan ENGAGEMENT:

1) Majlis pertunangan Azhar di Jitra Kedah pada bulan Mac yang lalu
- Majlis berjimak akan diadakan pada bulan 8, seminggu selepas raya! Naper lepas raya woiiii??? Mana ada duit lagi! -___-" Owhhhemmgieee

2) Majlis pernikahan dan persandingan Reen di Johor Bahru

3) Majlis pertunangan Sopi, my brother-in-law -__-" Ko pon nak jugak ker?

Maka kami sekeluarga almost kojol dan bankrupt:p Tapi takper, benda baik pasti akan mendapat balasan baik dari ALLAH S.W.T :)


So mari haku story pasal majlis pertunangan Azhar. Azhar merupakan kezen sebelah mak dan kami memang rapat sejak dari kecik! Mana tak rapat kalau dah tinggal sebelah rumah-___-" Azhar berumor 27 tahun dan merupakan seorang pensyarah si sebuah kolej arrrr...ermm..Ok tak hingat mana -__-" Sila makan ikan Si Kecil! 


Akhirnya Azhar berjaya menambat hati ADIK MANIS yang berasal nun jauh di Kedah!!! Jauh baq hang! Maka berangkatlah kami sekeluarga ke Jitra Kedah pada bulan March yang lalu.

Haku dan Sang Suami telah dipertanggungjawabkan untuk mencari sebuah rumah tumpangan.

So carik punya carik, kami telah dijodohkan dengan MCTraveLodge yang ditempah menerusi Agoda.com. Murah, luxury dan spacious baq hang! RM200++ per night.

Signboard pon dah sangat impressive

 
Masuk je rumah, kami dah terkesima dengan kecanggihan teknologi. Ada security alarm, free WIFI, fully equip dengan kipas, air-cond, TV Plasma dan mini fridge di setiap bilik,  washing machine, iron, dry and wet kitchen, 3 toilet plus ada garden and gazebo. Sumpah COOL people!


Adik tuan rumah menginap di sebelah rumah je!
 Maka jangan haraplah korang nak buat party-party liar!


Tengok gambar lah erk. Malas haku nak explain pepanjang:p

 









Nadia pemungkas telah dilantik sebagai penggubah hantaran yang bertemakan warna maroon! Macam banyak warna HITAM je dik NON!




 


Haku memang suka semua gubahan, design dan decoration Nadia pemungkas! Nampak simple tapi elegant ^_^ Me loike!

Tadaaaa inilah hasilnya ^_^
Ada di antara barang-barang hiasan merupakan barang-barang
yang digunapakai ketika majlis pertunangan dan pernikahan
haku. Cool kan? ^_^ Tak yah membazir! Inilah bagusnya hidup
berkeluarga. Hehehh.
.
.
.
.
.
.
.
.

And for the finale...Gambar haku mengeleset-lesot^_-