Pada hari raya ke 5 bersamaan Jumaat, 2 Sept 2011, aku sekeluarga telah mengadakan "BBQ asal sempat" hanya untuk ahli keluarga terdekat. So, janganlah marah kalau korang tak terima jemputan BBQ kami ^_^
BBQ family aku selalunya mengorbankan 2 ekor ayam + sebelah bahu mbeeekkkk atau nama dalam ic nya kambing + sausage (nyum2) + seafood seperti ikan pari dan kembung (murah kan -__- ), sotong dan kerang. Bahan ini2 akan diperap bersama jintan manis + jintan putih + black pepper + rosemary + paprika + AJINOMOTO (haruslah kan...karang tak berasa pulak) dan bendasing2 lain yang dirasakan mampu menaikkan ke'EXOTIC' kan makanan terbabit. Bahan-bahan nie akan diperap lebih kurang 3 jam. Tapi selalunya kurang daripada 1 jam sebab kitorang dah tak leh tahan akan aromanya -___-
Grill + arang + getah + kapak + bom memang mudah nak carik kat sekeliling rumah sebab atok aku memang suka mengumpul barang2 antik nie. Kitorang tak pernah menghadapi sebarang masalah nak sediakan grill sebab ada pak long yang sangat efficien menyalakan api. Sebenarnya, SUSAH weiii nak hidupkan api kalau tak ada pengalaman -___- Pengalaman di Bagan Lalang menerpa minda.
Alhamdulillah atas rezeki yang diberi. Kuah cicah atau kuah asam akan disediakan dengan terrornya oleh abah. Aktiviti perap memerap akan dijayakan oleh mak long + mak tam + mak teh dan zahar. Mak marinate pon sedap tapi mak dah tak larat. Mak cakap "Nak tercabut lutot haku". Ayat standard mak. heh
Aku tak selalu ada peluang untuk merasa panggangan orang lain. Tapi BBQ terbaek yang pernah haku rasa, dibakar khas olen Andaq dan Adhwa. Pengalaman pertama haku menjamah ayam terbakar deme, masa kitorang berkelah di Bagan Lalang. Andaq nie bangang sikit nak hidupkan api. Aku + Erin + Alia yang berhempas ayer ketiak nak menghidupkan api yang mengambil masa almost 1 jam. Yang lagi best nya, dapat kat Andaq, dier pergi jirus api tue dengan ayer. Wahhhhhhhhhhhhhhhh. Rupanya-rupanya, kita hanya gunakan bara nak masak ayam BUKANNYA API. Kalau guna API, tue yang hangus terbakar macam tudung periuk -___-. Captain Mahadi pon cakap dier terror grill. Meh rasa sikit. Asek berjimba dengan kengkawan jer. Awek sendiri mati tak mkan ^_^..teeeheee
Korang mesti tertanya-tanya "Eh kecik, ko watper?" -___-. Aku mengaku RELA yang aku memang tak reti masak. Maka sumbangan aku hanya lah CHICKEN CREAM with butter bread. Teror kan? Hah, jangan pandang teman tak ada mata yer. Nak resipi? Senang jer. Bahan-bahannya ialah seTIN CHICKEN SOUP from Campbell + Sebuku roti Gardenia dan butter from Daisy. Cara-cara membuatnya, bukak tin dan humbankan chicken cream ke dalam periuk panas beserta setin air. Tggu hingga mendidih ^_^.. Hohohoho. Teror kan? KAN? KAN? Nadia telah berjaya dengan bangganya menyediakan spagetthi. OK, jangan bandingkan haku dengan dia. Kalau orang ITALI makan spagetthi dia, menangis kuar ayer idung. Super pedas. Cemar resipi lah TAPI sedap ok. Maka tak boleh comment banyak-banyak.
Makanan tradisional pengikat jiwa
Limau dan kuih-muih.
Kami pencinta makanan aka raksasa grodod.
Chomp chomp chomp.
AJK bakar.
Kita bakar jer.
Eh cik tunang, wat per tue?
janganlah rajin sgt.
Kepedasan makan spagetthi.
Awek membesarkan punggung.
A great chef=)
Mari serbu makanan
Dibawah, merupakan master2 chef terhebat Selayang Baru
Mak tandok
Zahar jerboa
Mak long si hati tauhu...hohohooh...jangan marah ye=)
Pak Lang tergerehe + Syuk si kurus melengking + Padong Bedong
Siti Tonjet + Ayen jebon + Amien pecekop2
Mari kita sental!!!!
wow... meriah btol.. klau sblh umah ko tu pantai kn lg best..
ReplyDeleteazhar: apsal aku jerboa plak? tp amin la sempoi.. pacekop2.. wakaka..
ReplyDeleteapsal liputan pasal aku kurang memberangsangkan? ko x igt.. makanan terlaris malam tu adalah kambing grilled aku... patutnye aku diberi publisiti yg lebih dlm blog ni (cubaan utk menaikkan rating sendiri.. wakakaka)