Kali nie aku nak cerita pasal pantang larang di Malaysia. Pantang bermaksud "TAK BOLEH". Contoh ayat yang sesuai : "Pantang tok nenek aku kalu masak tak letak belacan". Larang bermaksud "Jangan". Contoh ayat : "Anda di LARANG berak berlari".
Malaysia kaya dengan pantang larang dan sejak kecil aku dah biasa dengan pantang larang nie. Tapi nasib baik Mak Ndok (mak aku), tak percaya sangat. Contoh pantang larang yang fames kat Selayang
1) Jangan menyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
Apsal kawin dengan orang tua? Agaknya, orang2 tua jer suker duduk dapur sambil stalk anak dara orang? Hah, mesti Siti Nurhaliza selalu nyanyi kat dapur. Tue yang kawen dengan Dato K.
2) Jangan lalu bawah ampaian, nanti lambat kawen.
Yang nie paling tak munasabah. Kalau lah kita ada banyak line ampain, dan untuk sampai ke ampain nombor 2, bukan kena lalu bawah ampaian pertama ker? Orang putih kata "shortcut". Kalau aku Si Kecil nie, tak payah tunduk pale, dah boleh lintas ke ampain nombor 2.
Tapi pantang larang nie macam ada betol nya jugak. Sampai sekarang aku tak kawen-kawen lagi. Hurmmm.
3) The day on our wedding, campak baju atas rumah
Orang kata, ini bertujuan utuk mengelakkan hujan lebat semasa hari perkahwinan. Naper tak campak spendar jer, baru lah mantap sikit. Campak spenda lembap yang dah tak basuh seminggu. Baru lah panas berdeting sepanjang zaman.
Tapi senario nie pon macam betul jugak, Aku ada 2/3 orang kawan yang kawen dan tak campak baju atas bumbung. Memang hujan lebat giler. Siap petir lagi. Perghhhhh
4) Jangan makan dan minum menggunakan pinggan mangkuk sumbing
Kalau korang berdegil jugak, nanti mulut anak korang sumbing. Korang yang minum, anak pulak yang sumbing! Tak relevan lah. Mesti anak korang boleh scan dari dalam perot. Perot hi-tech
Kalau anak kuar muka cam nie? uihhh pengsan
damn!!
Asek kena samak jer lah=p
5) Jangan tengok movie atau gambar yang pelik2, nanti anak korang keluar, macam muka tak siap
Arwah nenek dulu selalu pesan kat auntie2 aku, Kalau mengandung, jangan tengok cerita pelik, nanti KENAN. Kena aper? Kenan dengan benda yang korang tengok tue. Nanti baby korang, muka macam benda yang pelik tue. Simpang malaikat 44!
Nie antara cerita yang diban oleh nenek
Keluar anak muka macam nie, aku yang pengsan
6) Jangan bawak nasik ke tempat tidor
Selepas makan, dengan tak disangka-sangka, ader 2 butir nasik melekat kat baju. Maka malam karang, ader hantu melawat korang. HOHOHOH, Nie kategori hantu lapar.
Nie pon tak relevan sebabnya dalam perot Mahadi pon ader banyak nasik. Tak da pon hantu nak melawat dier? Ker Mahadi HANTU tu? hohohoho. gurau jer. jangan tak jadi kawen yer:p
Ataupun jangan bawak gigi patah korang ke tempat tidur. Konon nak buat kenangan lah. Kalau korang bawak tidur jugak, nanti hantu gigi datang.
eihhhhh
speechless
Sebenarnya, pantang larang nie untuk mengelakkan daripada berlakunya pelbagai benda tak baik atau kecederaan seperti JANGAN MAKAN DENGAN PINGGAN MANGKUK SUMBING.
styleeeeeeee.. dowh!
ReplyDeletecik nad, suka baca blog awak..saya linkedkan kt blog saya yea...
ReplyDeleteJamy : style ker kalau anak cm predator..sekian
ReplyDeleteRenee : masih..saya link ke blog anda juga
ini sume khurafat la Nad.. si Adhwa suka la pecaya benda2 camni
ReplyDeletehahahah...tue lah pasal...haku tau adhwa percaya..biasalah org johor kan? hohoho
ReplyDelete